Pages

Thursday, July 29, 2010

sahabat..hentilah menghina.

di tempat kerja kalau tak kuat pendirian..kita juga akan terjebak dlm permainan politik ofis.
seorang yang tak disukai ramai akan dikutuk beramai2 oleh yang lain..di belakangnya.
kiranya mengumpat la..
tak kisah perempuan @lelaki..sama sahaja..
aku menyaksikan perkara ini..
tak dinafikan kdg2 kita juga turut terjebak. bila berkumpul..sekecil2 kesalahan si polan akan dijadikan modal untuk bercerita.
aku jadi insaf sendiri..terima kasih Z kerana menegur aku kesalahan yang tidak aku sedar itu.

aku berdoa semoga si polan @ Szz..semoga berjaya di tempat baru.
Semoga pahala mereka yang menganiaya dirimu di belakang menhapuskan dosa2 mu.
Berubahlah apa yang perlu..
Dan buat mereka yang mengata..(termasuk diriku)..
muhasabahlah diri sendiri..banyak lagi noda hitam yang perlu kita baiki..

Meeting Jgn Meleret..

Kalau namanya meeting..janganla meleret2..
kan aku dah bukak blog..
jgn kata aku abuse office hour lak....hahaha.
hilang fokus aku kalau meeting hari ni melarat2 ke semalam punye cerita. dari sejam jadi 3 jam.
Ini adalah tips meeting yang berkesan..
ikut www.effectivemeetings.com.

Don't Meet.
Avoid a meeting if the same information could be covered in a memo, e-mail or brief report.
pastikan meeting adalah perbincangan dua hala.. Kalau setakat nak bagi briefing bagila memo. Tapi kalau nak membebel marah org-x boleh dielakkan la panggil meeting.

Set Objectives for the Meeting.
Before planning the agenda, determine the objective of the meeting. The more concrete your objectives, the more focused your agenda will be.
Pastikan ada matlamat meeting. Biasanya company akan tetapkan satu hari dlm seminggu untuk buat meeting..tapi kalau takde progress untuk dibincangkan, just let dlm memo dancancel the meeting.

Provide an Agenda Beforehand.
Your agenda needs to include a one-sentence description of the meeting objectives, a list of the topics to be covered and a list stating who will address each topic for how long. Follow the agenda closely during the meeting.
Ada agenda membolehkan team lebih bersedia tentang apa yang nak dibincangkan..Takdela jenuh chairman nak briefing pada introduction of the meeting.

Assign Meeting Preparation.
Give all participants something to prepare for the meeting, and that meeting will take on a new significance to each group member.
Aku suka setiap org ada task masing2 dan masuk meeting untuk dibincangkan bersama2..Jadi tiadalah yang hanya menjadi ahli kongsi tidur dlm meeting.

Assign Action Items.
Don't finish any discussion in the meeting without deciding how to act on it.
PAstikan ada conclution how to solve & prevention action. Pastikan setiap org tahu apa point yang dia dpt dlm meeting.

Examine Your Meeting Process.
Don't leave the meeting without assessing what took place and making a plan to improve the next meeting.
Kaji apa lack dlm meeting.mungkin ada yang kurang fokus, mungkin ada yang x take part..mungkin objektif x tercapai..

And improve in next meeting.......

Tgk dah habis waktu keje x abis lagi...Dah rindu Dayana nih............Tuan chairman..dahla..sok kite sambung ek.

Monday, July 26, 2010

rasa ingin berhijrah

uuhh..uhhh..uhhh
kesibukan yang melampaui batasan..
tapi masih ada nak tulis blog.."adakah melampau kenyataan aku kat atas tuh?"
pening kadang2 nak ikutkan ckp orang..
seriously..kelam kelibut sgt di ofis hari ni..
ada external approving test untuk new project
pada masa yang sama banyak lg "taik2 projek lama" yang perlu dinyahkan..
ikut ustaz yang bg ceramah semalam bercerita..
manusia kalau bagi 50 jam sehari pun kalau rasa dia tak nak buat dia takkan buat
bukan masalah masa
tapi masalah pengurusan masa..
yap..mungkin aku perlu belajar lebih bagus lagi untuk menguruskan masa..
pump pun hanya sekali sahaja hari ini..
teringat pulak ada orang ckp..
"anda sibuk bekerja...itu bukan alasan untuk tidak mengepam.."
aku tak tahu. memang 24 jam sama untuk semua orang..tapi sebab manusia ini ada banyak klasifikasi kesibukan masing2..jadi bukanlah hak kita untuk menilai orang lain mengapa dia menggunakan alasan sibuk,
aku menulis blog ni pun saat si kecil dah lena..suami pun sibuk belajar dan tak mahu lagi mendengar aku membebel..
selain dari masa ini..memang sessi hari2 aku penuh antara kerja dan keluarga..di samping sedaya upaya untuk tidak lupa pada Allah yang maha Esa.
maaf jika ada yang tak selesa mendengar bebelan aku hari ini..
tapi memang saat ni blog adalah kawan aku untuk bercerita...
jadi ini adalah luahan hati aku pada kawan aku dan bukannya medium untuk aku memuaskan hati orang lain...
sebelum bukak blogger.com aku sibuk mengupdate resume..
sesekali terpikir..kenapa aku buat benda yang dah 5 tahun aku tinggalkan?
mungkin ada sebab dalam hati yang aku belum justify dalam bentuk tulisan..
aku tahu ada member2 ofis yang baca blog ni..tak kisahla nak kata apa...
sebab aku tahu walau aku ada niat dalam hati untuk berhijrah
tanggungjawab yang ada sekarang tak pernah lagi aku abaikan..
sekian, wassalam...
sape rasa tak boleh blah entry aku hari ni..sila abaikan pembacaan anda...

