Pages

Tuesday, March 30, 2010

what your babies nursing style?

mm...krisis ketandusan susu aku sebenarnya masih belum selesai. hari ni hanya 4 botol bersamaan 13 oz aku bagi pada kak zaida.

tapi aku malas nak memikirkan isu tuh...sebab menyakitkan hati menyemakkan minda..

aku yakin Allah ada sesuatu yang nak ditunjukkan..insyaAllah 2-3 hari lagi isu ini bukanlah satu isu.

aku ada terjumpa satu web ni yang berkenaan parenting & ada satu topik yang menambat hati aku iaitu stail menyusu baby kita

ada 5 style menyusu yang perlu kita pikirkan samaada buah hati kita tergolong yang mana

1) The Barracuda

Sepemahaman aku melalui artikel itu ialah "Barracuda" adalah golongan baby yang rakus (heheh)..jangan mare jika ayat ini agak keterlaluan. Mulutnya akan mencengkam areola kita dengan kuat dan ada ketikanya kita akan rasa sedikit sakit.

How to help them :
-pastikan mereka dapat "latch" dengan betul. Adakalanya baby yang rakus ni x berapa nak dapat susu sebetulnya sebab mereka kurang sabar.
-make sure ibu memahami sama ada baby latch dengan betul @ tak dengan mengenalpasti penyusuan itu sakit atau tak. Menyusu tidak sepatutnya menyakitkan. Sakit pertama kali baby membuka mulut..itu adalah perkara biase. Jika kali kedua dan ketiga nyonyotan masih sakit, ada sesuatu yang tak kena, mulakan lagi sekali penyusuan.
-tukar-tukar payudara jika kerap kali terasa pedih akibat nyonyotan yang kuat itu.

2)The Excited but Ineffective
Baby bersungguh-sungguh untuk menyusu tapi masih tidak mendapat posisi yang betul. Kerap kali mereka menangis sebab frust dek kerana tidak mendapat susu yang dikehendaki.

How to help them:
-ibu harus mengenalpasti tanda-tanda bayi hendak menyusu. Jangan biarkan dia lapar. Sedangkan ketika bayi sedang tidur juga kita harus periksa sama ada dia lapar atau tidak. Suakan jari pada mulutnya. Jika dia menghisap, bawa bayi ke pangkuan kita dan susukan.
-sebaik sahaja bayi bangun dari tidur, susukan terlebih dahulu sebelum melakukan perkara lain. Jangan biarkan dia kelaparan.
-menyusu dalam keadaan yang tenang dan mengkhayalkan bayi. Contohnya menyusu sambil duduk di kerusi rehat, ,menyanyi atau berzikir. Saya sendiri suka menyusukan dayana sambil berzikir.."Ya Zaljalali Wal Ikram...Ya Zaljalali Wal Ikram..Ya Zaljalali Wal Ikram..Amitna A'la Dinil Islam.."Lengkap, makanan tubuh (susu) dan makanan jiwa(zikir) untuk pembesaran bayi.

Lagi 3 type..nanti saya sambung lagi..Waktu lunch sudah pun berakhir...

Monday, March 29, 2010

dugaan lagi

kebiasaan bila bendera merah datang, susu utk yana pun cukup2 makan.
kesian anak aku yang sorang tu, dah la skrg dia dah makin kuat menyusu.
skrg pukul 5.40 pagi. kul 4.50 tadi aku bangun untuk memerah..
hmm..3.5 oz je.
agak sedih.
tapi bila selalu jadi macam ni aku jadi pasrah.
bukan aku yang tentukan rezeki anak aku.
kadang2 terfikir untuk top-up susu tepung.
tapi a great friend who know ourselves better is ourself also.
aku kenal diri aku.
bila aku dah ada alternatif lain, aku takkan berusaha keras lagi untuk meneruskan misi perjuangan susu ibu untuk anak aku.
hari ni aku nak bagi solid food banyak2..
bubur ayam+carrot+sawi
pisang lenyek
biscuit for teething...
hrp2 leh kurangkan demand untuk susu

resipi bubur ari ni
tumis 3 ulas bawang putih dengan minyak kelapa dara (penting untuk bagi sedikit fat pada yana, berat dia cuma naik 0.2 kg jer, minyak kelapa dara sangat bagus, leh cgeck dalam google untuk mengetahui khasiat nyer)
masukkan ayam
masukkan carrot
gaul2 smpi garing
masukkan beras yang telah diblend 3 sudu besar
masukkan air hingga separuh periuk
biar sampai mendidih dan pekat
masukkan sawi
kacau lebih kurang
biarkan 2 minit
blend lagi...................

