Pages

Wednesday, June 30, 2010

to entertain myself or entain people?

yana tgh dgr zikr kat astro oasis nih.. suke sgt dgr alunan suara uztaz amal &ustaz asri baca zikir2 yang sedap smbil tu gmbr2 yang kuar cantik2.. mama lak suh yana tepuk amai2 terpaksa la yana hiburkan mama.. kang dosa lak x dgr cakap mama antie2 tau x mana nak cari video zikir astro oasis tu.. yana nak sangat tgk selalu sbb bila yana layan zikir tu mama leh buat keje lain...hahah..

Tuesday, June 29, 2010

Feel Like Want to Rebus People

Aku sangat penat hari ini.
Penat memendam rasa dan emosi.
Karenah manusia kat tempat kerja macam2..
Tapi paling menyeksa bila aku x mampu nak lontarkan rasa tak puas hati
sebab orang itu dicover baik punye oleh bos yang sangat aku hormati..
Kadang-kadang aku confius sendiri
Adakah perasaan tidak puas hati ini didorong oleh syaitan yang suka aku berdukacita
Ataupun memang sewajarnya manusia normal mcm aku untuk tak puas hati
Bayangkan...
Aku kena take over everything yang sepatutnya seorang yang ranking manager perlu tengok..
Dan lokasi operasi yang perlu aku sesakkan kepala aku adalah jauh di utara
menggunakan telefon dan lain2 lagi
semuanya aku perlu selesaikan
dengan alasan
aku masih muda-ini adalah masa aku belajar untuk menyelesaikan masalah
handling people beyond my expectation...
OOhhhhhhhhhhhhhhh..tension.
Itulah sebenarnya
Kadang2 aku marah air mata...jangan lah jatuh sayang..
Tapi air mata adalah penanda aku di ambang perasaan sangat komplikated...
Aku terlampau marah pun akan bergenang air mata
Aku terlampau sedih pun akan bergenang air mata
Aku terlampau gembira juga akan bergenang air mata..
Paling sedih bila orang yang aku hormati juga seolah-olah mengiyakan mereka harus bergoyang kaki..
Ya Allah..ampunkan aku kerana berperasaan begini.
Aku sungguh2 terasa ingin rebus orang...
Ataupun bakar mereka dalam microwaveku dengan suhu 180C...
Wargghhhhhhhhhhh.....................................

Sunday, June 27, 2010

sekejap aje Allah dah tunjuk..

hari ni gue cuti...
bestnye..
sebab Kak Zaida mintak cuti dr aku nak antar Angah gi ITM jengka..
aku kena la mintak cuti
hasben lak tgh busy ada program convensyen NVC..
walu pun best dok umah tak mengadap angin ofis yang ekkadang menghangenkan diriku..
tapi terasa gak lecehnye bile anak dara ku asyik nak berkepit aje
sungguh terasa mcm kembar siam..
sidai kain mendukung dia..
makan mendukung dia
sapu samaph mendukung dia
aku tanye kak zaida sebelum ini, adakah Dayana mcm tu di rumah dia?
jawapannya..tak. Dia pandai bawak diri.
aku pernah cerita pada mak aku..
Dayana adalah bodyguard aku
sbb smpai tahap aku membuang pun dia ikut sekali..
jawapan mak aku..
"kamu pun mcm tu dulu..
sampai dapat adik kamu masih ikut mak mandi dan membuang.."
erkkkkkkk..
aku dapat adik pada usia lima tahun..
"tengok, sekejap aje Allah nak tunjuk..apa yang kamu buat pada mak, dayana dah bagi balik pada kamu.."
hmmm..
jeng-jeng-jeng.

Thursday, June 24, 2010

bos ku akan meninggalkan daku

oh........
khabar ini membuatkan aku lagi bertambah tekad nak cr kerja lain
bos kesayanganku
a.k.a my great teacher ever-mr roy shanker
dah nak resign dan join balik previous company dia-sime darby
dia announce secara exclusive pada aku ngan en sham (bos atas aku)
mr roy-GM, en sham-production manager..
aku dgn muka tak malunyer...
"bos, sime darby takde vacancy lain ke? i nak ikut"
kakakakka
mesti dlm hati dia kutuk-tak malu tul minah ni...
wa.........
tapi aku nak ikut....
aku suke keje bwh die..dia spoting tapi suke ajar aku...
grrrrrrrrrrr....
arap2 sok ada panggilan misterila dari company2 yang best..