Thursday, July 22, 2010

award dr ayu

yeeha..dpt award

"The Bestest Blog" from Ayu-my new blogger friend. Boleyla jenguk die kat link ni k..

My BF Journey

the greatest gift

ohh..smpi lambat lagi di ofis.
15 minit lambat sesuatu yang susah untuk dimaafkan.sebab aku selalu marah orang kalau lambat..muahahaha..
Lambat still mau taip blog ke??
Oo..i miss my blog so much..semalam x bukak satu hari rasa berpisah ngan pakwe setahun..

Pagi ni badan sakit sangat. Dayana menyusu sepanjang malam..Oh..alangkah bagusnya kalau dia pandai menyusu sambil meniarap atas badan aku. Tak payah aku mengiring.
But again, its too wonderful to be a mother. Totally Im feel she depending on me when she need a comfort during sleep.
Sakit badan tapi aku rasa sangat nikmat. Nikmat menjadi ibu.
Bangun pagi aku nampak dia tido nyenyak aku rasa sangat bahagia. I kiss her chin forehead more than 5 times before move to another task.


Breastfeeding give me such a great pleasure in life. Sambil menyusu matanya akan merenung aku penuh sayu..Kadang2 dia tersenyum manja sambil cuba menggigit. Kemudian tergelak nakal bila aku menjerit.

A time such a good player. Next month she turn to one year. But Im feel just like yesterday she start tugging into my heart.

Tuesday, July 20, 2010

Merangkak Lama Membantu Daya Pemerhatian

"Dayana masih tak berjalan? Pelik kan? Dia tinggi tapi masih tak berjalan. Anak saya 9 bulan dah berjalan..."
Soalan itu pada aku bunyinya agak menduga.
Bukan menduga kesabaran..tapi menduga IQ aku apa jawapan paling bijak untuk aku ajar sikit orang yang risau pada perkembangan anak aku yang normal.
Pada aku pada usia 11 bulan masih tidak berjalan adalah perkara normal.
Malah aku ada baca dalam Kosmo 14 Julai fasa merangkak adalah sangat penting kerana integrasi asas untuk perkembangan daya penglihatan kedua-dua belah mata sedang berlaku. Integrasi visual itulah yang akan membantu proses pembacaan, kosentrasi dan tumpuan di dalam bilik darjah.
Ramai ibu bapa yang excited dan teruja anak mereka skip proses merangkak dan terus berjalan selepas meniarap.Jikalau seseorang anak tidak melalui proses merangkak dengan sempurna maka proses koordinasi akan menjadi lemah hingga boleh menimbulkan masalah penglihatan, sentuhan, tumpuan, keseimbangan badan dan pernafasan. Jadi pada aku biarlah anak aku merangkak lama supaya daya pemerhatiannya lebih tajam.

Dan seterusnya aku semak pula calendar checklist untuk babygrowth di website babycenter:
- kebanyakan bayi normal berjalan pada usia 15-16 bulan.
-progress bayi adalah bersifat individual. Walau dia lambat beberapa bulan dari orang lain, sebenarnya dia berpeluang untuk belajar banyak benda. Selagi dia ada progress di bahagian lain contohnya bercakap, emosi dan lain-lain. jangan terlalu risau..

lecehla kalau kena mengepam..

ari ni cite pasal proses pengepaman..
sebenarnya banyak sgt benda aku nak cite..maklumlah aku sgt suka share apa yang aku rasa dgn org lain..tp 2-3 menjak ni jarang ada masa nak bercerita dgn org..
jadi blog adalah tempat terbaik untuk meluahkan.
1)
semalam meeting di Jalan Raja Laut.
Meeting kul 2.30, 1.30 ptg aku dah sampai di parking sebelah LRT Bandaraya.
Oh..rasa sakit sgt kat B..tapi aku x sure adakah surau KWSP JRL ada plug untuk mengepam.
dan paling seksa nak mengangkut beg laptop & beg spectra serentak..sakit tulang belakang dibuatnya.
akhirnya aku nekad pam dalam kete..cover2 sikit..
alhamdulillah..4 oz pun jadila..

