Pages

Thursday, April 29, 2010

krisis taburan lemak

zaman anak dara aku..berat badan aku pernah sehingga 48 kg..
dengan ketinggian 1.67m..aku boleh dikategorikan langsing dan slim-melim la kiranya..
pakai baju pun saiz XS pun aku still leh muat beb..
kira kalu jalan memang satu production line kagum gak la..huhuhu(ye ke?)
tapi boypriend aku x suke..(sekang en asben la..)dia ckp aku mcm org somalia..krisis kebuluran makanan..
tapi aku suke
sebab aku rasa aku cun gile...kuakuakua..
sekarang pas yana lahir ke alam yang indah ini..
nafsu makan pun semakin bernafsi..
berat aku naik sehingga 64 kg..
ok what..masa pregnant berat aku 78 yg maksimum..sebelum deliver..
sekarang ni x delah montel sgt..
baju still saiz M..
tp sluar jeans aku yg sexy cut suma dah x muatle
nak beli baru cam x de perasaan aje
baik beli baju anak..
ada member komplen..pasal aku breastfeed baby, so berat aku susah nak turun
hm....kalu pasal tu aku x setuju sgtle..dr 2 pun cakap menyusukan anak menyebabkan berat badan mudah menurun
sebab dah bagi byk nutrisi pada anak
andai kata betul pun teori tu pun aku x kisah
walau aku krisis emosi selalu sebab rasa taraf kejelitaan aku makin merosot
aku puas ati sebab dapat bagi susu ibu pada yana..
aku cakap dgn en asben
"tak yah lah kuruskan badan sgt dulu..nanti tunggu anak dah 3 baru pegi slim world..kurus terus..kalau x..pergnant pastu kena jaga badan..pastu gemuk balik pasal pregnant balik.."
heheh..dia sengih je..
pastu jeng..jeng..jeng..
ini DIa kasUT sukan aku yg baru...

"sayang gi join poco2 tiap ari ahad dkat taman umah kita, x kurus takpe..tp jgn debab sgt.."
hahahah................
tetapi..aku tetap suka makan bende2 yg menggemukkan..
contohnya seperti di bawah..
sedap sungguh..makan smpi x prasan bos lalu..



ntahla..layan ajela kan prasaan konfius nak kurus ni..
yg penting hepi sokmo kan..kan..

Tuesday, April 27, 2010

kontradiksi yang sangat ketara..

lihatlah perbezaan di antara hasil pump sebelah kanan dan kiri..



inilah hasilnya kalu malas nak bagi 2-2 belah dengan sama rata..
bila malam yana baring sebelah kanan aku..
so most of the time dia dpt susu dr yang sebelah kanan..
jd sebelah kiri kdg2 je dia dapat.
kekurangan rangsangan di sebelah kiri menyebabkan hasil nya sedikit..

tak kisahlah sikit atau banyak..yang penting dayana tetap akan dapat kelazatan susu ibu untuk pembesaran dia..

Monday, April 26, 2010

saya dah submit e-filling..

WAH...betul kata org2 tua..
tak cuba tak tau..
slama ni aku dok kondemn government nak amik duit aku..
pastu hangen satu badan bile tgk payslip gaji kena tolak dek PCB..
mcm mana ntah ari ni ada sinar keinsafan lak aku gi bangunan LHDN kat Jalan Duta..
amik no pin e-filling..
terus belajar skit2 cane nak buat..
balik umah aku terus try..
dan hasilnya..

wah..wah..wah..

aku dapat refund lagi......

sayang LHDN....

so kengkawan..gi la wat e-filing..

mudah, cepat dan puas hati..(hehehe...puas hati sbb dapat refund..kikiki..)

kerajaan memang sayang kat aku..aku rasa la...

Saturday, April 24, 2010

copy dari blog frienster

wah..lamanya x bukak friendster..8 bulan ada..

oleh sebab aku dah kuburkan friendster dlm senarai benda yang aku kena jelajah.

aku berhasrat untuk copy entry yang best..aku rasa syahdu lak baca 3 entry terakhir ni..

masa start pregnant..masa ujung2 pregnant dan hari ke 18 yana lahir ke muka bumi..

happy reading..

Alhamdulillah
ditulis pada Saturday, August 29th, 2009 at 3:28 pm

Hari ni hari ke 18 aku berpantang…thanks to Idan yang beli broadband untk hilangkan kebosanan aku sepanjang tempoh berpantang.

Serious..aku x suka pantang larang time pantang ni terutama bab makan apatah lagi bulan puasa ni. Putih biji mata tengok org buka best2. Pengajaran…try to plan not to deliver nearly or during fasting month…

Nur Dayana Zulfah binti abdul Rahim..nama permata hari aku. Gambar nanti aku masukkan. Lahir pada 12 Ogos 2009, 10.42 pagi.


dayana 2 hari
Actualy due yang dr bagi ialah 20 Ogos 2009. So maknanya Dayana keluar awal 8 hari. Sebenarnya itu adalah doa aku. Aku x sabar sgt nak jumpa dia start aku masuk bulan ke 9 mengandung. Aku doa moga-moga rasa sakit bersalin tu dtg pada waktu malam dan aku ditemani suami tersayang. Alhamdulillah, termakbul.

