Pages

Wednesday, September 29, 2010

angin PMS ngade2

pernah dgr PMS?
kalau tak nah dgr nama betulnye Pre-Menstrual-Syndrom..
benda ni dtg kat org pompuan je bile time bulan ngambang
aku salah seorang yang menghidap syndrom ni..
sesuatu yang sukar difahami-pengkaji sains pun still x faham dengan jelas kenapa benda ni wujud..
selain moody dan angin monsun, dia jugak akan mengada-ngada tak tentu kira..
aku try sedaya upaya supaya tak ikutkan emosi..
tapi still jugak ngada-ngada
bagi pang sikit muka aku
semalam dah janji ngan husband nak masak mee goreng
dia balik keje aku lak tetiba teringin nak makan pizza hut..
teringin yang teringin punye teringin
kalah org mengandung mengidam (istimewanya aku masa mengandung dulu aku tak pernah mengidam)..
sampai bila suami aku kata dia kata tak nak..aku boleh kuar air mata masa mandi..
pelik gak sbb aku bukannya nak nangis sangat..tapi air mata tu still kuar gak
last sekali suami aku ikutkan jugak karenah aku yang melampau ni
gi la kitorang cari piza hut mlm smlm..
pizza hut sebelah SMC Shah Alam tgh renovate lak..ke Tesco Shah Alam lak kitorang gi..
hmmm..jangan contohi perangai aku ni..kesian suami korang
tapi pikir2 balik..okay je..sbb time ni je aku nak ikutkan hati aku.........memanjakan diri sendiri apa salahnya..hahahah...
terima kasih En Abdul Rahim kerana kesabaran mu...
aku harap Yana tak ikut perangai buruk aku nih..

Tuesday, September 28, 2010

entry buat bonda

bila anak semakin bijak ragamnya semakin bertambah
aku cuba sedaya upaya menjadi ibu yang sabar
Dayana baru setahun beb!
Kau ada bertahun-tahun lagi masa nak mendidik dia
kalau setahun dah tak tahan macam mana nak tambah anak??
hahaha-garang tak akal aku bagi nasihat pada perasaan yang geram.
Macam-macam karenah dia yang buat aku ketap gigi selalu..curi-curi nak masuk bilik air la, cubaan memakan majalah dan suratkhabar la..melentik2kan badan dan kepala sekuat-kuat hati bila aku cuba tarik balik bahan terlarang contohnya sepit baju dan handset aku...
sabar-sabar-sabar..
tetiba masa aku nak tidurkan dia tadi teringat pula pada mak aku yang garang jugak macam aku..
mungkin dia lagi menghadapi dugaan yang lebih besar dari aku.
waktu kami kecil ekonomi masih tak stabil..dia meniaga rojak, mee kari dan laksa di gerai buruk di kawasan perumahan kami..
dengan dugaan-dugaan internal dan external (keluarga, ekonomi dan lain-lagi)
dia mampu membesarkan kami dengan jayanya
dengan kaedah yang tersendiri..
walau garangnya mcm singa...aku tetap menghargai sepenuhnya keringat beliau.
tanpa keringat meniaga dan juga jerih perih dia menahan tohmahan pihak-pihak dunia ketiga yang sampai sekarang aku masih belajar untuk memaafkan mereka,
aku takkan berjaya menjadi orang..
hebatnya mak...aku tak kisah apa orang kata pada dia
pada aku dia adalah wanita ulung
tiada galang ganti sampai bile2
aku bangga pada usia 58-mak berjaya amik lesen kereta, ada kereta VIVA sendiri, sekarang aktif dengan aktiviti mengajar dan belajar..
aku puas melihat perkembangan idupnya..
susah ketika membesarkan kami..sekarang dia menikmati apa yang dia ingini walaupun lewat..
terima kasih mak
aku harap aku akan jadi macam mak
penat mcm mana pun tak pernah fail sediakan masakan yang sedap untuk anaknya yang pemalas mcm aku...
dont know what the exact word to describe
but i know only one thing
i love u so much!

Sunday, September 26, 2010

terima kasih daun keladi

terima kasih pada kawan2 dan saudara mara yang sudi hadir ke rumah terbuka aku..
maafle kalau ada yang tak sempurna..
lontong yang kembang semangkuk

dan agar2 santan yang tak marvelous kalernye..

pertama kali wat rendang menjadi..bangga tak terkata
tapi yang lain2 sedap kan?..ahaks..
pas ni sape nak amik tempahan akak boleh aje
mana2 yang tak dapat hadir..
tak apa..bile2 boleh datang..
rumahku sentiasa terbuka buat kawan2 yang sayangkan aku...wah-wah-wah..
terima kasih okay....
salam sayang dari mama dayana...

