Pages

Tuesday, August 31, 2010

malu tapi mahu

hari ni lemau segala emosi
lemah segala sendi
1st day datang bendera merah di bulan posa..
walau boleh makan dan minum-tapi malula...........aduhai..patutnya aku bawak siap2 air mineral ngan biskut letak dlm bag laptop..
nak gi amik air kat water cooler seganla pulak..ada setengah orang yang tahap konfidennya tinggi selamba badak makan dan minum kat tengah2 orang..
aku?? isyhh..tak sanggup..
patutla 2-3 hari ni aku angin aje satu badan
siap boleh perang mulut lagi dgn en suami pasal benda kecik..
selamat dia tak amik hati..
siap leh marah majalah pa& ma bagi resipi salah sebab donut aku tak naik..
kesian majalah yang tak berdosa itu..
itulah tabiat aku yang tak berapa nak baik...bulan depan aku cuba nak improve.. (hahaha..suka benar buat azam)
semalam hari merdeka..selamat hari merdeka warga Malaysia..merdekakan diri dari dibelenggu kejahilan dan sikap mazmumah..itu tagline kite!!
aku lak memerdekan duit aku dari purse semalam dengan membeli belah di Mydin USJ (tmpt faveret pasal murah)

orang sikit punya ramai-lenguh lutut aku nak gerak sikit pun kena menyelit2 dengan orang..
ni plak gambar2 dayana semalam..saje je pasal dah lama tak papparazi dia..



Dayana : Mama, lepaskan saya dari kurungan ini. Saya nak follow mama dan ayah..
Mama : Inilah balasan kerana menggigit mama...


Dayana : Ayukah saya mama?
Mama : Oh, masih tidak seayu mama..


Dayana : oh, cukup-cukuplah paparazi saya...


Dayana : Ayah, I need a new carrier.
Mama: Ayah? Mama okay jer
Ayah : Hmmm....

Saturday, August 28, 2010

biskut makmur tembam..

lepas sahur tadi terus aku mulakan aktiviti membuat biskut makmur-my hubby favourite..
yela..kalu dia tak suka tak ingin aku nak masak..
almaklumlah aku memang suka menikmati masakan hasil belian..tanda penghargaan kepada orang yang meniaga..
lepas kawin ni memang 360 degree bertukar..dr yang tak reti pegang pisau kat dapur jadi orang yang suka belek blog resipi time meeting kat ofis..upss..
so biskut makmur ni cara membuatnya mudah teramat..

bahan A

kacang tanah 100g (goreng tanpa minyak dan tumbuk hancur-aku blender aje..
gula halus 30 g


bahan B

tepung gandum 300g
minyak sapi 250 g
kuning telur 2 bijik

cara2
bahan A digaulkan dan diasingkan.
gaulkan tepung gandum dan minyak sapi sampapi tak melekat pada bekas adunan..
masukkan kuning telur dan gaul lagi.

bila dah sebati, ambil secubit adunan dan buat bentuk guli..Aku buat guli saiz besar gedabak-baru puas makan..hahah..jgn contohi teladan ini..

masukkan secubit campuran bahan A dalam adunan yang dah dibentukkan tadi. Pastikan tiada terkeluar.
Masak dalam oven pada suhu 180 celcius selama 15 minit.
Bila dah masak, golekkan pada gula icing masa panas2 tu.

Lepas tu masukkan dalam cup untuk meng"cover" ketembamannya.
.

Selamat Mencuba!

entry malam ahad..

sepatutnya mlm ni aku dah janji pada diri nak buat projek biskut makmur..apakan daya badan terasa terlampaulah penatnya.tapi teringat plak kat pakwe aku si blog ni dah 2-3 hari tak update..
apsal ek aku rasa sekang memblog ni mcm dah jadi tanggungjawab lak..
lain org lain2 nawaitu..ade org nak meniaga..ada org nak share citer ngan member..
pada aku blog ni adalah pelaburan jangka masa panjang aku
supaya satu hari tika semangat aku jadi down aku ada benda untuk aku rujuk..
bahawasanya aku pernah cekal melalui hari2 sebagai aku..
dan dayana dan adik2nya (wah..adik2nya..sabar2..ek) ade sumber untuk dia tahu apa kisahnya sewaktu dia adalah bayi..
wallaweh..mcm ahli politik la plak..
oo cite pasal aku penat.
hari ni keje saparuh hari..balik umah hubby ajak gi Giant Putra Height..membeli belah serba sedikit..1st time aku bagi dayana main kuda letrik tu..suka betul die..sampai nangis bile kitorang angkat keluar..



lepas giant Putra Height ke Bazar Ramadhan USJ 4 pulak..panas cuaca menjadikan aku tambah lesu..selepas itu menanti waktu berbuka di rumah mak pula..
nak ditambahkan cerita..kitorang tak sahur hari ni.
dlm tak sahur tu dapat gak 5 oz aku memerah masa kat ofis..Syukran ya Allah..