Sunday, March 28, 2010

alook heritage

inilah yang aku plan lama nak buat..baru hari ni berkesampaian..
sejak dayana lahir hingga sekarang..ramai yang kata dayana lebih kepada iras ayahnya..

aku baru terjumpa site ni..yang berjaya mengesan percent wajah dayana adalah sama rata iras aku dan ayahnya!

MyHeritage: Look-alike Meter - Pedigree charts - Free genealogy
thanks..

menu ari ni

ari ni aku berjaya menunaikan ajat laki aku nak mkn ikan bakar. resipinya sungguh senang dan proses mmbakar di blakang umah pun mnjadi lebih best bila anak daraku tido dgn nyenyak skali..

tgk gmbr ni..mama rasa kalu mama umar tgk yana tdo msti kena rejek..


ikan bakar sempoi

3 ketul ikan cencaru
1/2 sudu garam
1/2 sudu lada itam
5 sudu kunyit serbuk

pencicah
10 ketul cili padi
separuh bawang bsar
limau nipis
kicap

1)ikan rendam ngan air asam jawa..kang hanyir lak kalu x rendam dulu.
2)perap ikan ngan lada itam, garam,kunyit lebih kurang 20 minit
3)bakar ikan atas bara lebih kurang 10minit setiap blah..kitorang pakai kayu jer buat bara..lagi ori +romantika,,huhuhu..blasah jerla labu.
4)dah masak..makanla dengan pencicah tu..
sedap....

Thursday, March 25, 2010

i'm proud

Dua tiga hari ni dayana susah nak tidur. asyik menangis, batuk2 dan selsema.kadang-kadang aku terfikir normalkah aku sebagai ibu ayik risau mengenai perubahan anakku. apabila tanya pada orang yang lebih tua..biasalah, anak-anak nak membesar.
pagi tadi aku bawak jugak yana jumpa paed kat ss 19 subang..klinik kiddy care. Dr Nazrin takde hari ni. Yang ada dr Joshua. Bila dia periksa yana ada sedikit kahak, selsema dan tekak dia dah start bengkak.
Cuaca panas dan mungkin juga Yana terkena jangkitan kuman. Yela, anak aku tu kadang-kadang dah mcm mortal kombat..mengengsot tawaf ke seluruh rumah. Mamanya pulak jarang-jarang mengemop. Takpe minggu ni aku akan mengemop.
Sempat jugak aku tumpang penimbang berat untuk tahu berapa berat yana. What? Only 6.4 kg. Only 0.2 kg increase. Mcm tak logik jer.
Mengenai masalah kesusahan yana untuk membuang juga sempat aku tanya. Dr Joshua bagi advice untuk memperbanyakkan sayur-sayuran hijau dalam bubur yana disebabkan mungkin Yana kekurangan B complex dalam tubuhnya..so, hasil kumbahan tu kurang mesra alam dan menyebabkan ianya berketul2 seperi coklat din dang..Upps..
Takpe..minggu ni mama beli sayur lagi. Buat pengetahuan, yana memang suka makan...
Tengok gambar dia makan...



Selain dari tu dia cadangkan untuk yana ambil glukose untuk menggalakkan dia menambahkan air dalam tubuhnya oleh kerana buah hati aku ni susah sangat nak minum air masak.
Pujian yang membuatkan aku kembang idung sikit..
"Dayana minum susu brand apa"
"OO..she still breastfeed"
"Very good. You working?"
"Yes"
"Very good..You must proud of yourself"
Ya semestinya I'm proud...