Tuesday, June 22, 2010

"Cocoa Collagen"

ooh..sekang 8.45 am hari rabu..tgh dok dlm bilik aku kat ofis..
rasa berdosa lak sbb mencuri waktu bekerja..
tapi ok kot..kat umah pun keje ofis selalu curi waktu aku sebagai mak & wife..
ok 15 minit only to update blog.
hasil mengganti posa ku berderet2, balance ganti posa hanya 4 hari lagi shj..
by next week selepas tamat bendera merah..aku akan segera langsaikan utang itu.
x sangka 30 ari aku pantang tak posa dulu dah hampir nak abis ganti..
alhamdulillah-maybe gak pasal posa berat aku turun hampir 5 kilo..
menyebabkan aku dah muat pakai baju2 yang x muat satu ketika dulu..
sonokkkkk................
posa gak mungkin menyebabkan efek pada susu ku..
tp x taula..mungkin ada faktor lain.
mcm2 cara aku try..
minum hampir 2liter air waktu sahur
susu 2 gelas
sayur sawi tumis ngan ikan bilis
longan kering waktu buka posa..
dan lain2 lagi.
hasilnya tetap sama- hanya mampu 2 botol aje bekalkan pada Dayana kat umah pengasuh.
tetiba tergerak nak bukak blog member u aku (roommate satu ketika dulu)
wah..dia dah jadi peniaga online yang tegar..
terpandang lak ada banner "Cocoa Collagen"
antara kebaikan produk ini ialah:
Ajjar-aku copy jer...


Khasiatnya:

* Membantu mengimbangi hormon.
* Merangsangkan pertumbuhan sel baru/anti kedut.
* Mencantik, menghalus dan menggebukan kulit.
* Memontokkan dan menegangkan payudara serta punggung.
* Melambatkan proses penuaan.
* Merapatkan vagina dan mengeratkan hubungan suami isteri.
* Mencantikkan kembali tumit kaki yang pecah.
* Mencerahkan kulit secara semulajadi.
* Memberi tenaga.
* Membantu mengurangkan keguguran rambut.
* Melancarkan peredaran darah dalam badan.
* Mengimbangi berat badan.
* Meningkatkan daya penghadaman.
* Mengurangkan sengal-sengal dan lenguh-lenguh otot.

Dan ada satu lagi- menambahkan susu badan..

Mula2 rasa konfius gak-kan ada ekstrak kacip fatimah tu...tul ke x efek susu?

Aku cite kat hubby...dia tak komen pun pasal tang tambah susu tu...dia more tertarik kat yg atas2 tu.. (dasar lelaki...huhuhu)

Jejalan kat mydin untuk beli brg umah aritu, tetiba on the way nak turun eskalator-ada booth penjual jamu..dan yg terkejutnye hubby aku yang terus sambar Cocoa Collagen tu dgn harga 56 inggit..

Testimonial-dah hampir 4 hari mencuba-
efek yang nmpk ketara
1)Tumit kaki aku yg kasar dah ilang garis2..
2)Makin bertenaga kat ofis, balik umah masih mampu sambung bukak lappy bila Dayana dah tido. Dan masih kuat kat ofis ari ni-x ngantuk walau sepanjang malam Dayana bergayut kat aku...(anak aku sekang ni ape org panggil -nursing strike..mlm terlampau kuat menyusu-kat umah pengasuh dia main aje..menyusu main2)
3)HASIL PENGEPAMAN-dah increase ke 3 botol.. bersamaan 4oz sekali mengepam..Cam musykil je..aku tgh peot ni woi..
yang lain2 nanti aku cite..

Aku bukan peniaga produk ni k..Jadi entry ni bukan nak mempromote untuk beli. Sesape nak beli suka hati u all punye duitla ye..

p/s: kalu ok betul2 nanti maybe la kot..kot..kot..huhuhu.. (jadi seller)

Ok shapr 15 minute..continue wat keje lak..

Wednesday, June 16, 2010

Beruang kutub tak Makan Penguin!