Sebenarnya aku gi check up dr 10/8/09. Kebetulan aku demam. 10/8 and 11/8 aku dapat MC. Tapi 11/8 aku gagahkan diri gak gi ofis. Biasalah, meninggalkan amanat yang x sudah-sudah pada exec2 ops. Aritu jugak aku still balik lambat, hubby amik aku pukul 7.20 malam. Malam tu kitorang makan bakso yang diperbuat dari telur rebus. Guess what..x sedap langsung….Pastu menghabiskan kek ulangtahun perkahwinan yang kitorag celebrate awal hari Sabtu 8/8/09.

anniversary cake
Pastu aku belasah air teh O nak dekat sekole besar.. Orang kata teh bolh mempercepatkan kelahiran. So maybe ada betulnya kot.

Pukul 12 aku dah start rasa sakit. Aku yakin malam tu aku akan bersalin. Tapi aku tak bagitahu pada Rahim. Aku siap mandi puas2 dulu. Pendarahan sebenarnya dah start waktu ni. Dalam pukul 3 rasa contraction tu dah jadi 10 minit-10 minit. AKu kejut Rahim…macam biasa dia tenang aje…Itu perjanjian awal kitorang sebagai persediaan menerima kejutan ini. We must cool………

4 pagi sampai PPUM. Dan sedihnya suami tak boleh masuk….

Rasa sakit bersalin aku x nak cerita….Masing-masing rasailah pengalaman bersalin. Seboleh-bolehnya tryla normal kalau tak de mudarat lain. Itu anugerah Allah pada perempuan yang paling besar rupanya. Aku yang dipanggil cembeng oleh family sebab suka menangis rupa-rupanya mampu mengeluarkan baby seberat 3,2 kilo dari salur rahim yang sangat kecil.

One more advice..try la cari hospital full swasta kalau berduit. Sorry PPUM..aku kecewa dangan layanan staf kat sana. Kalau aku tahu macam tu baik aku cari hospital full kerajaan yang lagi rendah kosnya.

Apa-apapun still appreciate jugak kekurangan layanan yang memuaskan menyebabkan aku berdikari sepanjang satu malam kat hospital jadi ibu baru.

Breast feeding. Hari ke enam baru susu aku keluar. Aku menyesal sangat bagi susu formula tapi itu tekanan yang aku hadapi lepas bersalin. Tak sampai hati tengok anak menangis, aku terima saranan famili bagi dia dulu susu formula. Hasilnya semalam Dayana susah nak buang air besar, aku bawak gi klinik, sedih gila hati. Malam dia dah ok membuang tapi aku tahu dia sakit lepas kena korek.

So my new goal..aku akan bagi full breast feeding pada anak aku tak kira walau aku dah keja nanti..Sehingga usia dia 6 bulan sekurang-kurangnya…

Kerja..aku tak pikir langsung pasal ofis sekarang ni.

Ok..nak bertungku……………………..:)

MM..
ditulis pada Tuesday, May 26th, 2009 at 9:48 pm

Mcm tak percaya ada degupan lain selain jantung aku yang terhasil dari perut. Kadang2 ada rasa tendangan, ada rasa siku, ada berpusing2…indahnya rasa mengandung. Bila ayah dia mengaji kat perut tiap malam, dia makin aktif. Baby, mama tunggu kehadiran baby dalam hidup mama dan ayah.

Mustahil la kalau aku cakap aku tak takut atau suspend untuk menanti saat kelahiran, tapi rasa takut untuk membesarkan dia dalam zaman sekarang ni mengatasi rasa takut nak bersalin tu. Mampu ke aku jadi ibu yang mithali, boleh ke aku balik keje on time lepas ni….

Harap-harap kerisauan ini mampu hilang dengan rasa gembira kehadiran dia. Scan haritu nampak macam baby girl. Okla…kalau betul dia akan jadi kakak yang baik, moga dia mewarisi apa yang baik dari aku dan suami.

dari alam perut yana suka tendang ayah..tiap kali ayah ngaji dia tendang perut ayah..maybe excited dgr suara ayah

Suami pula macam selalu. Tiap malam kalau aku tak nyenyak tidur (terutamanya bila ada gerakan aktif dari perut), aku pandang muka suamiku puas-puas. Macam tak percaya hampir setahun kami kahwin. Moga hubungan kami suami isteri kekal ke akhir hayat. Terima kasih sebab sabar layan karenah aku, kesibukan aku di pejabat yang kadang2 terpaksa drag ke rumah..terima kasih sebab bersungguh2 memberikan didikan agama yang sempurna pada aku……………Walau aku tak pernah cakap, aku nak engkau tahu aku sangat bertuah memiliki engkau sebagai suami

26 yang sunyi
ditulis pada December 24th, 2008 at 3:15 am
semalam besday aku. ingatkan perkara yang sama sejak aku kecil akan berubah dengan ulang tahun kelahiranku tahun ini. aku bersuami! sayangnya rahim gi pasir gudang, akhirnya aku tetap seorang tanpa ada siapa pun yang wish.rahim wish pagi2 before dia bertolak ke pasir gudang. janjinya dia pulang nanti ada kek coklat, aku dapat baju baru dan aku akan tengok wayang buat pertama kalinya sejak kami berkahwin.takpe..tiada apa yang istimewa pada tarikh hari lahir sekiranya setiap hari adalah istimewa..opps..shud sms..thanks dear.tak sangka ada orang ingat kat aku bila aku susah nak ingat hari jadi orang.

oo..latest news..aku pregnant. this week about 6 weeks. alhamdulillah..moga2 aku dapat bayi yang sihat, cerdas dan beriman. sayangnya aku pulak yang macam tak berubah. pergerakan aku masih pantas, kadang2 terlajak jugak makan benda yang tak patut..alhamdulillah jugak aku tak mabuk teruk lagi..harap janganla..tadi rasa nak tumbang lak. bila masuk production line tengok budak2 keja macam lautan manusia..selamat leh control..
ada perkara sedih, bos akan bertukar next month…hope aku boleh adapt..kalau tak leh adapt apa susah ek..cari ajela keje lain. tapi nak tinggalkan company ni sayang nye…tata….
p/s:hidup jangan poning2…masalah datang dan pergi..