Wednesday, March 24, 2010

kiasu

Best Answer - Chosen by Voters
Kiasu ( literally, fear of losing )

* One who is afraid to lose out to someone else, often to the point of selfishness; an over-cautious person; afraid of losing out to someone else, and therefore often behaving selfishly and disregarding others; dog in a manger

Pernah dengar perkataan ini? "Kiasu" Definisi nye ada di atas. Perkara yang membuatkan saya tension selalu dalam bekerja ialah apabila terpaksa bekerjasama dengan orang yang mempunyai peel2 seperti di atas.

Dah tau salah tapi tak nak mengaku salah.
Melepaskan beban yang tak mampu dijawab pada orang lain.
Menyalahkan orang lain bila plan tak jadi seperti dirancang sedangkan dia juga terlibat atas ketidakhasilan itu.
Tak mampu menerima idea orang lain.
Senang cerita..bodoh sombong.


Dan majoriti golongan yang terlibat sebagai homosapiens yang kiasu ini ialah "cha aliff nun yaa""....

Setiap sesuatu fikiran yang negatif harus kita vitaminkan dengan fikiran yang positif..

Takpela..dia terlindung dari melihat perkara yang betul. Dan dia jahil. Doala dia supaya makan sarapan pagi ni dia kenyang, Sampai ofis nanti ada berita gembira untuk dia..."Ditukarkan menjadi IT Manager di Uganda"

Huahuahuahua....bernas tak idea aku..
Aku semakin merapu. Baik aku close entry ni...

Tuesday, March 23, 2010

sayangnye..


aku didatangi oleh seorang sahabat ketika tengah syok mengepam...

"kenapa kau nak susah2 bagi anak kau susu badan?"

soalan yang tak disangka2..sebenarnya soalan ni jawapannye penuh dalam minda aku cuma aku x terpikir ada orang yang boleh tanya.

aku masa anak dara dan x de anak lagi..selalu terpikir bagusnya susu badan tapi x terpikir aku boleh bagi pada dayana sehingga sekarang.

hebatnya dakyah dari industri pembuatan makanan sekarang ialah manusia boleh terbalikkan fitrah sehingga sesuatu yang patut menjadi tidak patut. contohnya susu badan/ susu ibu/ breastmilk..



wahai sahabat, kenapa aku bagi susu badan?

1)sebab ianya adalah susu manusia yang didesignkan khas oleh Arcitect Via Engineer yang Maha Agung-Allah Subhanahu Wataala-hanya untuk anak manusia. Segala nutrisi dan khasiat yang ada padanya teramatlah cocok atau berpadanan dengan sistem tubuh manusia. Teringat iklan susu N***r**,"Pening mencari susu yang sesuai untuk anak?" Kan pelik tu, buat apa pening, jawapannya ada pada tubuh kita sendiri, x perlu mencari apa yang sesuai, kembalilah pada fitrah.DHA dan apa lagi vitamin yang perlu untuk tubuh semuanya lengkap.

2)Merapatkan hubungan antara ibu dengan anak. Hubungan kasih sayang antara ibu dan anak semakin erat. PErtalian darah juga semakin kukuh. Kerana yang menyatu di dalam tubuh sang anak adalah bersumberkan ibunya.

3)Kolostrum yang terhasil dari susu ibu adalah semulajadi. Kolostrum ataupun cecair bernilai emas inilah yang diperlukan oleh bayi untuk sistem ketahanan semulajadinya. Cuba perhatikan antara bayi yang menyusu susu badan dan menyusu susu lembu, siapa yang mudah dijangkiti demam, selsema atau penyakit. Buatlah graf dan saksikan perbezaannya, saya sangat yakin, bayi susu ibu jarang sekali men5jadi loser.

4) Susu ibu mudah dibawa kemana-mana. Tak perlu termos air panas, tak perlu botol susu dan lain-lain lagi. Hanya selak sahaja sedikit baju dan suakan pada mulut anak. Susu sentiasa ada. Bukankah konsep penyusuan susu ibu adalah supply vs demand? Selagi ada permintaan yang kerap, susu sentiasa akan boleh disupply.

Yang lain carilah sendiri...