"Penguin di kutub utara, beruang di kutub selatan.."
"Mama..beruang kutub makan penguin tak"
Pernah tgk tak iklan susu fm yang dilakonkan oleh Wardina..
Aku perasan Dayana akan berhenti melakukan apa saja aktiviti semata-mata untuk melihat iklan ini.
Begitu juga dengan iklan susu fm Nespray..ada budak kecik yang nyanyi lagu "Ibu-ibu-engkaulah ratu hatiku"
Dayana akan tersengih2 mcm kerang busuk.

terasa anak aku semakin besar.
dah pandai tepuk tangan, menyanyi sorang2 dlm bahasa tersendiri, sahut azan dll yang buat aku senyum sendiri.
Dialah kesayangan kami berdua suami isteri..
juga yang dirindu selalu oleh pengasuhnya Kak Zaida.
Tiap kali tiba disambut dengan peluk cium yang sangat erat, tiap kali pulang dihantar hingga kereta sambil mata tak lekang memandang wajah Dayana,
setiap hari aku berdoa supaya setiap mata yang melihat Dayana akan terbit satu perasaan sayang dalam hati mereka,
supaya tiada langsung perasaan marah dalam hati-jauhkan dari perkara2 yang malang,
aku takut untuk menyebut-tapi paling risau jika didera..nauzubillah.
sebab itu seboleh mungkin aku menjaga perhubungan ku dengan pengasuh,
alhamdulillah Allah ketemukan aku dengan Kak Zaida..
aku yakin dengan kasih sayang dia pada anakku.
dan aku tak pernah cemburu.
Terima kasih kak.
Kerana anak saya sudah 10 bulan, membesar dengan sempurna..
segalanya cukup..Moga kita sama-sama mendidik dia dengan ilmu, iman & amal..
Moga berkat akak mengajar anak2 yang lain ilmu AlQuran-dapat menggantikan apa yang kurang dalam didikan ilmu saya sehari2..

eh..eh..aku ni melalut ape.tadi plan nak cite pasal milestone baby..alih2 jadi cite babysitter lak..takpela..halal jela.
cite pasal anak memang x pernah jemu..oh indahnya jadi ibu.

Monday, June 14, 2010

breastfeed dari kacamata seorang ayah baru

ada sorang member laki yang akrab dgn aku
baru jadi ayah kepada baby girl yg sgt comel lebih kurang 2minggu
smlm tetiba bisik2 kat aku..
"anak aku kuat sgt menyusu la mi..normal ke?
ooh..tetiba aku teringat saat2 awal kehadiran dayana..dia sgt melekat dengan badanku
asyik nak menyusu aje
smpi aku tensen dan menangis tersedu sedan sambil mengadu kat forum susu ibu.com
aku menjelaskan pada dia baby awal kelahiran memang kuat menyusu sebab dia nak merangsang lebih byk susu dihasilkan.
semakin kuat dia menyusu maknanya susu selalu berganti dengan susu yang baru, jadi insyaAllah susu semakin banyak.
"dia x pandai menyusu sgt..bini aku kena pump masuk botol.."
aku cuma memberi nasihat sebagai kawan..belajarlah menyusu direct gak..sbb itu adalah sgt indah..perasaan itu tak dapat dijumpai di mana2 tempat pun.
bila mata anak tu pandang mata kita-susah aku nak cite betapa best nye..
"poyola kau..so ko still breastfeed lagi ke?"dia semakin selesa untuk bertanya.
aku pula makin selamba untuk bercerita.
"aku still breastfeed, tapi kat ofis ni susah sikit nak fix masa mengepam kan..so susu aku down sikit. terpaksa top-up ngan formula"
"Ooo..mengepam pun kena fix masa ek? Biasa ko pump kul bape? Dapat bape botol sehari? Susu tu buat minum waktu malam ke?"
Kahkahkah....jahat aku gelak dalam ati. Eleh..kalau aku bukan breastfeed mother pun aku mesti ingat benda yang sama.
Aku menjelaskan waktu zaman gemilangku, aku mengepam biasanya dapat 4 botol di ofis, 1 botol di rumah-cukuplah bekalan dayana keesokan hari.
Waktu mengepam memang kena fix. Supaya badan kita biasa untuk menghasilkan susu paling hebat pada waktu2 tertentu. Aku juga bagi advice untuk bini dia atau dia sendiri surf susuibu.com supaya dpt byak info. Bila kita makin faham mengapa dan bagaimana, jadi kita makin bersemangat dan ada motivasi untuk meneruskan.
Aku jadi termotivasi sikit.
So terus capai handset set masa mengepam yang baru- 8.15 pagi (smpi2 ofis)..11.30 pagi (waktu ni meeting tgh slow down biasanya)..2pm (biasa meeting ptg pukul 2.30)..dan kul 6.30 ptg (dgn bantuan magic dari dayana..)

ini adalah hasil mengepam semalam..
yg botol tutup biru tu (hasil mengepam kat ofis 3 x pump = 3 oz jer)
yang botol tutup pink tu (mengepam 6.30 dengan yana 1x pump =5 oz)

takpela kan rezeki Allah.
mungkin jugak pasal aku tengah posa berderet ni..
itu semua ketentuan Allah.