(ooh..ini gambar sessi 10.30pagi..sessi dlm kete lupa nak snap sbb kelam kabut sket kan.susunye berwarna kuning & pekat kerana sy pengguna shaklee tegar..silala rujuk blog mamaAna kalu nak beli)
walaupun cam ada org cuba mengendap..(naluri FBI aku berpendapat mcm tuh)..
tapi lama gakla aku bertapa dlm kete semata2 nak mendapatkan let down reflects ..ada makan 40 minit..
2.15 baru aku tergedek2 keluar dari kete..terasa berbunga2 hati kerana berjaya gak kempiskan B sebelum masuk meeting...
2)
Mengepam kat ofis tadi. Ada sorang akak menegur aku.
"Anak u isap susu badan lagi ke?"
"Haah" aku mengiyakan..
"Dah 11 bulan kan? Lecehla kalau kena mengepam mcm tu..tak cuba berhentikan? Akak dulu letak gambir kat B supaya dia tak selesa dgn bau tu"
Aku senyum.
"Masalahnya saya memang nak bagi dia susu badan kak..Lagi leceh kalau stop. Saya yang menangis 3 hari 3 malam bercerai susu.."Aku menjawab dgn penuh konfiden lagi gaya Secret Agent Miss Oh.. (oh korang..tolongla tgk cite ni..best sgt..channel 303-astro KBS)
"Oo...habis susu tu bagi baby ke buang nanti,"tanya lagi. Aku rasa nak berceramah panjang tapi aku pun tengah terkejar2 nak gi jumpa client.InsyaAllah jika ada kekuatan aku akan fikirkan cara terbaik mcm mana nak wujudkan kesedaran pada staf2 company aku bahawasanya susu ibu bukanlah satu alternatif yang menyusahkan. Dahla terbaik, murah, jimat, selamat dan lain2 lagi....Kesian gak kat diorang ni kdg2 aku fikir.
Mungkin pengaruh sekeliling ditambah kurangnya terdedah pada info2 bermanfaat mengenai susuibu menyebabkan mereka kurang percaya bahawa memberi susuibu walaupun anda berpisah dgn anak 8 jam sehari bukanlah benda yang imposibble.
3)
Aku merayau kat blog mamamiya tadi, ada plak iklan buku ni..
"Twice Blessed"
info:Twice Blessed: Everything You Need To Know About Having A Second Child-- Preparing Yourself, Your Marriage, And Your Firstborn For A New Family Of Four
..rasa nak carila kat MPH minggu ni..Ooh..walaupun ikut agenda lama lagi nak dapat adik pada dayana..tapi aku x sabar nak bersedia dari sekarang....(hahahha...adakah agenda tu akan ikut jadual...hrp2 aku kuatla walau perasaan meronta2 nak pegnant lagi..). Bersedia bukannya dari segi material..tapi dari segi emosi dan knowledge..supaya aku lebih kuat dan yakin kali ini.

Ok...itu sahaja cite malam ni.. Dayana dah panggil minta digayut..

Daa........

Monday, July 19, 2010

Apakah Impian Saya untuk Hari Raya ini?

Asyik berangan aje kan aku ni..
kejap2 apakah impian saya..kejap2 apakah cita2 saya..
wahahah..aku memang suke berangan..
kakakaka...adik beradik aku taula..
sekang ni suami adalah tempat dgr angan2 aku..
nak cite benda lawak ni..
masa kecik2 dulu bilik aku berhadapan dgn bilik belakang umah org lain..
leh bayang tak..umah teres 2 tingkat..
satu tengahari tu aku berangan jadi solo nasyid..masa darjah 4 tu sape dpt jadi solo nasyid tu kire glamerla..
aku melalak sekuat hati konon2 nak betulkan pitching la..Tajuk nasyid tuh Nun Di Sana
"Nun Di sana cita2 kita..ya akhirat namanya..
tetiba ada suara tegur aku..
"Dik..dahla tuh..akak keje shift malam hari ni.."
jenguk kat tingkap rupanya ada sorang akak dgn rambut ala2 David Arumugam..
agaknya die keje kilang kot..mesti dia tensen gile dgr suara aku..
hehehe..melalut lak..sonok plak terkenang kisah dulu2..
ini adalah impian aku untuk raya ni..tercapai atau tak bergantung pada perbelanjaan bulan posa ni..makan sadin tiap2 ari maybe leh membantu kot...hahahaha.......
dapat 10% pun kire ok..raya tahun depan top-up lagi..
Ruang tamu ala Inggeris

Sunday, July 18, 2010

Allah tolak amalan jika riak..

DIRIWAYATKAN Syidad bin Ausi berkata: “Satu hari aku melihat Rasulullah SAW duduk dalam keadaan berdukacita serta menangis. Kerana ingin tahu, aku bertanya demikian halnya mengapa Rasulullah yang dicintai Allah SWT dan umatnya itu bersedih hati.