Thursday, April 22, 2010

baby sitter

tgh konfius ni..
sok aku ada training Basic SPC(Statiscal Process Control)
hubby lak ada ape kebenda meeting la pulak ngan lecture die
biase dia la yg jadi babysitter ari sabtu,
mak aku pulak jadi hakim lak kat klang pertandingan nasyid kot..
so sape nak jaga yana..
nak mintak baby sitter dayana (kak zaida) serba salah lak aku.
sebab masa agreement awal2 dulu dia x nak jaga ari sabtu
nak rest puas2..
tapi pagi tadi aku ckp jugak..kalu dpt jaga smpi kul 11 jadila
kul 10.30 aku cabutla dari training..
hrp2 ptg ni dia bagi persetujuan..
org ramai x puas ati bile aku cerita pasal baby sitter tak nak jaga ari sabtu
pastu upah jaga sebulan RM300..
kalau keluarga sebelah suami aku lagila..bulat2 mata dengar rm300..
pastu bukan dayana sorang dia jaga..
ada umar..haziq dgn maman lagi..
tapi entahlah..
pada aku duit doesnt matter..
lagipun mana nak cari kat shah alam/ subang ni bawah 300.
dia nak rest ari sabtu..betul gak tu..dia nak mop umah puas2..nak rest puas2..nak luangkan masa dgn family dia pulak yang selama 5 hari terabai disebabkan anak2 yang dihantar kat dia..
selama aku antar kat dia sejak yana usia 2 bulan ..x pernah sekali pun aku x puas ati dgn servis dia.
aku nak bagi susu badan ke..x de lak dia komplen. stgh org komplen..nak handle ebm ni leceh..
anak aku kalau balik dari umah dia terasa berisi sikit badan..
makan cukup, lepas mandi siap sapu losyen satu badan..kdg2 aku sergah amik awal sebelum pukul 6 siap tengah urut yana dgn minyak baby johnson tu..
yang paling aku suka anak aku dapat extra service..
sambil dia mengajar orang mengaji dia dukung yana sekali..
anak aku dah biasa dengar ayat Quran..tu yg paling penting..
terpulangla..sape nak komplen atau x puas ati dengan dia suka ati la..
dayana anak aku and hubby aku
selagi aku ngan laki aku puas ati, korang nak membebel kata mahal dll dipersilakan la membebel..
aku dengar telinga kanan masuk telinga kiri..

New Title

tgh2 syok bukak blog umialya..tetiba perasan lak ada satu blog yang nama dia cerita ceriti ku.. x pela mengalah sikit..

lagipun aku x suka gak kalu sama ngan orang lain...

its okay...

aku seorang yang sangat mudah adapt dengan perubahan yang berlaku.

title x penting yang penting content ya x?

kenapa my name is Tia-O

what is Tia-O exactly? huhu ada history yang gempak di sebalik nama Tia-O..

Time sekolah menengah bebudak lelaki panggil aku Otai..Huhuhu..jangan x percaya. Gelaran ni lekat sampai sekarang kalu diorang terserempak dengan aku.
Mungkin pasal aku selamba badak sound tepet kalu aku x puas ati..Muka aku yang susah nak sengih dengan budak lelaki..or senang cite aku memang garang dengan orang jantan..

Tapi ngan kawan2 pompuan, aku believe diorang kata aku baik ati..HHMM...

Pastu masa kat u aku ada reka 2 cerpen untuk majalah tahunan kolej..Watak utama dia aku namakan Tia-O..Konon2 ada related dgn kisah cinta aku ngan hubby aku la..
Hihhihi..malu lak bukak rahsia.
Smpi sekarang dia x tau aku ada antar cerpen Tia-O tu..
Aku lak x simpan majalah kolej..mana aku campak ntah.
Rugi jer ek..
ok abang, if you ada baca pasal cerpen tu, jangan cakap dgn saya ye pasal tu..malula kita..hahahaha..

Mm...sempoi gak entry ari ni. Sebenarnya kat opis ari ni banyak benda yang buat aku tensi.

Yang terlatest tensi ialah perasaan bersalah aku sebab menghemtam balik ex bos aku..yang sekarang sama level dengan aku..

Tapi pada aku kdg2 orang ego dan selfish macam tu memang kita kena sedarkan.

Puncanya aku bagi pinjam manpower 2-3 bulan lepas pastu dia kondem kata staff aku problem..Apa lagi..mak panasle..Pantang aku staf aku kena kutuk.

Hmm..dunia ni bulat. kejap2 kita kat atas kejap2 kita kat bawah.

Harap2 aku sentiasa diberi petunjuk supaya di jalan yang lurus ketika mencari rezeki.