Seronok sangat hari-hari aku sekarang bila ada penyeri ..Nur Dayana Zulfah binti Abdul Rahim..
hobi barunya menyanyi.."bleblela..lalla..aaaaa"sekali dengar mcm tok batin org asli pun ada..
lepas tu suke nak mengendeng ayah nak round taman naik motor..
pandang aku pun dah tak nak kalau tngh dia bodek ayahnya nak naik motor..
bijak-bijak........


1 tahun 2 minggu sudah si manja itu..
suamiku marah bile ku gelar dia manja..
Tapi dia memang manja..Pengasuh Dayana kata anak yang menyusu dada memang manja..
Dia manja tapi tak cengeng..Aktif dan ligat..Cuma dia bijak memanjakan dirinya..datang ke riba orang dan terus berbaring..senyum dan kiss pipi aku..Hilang segala serabut.
InsyaAllah aku akan menyusukan dia sehingga usia 2 tahun sekurang2nya walaupun dia digelar manja..

Mungkin saat 2 tahun ini sahaja momen2 yang paling terindah antara aku dan dia..Walau sesekali aku menjerit apabila dia menggigit..Aku tetap rasa puas dan bahagia..Kerana hanya aku yang memiliki susu itu untuk dia. Bukan dari orang lain..
Biarlah kami abadikan bersama...

Monday, August 23, 2010

Alhamdulillah..rezeki juga walau tak mewah

2 kali perah (10.30 pagi dgn 2.30 ptg)=3oz X 2..
di bulan posa Alhamdulillah..
ada rezeki yang Allah bagi untuk Dayana si kecil comelku..



ada kawanku yang ambil pil untuk keringkan susu...tak pelik walaupun ramai orang risau susu kering..dia pulak memang nak keringkan susu..

semua bergantung pada kehendak dan ilmu..
ada ilmu tapi kalau tak berkehendak tetap tak mampu nak tolong...

Sunday, August 22, 2010

biarlah hanya kita yg tahu

menjelang raya banyak sgt keinginan.
nak beli sofa
nak beli baju raya untuk mama fesyen ala siti nurhaliza
nak tukar kancil jadi viva @ savvy
nak beli baju raya dayana sehingga hari raya ke tujuh
jenama pula biarlah guess, burbery atau osh..
tapi itu semua keinginan..
harus ditapis dengan akal yang waras..
suamiku bukan jutawan
aku juga bukan hilang akal
ikutkan nafsu hingga merana badan
biarlah kami begini sahaja
walau orang pelik gaji beribu ke mana
.....
abang
biarlah hanya kita yang tahu..
selama-lama nya aku tetap menjadi tulang belakang pada dirimu..
bukan kemewahahan yang ku pinta
atau pujian melambung tiap kali kita bicara
tapi didikan dan bimbingan
teguran dan kasih sayang
yang takkan sama untuk ku beli dari mana2 kedai...
...

Saturday, August 21, 2010

Janin selepas 120 hari ada hak untuk hidup

(kredit to harian metro)


2010/07/23 MENURUT Pengerusi Darul Wardah, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Selangor, Hazlina Abd Razak, daripada sudut Islam pelbagai pendapat diberikan mengenai hukum menggugurkan kandungan sama ada untuk kandungan sah atau sebaliknya iaitu:

•Janin menghidap penyakit ringan yang tidak mengakibatkan kematian, tetapi masih boleh diubati, hukum menggugurkan kandungan adalah haram sebelum dan selepas empat bulan.


•Janin menghidap kecacatan ringan yang tidak boleh diubati tetapi boleh hidup seperti buta, cacat sebelah tangan, atau kedua-duanya, cacat kaki, kurang jari dan seumpamanya, hukumnya haram sekiranya janin melebihi empat bulan dan harus sekiranya di bawah empat bulan.