Thursday, September 23, 2010

mataku tak boleh lelap

entry pertama hari ni..pecah rekod nampaknya entry pagi bebuta..
aku menemankan hubby minum kopi kegemarannya dan efeknya terkena kat aku..tak leh lelap seh..
tula degil ya amat..dah tau hang tu tak leh minum kopi minum gak...
takpela..dari aku melopong pandang dinding pastu kacau yana tidur baik aku layan blog..
apakah yang ada dalam otak aku sekarang ini..
aku buat dalam point la ye...memandangkan aku mamai separuh jalan baik aku elakkan diri dari merapu...
1)KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216
Aku dok terfikir2 kalam Allah yang satu ni. Adakah ini petanda aku harus berhenti dari mencari apa yang aku idam-idamkan?
Tapi aku takdelah lama mana mencari..baru 5 bulan rasanya aku berkecimpung dalam dunia mensurfing jobstreet 2 jam sekali..
Jadi..aku berpendapat ini bukanlah masanya aku harus berputus asa. Sabar, usaha dan tawakal! pada masa yang sama aku tak boleh sambil lewa dalam kendalikan amanah yang ada sekarang.
2) Nak buat Rumah Terbuka
Rasanya teringin lak nak ajak member2 ofis & sekolah dtg rumah makan-makan sempena raya ni..Tak tau lagi. Kalau liat hati aku bertekad, adala sms aku bagi. bukan apa, mungkin aku dah terbiasa dafri kecik family aku suka ajak orang makan, jadi aku sedikit terbawa-bawa...
Ada lak member ofis aritu mintak duit raya..sorila..bukan aku tak nak bagi...cuma aku memang tak suka bagi org duit. Biar aku belanja makan jgn bagi duit. Mak ayah lain cerita, itu adalah percent tetap aku pada diorang tiap2 bulan dari gaji.
3) Kes Sosilawati
Bilalah agaknya DNA tu dapat dikenapasti.Aku makin tak sabar nak menanti episod kesudahan kes pembunuhan kejam ini..

Walau siapa pun pembunuhnya, aku berharap dia insaf dan bertaubat. WallahuA'lam..Tak faham macam mana ada manusia lain yang tergamak buat manusia lain mcm tu.
Kan best kalau aku salah seorang ahli pasukan forensik tu..(cita2 aku dulu)..Harap Dayana minat kimia jugak dan menyambung cita-cita aku ni..boleh?suka-suki aje...
4) Nak jumpa mak aku
Tak sabar nak tunggu sabtu, rindu betul rasanya nak bersembang dengan mak tersayang..padahal baru seminggu aku tak jumpa..hahahah..Mesti angin kalau orang yang jauh dengan family dgr ayat aku ni...ngade2 sungguh

jawapan pada entry "luahan orang sakit hati".

Ya Allah,

cepatnya Kau memberikan jawapan pada kekecewaan yang aku luahkan sebentar tadi..
tiba2 tergerak nak merayau blog rozy dapat jumpa tazkirah ni..

thanks ye bg saya copy paste..ini adalah sebenar2 jawapan pada apa yang aku rasa sebentar tadi, cuma aku masih belum2 mengosongkan rasa marah tadi kepada 100% redha.. bantu aku ya Allah.

Manusia Bertanya, Al Quran Menjawab

KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286

KENAPA RASA KECEWA?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
-Surah Ali-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Ali-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka.....
-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
".....dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
-Surah Yusuf ayat 12

Hmmmm.....................

luahan orang sakit hati.


kalau ada yang dapat mendengar isi hati aku skarang..
ianya penuh dengan kekecewaan.........
jgn tanya apa yang syarikat bagi pada kita
tapi tanya apa yang kita bagi pada syarikat..
yes..itu adalah prinsip hidup aku selama bekerja 5 tahun 2 bulan di sini
sehingga aku memekakkan telinga
membutakan mata
rintihan orang2 di sekelilingku..
saatnya..bila kau akan tiba...
aku tak sanggup lagi berperang dengan emosi.

Wednesday, September 22, 2010

perkara paling best

perkara paling best dalam idup ini ialah.
.
.
.