Andai kata satu hari nanti staf di bawah aku jadi bos ataupun sama level dengan aku, aku tetap bangga dan berpuas ati...

Wednesday, April 21, 2010

Sabar itu indah (Part 2)

Sabar..sabar..sabar..
tapi kali ni aku meletup gak.
masuk meeting muka ala2 blur masing2.
Tiap kali masuk meeting nak tunggu aku yang tanya.
Aku expect dah ada kertas prepare summary berapa housekeeping yang tinggal.
Tak de semangat langsung.
Pedulila..member tak member.
Kat luar ko member aku.
Time keje rasa tak puas ati dengar aku membebel gi tutup telinga..
Sama aje dah tiga tahun.
Tak tahu nak basuh cara apa lagi.
Adakah aku terlalu give & take sampai tak tau berdikari.
Atau aku terlalu high expectation sehingga sebenarnya diorang x capai lagi set yang aku nak.
Ataupun diorang masih x bersedia lagi....
Wuoooo...........
Rasa aku yang nak cari kerja lain.
Biar kerja yang takde anak buah. baru puas ati...
Ok...
sekarang aku membebel macam ni kan..Jap lagi bila otak dah kembali ke paras normal, maybe entry aku akan 360 degree different from this...
Relax..aku nak gi makan yang best2 jap..Nak sejukkan ati..

Sunday, April 18, 2010

sabar itu indah...

sabar lah hati
jangan marah-marah
jangan menyumpah seranah
kerana kata itu boleh menjadi racun yang sangat berbisa..
insyaAllah ada balasan yang paling indah sedang menanti..

sabarlah perasaan
janganlah biarkan mata menangis
kerana air mata itu menampakkan dirimu lemah
tapi bagaimana kerna air mata itu adalah hamburan kemarahanku
kerana tahap kesabaran paling tinggi sedang diuja
sabarlah sayang
sabar itu senjata paling indah
seindah dirimu
jadilah muslimah paling solehah jika kau mampu..
sabarlah..sabarlah....sabarlah..

(sajak hari ini-semua benda aku kena buat.berbaloikah aku menjadi terlalu rajin, sehingga menjdai kuli kepada benda yang bukan bidangku...sabarlah..sabarlah....

Thursday, April 15, 2010

super-stress mom

aku baca dlm href="http://forums.parenting.com/showthread.php?t=17273">parenting arini..ada sorang asben meluahkan rasa risaunya dia kat wifenya yang dia katakan terlampau stres.
terlampau stres untuk menjadikan segala2nya perfect.
sehingga kadang2 dia rasakan bini dia seorang yang sycho..
selalu menjerit marahkan dia..
kisahnya sebelum ini si suami ni terlampau sibuk sehingga tiada masa untuk si isteri dan baby mereka.
si isteri juga seorang super performer di tempat kerja.
so bila dah dapat baby dia jadi stress apabila terpaksa bekerja hanya 7-8 jam sehari. Mungkin sebelum ni dia selalu stay back untuk settlekan kerja di ofis.
Sekarang dah ada baby, terpaksa balik on time untuk pick baby.
Bertambah tensen bila suami lak x support mana.

Perkara ini memang selalu terjadi. kalau tiada timbangcara antara suami dan isteri memang isteri akan stres. Pada aku suami memang kena supportive. Tak kisahla sama ada isteri kerja atau tak, bila suami balik rumah jangan nak jadi raja. Sekurang-kurangnya belajarlah ambil hati isteri dengan menolong apa yang senang-senang. Mesrakanlah diri dengan anak supaya anak tahu selain ibu dan pengasuh dia juga ada bapak.
Yang isteri pulak janganlah over estimate suami. Kalau rasa x puas hati cakap..cakap..dan cakap..Memendam perasaan memang membuatkan kita stres.
Bagi ibu/isteri yang bekerjaya pula, jangan rasa frust dengan tidak stay back kat ofis. Aku memang merasai perubahan yang ketara selepas kehadiran Dayana. Sampaikan sehingga sarat mengandung, ofis adalah tempat yang paling memberikan aku kekuatan.
Aku rasa boleh kira dengan jari berapa kali aku balik sebelum pukul 8 malam.
Mula2 dulu memang aku terasa perfomance down. Balik on time membuatkan aku rasa mcm aku dah x rajin sgt.
Tapi bila aku pikir balik, apa yang beza dulu dgn skarang. Kerja yang pending sentiasa ada. Aku stay 3-4 jam extra x menjadikan kerja complete.
8 jam kat ofis tu gunakanlah sebaik mungkin. Settlekan mana kerja yang patut.
Be done with today. Better with tomorrow.
Untuk para suami. Sokonglah isteri anda. Ini bukan masa anda mendabik dada anda adalah suami..
Tetapi jadikan isteri rakan kongsi.
Pada aku melihat suami main-main dengan Dayana sudah cukup membuatkan aku rasa dihargai..

