Pages

Thursday, January 21, 2010

sinar baru seolah menjelma

yeeha....

ni lah gambar ku mengepam sessi 10.30 pagi td..+- 7oz



okaylah walaupun x sebanyak zaman gemilangku 8oz..jadilah untuk mengimpak keceriaan dalam diriku ini...

yana pula aku kol pukul 10 tadi..kata najlaa(anak kak zaida) tgh gelak2...

oklah..thank you syg.

dayana ku meraung-raung 2

makin sonok lak aku mengupdate blog. walaupun keje bertimbun..hehe..sambil2 la kan.smlm amik yana tepat 5.40 aku sampai umah Kak Zaida. Yana br lepas bangun tido. Kak Zaida ckp yana br tido kul 4.30 ptang. Susu pun cuma habis 3 botol suku. Adakah yana mengerti kegelisahan aku nak menyediakan stok?
Jangan sayang..biarlah kesusahan itu hanya mama yang tanggung.
Dikau membesarlah bagai juara..habiskanlah kesemua lima botol yang sah-sah milik dikau..
Satu statemnet yang buat aku tersentap..
"Adik kalau nangis macam ni..ibu tak nak jagalah.."katanya dalam nada gurau.
Aku bagai mahu menangis dalam hati.
Kalau kami stabil..biar aku berhenti kerja. Ku jaga Yana sepenuh hati.
Air penawar dari umah abah sebelum tido asben ku sapu kat muka yana. Harap2 berkesan walau aku yakin sebenarnya yana x nak puting botol...
Tapi macam mana ek..mana ada ciptaan manusia yang mampu menyamakan dengan puting ibu..
Smlm aku dpt sms dari sahabatku..anak nya berkemungkinan x mampu melihat sebab urat saraf matanya dah rosak akibat dipenuhi air..
Sepanjang malam sebelum tido aku terkenang..
Besar sungguh dugaan..
Aku baru susu x kuar vs yana meraung ala2 ahmad albab rasa tertekan..
apatah lagi dia..
Ya Allah..bantulah si kecil itu...

Wednesday, January 20, 2010

dayana ku meraung-raung..

aduh..aku buat panggilan pada kak zaida..tanyakan buah hatiku yang sorang tu..kak zaida ckp yana meraung-raung sekuat hati..buzz!!aku dah agak..tak tau..inilah instinct seorang ibu. Sebab semalam yana mcm tu jugak, smpi aku bwk dia naik atas tempat tido br dia main2 smpi terlelap..dan pagi td masa aku anta aku ade perasaan risau yana akan meragam hari ni..



5 bulan sudah yana..x pernah sekali pun dia meraung mcm semalam..aku memang risau. rasanya nak balik sekarang jugak..tapi apakan daya. ada task penting mengenai billing aku perlu chase dari IT...



tp lantakla kul 5 aku gerak balik jugak on time..diulangi..on time...



yana kenapa dikau, sayang?



rasanya aku nak gi umah abah ptg ni mintak air penawar..manalah tau kan..bulan ni kitorang merayau dari shah alam ke lumut-lumut ke ipoh..



mintakla dijauhkan apa-apa yang tak baik..



mungkin juga yana nak belajar ke depan kot....









yana..tunggu mama.







terima kasih pada pakar2 It yang mencipta blog untuk aku kongsi kerisauan...

hari-hari yang sukar

sebelum aku mulakan entri ku yg pertama...adalah makluman kepada suma pembaca..ini adalah blog ku yg terbaru..bila sebelum ni blogku itawimlas rupa fizikalnya menjadi sangat pelik apabila aku cuba mengedit2 sesuka hatiku..
jadi tanpa bersalah aku telah pun membuka blog baru...

sayangnya entri pertama ku adalah ceriti ku yang agak sedih..

suatu ketika dulu..

aku pam pukul 10.30 pagi..mampu dapat 8 oz.

sekarang..

hanya 3 oz..

suatu ketika dulu..

air susuku meluncur sgt laju dari corong ke botol..

sekarang..

setitis..setitis..setitis..

suatu ketika dulu..

aku x perlu bangun malam untuk cukupkan bekalan.

sekarang..

aku kena bangun 3 jam sekali, namun still cukup2 makan..

suatu ketika dulu..

dlm freezeku paling koman ada 7 botol ebm,

sekarang...

0...0..0....

oooh..apakah yang terjadi? aku pun tak tau..hipotesis dalam kepala mindaku hanya ada 2.1) yana dah menghampiri usia 6 bulan. seperti mana bijak pandai dalam bf berkata, semakin usia meningkat sang baby, semakin lah hormon prolaktin yang merembeskan sel2 susu berkurang..2)aku banyak sgt kerja and responsibilities kat office, maka naluri dan jiwaku tidak setenang dan seceria dulu..ini adalah hasil mereka yang suka sangat mempasskan kerja kepada orang yang x banyak songeh macam aku..

Apakah tindakan aku? Aku akan terus berdiri gagah seperti hari ini..frequency mengepamku pun semakin kerap. 2 jam sekali di ofis..ya..2 jam sekali. tanpa gagal dan putus asa.,kerja-kerja jugak..anak aku sapa nak bagi susu kalau bukan aku..susu tepung/formula?.oohhhhhh,,tidak..janganlah ya Allah Kau uji aku pada saat ini..biarlah azamku sekurang-kurangnya 6 bulan yana tanpa makanan lain selain dari susuku terlaksana..

Ya..Salmi..Kau akan berjaya membekalkan Yana 4oz X 6 botol sehari ke rumah Kak Zaida (bs) tanpa gagal...

Itu sahajalah coretanku pada pagi ini..sambung buat kerja di ofis...