•Janin menghidap kecacatan serius yang membawa kematian seperti tiada kepala, atau tiada paru-paru, biasanya janin akan gugur sendirinya.


•Janin menghidap Aids. Hukumnya harus sebelum empat bulan dan haram selepas empat bulan.


•Janin tidak sihat, sakit atau cacat, tetapi nyawa ibu terancam kiranya janin dilahirkan. Hukumnya harus menggugurkan janin sama ada sebelum atau selepas empat bulan kerana nyawa ibu diutamakan dalam hal ini.

•Janin akibat dirogol hukumnya harus digugurkan hanya sebelum empat bulan.

Menurut Hazlina, kini kebanyakan kes pengguguran membabitkan perhubungan suka sama suka dan terdapat perbezaan pandangan menerusi Imam Ghazali dalam Mazhab Maliki yang mengatakan haram sama sekali menggugurkan kandungan. Ini kerana menggugurkan kandungan sama dosanya dengan membunuh.


"Berdasarkan hadis Riwayat Muslim, manusia ditiupkan roh ketika berusia 120 hari dan pada usia ini, mereka mempunyai hak kemanusiaan yang diiktiraf dalam Islam dan hanya Allah sahaja yang boleh mengambil nyawanya.

"Sekiranya berlaku pengguguran, ia dikira membunuh manusia dan hukumnya adalah haram," kata Hazlina yang berpengalaman luas mengendalikan remaja termasuk mengandung luar nikah serta menggugurkan kandungan.

Tambahnya, sekiranya hukum menggugurkan kandungan adalah harus bagi usia empat bulan, ini akan mendorong lebih ramai pasangan berzina kerana mereka dengan senang menggugurkannya. Sepatutnya wanita yang sudah mengaku berzina perlu meneruskan kehamilan, melahirkan anak, menyusukan bayi, memelihara serta menjaga hak mereka sebagai khalifah Allah.

Nyawa adalah hak Allah dan bukannya hak manusia, mereka tidak boleh sewenang-wenang membunuhnya.

"Namun sekarang, selepas berzina dan mengandung mereka terlebih dahulu membuat keputusan membunuh nyawa yang tidak berdosa. Bayangkan berapa banyak dosa yang harus ditanggung. Sudahlah dosa berzina yang termasuk dalam tujuh dosa besar, kini membunuh pula sedangkan menggugurkan kandungan sama seperti menanam anak hidup-hidup," ujarnya.

Jelas Hazlina, manusia tidak boleh membuat keputusan untuk membunuh anak itu melainkan atas sebab dibolehkan syarak.

Ini kerana setiap bayi yang dilahirkan sudah ditetapkan rezeki, ajal serta umurnya. Jadi, tidak menjadi masalah bagi wanita meneruskan kehamilan walau apa juga masalah sekalipun.

Sebaiknya, wanita yang pernah melakukannya diminta bertaubat serta menyesali perbuatan lalu dan tidak akan mengulanginya lagi.

Bagi pengamal perubatan, mereka tidak amanah, mempunyai moral yang rendah serta turut bersubahat.

"Bertaubatlah kerana Allah maha penyayang dan pengampun. Bagi ibu yang melahirkan anak luar nikah, peliharalah anak itu sebaik mungkin kerana dia adalah khalifah Allah yang harus diberikan hak seperti mana bayi lain.

"Berikan didikan agama sebaiknya agar dia menjadi anak soleh dan solehah di dunia dan akhirat. Sentiasa berdoa agar kita menjadi ibu bapa yang baik sehingga akhir hayat," nasihat Hazlina.

post mortem after 12 hari berpuasa..