Tuesday, April 13, 2010

let down reflex

pernah x experince mengepam 15 minit tapi x kuar paper..yg kuar adalah susu awal(foremilk) 2-3 titis pastu x kuar balik pape..

ape perasaan anda?

aku mule2 dulu stresso sangat. smpi menangis pun pernah..apatah lagi masa nak mengepam sgt terhad. tersepit kat tengah2 antara 2 meeting. ataupun curi2 lari time meeting..sedih sangat2..

tapi lama2 cam pasrah jer. sbb aku yakin susu tu akan keluar akhirnya-lama atau cepat shj. pernah aku mengepam 40 minit br susu kuar ngan laju..

ataupun kalu meeting dah nak mula, aku stop operasi pengepaman dan sambung bile abis meeting.

so bila study2 dlm SI.com, br tau menatang yang lmbt sgt nak kuar ni rupanya nama dia Let Down Reflex..

aku pun search dalam kelly mom..

rupa2nya let down reflex ni normal susah nak dapat apabila usia baby semakin meningkat. ada setengah ibu tak pernah langsung rasa let down reflex. kadang2 susu x ada, tapi kita susah untuk keluarkan dia. Dari pengalaman aku let down reflex ni bila diterjemahkan adalah rasa B kiter kembang & keras semacam & frekuensi kelajuan susu meningkat, rasa berdenyut 2 sikit kat B..and perasaan tu sgt best...

mengikut kellymom, tanda2 yang sihat kehadiran let down reflex bila menyusu adalah:

1)masa 1st week baby lahir/ minggu menyusu- rahim kite terasa menyempit/ kejang..(thats why la org ckp menyusukan anak leh cepat kecutkan rahim)
2)ritma penyusuan baby (chewah..ala2 ritma KL laks) dari sekejap2 kepada lama.
3)bunyi nafas baby semakin kuat and cuping telinga dia bergerak2...
4)ibu rasa relax, mengantuk (s>>>m..hahaha)
5)ibu rasa haus banget...

Sebab2 yang memungkinkan slow let down reflex..

alkohol, rokok, minuman berkaffein terlebih (tak kot..aku milo ais terlebih),stres keje(mm...maybela kot aku kdg2 bila dpt sms berbisa dr bos aku),malu (kadang2 bile mengepam kat tmpat yang x biasa). BIle stres, rupa2nya extra adrenalin yang terbebas dari badan kita akan block atau mengurangkan susu.


cara2 nak increasekan let down reflex semasa menyusu...

ada experiment yang dilakukan oleh sorang neuropsycologist dr Russia ni nama dier Ivan Pavlov. Dari kajian yang dilakukan, aturan yang tetap sebelum proses penyusuan dilakukan boleh mengembalikan semula mudahnya untuk mendapat let down reflex.

Contohnya, sebelum proses menyusu kita minum susu/ tea dulu, dr cawan yang sama, duduk kar kerusi rehat yang sama, dengar lagu yang sama dan of course pada masa yang sama.

Time menyusu tu pulak try cium bau baby, nyanyi lagu yang sama (kalu kite zikir la yang paling bagus kan...kan..)

Ada cadangan lak try mandi sama-sama ngan baby, menyusu time mandi tu, try gak bayangkan yang best2 time menyusu contohnya bayangkan air terjun ke, bayangkan air mencurah-curah ker...
Try gak urut2 B kite dengan tuala panas untuk lancarkan aliran susu dalam saluran B kiter..
Sebelum menyusu atau mengepam tu, try gak gentel2 nipple kite supaya dia terangsang sket..(wah..18sx kah entry aku kali ni..tak kot..kan..ni kan ilmu)
Yang paling penting enjoy-enjoy & enjoy..

Untuk yang mengepam lak (terpisah ngan baby)
Bawakla gambar baby yang paling cute dan pandangla wajah baby tu time mengepam..
Kalu ada video, tayangkan gak aksi si manja anda, kalu boleh time dia tgh rakus menyusu tu..hahaha
Kalau ada tuala or baju baby yang ada bau dia yang sangat wangi tu pun cium2 sikit sambil mengepam tu...

Harap2 aku berjaya la mengaplikasikan teori2 kat atas untuk memepercepatkan let down refelx ni...

saje jer nak letak gmbr gak..ni dayana 8 hari...

Monday, April 12, 2010

5 gate to do sin

Jika nak lakukan maksiat, make sure you can do this 5 things-

1) Jangan makan rezeki Allah.
2) Jangan tinggal kat bumi Allah.
3) Bila malaikat izrail nak cabut nyawa- cakap kat dia.."sat..sat...aku x ready lagi"(dalam dialek kedah)
4) Buatlah maksiat kat tempat yang Allah x dpt lihat..
5) Bila nak gi neraka, cakap kat malaikat yang nak bawak kita tu.."aku tok seh nak ikut kamu"...

Hahaha..ada berani? Pss..only my 2 cents.

Sunday, April 11, 2010

dayana 8 month

masih x de point utntuk menulis..
hampir 15 minit aku pandang laptop tapi x de modal nak mengarang.
so yang paling kacang ialah apakah perkembangan terbaru anak ku Nur Dayana Zulfah.

1) Dia dah tumbuh gigi 2 batang...

2) Dah pandai sebut mama & papapapapa...Penat ayah dia betulkan.."ayah".."ayah"...tapi masih x dapat sambutan.
3) Dah pandai memanjat. Walaupun merangkak nye x seberapa tapi dah ada improvement untuk memanjat & berdiri. Nak duduk pun mcm dah nak..

4)Semakin becok mulutnya...
5)Dah tau kalu aku pakai tudung dia nak mintak dukung. Risau kena tinggal..

so dayana..happy 8 month...