Sunday, June 13, 2010

Tergedikz nak Update Blog..

Wah...seminggu aku x menulis ape2 kat blog..cam mustahil aje.
Tapi seriusly terasa terlalu lama..
Mungkin aku telah menganggap blog ni satu lagi part of my soul..
Chewah...
Apakah yang terjadi pada diriku.
Aku terlalu sibuk di ofis dua tiga menjak ni.
Buat pertama kalinya selepas Dayana mengisi hidup aku, aku balik ke rumah pukul 8 malam.
Maklumlah nak stat projek baru, cam bz sikit untuk preparation.
Jadual mengepam semakin carca marba.
Kjap2 pukul 12, kejap2 pukul 10
Kejap2 cukup 3 kali kat ofis. Kdg2 cuma 2 kali. Ataupun hanya sekali.
Jadi adalah sangat tak mustahil kalau susu aku drop.
Minumlah susu Anmum satu tempayan pun.
Atau amik suplemen shaklee satu botol pun..
Kalu jadual mengepam lari- lu pikirlah sendiri.
Kdg2 aku terpikir ada tak pam yang boleh bawak masuk meeting..
Yang x nampak kembung kat depan..
Yang aku pernah dgr cite- Pam Medela Freestyle tu cam freehand-tapi cam kembung kat depan and ada bunyi yang mantop.
Kalu kembung tapi x bunyi pun aku okay lagi.
Kalu team member aku suma pompuan okay gak- ni aku sorang je pompuan.
Aku bawak beg MLO kat belakang, bag laptop kat sangkut kat bahu kanan pun dah kena kutuk
"Mie...kalah CEO..."
Suka ati aku lah....
Aku berjaya menghilangkan rasa bersalah sbb tak bagi full breastmilk untuk Dayana dengan satu teori- Aku cuba untuk menjadi perfectionist mother tapi aku masih lagi hamba pada Yang Maha Esa.
Ada sesetengah perkara tak mampu mencapai apa yang aku mimpikan.
InsyaAllah sehingga titisan terakhir aku akan tetap mengepam-walau hanya sekali di ofis ataupun hanya 0.5 oz tiap kali mengepam.
Seriously-aku sangat rindu detik kelajuan air susu aku meluncur dari corong dan tak sampai 10 minit penuh 4 oz kedua2 belah botol.
Tapi aku tetap bangga, sekurang2nya aku adalah wanita pertama dari company ku yang mengepam- dan dengan malu2 kucingnya aku nak bagitahu-aku adalah wanita pertama kalu ikut ranking position kat ofis dan aku berjaya menghilangkan rasa pelik staf2 kat ofis wanita bekerja boleh bagi susu badan pada anaknya.
InsyaAllah-anak kedua aku cuba yang lebih baik dari ini.
Aku nak membebel panjang ni-sapa rasa lenguh mata leh klik button X kat sebelah kiri page ni ek.
Cite Dayana dara pujaan lak..

Dia ni makin over activenye- lenguh aku. Kdg2 terkeluar lak ayat aku "Yana, penatla mama mcm ni-asyik kejar awak aje"
Ayat2 cam ni buat asben ku jegilkan mata dia.
Hehehe--sorry bang. Dia pantang aku mengeluh pasal anak.
Dayana suka sangat dengan benda2 terlarang contohnya selipar dapur aku, plak tv dan lain2 plak kat umah ni.
Di samping aktif meneroka satu rumah-dia juga tak boleh ilang aku dari pandangan.
Aku basuh pinggan, sapu sampah, masak dll dukung dia-selamat ada pouch.
Mandi dan basuh kain pun sampai satu tahap aku letak dia dlm walker-tekan button on untuk kuncikan walker tu-letak depan pintu bilik air-aku mandi dengan pakai baju..
Tak tahula nak kata apa lagi.
Mak cik aku kata-budak breastfeed memang manja dan too dependent.
Teori tu aku bangkang-dependent tak dependent bukan usia sekarang boleh dijustify kay..
Pada aku inilah waktu dia nak bermanja- 5 hari kat umah baby sitter-mlm pun aku penat-10 mlm dah tutup lampu.
Nanti dah besar aku pulak terindu2 nak berkepit dengan dia.
InsyaAllah-Dayana akan membesar sebagai anak yang berdikari namun penuh dengan kasih sayang dari aku.