Sebaik malaikat yang membawa amalan itu tiba di langit, maka berkatalah malaikat di langit: “Berdiri dan campakkan setiap amalan ini ke muka pemiliknya dan semua anggota sehingga menutupi hatinya. Sesungguhnya, aku menghalang setiap amal perbuatan yang tidak dikehendaki-Nya daripada sampai kepada pencipta-Nya (amalan yang dilakukan bukan kerana Allah SWT).


“Jadi, apabila seseorang itu, termasuk ahli fiqh yang melakukan amalan dan berlaku riak kerananya, hanya kerana inginkan darjat serta ketinggian selain daripada Allah SWT, maka aku diperintahkan oleh Allah SWT untuk tidak membiarkan amalan itu melepasi langit ini dan ia hanya sampai kepadaku dan tidak aku biarkan ia sampai ke mana-mana.” Maka, Rasulullah SAW dengan hiba menerangkan, sekali pun amalan itu dibawa sampai kepada penghakiman Allah SWT dan malaikat itu memberi persaksian terhadap amalan dilakukan pemilik yang dijaga mereka dengan bersaksi ia ikhlas kerana Allah, tetap ia tidak akan diterima.


Rasulullah SAW bersabda bahawasanya, Allah SWT yang maha mengetahui sesuatu itu berfirman kepada malaikat itu: “Kamu semua adalah malaikat Hafazdah (malaikat penjaga) yang Aku tugaskan untuk menjaga setiap amal perbuatan hamba-Ku. Tetapi ketahuilah, Aku-lah yang mengawasi dan mengetahui hati hamba-Ku.


“Bahawasanya, sesungguhnya jika hamba-Ku mengkehendaki amal ini bukan untuk Aku, walaupun bersaksikan oleh kamu (malaikat penjaga), maka aku laknatinya dan tidak sekali-kali Aku terima.” Jelas di sini, jika seseorang itu melakukan setiap amal perbuatan hanya kerana kepentingan diri selain mendapatkan keredaan Allah SWT, ia tetap tidak akan diterima sebagaimana dinyatakan Rasulullah mereka yang termasuk dalam golongan ini juga adalah daripada orang yang mensyirikkan Allah iaitu beramal untuk perkara lain selain hanya untuk Allah

Credit to Harian Metro 18-July-2010

Perkara paling susah adalah untuk ikhlas dalam setia perbuatan dan paling penting meletakkan nawaitu untuk mendapatkan keredhaan Allah ,s.w.t. Tak menunding jari pada sesiapa, kadang kala sy sendiri jadi terpesong niat.eh-eh..tetiba jadi saya lak..maklumlah tazkirah
Nak kejar antara waktu kerja & mengepam,solat mungkin terkejar2.. Sedih susu pump dapat sikit, hingga lupa ada tanggungjawap pada suami, majikan dan paling penting Allah yang maha kaya.padahal bukankah susu itu adalah anugerah dari Allah s.w.t.
Asyik bercerita pada orang tentang betapa cekalnya diriku ini wanita yang busy bekerja namun masih mampu membekalkan susu pada anak, sehingga terpesong niat bahawa sepatutnya orang tempat kita bercerita itu sedar susu ibu itu sebaik2 makanan untuk bayi..tetapi kadang2 orang yang mendengar itu terguris kerana gaya kita bercerita seolah2 kitalah ibu yang paling sempurna dan gagah...

Diriku...perjalanan sebagai ibu masih panjang.
Jangan riak dan takbur. Belajarlah sebaik mungkin untuk mendidik. Semoga anak mendapat kepentingan ilmu sebaik mungkin. Semoga ilmu dunia tidak mengaburi kepentingan akhirat. Semoga cekalmu menjadi ibu menjadikan kau tidak lupa pada suami, ibu, ayah, adik beradik, rakan-rakan, majikan,staf bawahan dan Tuhanmu.

Diriku..aku sayang kamu.

Saturday, July 17, 2010

sahabat

jam dah kul 11 mlm..si kecik yang suka menggigit dah tido
otak penat dan badan pun lesu
tapi bila nampak lappy tangan aku menggigil2 nak masuk blogger
ari ni aktivitinya berjumpa rakan2 sekolah menengah aku
geng foreva la kiranya...
masing2 bwk anak gi mandi kat wetworld
tapi aku atas sebab yang x dpt dielakkan, terpaksa x dapek join.
jadi aku cume join time makan tengahari aje..
entry kali ni untuk kengkawan aku..
rasa cam nak bersajak lak.. huhu..tetiba jiwang lak smbil tengok muke asben yang tgh busy wat draf tesis..langsung x nak pandang muke aku..merajukle..gi wat air sendiri..huhu

Sahabat

Dedikasi Khas buat Shud,Pini, Ros, Sher,Jiha, Udek,Mai, Achik

Umpama dedaunan yang segar
satu saat ditiup angin membelai
dedaun pun terpisah membawa haluan
perit getir ranjau masa depan
dedaun harus memilih sama ada layu atau terus segar
dan kenangan tetap bersama
tetap masih ada ranting persahabatan
antara dedaunan.....