di bulan puasa ni malas sungguh nak berjalan2 kat internet..
paling tak pun aku bukak web pasal resipi untuk plan apa nak masak berbuka dengan sahur..
tambahan lagi projek E## dah start..kesibukan mula melanda..
tapi sungguh..adrenalin yang menyebabkan aku berkobar2 seperti untuk projek L### dulu masih tak muncul2..
aku tak sesemangat dulu..!!
takpela janji aku buat kerja dengan betul dan hujung bulan ada gaji.
setelah 12 hari berpuasa ni apa yang dapat aku nilai dari diriku adalah..
aku hanya menunaikan yang fardhu..tambahan amalan sunat seperti terawih dan solat sunat yang lain susah sekali untuk aku kerjakan..
malam selepas berbuka, solat maghrib, kemaskan ruang dapur dan bersiap untuk kerja esok. isya' dan akhirnya terkulai atas tilam dengan dayana..
berapa kali aku berazam untuk bangun dan buat terawih sendiri akhirnya gagal jugak..
penat nya lain macam..
rasa sedih pun ada..adakah ibu-ibu lain yang anak kecil mcm aku pun selalu skip terawih...?atau aku aje yang tak cukup kuat?
ingat tahun pertama kahwin, kami suami isteri rajin ke surau belakang flat (rumah sewa kami sewaktu mula kawin)
mengaji pun sekarang terkejar2..byk benda dlm kepala otak yang perlu aku setelkan..
tapi apa2 pun aku puas hati dpt memasak sahur dan berbuka setiap hari untuk suami..
walau aku balik 6.30 ptg pun still gak sempat masak...
tips2 untuk memudahkan masak bg ibu yang bekerja
1)blender bawang merah+putih untuk seminggu. bila nak masak ambik aje sesudu atau lebih.aku blender satu tupperware dan simpan dalam peti ais.
2)masak benda2 yang simple2 aje..selamat suami aku x cerewet.janji ada sambal aje -on..Aku beli fishball byk2, nugget, udang, sotong, perencah tomyam...kdg2 masak nasik lemak atau mi goreng, mi bandung atau mihun goreng..
3)masak nasik dulu. sambil tunggu masak nasik, bolehlah prepare lauk.
4)untuk desert buatla agar2 (buat waktu mlm before tido)..simpan dalam peti sejuk..sok nya waktu buka boleh makan..atau buat bubur cacar/jagung..senang aje. 10 minit dah siap..

Gambar: Agar2 Coklat (my hubbys favaorite).. Resipi amik sini k..
Ok puan-puan...itu apa yang aku rasa efektif untuk diri akula. lain orang lain caranya..

Sedikit luahan perasaan-aku sangat sedih melihat kes pembuangan bayi semakin menjadi2..sudah kembali ke zaman jahiliyah kah kita? Pernah tengok cerita "Life Unexpected" tak kat astro hallmark 702.. Heroin dia-watak Kate Cassidy terlanjur dgn pakwe dia "Baze" masa zaman sekolah menengah..
Dia still membesarkan anak itu dlm kandungan, dan bila lahir dia serahkan pada rumah kebajikan sebab rasa tak mampu..
Orang putih yang kita kata sesat pun still rasa perikemanusiaan..tak tergamak nak buang anak..
KIta??

Saturday, August 14, 2010

Alya 1'st bday giveaway



Sesape naak join contest kak tini,sila rujuk blog coretan peribadi

Syaratnya amat mudah iaitu:-

* Mestilah menjadi pengikut (follower) SAMADA di CORETAN PERIBADI atau DIARI HIDUPKU Done
* Tambah CORETAN PERIBADI atau DIARI HIDUPKU dalam senarai blog kalian Done
* Buat satu entry tentang giveaway ini dgn tajuk "Alya 1'st bday giveaway' dan jgn lupa COPY & PASTE gambar kat atas tu dan tempek pada n3 tersebut dan mana2 sudut dlm blog kalian. Done............................
* Tinggalkan 'link' jika entry sudah siap supaya tidak terlepas pandang serta boleh lawat nanti done
* Giveaway bermula pada saat dan ketika ini
* Tarikh tutup: 30 September 2010 @ 11.59malam..
* Cabutan undi: keesokkan harinya. (Insya Allah)
* Senarai pemenangnya akan diumumkan serta merta @ dalam masa seminggu selepas tarikh tutup dan hadiahnya akan dikirim setelah mendapat maklumat drp pemenang.