Saturday, April 10, 2010

5 Love Mistakes Even Smart Women Make

Lamanyer x berbloggie..x dela lama sgt actually. Tapi rindu nak menulis. Almaklumlah..cita-cita i masa kecik2 dulu nak buat novel. Memang aku suka menulis. Sekolah rendah aku pernah menang johan pertandingan karangan bahasa melayu peringkat daerah petaling.
Aku br beli broadband semalam setelah berjaya memujuk hubby ku selama lebih 3 bulan. Nampak mcm simple kan..lagipun bukannya dia yg bayar bulan2..tapi restu suami tu kan yang paling penting.
So ini adalah topik yang den nak cerita hari ni..apakah kesilapan yang perempuan bijak selalu lakukan..
kadang2 kita selalu rasa kita the best..dlm career we lead in front of the team..jarang sekali kiter dicondemn dek kerana buat decision yang salah.
Tapi kita selalu gak lupa..banyak perkara dalam hubungan, perempuan tidak fikir apa yang terbaik untuk lelaki. jarang kita ada perasaan empati pada lelaki.
Ini adalah 5 point yang perlu kita renung-renungkan...
Mistake #1: You Do All the Work
Kiter plankan suma benda..Nak makan kat mana. Nak makan apa. Nak shopping kat mana..nak beli rumah kat mana...
Hello..bagila can kat cayang kita untuk nampakkan sikap tanggungjawab dia.. lelaki lebih rasa dihargai bila kite selalu meletakkan dia di depan.
Selain plan..perempuan yang bekerjaya ni slalu nak rasa dia adalah superwoman...balik kerja, masak, basuh pinggan, jaga anak..hatta nak tukar pampers anak pun kalu boleh dia nak buat.
I tell you.jangan manjakan sangat. Involvekan suami anda dalam kerja-kerja yang anda tak sempat lakukan. At least simple thing, jaga anak sambil anda boleh memasak di dapur.
Mistake #2: You’re His Life Coach/Mother/Therapist
Ni mistake yang selalu kita lakukan. Setiap masa kita cuba jadi penasihat pada pasangan kita. Kadang-kadang sampai si dia jadi rimas. Asalnya nasihat akhirnya jadi bebelan yang boleh mengundang pergaduhan.
Kadang-kadang kita cuba menjadi gembira setiap masa demi menjaga hati dia. Tak perlu. Jadilah diri sendiri. perkahwinan/percintaan adalah suatu perkongsian. Tak perlu jadi penasihat tetap satu sama lain sebaiknya jadilah sahabat yang saling memerlukan.
Mistake #3: You Expect Him To Read Your Mind
Pun selalu. Kaum wanita konon-kononnya selalu ingin jadi perahsia. Ataupun ego yang tak kena tempat. Rindu tapi malu. Mahu tapi ego untuk meluahkan. Buang ek sikap macam ni. Banyak tempat yang aku baca lelaki adalah makhluk yang kurang sensitif terhadap perasaan orang lain. Untuk itu jadilah tak malu bila berkata dengan pasangan. Jangan sangka dia selalu ada untuk anda. Kadang2 fokusnya pada benda lain sehingga dia lupa tarihk2 penting antara anda dan dia.
So bagitahu apa yang ada dalam otak anda untuk dia.
Mistake #4: You Lose Your Identity
Hilang identiti. Seorang yang tak suka tengok bola sepak jadi fanatik bola sepak.Seorang yang tak suka bercakap kuat2 akhirnya terikut2 dengan pasangan. Ini juga disebabkan asyik menjaga hati pasangan.
Selalunya ini adalah pasangan yang bercinta.
Bila dah kahwin, segala rahsia kantoi. Jujurlah ketika bercinta supaya tiada timbul masalah selepas termeterai janji atas nama perkahwinan.
Mistake #5: You Push For Closeness
Selalu perempuan melakukan kesalahan ini. Terlampau ingin bermanja sehingga lelaki rimas kerana tiada ruang lanngsung untuk si dia melakukan aktiviti kesukaannya. Saya rasa lelaki perlu diberikan ruang apabila bercinta ataupun berkahwin supaya dia tahu bahana rindu. Di samping dia ada masa untuk berhobi..

upps..saya suka pasangan Aidil Zafuan & Rita RUdaini..*walaupun beza usia sangat ketara tapi keserasiannya nampak nyata..

Monday, April 5, 2010

from fired to fired up..

sekang ni kat company aku tgh musim cessation..
cessation tu maksudnya musim pemberhentian orn or bahasa yang lebih spesifik penamatan kontrak..
samada aku tergolong @ tak itu masih lg rahsia..
if bosses syg or masih lg memerlukan khidmat aku yang sangat rajin ni..maka kekallah aku di syarikat ini..
honestly aku sayang sangat dkat company ni..
terutamanya di Subang center..
sebab setiap satu process kat sini aku yang head before start anything.
for me subang center is my baby...
if fikir from start of project here since 2007 until now, too much pressure and pleasure that i can remember..
i love every single part of here..
i love every person here..

so this entry dedicated to myself or other people that might be fired/ ended the contract...
bagaimana untuk improve our mindset daripada kecewa, frust and bengang kepada positif ...