Thursday, July 15, 2010

Info-Otak Kanan & Kiri

Salam Jumaat.
Wah..rajin betul aku merayau kat blog time2 rehat ni. X pela kan..nama pun rehat. Menulis blog ni pun salah satu rehat bg aku selain berpoya2 mendengar lagu kat You-Tube..

Ari ni ada info bermanfaat sikit kat mak bapak sekalian (credit to hashim yang cite kat aku tadi)

Info ni dapat dlm paper kosmo-14 July 2010.

Otak kanan-memproses maklumat dengan cepat, melewati ruang dimensi fizikal dan membuat tanggapan tepat
Otak kiri -memproses dengan cara yang berbeza tetapi dalam bentuk lisan yang lebih kompleks atau berbentuk analisa.

Pada dasarnya manusia berfikir menggunakan keseluruhan bahagian otak. Tetapi satu bahagian akan lebih mendominasi untuk mengeluarkan kata-kata atau memberi arahan. Bahagian yang mendominasi akan merancang personaliti hidup seseorang manakala bahagian yang sebelah lagi memberi respons terhadap tekanan atau krisis.

Pada usia baby sehingga 6 tahun-bahagian otak kanan lebih mendominasi..sebab itu mereka lebih kreatif dan imaginasi mereka melangkaui apa yang orang dewasa pernah terfikir.Mereka juga mampu bercakap seberapa banyak bahasa hanya melalui mendengar percakapan seseorang.

Alangkah bagusnya jika kita manfaatkan dominasi otak kanan anak kita pada usia sekarang. Jangan pandang rendah pada anak kita, mungkin fizikalnya mereka masih lemah & kecil, tapi kemampuan otak kanan yang mampu memproses maklumat dengan cepat boleh kite gunakan untuk dia menerima input sebanyak mungkin. Selepas usia 7 tahun, dominasi otak kiri pula akan bermula. Saat itu dia akan menganalisa setiap input yang diterima.

Jadi apa lagi......gunakan setiap saat yang anda ada bersama bayi anda untuk mengajarnya. Mengajar x semestinya menggunakan buku..setiap pemerhatian adalah pembelajaran. Mengaji bersama2, menyanyi lagu ABC waktu tukar pampers, nyanyi lagu "Yana Anak Baik" waktu mandi (eh-eh semua nyanyi..nampak sangat aku ni penyanyi),cerita pasal cara basuh pinggan dan sidai kain, cerita pasal warna baju mama pakai nak gi ofis hari ni..dan lain2 lagi..

Sekian, wassalam..

"CONTEST - Teka KG??"-

Untuk memenuhi permintaan si x-roomate aku a.k.a peniaga online Si Siti Hajjar Saadon @ Awek Slim Shaddy.yang sibuk nak suh aku menang pertandingan teka berat anaknya..maka aku masuk jugak..

So sesape yang nak bersaing ngan aku silalah klik ke blog dia ek...

Teka Teki Teka Tekuk


berat Erfan masa lahir 2 July 2009 = 3.050kg
berat Erfan pada 12 July 2010 = 9.118kg
berat Erfan pada 31st August 2010 = ????kg

Create your own banner at mybannermaker.com!
Make your own banner at MyBannerMaker.com!

1) Open to ALL bloggers- aku memang Bloggers
2) Buat satu entry bertajuk "CONTEST - Teka KG??"-udeh
3) Letakkan banner contest di tepi sidebar blog dan juga entry korang
(harus ada link back ke contest ini ye)-udeh
4) Jadi FOLLOWER, letak bloglist dan banner PENAJA kat blog korang

http://www.scottishajjar.blogspot.com -udeh
(wajib FOLLOW, letak BLOGLIST dan BANNER)


http://www.scottishior.blogspot.com -udeh
(wajib FOLLOW, letak BLOGLIST )

http://www.ohblogwani.blogspot.com -udeh
(wajib FOLLOW, letak BLOGLIST )

Senang je kan? -susahle...banyak benor blog ko..

5) Boleh teka banyak kali untuk seorang blogger tapi kat lain2 entry k dan mesti
_._ _ _kg
(ada 4 nombor tau!)

So jawapan daku ialah......9.673 kg..(Ha..bile 31 Ogos nanti ko check musti tepat!!)

6) Dah complete, tinggalkan link korang di ruangan komen entry die.-dah...


Pemenang yang paling TEPAT akan dapat:
* Hadiah HARI MERDEKA bernilai RM50
DAN sesi fotografi bernilai RM150 tajaan http://www.scottishior.blogspot.com


Kalau tak ada yang tepat, yg paling hampir akan menang:
* Hadiah HARI MERDEKA bernilai RM30
DAN sesi fotografi bernilai RM50 tajaan http://www.scottishior.blogspot.com


Kalau ada lebih dari satu pemenang, LUCKY DRAW akan dibuat untuk tentukan sapa yang menang.