Sedih ada sahabat yang sengaja tidak mahu menyusukan anak dengan alasan kerjaya..
Carilah alasan lain tolonglah..kerjaya adalah amanah untuk melangsungkan kehidupan...manakala memberi susu badan juga adalah amanah dari Allah untuk melangsungkan kehidupan si anak untuk permulaan yang terbaik..

Sunday, March 21, 2010

program adik-adikku di TV1

Bagi manusia2 yang mengenali aku dengan rapat..aku adalah seorang fanatic pada rancangan televisyen terutamanya cite2 melayu (walaupun ramai orang kondem cite melayu busan..aku suke pasal aku boleh kondem..hahahaha)..
Hari khamis lepas..tamat cite Senja PErmai dkat Astro Prima..aku jadi seram sejuk untuk meneruskan perjuangan untuk tengok cite hantu kat TV3..Puaka Gunung Raya..Entahhle 2-3 tahun ni cite hantu aku memang tolak tepi..Aku takut dan x mau ditakutkan..Sebenarnya buat apa kite melemahkan semangat diri sendiri dengan menonton benda2 yang menjurus ke arah khurafat..
Jadi jari aku dengan x sengajanya tertekan ke TV1..(uuh..last option biasanya..anda sendiri tahu jawapan mengapa ianya last option)..rupa-rupanya rancangan realiti peringkat akhir kanak-kanak bertajuk Adik-Adikku.. Seorang demi seorang kanak2 mempersembahkan bakat bercerita, berpidato sambil diselangi membaca ayat2 suci Al-Quran dan adakalanya lawak yang terus menggelikan hati tanpa perlu dibuat2.
Paling menyahdukan hatiku..seorang kanak2 yang buta Abdul Qayyim bercerita tentang rasulullah..gayanya sangat yakin, seolah-olah dia dapat melihat berapa ramai audien yang ada di depan..
Aku sangat sedih, tanpa sedar air mata aku mengalir...
Aku x dapat bayangkan betapa tabah hati ibu dan ayah membesarkan Abdul Qayyim..Bakatnya membaca Al-Quran berjaya digilap dengan sungguh sempurna.
Sejuk telingaku mendengar. Naik bulu romaku semua.
Bukan Abdul Qayyim sahaja, anak-anak yang lain juga sungguh berbakat. Wajih bercerita sungguh hebat, lucu dan bersahaja..Wajih menjadi juara malam itu.. Begitu juga dengan Wina..gaya dia bercerita sangat memukau.
Setiap peserta rupa-rupanya ada murobbi atau guru yang mendidik mereka. Terdiri dari penceramah2 agama yang terkenal.
Ustaz Farid Ravi, Ustaz Riduan Tee(murobbi Qayyim) dan ramai lagi.. Beruntung sungguh anak2 ini kecil2 sudah berguru dengan penceramah terkemuka.

Konsep rancangan ini ala2 mentor dan padaku ala2 Idola Kecil.. Tapi content nya 200% lebih berkualiti dan bermanfaat dari idola kecil..
X perlu rancangan hiburan seperti Idola Kecil yang mengajar & menggalakkan anak-anak menyanyi dan menari untuk menjadikan mereka yakin diri.
Adik-adikku adalah platform terbaik..Penonton bukan calang-calang..Pak Lah dan isterinya Tun Jeanne Abdullah menjadi penonton & mereka tiada seorangpun yg nmpak cuak ketika berpidato.
Hati ini jadi tambah sayu bila pagi td sewaktu menonton Nasi Lemak Kopi O, sms yang mengaut untung 50sen satu sms (dilalukan di bhgan bwh skrin tv) asyik berulang2 kali memaparkan adik2 kita menghantar sms memuji handsomenya Azzam, meminta no telefon dayana dr rancangan Idola Kecil)..

p/s:sejak jd ibu, naluri semakin sensitif tentang konsep hiburan yang boleh diterapkan spnjang pembesaran anakku.

Saturday, March 20, 2010

talking to your baby

Talking to baby: Smart or silly? editor
by Mira Jacob, Shine staff, on Tue Oct 6, 2009 12:55pm PDT 25 Comments Post a Comment Read More from This Author » Report Abuse

There is a distinct possibility that I’m losing my mind. Does it matter if I’m doing it for a really good reason? I hope so.