-dapat bergolek atas tilam dengan anak, main korek2 idung, main cak-cak, main geletek 2 perut dan lain2 lagi..

perkara paling sedih ialah..

terbawa2 emosi yang tak menentu dan marahkan anak tanpa berfikir panjang..
dan menyesal tak sudah selepas itu.
yana asyik nak gigit aku malam ni dan aku mula hangin satu badan..
dan terkeluar perkataan...
"sanalah yana, pergi dekat ayah, mama tak nak kawan yana"

dan si kecil itu anugerah Allah yang dikurniai akal yang bijak, mampu mentafsir perasaan ibunya-menangis tak henti sebaik sahaja ayat itu aku keluarkan..

akhirnya dia tidur..dan sekarang aku tgh menunggu dia bangun untuk nenen sambil itu mengupdate blog bagi meluahkan kekesalan.......





semoga dia bangun dan melupakan kesedihan yang dialaminya tadi-dan kami teruskan aktiviti bergolek sambil menggeletek perut satu sama lain sebelum tertidur.




















'

Sunday, September 19, 2010

gundah gulana

tiap kali yana demam atau sakit..aku akan gundah gulana
yana kali ni selsema, batuk kahak dan demam malam sekali sekala
penangan beraya travel satu selatan..
kesian mendengar bunyi idung yang tersumbat
rengekan akibat tidak selesa bernafas,
hidung yang sentiasa basah
batuk berbunyi seperti ada kahak
kalau mampu ku keluarkan kahak itu-pasti akan aku lakukan
seluruh dunia jika mampu ku beri..

malam pukul 3-4.30 akan bangun menangis bersungguh2..
dukung dan tidurkan sambil berdiri. tak lama kemudian dia lena kembali
hmm...susah menjadi ibu...
tapi bahagia sekali kerana aku mengalami setiap detik2 dia membesar..
hati juga kala ini berdebar menanti bila saatnya dia akan berjalan..
1 tahun 1 bulan sudah..
bohong jika aku katakan aku tidak risau...
love you yana..

Monday, September 13, 2010

hari raya di tampin

selamat hari raya kewan2 di blogger suma..
tahun ni aku beraya di tampin..
tahun ketiga bergelar puan.
tahun pertama menjadi isteri pada 2008 beraya di tampin, tahun lepas 2009 aku pantang selepas melahirkan Dayana jadi otomatik beraya di umah mak aku di Subang jaya..tahun ini kembali ke Tampin-tetap meriah..rumah mertua rumah aku jugak..
seronok juga tahun ini..ini adalah gambar2 buat kenangan..


ala sayang mama ni,pandanglah kamera..


anak2 buahku yang pandai bergaya..aku dulu darjah 4 serabai aje..diorang siap leh offer aku maskara ngan blusher lagi..selamat dpt mak sedara yang best cam aku..leh join sekaki



bersama suami tercinta..dulu kini dan selamanya

bersama famili di subang jaya tiada gambar kenangan..tiba di rumah mak lagi seronok berkongsi cerita dgn bonda tercinta,,terlupa nak berposing..


mak dan ayah mertua..loving couple.



kak long n abang long..sweet la...


family kak long..



family kak ila...



family en abdul rahim


wat pe ni bang? takkan nak amik gak..?
takpe..kenang2 ngan..

Tuesday, September 7, 2010

ALHAMDULILLAH

alhamdulillah..
rezeki nak raya..terubat segala marah aku, penat aku, daya usaha memerah keringat sepanjang 3 tahun untuk projek ni..
akhirnya ada sesuatu yang company reward..
walaupun sebenarnya aku takdela jadi kaya dengan ganjaran itu..tapi aku tetap rasa puas..
paling penting suma orang yang susah senang jatuh bangun projek ini berjalan semua merasa..
bukan hanya golongan atasan..
ucapan aku untuk subordinates today sempena hari raya..
“Selamat Hari Raya Aidilfiri-team”. Maaf zahir batin terutamanya untuk XXXXXX team jika ada terkasar, terover marah, unfair if any decision I made.. Thank you for stand down and up with me all this 3 years -jiwangla pulak."
yes..tanpa diorang siapalah aku.
tanpa susah payah diorang aku takkan pegang jawatan hari ini..


apa keadaan sekali pun, reward dr company dan rasa sayang aku pada team tak menjadikan aku tawar hati untuk berhijrah..
aku akan terus mencari yang terbaik dan sesuai...sebab ini adalah masa yang paling bijak untuk aku memperbaiki potensi diri aku..
harap dipermudahkan Allah..