Thursday, August 12, 2010

ahlan wa sahlan ya ramadhan..

assalamualaikum dan salam ramadhan..
rasanya tak terlambat kan aku ucapkan selamat datang pada ramadhan..
semoga ramadhan kali ini membawa seribu barakah pada diriku dan keluarga
semua umat Islam di seluruh dunia..
ala...hai..
ala penceramah bebas pulak aku ni..
selamat ulang tahun yang pertama jugak buat buah hati mama..
"Nur Dayana Zulfah binti Abdul Rahim"
dulu ingat masa en asben tunjukkan mykid Dayana..
tetiba lak jantung aku cam berderau.."binti abdul rahim"
"Tak sangka aku dah ada anak...!"
hari ni genap setahun usia si comel lote tuh..
teringat masa seelok aje die keluar dari perut aku jam 10.42 pagi 12/08/2009
nurse letakkan dia dekat dada aku..aku boleh kata..
"eh nanti-nanti..saya nervous ni.."
Menyesal tul rasanya. Sepatutnya aku perlu menyusukan dia seawal yang mungkin seelok aje kelahiran..
Takpe..nak buat camne kan..yang dah lepas biarkan ajela berlalu..
Juga selamat ulangtahun perkahwinan yang kedua buat suamiku dan daku..Kami nikah 09/08/2008..unik kan..3 hari lepas tarikh tu-tukarkan tahunnya 12/08/2009-dayana lahir..
Aku tak ingat sape penah pesan pada aku-usia 3 tahun perkahwinan adalah tempoh penentu sama ada kita mampu bergerak seiring berterusan dengan pasangan kita..Aku masih ada satu tahun percubaan..dan aku yakin kami mampu seiring sampai bila-bila..

Puasa dan penyusuan masih berjalan dengan lancar. Operasi pengepaman di waktu pejabat dan direct feeding di rumah tak pernah fail..
Antara makanan dan usaha yang membantu penghasilan susu macam biasa:
1)Minum air waktu sahur dan malam sebanyak mungkin. Aku minum air masak time sahur 3 x 500 ml..kembung perut ko..rasa nak muntah pun ada.
2)Kurma shake..Susu segar blend dengan kurma 5 bijik, tambah sikit air batu-blend..minum time buka..sedap sangat..
3)Milo+oat-minum time nak tido dan sahur..
4)suplemen shaklee..(vit C, vitalea, alfafa, b complex)...ni ikut orangle..sape rasa penting suplemen amikle..aku rasa aku serasi amik suplemen ni-so aku teruskan aje..
5)mengepam ikut jadual yang biasa
6)tido cukup..(yg ni aku x berapa cukup..ingat sabtu ni nak cover la..)
7)tenang dan jangan stres...

Ok..selamat berpuasa ibu-ibu sekalian..semoga berjaya menjadi wanita yang mampu menguruskan diri, anak, suami, kerjaya di samping tekun menjalani ibadah puasa..

Ni gambar2 kami sekeluarga sewaktu bawa Dayana check-up sambil aktiviti menular di hari bekerja-berkelah di tasik shah alam dan menyambut hari lahir dayana +ulangtahun perkahwinan kami di Kenny Rogers Alam Sentral...





Monday, August 9, 2010

ukm..sentiasa dalam hati

minggu ni balik tampin lagi ada kenduri.
pulang ke kl.aku dan suami terus nekad singgah ukm..
tempat kami menuntut ilmu untuk mendapatkan segulung ijazah
tempat kami menyulam rasa..chewah...
kebetulan ada pesta konvo..
teringat zaman belajar..akulah orang paling tak cukup kaki bila pesta konvo..
fikir sumula ada rasa menyesal..sebab sibuk beraktiviti aku kurang fokus pada belajar..
tapi ada juga hikmahnya..sebab aku sibuk dapat position yang gila kuasa aku tak segan silu mengarah2kan orang mcm sekarang..(huhuhu)
hmmmmmmmmmmmmmmmmmmm..
menghirup udara ukm sahaja aku rasa tenang..
begitulah simboliknya tempat ini pada aku..


tempat aku berjalan kaki tiap pagi sebelum sampai ke dewan kuliah..



satu ketika dulu-di sini aku duduk menunggu sebelum masuk dewan peperiksaan..terkumat-kamit menghafal formula kimia..kini aku duduk juga-sambil anak menyusu di sisi (Yana ni mama nak amik gambar tengah breastfeed pun xleh..sibuk nak posing sekali)


satu ketika dulu-lelaki ini aku hanya pandang dari jauh..kini dia adalah suami..pembimbing aku sampai mati-insyaAllah..


Kolej Burhanuddin Helmi-turning point I realize that campus world not only about study the theorytical things only..


Iklan--santek tak aku pakai tudung camni..jawab ikhlas k..Kalu buruk aku tak nak pakai lagi...??