Tarikh tutup : 31 August 2010
(jam 11.59 p.m ERFAN akan ditimbang dan kita lihat siapa yang kena!)



*Terms and Conditions apply. Penaja berhak menukar hadiah kepada duit tunai

Wednesday, July 14, 2010

Apakah Impian Saya Yang Belum Tercapai?

1) Menyusukan Dayana hingga usianya 2 tahun
>lagi setahun sebulan perjalanan untuk menuju destinasi itu. Aku akan still gendong beg spectra ku yang dah mula comot tuh..Biar ajela. Malas nak basuh. Akan tetap masuk lambat meeting dan berkelana di surau smbil mengepam. Walau yana dah mula rasa makanan & minuman lain- akan tetap ada bekalan susu ibu untuk dia di rumah pengasuh setiap hari.

2)Dapat Anak ke Dua Pada Usia Dayana 2 tahun ke atas
Hajat di hati selepas ni biarlah putera pula. Aku akan stadi apakah ikhtiar2 yang perlu dilakukan untuk mendapatkan anak lelaki. Tapi kalau girl jugak apa salahnya kan..kan..rezeki Allah.

3) Jadi surirumah yang progresif dan efektif
Di samping rajin bekerja di ofis dan menjadi wanita yang berkerjaya..aku nak la jugak jadi surirumah yang kental macam mak aku. Bila la nak berubah ni? Teringin nak sediakan brekfes ngan dinner tiap2 ari & bukannya weekend aje.hahaha(bole caya ke?)

4)Ada MBA
Itu mungkin lama lagi. Ya, tapi aku ada cita-cita ke arah itu. Mungkin bila rasa nak berehat dari jd mak buyung ke.

5) Nak makan Kenny Rogers!
Hahaha..Ini untuk cik abang aku. Aritu kata kalau habis ganti posa 30 hari nak belanja Kenny Rogers..Janjimu ku tuntut...

Tuesday, July 13, 2010

Puasa dan Penyusuan

wah..sukenye aku baca artikel seperti link di bawah..


Antara fakta yg best untuk dibaca
Punca kurang susu ibu. Jika menurut kajian di atas, punca kekurangan susu tidak boleh dikaitkan sepenuhnya dengan puasa kecuali berlakunya dehidrasi. Dalam banyak keaadaan, kerisauan ibu yang takut letih & kekeringan susu menyebabkan mereka kurang menyusukan bayi mereka semasa puasa. Kurangnya rangsangan kepada payudara membawa kepada kurangnya susu.


Ini kerana konsep utama breastfeeding ini adalah demand and supply. Lagi banyak demand, lagi banyak supply yg dihasilkan. Badan kita memahami demand untuk menyusu ini bila bayi kerap menyusu (8-12 kali sehari semalam). Inilah satu-satunya cara secara fisiologi (fitrah fungsi badan) yang paling penting untuk memastikan penghasilan susu yang berterusan.


Di samping hormon prolaktin (berfungsi untuk membuat/menghasilkan susu) dan oksitosin (berfungsi untuk mengeluarkan susu dari payudara), terdapat satu lagi substance penting yang dinamakan Feedback Inhibitor of Lactation (FIL).

FIL adalah sejenis protein yg terdapat di dalam susu yg berkumpul di payudara ibu itu. Ia memberi negative feedback kepada proses penghasilan susu tu. Jika banyak susu tidak dikeluarkan dari payudara (sebab kurang penyusuan dari bayi/kurang diperah keluar), maka banyaklah FIL ini berkumpul dalam payudara. Level FIL yang tinggi ni akan memberi signal supaya kurang susu dihasilkan (negative feedback). Jika perkara ini dibiarkan berterusan, maka lama kelamaan payudara itu akan mengecil.

Sebaliknya, jika susu sentiasa dikeluarkan dari payudara (bayi kerap menyusu / kerap diperah keluar), maka kurang FIL dalam payudara. Level FIL yang rendah ini akan memberi signal supaya lebih banyak susu dihasilkan.


Maka, penyusuan berterusan samada puasa ataupun tidak amat penting supaya payudara tidak terputus menghasilkan susu.

Pandangan serong masyarakat terhadap golongan ibu yang berbuka kerana menyusu tidak dapat dielakkan kerana mereka kurang maklumat. Ia memerlukan masa untuk masyarakat diterangkan dan memahami isu ini. Adalah menjadi anjuran agama untuk si ibu menyusukan anaknya selama dua tahun, dan ia merupakan tugas mulia baginya.

وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَى وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ
أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ} (14) سورة لقمان
“Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-KU dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-KU-lah kembalimu.”

Aku lagi 2 hari nak abis ganti posa...yeay!!