Sekian, terima kasih..(asben ku dah suruh solat asar-asyik layan blog aje dia kata...hahah)

Sunday, June 6, 2010

baby can understand our word?

assalamualaikum dan selamat petang..
rindu rasanya nak menulis blog.
hari ni penuh menghadiri jemputan org kawen-di klang dan di shah alam..
rindu zaman bersanding..hahah..kerana waktu itu adalah pertama kali wajah aku disolek
dan aku kagum sendiri kerana melihat wajah aku sangat jelita--sape yang puas ati kenyataan ni abaikan shj phrase ini.
nak cerita sikit.
pagi tadi sewaktu tengah suapkan dayana breakfast-aku terbukak v9-rancangan Idola Kecil. Tiba-tiba fokus dia bertukar dari makanan kepada tv. Lepas itu tiba2 dia menjerit ala soprano seperti biasa yang dia lakukan ketika mandi..
Dan aku terus bagi tazkirah pada dia
"Yana,rancangan Idola Kecil ni tak bagus.Ramai orang boleh menyanyi tapi tak semua orang ada kepandaian dalam bercerita, menghafaz Al-Quran, matematik. Baik kita jadi idola dalam bidang yang hebat2 macam tu.
Menyanyi-mama pun boleh menyanyi. So Yana boleh tengok aje rancangan Idola Kecil ni tapi jangan ada perasaan teringin nak menyanyi depan orang ramai"
Dia pun memandang aku sambil tersengih-sengih.
Tiba2 ada suara yang gelak2 dari belakang.
"Ayang ni macamlah Yana faham awak cakap apa? Membebel panjang2.."Rupanya sang asben geli hati tengok aku bagi tazkirah.
Wah-panjang intro aku.
Persoalannya adakah Yana faham aku cakap? Realitinya aku tak sure la tapi kalau aku percaya pada teori perkembangan kanak-kanak, jawapannya memang YA!
Sila rujuk web ini.
http://www.babycenter.com/(awat ntah aku x leh copy link..ke aku yg x reti guna..ni kena stadi lg nih...)
Sebenarnya manusia dapat memahami apa yang kita katakan sejak dari alam rahim lagi.

When it develops
Your baby starts to learn what others are saying and doing even before he's born. As a newborn, he doesn't know the precise meaning of the words you use, but he picks up on your emotions — such as happiness, sadness, love, concern, anxiety, and anger. By the time he's 4 months old, he'll recognize his own name, and by 8 to 12 months he'll understand simple requests such as "No" or "Don't touch." Around 24 months, he'll be able to talk to you in two- or three-word phrases. By 3, he'll have a vocabulary of several hundred words and a pretty good sense of some of the rituals and activities of everyday life, such as food shopping, telling time, and housecleaning

Bacalah ek web tu..best sangat.

Ok Dayana-jangan jadi penyanyi tau!Nanti mama ajar awak bercerita. Lagi best.

Friday, June 4, 2010

award dari kak ummu

thank to kak ummu yang sudi hadiahkan aku award sempena kerajinan ku mengkomen di blog nye..

kak ummu adalah pengunjung setia blog aku.

dulu penulisan blog ni sekadar mengisi hujung2 bulan terluang. sekrang dah jadi kewajipan.
ya-mungkin ada tempat untuk bercerita
dan selebihnya aku tahu ada pembaca!

ok kak, thanks a lot...semoga persahabatan kita di alam maya ni berkekalan. ada rezeki kita jumpa dan bercerita panjang.