Wednesday, August 4, 2010

a letter for my dear bos.

dear bos..
u are my mentor, teacher and a great leader to me..
one part of you encourage me to be the best than I can be..
let me know that I have something that should be expressed more inside me..
teach me that leadership must grown by good example..
I adore you at one part of it..
maybe its hard for me to replace your name inside my leadership soul-as my great mentor..
Thanks a lot for all your kindness.Wish you all the best..

however at one part of you..
I try my best to understand..to positive my mind..find a possible reason you be so unfair..
but I can't..
I hope in your next career you wont repeat this same mistake..
because of this- a part of me I hate you..
Im sorry to say this..but its really....hard for me to justify why I have to be like this-
Thank you...

Tuesday, August 3, 2010

dilema sukatan nasik

aku tulih sikit aje..
nak bagi nasihat kat org2 pompuan diluar sana..
kalau gi kedai makan, masa nak senduk nasik putih tu
boleh tak jangan mcm ilang pedoman.
dah ubuh satu senduk,
letak balik separuh..(ish..ishyy..banyak sangatla pulak..)
pastu amik balik...(x cukupla pulak..sikit sangat..)
pastu letak balik suku..(banyak sgt lg..kang ilang diet)

Aduh..aku yang beraturr kat belakang nak aje aku bagi tazkirah perdana...
bukan pasal aku lapar..(memang pun..x sabar dibuatnya..)
tapi seganla sikit kat orang lain..
nak mengisi nasik pun nak dekat 5 minit..
kalau aku jadi nasik tu maybe aku cakap mcm ni..
"Dahla cik puan, cik puan tak nak makan saya sudahlah.. Janganlah mempermain2kan perasaan saya. Kalau cik puan makan saya pun..tak mempengaruhi pun berat badan cik puan.."

Boleh??

Merancang Jantina Anak

Macammana leh tersesat lak masuk kat website nih..

Dr Hamid Arshat
-sangat banyak teori perubatan dan isu-isu tentang sakit puan yang menarik untuk kita teroka.
Paling menarik perhatian daku ialah tajuk Merancang Jantina Anak-artikel penuh boleh klik link ini...

Antara info penting yang boleh aku share dengan u all adalah..

p/s: harap ampun sesape yang belum akil baligh rasa tak berapa paham nak baca tu..tapi setakat informasi apa salahnya.

1)Paling penting- Jantina anak ditentukan oleh sang suami. Kerana lelakilah yang menentukan kromosom yang dibawa samaada X atau Y. Seperti yang kita belajar kat sekolah dulu kan, org pompuan ni benih yang dibawa dalam telur kita hanya membawa faktor X sahaja (perempuan), manakala orang lelaki membawa faktor X dan Y (lelaki) yang berenang2 dalam pasukan sperma mereka.

Jadi-kalau ada orang lelaki yang kata dia nak kawen lain pasal nak dapat anak pompuan/ lelaki-cuba sekolahkan sikit mereka dengan teori sains kat atas.
2)Bilangan benih X dan Y yang berada di dalam berjuta2 benih (sperma) lelaki adalah dikatakan sama jumlahnya.
3)Kromosom Y (lelaki) bergerak lebih aktif dan jangka hayat dia lebih pendek.Juga dikatakan kromosom Y juga menuju ke sasarannya dengan tepat...(tengok..ajaibnya kuasa Allah-dari waktu benih lagi lelaki dah menunjukkan kehebatannya, sebab itu Allah jadikan lelaki sebagai pemimpin dan pembimbing kaum wanita)
4)Kromosom Y hidup lama dalam cecair alkali manakala Kromosom X dalam cecair yang lebih berasid.
5)Di negara2 maju seperti Jepun dan AS, teknik pemisahan benih X dan Y dilakukan dan disuntik ke telur isteri. Namun masih belum dilakukan di Malaysia.
6) Teknik Semulajadi
-Mengukur suhu badan isteri. Ukur suhu badan setiap kali bangun tidur sebelum gosok gigi/ berkumur. Buat graf dalam sebulan dari haid bulan ini ke bulan seterusnya dan dapat dilihat samaada perempuan itu mengeluarkan telur atau tidak. Telur dikeluarkan dalam kitaran 28 hari, pada hari ke 13-14 selepas hari pertama datang haid. Tak pula dicerotakan kaitan kitaran itu dengan suhu-tapi aku menganggarkan pada suhu badan paling panas masa tula kite paling subur.
-Memeriksa lendir dalam kemaluan. Sebelum waktu subur lendir ini adalah jernih manakala pada saat subur ianya likat dan pekat.