I talk all the time now. I talk about anything. I talk about cutting carrots, putting clothes in the dryer, and the contributions Charles and Ray Eames have made to design at large, and our living room in specific. I talk about Indian fiction in modern America, why coriander tastes like soap to certain palates, and how, in an effort to find them less repulsive, I’m toying with the idea of renaming diapers “tush clouds.”

Why am I doing this?

Because the American Medical Association and the U.S. Department of Education say it is a good idea. And because my son, Little Baby Z, is listening.

In fact, I told him as much the other day.

“Thing is, LBZ, most people--provided they’re not characters in Woody Allen movies or suffering from logorrhea--will not talk to you this much. But people who study babies say it’s a good idea to keep the conversation going because eventually something is going to click and you’ll start spitting out real words with intent. So I’m just trying keep the flow going, you dig?”

Just shy of his first birthday, LBZ had a brilliant retort in his native tongue, which, as close as I can figure, is equal parts babble, gurgle, and Hebrew. I’d like to believe he was saying "Yeah, Ma, I get it, and don’t worry—you’re not becoming a walking sideshow," or even "I prefer Art Deco to Mid-Century Modern," but I think it was probably closer to “You need to change my tush cloud."

Am I going nuts? Is this really a good idea? Did you talk to your kids when they were infants? Did it make either of you crazy in the long haul?

ps: Anda bagaimana? Saya mula bercakap dengan dayana (eh aku ni kejap2 saya, kejap2 aku) sejak dia berusia 4 bulan dalam kandungan..dalam kandungan ok. semua benda saya luahkan..kesedihan, kegembiraan, harapan & segala2 nya. Ayahnya pula akan membacakan ayat2 Quran tiap2 malam sambil tapak tangan diletakkan di atas perut saya..Sehingga kini saya masih bercakap dengan dayana walaupun dia masih 7 bulan. Walau dia x boleh membalas, saya yakin dia faham. Saat paling seronok saat dia menyusu, saya akan menceritakan segala harapan dan nasihat saya padanya.. Begitu juga ketika saya melakukan kerja rumah sambil dia dalam dukungan...semua perkara yang saya lakukan saya akan ajar dengan penuh semangat.


Semalam saya ada terbaca dari satu blog, untuk improve and manage intelligence anak kita sejak usia baby lagi, kita memang harus bercakap. Dan cuba kaitkan sesuatu benda yang kita cerita itu dengan sebanyak mana fakta yang mampu. contohnya kalau saya bercakap mengenai pokok..
1)pokok warna hijau
2)burung tinggal atas pokok
3)pokok banyak kat sekeliling rumah kita
4)pokok ada daun
5)batang pokok warna hijau
6)pokok basah bila kena hujan
7)pokok menjadiakn rumah kita sejuk
8)Allah yang jadikan pokok
9)kita kena sayang pokok
10)pokok yang tolong kita dapatkan udara untuk bernafas

bercakap tanpa henti selama 30 saat dan stop..sebab baby akan bosan mendengar celoteh kita jika terlalu lama. Fakta yang berhubung kait juga membantu baby untuk mengingatkan mindanya apakah benda itu.

Macam kita menghafal rumus2 dalam subjek2 tertentu ketika sekolah, bukankah teknik yang mudah jika kita relatekan ianya dengan sebanyak mungkin fakta...

Ok..itu sahaja pagi ini...

Friday, March 19, 2010

pump lah di mana2..