How to upgrade from fired to fired up (daripada dipecat ke semangat membara22)

1)Jettison Your Angry

Lepaskan perasaan marah...Marahlah, kutuklah,jeritlah sepuas2 hati dalam tempoh 2 hari,.tetapkan end date untuk mengamuk or menjerit..selepas itu maafkanlah seikhlas-ikhlasnya company anda yang telah mengendkan contract anda dan hanya membayar pampasan yang anda tak berapa puas hati tuh..
perasaan memaafkan itu akan menyebabkan anda mampu berfikir dengan tenang dan bertindak untuk mencari rezeki yang lain..
ingatlah..rezeki telah ditetapkan oleh Allah di muka bumi ini..tugas kita ialah mencari rezeki itu dengan tidak mengenal erti putus asa..

2)Say to yourself, "I have a dream" -- then start working to achieve it

Amikla diari or blog masing-masing..tulis sebesar2nya impian anda..Biarlah impian itu yang logik untuk dicapai oleh akal. Anggaplah impian itu ialah titik penggerak untuk anda meneruskan langkah anda.
Mulai detik anda menulis itu berusahalah untuk mencapainya..

3)Choose to have faith in what you want, rather than what you don't want

Positive.positive.positive.. Bayangkan yang indah-indah sahaja akan terjadi pada diri anda. Percaya, aku akan jadi lebih baik dengan kehilangan kerja ini. Buangkan perasaan atau kepercayaan "Matilah aku..aku dah ilang keje"

4)Start each day with one question

Bangun pagi..Lepas baca doa bangun tidur..tanya diri sendiri. Apakah 3 benda yang membolehkan untuk aku mencapai cita-cita aku? Buat resume, beli akhbar star, habiskan 3 jam surf jobstreet, bersembang dengan memember2 yang mempunyai link untuk any vacancies...dll...

Ermmm.....

Cakap memangla senang kan..Tapi x salah kan kita prepare untuk berpositifkan otak sendiri..siapa lagi yang nak positif kan otak kita kalau bukan diri kita...

Ini adalah workplace aku selama 3 tahun sebelum dipromotekan untuk mendapat bilik..
Tapi inilah kenangan yang paling indah dalam career ku..Aku boleh stay sorang hingga pukul 10 malam semata-mata untuk buat plan bg memastikan operations smooth...

Sunday, April 4, 2010

jiwang2 la plak

For The Rest Of my Life-Maher Zain

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say

Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together in Jannah
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

*Repeat Chorus
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

*Repeat Chorus
I know that deep in my heart..

Untuk suami yang banyak memberikan aku ruang untuk aku memperbaiki diri, kesabaran yang tidak terhingga melayan karenahku yang kadang2 memeningkan kepala, yang mendidik aku dengan penuh hemah untuk menjadi anak yang tahu tingginya letak ibu bapa, yang berjaya menyedarkan aku kerjaya dan keluarga adalah benda yang berbeza..
terima kasih..
semoga hingga ke hujung nyawa kita masih bersama...

Friday, April 2, 2010

Tunjukkan aku jalan yang lurus

Pernah tak terfikir sesuatu kejadian, kejayaan atau musibah yg terjadi pd org lain sebenarnya Allah tujukan khas untuk kita..

Untuk kita dpt pengajaran& peringatan..

sahabatku semalam keretanya dipecah..habis laptop turut dicuri..
sebenarnya aku juga selalu leka..tinggalkan laptop dlm kereta..kdg2 siap pergi shopping..padahal itu bukan hak aku..hak syarikat. kenapa aku tak ambil berat dengan amanah yang dipertanggungjawabkan..
mungkin selama ini aku bernasib baik.
sahabatku juga khabarnya hanya kuar ke kedai beberapa minit.
berjaya juga keretanya dirampok..
kasihan sahabatku..
tapi terima kasih juga kerana menjadikan aku tersedar dari leka..
jangan terlampau reda dengan perlindungan yang Allah berikan..
mungkin saatnya belum tiba untuk aku ditimpa musibah.

seorang sahabat juga mencadangkan aku bukak satu blog, buzz!!aku jadi malu sekejap..
seorang anak kecil usianya br 3 tahun setengah sudah mampu menghafal ayat2 lazim..lancar sekali dia membaca surah al'a'la..kenapa aku perlu malu..ada 2 sebab kenapa aku malu..
pertama-kerana aku sendiri sekarang jarang2 mengaji..kesibukan kerjaya & menguruskan keluarga menyebabkan aku selalu lalai untuk meneruskan amalan sejak sekolah menengah.
Bukankah ketika zaman sekolah menengah ada sahabat yang sanggup duduk di sisiku semata-mata hendak mendengar merdunya aku mengaji?
bukankah dulu tiap kali aku sedih & hampa, kecewa dengan tekanan kerja, surah Ar-rahman jadi penenang hati..sekarang aku ada dayana, tiap kali sedih aku peluk dia kuat2..teruknya aku..
patutnya aku didik dayana sejak sekarang agar telinganya lali mendengar ayat2 suci..biar dia resah andai sehari tidak mendengar surah al=Fatihah.
kedua-aku jadi malu disebabkan aku sibuk untuk memperjuangkan perkara lain pada anakku..ilmu agama aku kecilkan percent dalam pendidikannya. Aku pastikan susu untuknya cukup, pastikan pakaiannya sentiasa up to date, dia dapat flash card dan buku terbaik, manja serba serbi..tapi aku lupa untuk tunjukkan dia nilai yang murni..aku sendiri sibuk menonton na-o mei, marathon pula dengan nenek kebayan sambung pula dengan mertua vs menantu..hingga solat maghrib di akhir waktu..
patutnya aku tunjukkan contoh yang baik.
patutnya aku biasakan dia mendengar zikir yang pelbagai dari channel oasis.
patutnya dia sudah biasa melihat aku solat sebaik sahaja azan selesai.
patutnya aku pangku dia ketika aku berdoa.
patutnya aku kena mula biasakan dia melihat huruf2 hijaiyah selain A,B,C dan 1,2,3

ya Allah terima kasih berikan aku petunjuk
terima kasih ya Allah kerna Kau masih sayangkan aku
terima kasih juga Kau kurniakan aku hati yang terang untuk masih melihat kekhilafan ku...