Untuk dapat anak lelaki: digalakkan melakukan persetubuhan tepat pada waktu isterinya subur.
Untuk dapat anak perempuan: digalakkan melakukan persetubuhan 24 jam sebelum waktu pengeluaran telur (subur)..

Ada juga teori mengatakan untuk mendapatkan anak perempuan, selepas melakukan persetubuhan membasuh kemaluan dengan cecair bercirikan asid menggunakan kaedah douching contohnya seperti lactacyd.
Manakala untuk anak lelaki dengan cecair sedikit alkali contohnya Sodium Bicarbonate....Ini perlu dirujuk kepada pakar perubatan...

Apa2 sekalipun, ini hanyalah teori perubatan yang masih berpaksikan kepada kuasa Allah semata2...Janganlah kecewa ataupun berputus asa jika tidak mendapat apa yang diimpikan kerana Allah lebih mengetahui apa yang diberinya kepada kita..

"Ya Allah janganlah Kau berikan aku sesuatu yang tidak mampu aku tanggung dan Engkau adalah sebaik-sebaik Perancang.."

Amin Ya Rabbal Alamin...

Sunday, August 1, 2010

teknik marmet

waduh....camne bole tertinggal valve lak ni...
untuk korang2 yang tak berapa reti apakah valve..
valve adalah salah satu part dalam pam spectra..
sesape nak study pasal pump spectra..
leh check dlm link ni ok..blog kak tini..(aku memang pemalas nak taip info kat orang..slamat ada kawan blogger yang rajin..)
makanya terpaksalah aku mengepam menggunakan jari..
teringat kawan aku kata-dia pam guna tangan..aku cakap tangan tu guna siku ke?
selamat dia tak bagi aku "pang..."(kereks lak..)
memerah susu menggunakan jari dipanggil teknik marmet.
sangat berguna jika kita mahir menggunakan teknik ini apatah lagi untuk keadaan2 sesak seperti aku tadi.
Tapi masa yang diambil agak lama kerana kita terpaksa menumpukan konsentrasi sepenuhnya tak seperti menggunakan pam letrik yang membolehkan kita mengepam sambil berangan-angan..
lagi satu kelebihan-tak payah menghabiskan ratusan duit membeli pam..
ini aku copy lagi dari blog menyusu si manja- sangat bagus blog ini untuk panduan kita meneruskan perjuangan dalam menyusu.

Cara Memerah

1. Teknik Marmet hanya memerlukan 3 jari iaitu ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah.

2. Jari-jari ini perlu diletakkan di kawasan aerola.

3. Letakkan ibu jari di bahagian atas aerola (kita panggil situasi pukul 12). Letakkan jari telunjuk dan jari tengah di bahagian bawah aerola (pukul 6).



Dapat dilihat bahawa jari telunjuk dan jari tengah perlu berada setentang dengan ibu jari. Jika jari telunjuk dan jari tengah berada pada kawasan 'pukul 5' sedangkan ibu jari di kawasan 'pukul 12', ia adalah salah. begitu juga jika jari bawah itu berbentuk melingkari payudara ia juga salah. Pastikan dengan teliti kedudukan ketiga-tiga jari ini.

4. Tanpa meregangkan jari, dorong jari-jari tadi ke arah dada. Individu yang mempunyai payudara yang bersaiz agak besar, perlu angkat payudara dahulu sebelum mendorong ke arah dada. Lakukan dalam gerakan memutar dan lembut seperti sedang menggeletek. Lakukan dari kawasan atas menuju sehingga ke aerola. Payudara juga boleh digoncang dengan lembut secara memutar.

5. Sewaktu jari-jari berada jauh dari kawasan aerola, gerakan ini dipanggil PUSH dan apabila jari-jari berada di kawasan aerola, ia dipanggil ROLL. Tekan kilang-kilang susu menggunakan jari dengan lembut sehingga kosong. Teknik yang betul tidak akan mendatangkan rasa sakit kepada anda. Pastikan anda menggunakan TIGA JARI yang dinyatakan tadi, bukan jari-jari lain mahupun tapak tangan.

6. Ulangi langkah secara berentak seragam, mengikut rythm. Push, roll, posisi jari yang tepat, push dan roll semula. Ulangi sehingga kilang susu kosong.