Dayana si kecil molekku yang jelita(jgn mare..sape lg nak puji anak sendiri kalu bukan diri sendiri) itu sekarang sudah 7 bulan 2 minggu & 1 hari..saat ini dia bari terhegeh2 nak merangkak..satu perkembangan yang normal bak kata mak aku dan pengasuh dayana..aku x kisah lambat @ cepat dia..asalkan sempurna perkembangan dia..fizikal & mental..


saat ini memang x boleh biarkan dia sorang2...aku& suami sekarang very protective..sebab dah banyak kali dia terhantuk dinding, sliding door, tersembam kat lantai waktu mengguling2...x kisahlah kalau kami dikategorikan over protective asalkan anak ku x cedera atas kecuaian kami..x sanggup aku mengabaikan amanah yang satu itu..
so untuk membalance kan keadaan dia yang semakin lasak dan urusan rumah tangga yang nak x nak kena jugak buat contohnya basuh kain, pinggan & sapu sampah, aku menggunakan concept "wear your baby" ketika aku melakukan seaneka kerja itu..
nampaknya aku semakin mahir melakukan kerja sambil mengendong anakku laksana bibik lagaknya..x kisahla kan.peduli ape den...


dan sekarang breastfeeding ourney ku semakin mencabar dek meeting yang selalu buat ka luar...jadi aku terpaksa mengendong beg spectra 3 ku kemana2 dan mengepam di tempat orang lain dengan muka x malu nye..sekali lagi prinsip yang membuatkan aku selalu berjaya ialah..ini susu anak aku...kalu aku malu2, susu yana untuk esok x cukup...
antara tempat2 outstation yang telah aku redah untuk mengepam ialah:
banguan income tax pandan indah (walaupun ofis lama aku tp suma muka aku x kenal)
surau R & R tapah
surau EPF JAlan Gasing
bilik store HR centre Ipoh ofis aku
surau petronas KFC Usj..

sebenarnya ok ape..? at least untuk mata2 yang masih x celik lagi dengan fenomena menyusukan anak untuk wanita bekerjaya, org boleh sedar bahawasanya menyusu anak bukanlah bermakna anda harus menjadi suri rumah sepenuh mata...

dan jujur dari hati aku yang poyo aku sangat bangga Nur Dayana Zulfah bt Abdul Rahim berjaya menyusu sepenuhnya susu dari tubuhku hingga kini usianya lebih 7 bulan.(minggu pertama lepas bersalin ada gak bagi susu formula oleh kerana diriku yang jahil, tapi hanya itu)...



hubungan kami juga sangat rapat sehingga dia bagai dapat merasakan kehadiran diriku tiap kali aku hampir tiba dari ofis ke rumah kak zaida(bs)..Kak Zaida cakap tiap kali +- 10 minit aku nak samapi..dia akan menangis dan memandang pintu rumah..
Kuasa Allah kan...moga benar hipotesis itu..

Dan dari semalam dari mulut dayana dia asyik menyebut" mamamamamA" tak tau la pulak aku dia sebut mama atau pun mamam..

hihii...

Thursday, March 18, 2010

end of things..

Sebelum aku meneruskan entri ini, mungkin ramai pembaca(ramai ker?huhuhu) yang masih belum mengenali diri aku..ini adalah biodata aku kat bawah..(eh lama nyer x buat biodata-zaman sekolah rendah dulu rajinla kan..kan..)

Nama:Aimmie Qistina (nama delusional aku..nama betul rahasia..
Besday: 23-12-XXX- hari khamis..tgh hari buta...

hobi: menyanyi..cuba resipi..membaca bab2 politik & motivasi diri, memikirkan cara terbaik untuk aku menguruskan keluarga dan kerjaya, menulis dan uppps..artis Malaysia & bola sepak Malaysia.
cita-cita: dulu aku nak jadi chemist..sekarang aku nak jadi pakar motivasi
Kerjaya: orang operation
Syarikat: Percetakan Maya Antarabangsa...
Makanan kegemaran: Aku memang suka makan..kejap2 aku suka makan coklat, kadang2 nasi lemak, kadang2 steak...ikut suka aku la..
Minuman kegemaran" Milo ais tabur...
artis kegemaran: rita rudaini, fazura, ct nurhaliza, meg ryan

so apakah entri aku kali ini...

setiap yang ada pasti akan berakhir..begitu juga dengan apa yang aku lalui sekarang. setelah bertungkus lumus mengemudi pasukan kat tempat kerja, entah berapa lama lagi kami akan berpisah.


it quit hard to think that we will separate after this because we already in a same ship almost 4 years...and of course I love all of them no mater who they are...