Lagenda Budak Setan---suka sgt



oh...entry aku kali ni akde kena mengena dengan breastfeed atau kerja-kerji..
sebaik saje tau novel Lagenda Budak Setan nak difilemkan..aku sentiasa berpikir bilakah zamannya aku yang dah beranak kecik ni nak tgk wayang lagi..
kalu cite lain x pe..
ni novel kesukaan gue...rasa frust kalu tak dp tgk.
akhirnya setelah menelek dkat laman web GSC-Friday 4/6/2010- ada tayangan kul 12.30 kat Summit..aku terus reka plan dlm otak.
sharp kul 12 aku terus angkat punggung-start enjin kete gi summit yang jaraknya hanya sepelaung dari ofis aku (faham x sepelaung?-bahasa mak aku)
walaupun x begitu menepati jalan cerita dalam novel..tapi aku tetap suka..
sebab environment yang menarik dlm cite..lagu yang besh sampai terngiang2 dlm telinga aku..
Lakonan Lisa Surihani pada aku ada improvement. Dia memang sesuai untuk watak ayu sebab pada aku dia memang jelita.
Tapi aku tetap x leh suka Farid Kamil.Kalau tempat dia digantikan dengan Sein (pengaruh Adamaya la ni)..lagi mantop rasanya.
Selain itu, pelakon untuk watak Ayu lepas plastic surgery-nama dia si Shiqin Kamal tu sungguhlah kaku. Kesian lak aku tgk dia.
Yang lain sumanya aku suka...
Komen yang lain ialah banyak sgt adegan berpeluk-tak berkenan mak tengok.
Aku rasa ada je cara untuk membangkitkan rasa romantik tanpa perlu berpeluk atau mendekat2kan muka..
Ni org2 filem kita kena belajar sikit.
Semakin maju dan menarik filem itu biarlah ia menjurus ke arah yang positif.
Cheh..dah mcm pengkritik filem sesat lak aku ni..
Kesimpulannya aku berjaya tgk wayang waktu rehat ari ni..Hahahaha.................
Nak tgk dgn husband , tak smpi atilak nak tinggalkan Dayana dgn org lain.
Tgk sorang pun ok gak ape....

Thursday, June 3, 2010

gaya nak menyusu paling stylo

dayana dah 9 bulam 3 minggu 2 hari kalu x silap aku ari ni..
dia skarang pada aku sgt bijak
ade je gaya terbaru yang buat aku terkenang2 smpi ofis
paling cute biila dia nak mintak susu (nenen)..
kalu aku berdiri smbil dukung dia..
dia tepuk2 dada aku kuat2..
kalau aku tgh baring..
dia panjat badan aku dan terus bukak baju aku....
ganaz tul anak mama ni..
hehehe.............................

dah pandai merajuk.
aku sekarang ni agak sibuk
smpi umah ibu kul 6.30-7 dari ofis
petang td dia mcm merajuk..
aku nak ambik dia dr dukungan ibu dia tak nak.....
what? terguris tul hati aku..
lama2 pujuk2 baru dia nak pada aku..

brg permainan pulak dah x nak yang mainan baby...
aku bagi bear, baby doll dan yg seangkatan dengannya suma dia campak...
aku bagi penapis teh, tutup tupperware, cawan plastik,
shield untuk spectra 3.. itula yang dia usung ke hulu ke hilir..
selamat flash card masih lagi menjadi benda kesukaan dia
jadi proses mengajar mlm2 still lagi berjalan lancar...
seronok nye melihat anak membesar......
proses penyusuan susu ibu pada dayana masih lagi berjalan seperti biasa walau x segah dulu..
tiap2 hari aku cuma dapat bekalkan 12oz..
tambah pulak dengan susu cap wanita belanda..
plus bubur lambuk yang sgt berkhasiat..
selalunya susu cap wanita belanda tu x laku pun..
sebab dia mamam byk..habis 1 tupperware tiap2 ari.
tapi bersedialah di waktu malam..berkepit bawah ketiak aku ajela jawabnye,..
menyusu ala versi lepas geram..
x pela sayang.....................i do anything for you..anything you want me to..
ok.............love u!

Wednesday, June 2, 2010

i thought im strong enough

semalam selesailah upacara penyerahan surat samaada penyambungan atau penamatan kontrak kepada staf-staf di kampeni ku...
saat paling emosi adalah seaktu aku bagi pd supervisor..
aku x mampu nak menahan air mata
aku menangis depan2 diorang + dengan bos sekali
mesti diorang terkejut
tula..perasaan itu aku dah simpan berbulan2
bila saatnya tiba aku x mampu menahan air mata
aku sangka aku mampu bertahan
tapi aku x sanggup rupanya
peritnya kerana perlu melakukan ini
kalau aku yang ditamatkan kontrak-mungkin lain perasaannya
mungkin risau dan bad mood-sedih dan terkilan
kerana seolah-olah jasa selama ini tidak diambil kira
tapi aku adalah wakil pengurusan untuk menyerahkan surat bernilai emas itu
perasaan aku adalah sangat ralat dan kejam
perit.................................
untuk supervisor2(u know who u are)
kalau ada la org nak singgah blog aku yang senset asyik cite pasal breastfeed ni..
aku seboleh mungkin mahu kamu semua kekal bersama operasi yang di bawah seliaan aku
tapi apakan daya aku
sampai saat aku terpaksa memilih..
moga Allah sentiasa memberkati hidup kalian.