7. Putar gerakan mengikut arah jam atau berlawanan. Pastikan kedudukan jari di dalam kedudukan 12-6, 11-5, 10-4 dan seterusnya. Jalani setiap putaran sehingga kilang susu kosong.

8. Gunakan tiga jari utama itu pada tangan bersamaan setiap payudara. contohnya payudara kanan, gunakan tiga jari tangan kanan. Bagi payudara kiri, gunakan tiga jari daripada tangan kiri.

Elakkan!

1. Menekan sambil mendorong/mengheret jari jemari anda. Tindakan ini bakal membuatkan payudara melecet.

2. Menarik-narik puting payudara. Tindakan ini akan merosakkan lapisan-lapisan lemak pada aerola.

3. Meramas-ramas payudara (squeeze). Tindakan ini akan melukai payudara anda dan memberi kesan kepada kilang susu anda. Payudara juga cenderung bengkak apabila anda melakukannya.

Info menarik dari Mingguan Malaysia semalam...

Sebanyak 500 kalori terbakar untuk sessi menyusu selama 20-30 minit
-patutla terasa aku makin kurus semenjak dayana semakin lama menyusu.

its good to have weekend longer..

Cuti rehat hujung minggu 2 hari memang sebenarnya x cukup..
apatah lagi sabtu aku keje separuh hari-selang seminggu..
semalam aku kerja separuh hari.
terima kasih en suami yang menjaga dayana dengan penuh kasih sayang..
cuma mandikan dayana dia ngelat lagi..aku balik kul 1 si kecik tu masih pakai baju tido
yang lain suma cukup, makan, tido, susu, main, tukar pampers..
siap dayana hampir tercekik kertas lagi sbb berebut flashcard dengan ayah dia..(yg ni kena improve lagi ye ayah & mama pun sama..yana terlalu obses dgn kertas dan paling tak tahan semua nak masuk mulut..)
petang kami ke summit..
makan steamboat di shabu-shabu..kasihan kami suami isteri..ini kali pertama mencuba steamboat..biasanya asyik2 kfc, mac donald ataupun gerai masakan melayu..


aku x kisah..makan di mana2 sahaja..asalkan perut kenyang dan yang penting halal..
suami pula x berapa suka western..jadi kalau aku teringin sgt..mkn waktu rehat hari bekerja..
habis summit ke rumah mak di ss17..mcm2 cerita diborakkan bersama bonda..
wanita pertama dalam hati aku-idola sampai bila2..
tiba di rumah pukul 9 malam..kepenatan namun plan yang dirancang untuk mengosongkan bilik belakang kami teruskan juga..
hampir 2 tahun menetap di rumah ini, baru muncul idea untuk menjadikan bilik belakang yang selama ini dijadikan stor sebagai bilik solat..
alhamdulillah....moga ada tempat yang khusus menjadikan kami sekeluarga lebih tekun dan tidak cuai dalam menjalankan perintah Nya..


aku pula sambil2 sempat mencuba resipi dari dapur Kak Ummi -oreo cheese cake..
erkk...dah siap tapi kenapa bantut...
segan lak aku nak tayang gambar..korang boleh ambil dari link di atas ok..@ nak tengok gambarnya..tgk gambar kek aku kang aku kena saman pulak dengan Kak Ummi sebab mencemarkan resipi dia..
Tapi walaupun rupa kek aku mengerikan..rasanya ..wallahhh...sedaap sangat..

Hari Ahad..habis solat subuh dan sambung tido depan tv kami tiga beranak..
kul 8.30 pagi aku join poco2 kat playground depan rumah...
penat namun puas sebab aku memang suka aerobik, berjoget dan sama waktu dgannya..
(tapi aku bukan kaki clubbing..kakakka)
sekali lg aku bg can pd en suami utk luangkan masa dgn dayana..
dan aktiviti seterusnya merendamkan anak aku dlm pool yg dpt free dari kedai shanaz..
sgt seronok melihat telatah si kecil yg bereksperimen dgn air..
tp lg seronok kalu pool tu aku muat nak berendam sekali...






dan saat aku menulis entry ini..lagi beberapa jam menjelang isnin..
sbtu ahad adalah hari2 yang aku nantikan selalu..
kerana ini adalah hari2 yng sepenuhnya aku bersama en suami dan dayana..
alangkah bagusnya jika sabtu&ahad waktu sehari adalah lebih 24 jam....