Monday, July 12, 2010

cameron highland..kau ku jejaki juga

usyh..uishy..
inilah entry yang ku idam2kan nak update dr smalam
setelah beberapa purnama memimpikan makan buah strawbery
akhirnya suami ku bersetuju untuk bwk aku ngan yana ke cameron highland..
atau adakah disebabkan aku demam
maka dia risau aku kempunan buah strawbery??
So layanlah gambar2 di bawah k...


~wajah2 girang nak gi berjalan..bertolak dr shah alam kul 9.30 pagi pas mama & ayah makan dulu.dayana brekfest nestum sblum kuar umah..sori x sempat nk masak bubur..driver x sbr2..

Dah smpi Simpang Pulai..Nak naik Cameron..here we go!

~Sisi gelap Cameron Highland..boleh sampah longgok tepi jalan. Karam Sigh Walia patut hired aku jadi assistant sebab aku membebel aje tiap kali nampak benda yang failed untuk dinamakan Cameron Highland pusat pelancongan yang indah..

~Sampai hotel kul 3 kat pekan brinchang. Suami suke brinchang dr tanah rata sebab dekat dgn pasar malam katanye. Tak kisahla bang, janji aku dah sampai cameron higland buat pertama kalinye.. Dapat hotel cikai aje..Hotel Kowloon-RM128 okaylah. Takde fridge, tv cume ada siaran tv1 &2 +astro arena. Itulah akibat x nak book dulu. En asben lak-"selamat duit aku"katanya dlm hati.

~Lunch dulu.Ujan lak kat luar dr kul 4 smpi kul 6. Yana buat show atas meja kat restoran kelantan. Order nasi putih 2, tomyam, sup ayam tak pedas ngan telur x pedas..buat pertama kali aku suapkan yana nasi without blend, abis gakla dlm 10 suap..

Kul 6 petang Kat Ladang strawbery ape ntah nama die..



~anak ayah~

~order dekat stall yang dibina at top the farm, abaikan lemak2 seksi aku tuh~

~on the way ke pasar malam. jalan sesaknye. sesape yang nak amik lesen P untuk test naik bukit sesuai prektis kat sini. kalu aku yg drive, konfom dah ke bawah bersama2 kereta yang ada kat belakang aku~

~yana bergaya dgn topi dan ape ke nama benda sangkut kat leher tuh..heheh..aku x tau..~


~makan malam kat foodcourt depan hotel.aku order nasik goreng cendawan, abang hensem order nasik goreng kampung..yana dah counter ngan nestum kat hotel tadi..gambar nasiknye x de disebabkan ini bukanlah blog makan2 jadi silalah tgk muke aku yg agak kiut~

~selamat pagi ayah& mama..jomla jalan lagi~

~after check out..kejap aje percutian kali ni..x pela sayang ek..next time kite gi lagi..

~KAT LADANG TEA bharat. sAUJANA mata memandang. Ladang yang seluas ini hanya diuruskan 60 pekerja..hebat!~


~love ayah & dayana so much!!~

~ambillah iktibar dari bunga, sayang..waktu ia indah, dipegang dan dikenang orang.pabila layu, dipandang sepi dan dibuang tiada makna~


~goodbye strawberry!~

Sunday, July 11, 2010

rezeki sang burung..

entry short sikit smenkala ada 15 minit lg waktu lunch nih..
kena gak wat entry nih supaya aku xlupe sampai bebile..

dlm kekalutan aku nak parking untuk lunch kat mydin td (lunch sorang jer ..isyk..isyk..)
aku nyaris2 nak terlanggar sorang pakcik sebab aku x nampak dia tgh tnduk kat tmpat paking tuh..
rupanya pakcik guard mydin..
aku kuar jap jenguk die..memang jauh sgt lagi..biasala pemandu beretika mcm aku nih..gelabah kalah drebar kapalselam..
"pakcik kutip ape?"tanya aku ala2 wartawan aduan rakyat.
"Kutip beras ni ha...Ada peket beras pecah tadi,Tak sampai hati pulak dipijak2 orang..Inilah yang keje kuat hari2 nak dapatkan beras la.."
Aku sayu sendiri. Selalu makan x abis konon2 nak diet.

Pakcik ni dah baya bapak aku still keje lagi.
Dia mengangkat tangan kat aku selepas menaburkan kat sekawanan burung yang datang..

gambar waktu aku reverse jauh sikit..risau lak terlanggar bapak orang..