Thursday, April 1, 2010

What your babies nursing style? Part 2

Ok..semalam x de entry langsung..2-3 hari ni x cukup tidur sebab terpaksa bgun mengepam tgh malam untuk menggenapkan jumlah 13 oz untuk bekalan ke umah kak zaida..

sebelum aku sambung nursing style part 2.nak share gambar dayana masa umur 2 hari..saat ini aku telah memberikan dia susu tepung/ Disebabkan kurang ilmu, menggelabah dan mendengar pendapat mengikut pengalaman dan bukannya berdasarkan keadaan sebenar fisiologi baby itu sendiri.

aku berharap sangat ibu2 yang baru pertama kali melahirkan anak jangan jadi macam aku. 9 bulan mengandung, kumpul ilmu sebanyak mungkin dan kuatkan keyakinan waktu hari2 awal baby..memang susu tak melimpah ruah..sampai kite terasa kita tiada susu..sebenarnya ada, kolostrum itu memang sedikit..dan bayi akan dapat selagi kita suakan padanya...



ok...
type yang ketiga...

The Procrastinator

“Procrastinator” sendiri maksudnya adalah lambat. Baby2 yang baru lahir berusia kurang seminggu kebiasaannya terglolong sebagai Procrastinator. Mereka lambat bertindak, kurang bernafsu terhadap susu dan hanya menunggu ibu menghulurkan susu tanpa meminta. Dayana juga masa usia kurang 15 hari sangat bersopan santun, jarang menangis sehingga saya dimarahi nurse kerana tidak menghulurkan susu padanya.
How to Help Them

-Tawarkan seberapa kerap yang boleh untuk menyusu- Baby yang suka tidur ni tidak menunjukkan sign2 yang dia lapar. Dunia dia sejak dari alam rahim adalah tidur. Dia juga takde apa aktiviti perlu dibuat selain tidur. Jadi hulurkan sekurang2nya sejam sekali untuk menyusu. Walaupun kuantiti yang diminum tak banyak, tapi ingatlah semakin kerap dia diberi peluang untuk menyusu, dia semakin mahir untuk latch. Kejutkan juga jika dia tidur lebih 4 jam.

-Jangan tertekan dengan kuantiti yang sedikit-Baby yang baru lahir hanya perlukan at least 2oz untuk setiap penyusuan sehingga usia seminggu. Walaupun dia menyusu x banyak mana, dia mendapat semua khasiat yang diperlukan.

-Tengok “yak”dia. . "A reliable sign of a well-breastfed baby is a bright-yellow, seedy bowel movement by day five," says Jane Morton, M.D., a clinical professor of pediatrics at Stanford University in Palo Alto, California.
So, if okay…colour kuning terang..janganla risau..

Perhatikan perkembangan berat badannya- Setiap baby yang baru lahir akan kurang berat badan pada hari ke 3 atau 4, tapi x leh kurang 10% dari berat masa lahir.

The Gourmet

Gourmet-cerewet-suka main2 dengan nipple and main rasa2 dulu sebelum betul2 menyusu. Dia perlu mencari tune yang betul baru dia focus dengan penyusuan.
Jangan rush..Ok..kadang2 tensen dan lemas bila anak kejap2 menyusu, kejap2 tgk tv, kejap-kejap sengih pandang muka kita…tapi layan ajela..sebab sebenarnya ia akan merangsang hormone prolaktin kita untuk menghasilkan susu dengan lebih banyak.


Enjoy it. Grab a magazine or a book -- or simply watch and giggle at this little nurser's lip-smacking and tongue-wagging -- and try to relax.
Enjoy it..amik majalah, tgk tv, main cak2 dengan dia…relax sebanyak mungkin.

The Rester
.
Baby nie suke tido time menyusu. Kadang-kadang dia boleh tertido sambil mulut tgh nyonyot..(heheh, mcm biase jer)…

How to Help Them

Kejutkan dia pelan-pelan…Jangan bedung dia sewaktu menyusu, usik2 sikit kaki dia supaya dia focus sewaktu menyusu

Tak yah tukar-tukar – Biar dia menyusu sepuas-puasnya kat sebelah bahagian. Tak kisah walau 30 minit sekali pun kat sebelah..Asalkan dia focus dan tidak diganggu tumpuannya.

Picit sikit. Bila nampak dia macam dah slow down waktu menyusu, perahkan sikit menggunakan tangan untuk masuk ke dalam mulut baby

Layan ajela- Biasenya keadaan baby kejap2 tido time menyusu ni waktu awal2 kelahiran. Baby tak terangsang lagi dengan kenikmatan menyusu. So forget pasal nak layan laki,nak masak, nak basuh kain dan lain-lain…

Fikir..ini adalah satu-satunya saat anak aku nak start menyusu..so berdua-duaan dengan dia…