Thursday, July 8, 2010

BEWARE:ARE YOU READY TO BE A FEMALE LEADER?

wah..entry kedua aku ari ni..
dah x cukup kerjakah aku kat ofis ni..
BANYAK!!tapi gua nak tulis entry gak..
ngeri x baca tajuk kat atas?
itulah persoalannya..adakah anda bersedia menjadi pemimpin wanita?
tak kisahlah pemimpin ape..jadi ketua wanita umno ke ketua MLM ke..leader pasukan nasyid ke..pape la..tapi ini adalah benda yang anda perlu hadapi jika anda adalah ketua yang memipin lelaki dan pompuan..
1)HILANG KAWAN
makin tinggi pangkat kita, kita makin sunyi.Ntahla..ini adalah yang aku rasa masa aku lunch sorang2 td. Kdg2 aku rasa kengkawan bukan nak tinggalkan aku, tapi aku dok tersepit tgh2 meeting memanjang, sape nak tunggu aku selalu kan. Kdg2 orang pun rasa kekok nak dekat dgn kite, risau org lain tuduh mengampu. Aku malas nak pikir negatif kat tempat aku, tapi banyak situasi orang lain kawan sekeliling mula menjauh sebab rasa tak selesa.
2) PANDANGAN ORG LAKI
Perempuan kalau jadi ketua inilah masalah yang selalu melanda. Dapat pulak team member majoriti laki. Kita bagi idea sikit buat dgr tak dgr aje. Pastu pada pandangan diorang kita ni lembik dan mak turut. Aku memang lembik, aku memang mak turut. Aku lembik sebab aku kuat nangis. Aku mak turut sebab aku malas nak gaduh dgn org. Rasa tu memang part aku, aku buat. Kalau tak aku tanya balik kenapa aku kena buat. Tapi nasihat aku belajar2 la fight for the right. Sebab laki memang habitnya suka membuli ( x semua..ada yang baik memang baik).
3)TEKANAN
Perempuan dilahirkan nalurinya memang lembut. Kadang2 kita cuba bertahan tapi jika x mampu bertahan jangan layan perasaan itu seorang2. Saat mcm ni, suami sgt penting. Cerita pada suami apa yang berlaku. Memang dia x mampu buat apa2 tapi sekurang2nya kita tahu ada yang berkongsi rasa.
4)MANAGE BETWEEN EMOTION AND WORK
Perempuan selalu mudah kasihan. Atau mudah rasa marah. Atau cemburu. Tapi pada masa yang sama kerja mesti mau setel. Saat mcm ni mesti ada guideline yang memisahkan emosi dan kerja. Marah mcm mana sekali fikirkan apakah objektif sudah dicapai.Rasa kasihan mcm mana sekalipun fikir adakah ianya membantu matlamat kerja kita.
5)Umpatan Manusia
Perempuan yang jadi ketua biasanya jadi umpatan org lain..Jgn ingat pompuan jer suka mengumpat...laki pun suka. Nasihat aku satu aje, boleh nlah la dgn mat/minah yang mengumpat kita tu. Adakah mereka yang membayar gaji kita..?Ataupun adakah kita berhutang makan nasik dgn diorang? Kalau ya..pigi la bayar..

ok..sekian sahaja tazkirah akak hari ni..

sampai bile?

aku kdg2 sayu bila tengok air susu aku menitik tak selancar dulu,
kdg2 terasa perlu ke aku teruskan mengepam kalau hasil hanya 2 botol aje sehari,
aku tak nafikan memang kat rumah aku x mampu nak mengepam macam org lain..
pantang nak mengepam dayana dah mengendeng kat tepi aku
dia kelihatan sungguh jeles apabila nenen ku di ragut oleh pam spectra..
ataupun aku nak bangun mlm mengepam...nampaknya mcm misi mustahil
dayana memang bergayut satu mlm kat badanku
maklumlah kembar siam..

aku pun rasa x cukup rest sekarang..
tapi untuk stop operasi pengepaman memang terasa mustahil
sibuk camne pun kalau x mengepam sehari aku terasa cam berdosa aje
orang yang x terlibat dengan perbuatan ni memang x akan paham..
aku tanya sang suami pendapat dia..
"2 botol pun susu ibu jugak kan"

Tuesday, July 6, 2010

demam lagi-hadiah untuk aku

kali ni bukan dayana yang demam teruk
mama dia pulak..
aku memang jarang demam
aku pernah ckp pada suami
aku xtau rasa demam mcm mana..
wah..riak sungguh aku
tup2 ptg khamis minggu lepas..kepala rasa berdenyut2
telinga berdengung
terus x larat..
pagi jumaat terus pegi klinik..dapat mc..
yeah!!mc pertama sepanjang 5 tahun aku keje..
ok..ada gakla dpt mc tahun lepas-2 hari sebelum yana dilahirkan
aku bersalin yana dlm keadaan selsema..
tapi kali ni memang demam yang teruk
aku merapu2 kata suami
ooh..kalau mcm ni rasa demam..aku x nak lagi
sakit sgt kepala..
ahad tengahari dah ok asben bawak gi alam sentral menenangkan sikit jiwa aku..


tapi memang demam itu satu hadiah
baru terasa diri sgt disayangi
aku selalu sensitif sebelum ni aku aje yang tunjukkan rasa sayang..
walaupun aku mamai2 sepanjang demam
tapi still teringat2 muka risau en suami..