Monday, September 6, 2010

salah membuat pilihan..risiko sendiri?

tajuk ni nampaknya berat..
tapi x dela berat mana pun..
hakikat kehidupan..sekecil2 keputusan mampu memberikan impak yang besar..
hari ni meeting di Jalan Raja Laut..
aku buat keputusan nak naik komuter..almaklumlah konpom JRL jammed disebabkan warga KL bershopping..
alih2 komuter sampai lambat..pastu asyik semput aje..setengah jam aku terlambat..
sms bos-still relevant or not for me joint the meeting?risaulak bagi impak negatif pada client..
"it's okay..next time la u join..too late"
pastu aku dengan bag laptop yang berat mcm ada batu gi la jalan2 Jalan TAR konon2 nak cuci mata..
alih2 hujan lebat..tersangkutla aku dlm kedai tudung dengan bahu yang sakit..
kul 4.30 terus meredah hujan untuk balik..
sampai di stesen komuter Subang Jaya..buat keputusan pulak nak ikut jalan KESAS menuju rumah..
jammed lagi...
kul 6 jugak baru sampai rumah..
itulah hakikatnya...jangan nak marah jammed, hujan atau komuter..
setiap satu keputusan yang dibuat harus difikir relevant atau tidak..
dan aku failed kali ni
sebab tak mengkaji sebetul2 nya apakah impak yang paling mungkin untuk terjadi..
papepun..thanks jugak hari ni sebab aku berjaya gak merayau kat Jalan Tar setelah hampir setahun tak berjalan..
juga naik komuter-hampir 2 tahun-sejak pregnant hingga sekarang aku tak naik2..
baru tahu ada koc wanita..tapi x sangka ada gak orang yang muka tak malu mengaku pompuan masuk koc wanita tapi dia bukan wanita ataupun gadis..


c
itulah org Malaysia-sensitivity masih kurang..
selamat aku kepenatan sgt hari ni..kalau tak mesti aku dah bagi khutbah hari Isnin...

Friday, September 3, 2010

takpela..

aduh daku keciwa..
2 baju raya yang aku beli untuk dayana..
satu terkecik-tak perasan pula bila anak mama ni membesar..beli masa awal2 ramadhan..rasanya hari tu mcm muat aje..menyesal tak test..



Agak2 kalau resit dah hilang, tokey kedai tu bagi tukar lagi tak?

satu lagi besar la pulak,,ni memang mama almaklum sangat..
hari tu berkobar2 nak otter..sekarang ni macam malas lak nak pegang jarum...


takpela..ape2 pun anak mama tetap anggun..

Thursday, September 2, 2010

Mewangikan Yang Busuk

takde mood tul nak menulis sekarang ni..
pandang laptop, laptop pandang aku..
dah musim2 nak raya ni..mood pun nak raya je
kat radio pun dengar lagu raya aje..
pagi tadi pergi site office kat bukit jelutong..
jumpa dengan ex-officemate aku (sebelum ni dia sama office ngan aku, kena tukar pasal promotion)
seorang yang boleh digelar nenek, pada usia 55 tahun masih gigih bekerja..aku panggil dia kak ***..(saje je, pr mesti bagus, panggil orang dengan gelaran yg muda dia akan layan kita mcm member)..

ramai staff di company aku tak berapa suka dengan dia..mungkin usia dan pengalaman menjadikan dia kuat membebel dan fussy in every single task.
tapi aku sangat bertuah kerana mengenali dia..
dia pada aku adalah simbol bahawa kalau kita gigih dan kuat bekerja, segala2nya tak mustahil.Usia bukan lah penghalang untuk kita belajar benda yang baru. Job requirement kami mengkehendaki kami mahir menggunakan application system. Dan dia well done with it..
banyak benda yang aku belajar setiap kali aku borak dengan dia..
pada aku setiap orang ada kelemahan dan kekurangan
tapi tutupkanlah rasa benci kita pada orang itu dengan kaji kelebihan dia ada..
sebusuk2 manusia pasti ada sesuatu yang lebih-yang tiada pada kita...
sayangilah dia dan hilangkan rasa benci itu..
aku juga sedang dalam proses memaafkan segala sakit hati dan marah aku pada orang lain..
walau rasa sakit itu mungkin lambat lagi untuk terhakis, tapi ya, aku dalam proses..
Memaafkan mungkin mudah tapi melupakan itu yang lambat..
Aku percaya dengan kata2 pujangga apabila kita menerima semua orang adalah sebagai suatu yang indah tanpa rasa prasangka, perjalanan hidup kita akan mudah.
ok...happy weekend!

tag dari UmiAlya..



Wah-wah-wah..
Saya dapat tag..Thank you untuk Kak Tini kerana ingat pada diriku ini..

Apa yang sedang bermain di fikiran sekarang?
Nak cuti raya lagi awal dr yang aku apply la...Nak cuci dapur..Pastu esok aku kena keja lak..Nak ganti..tak kira!


2. Apakah nama samaran anda?
Mie...dari kecik smpi besar.. Dimana2 orang panggil aku Mie..
Ade kawan2 satu aliran.."MiecunBuyun"..aku pun x ingat dah ape maksudnye.


3. Berikan 3 orang yang anda sayang
Suma org aku sayang..paling sayang..
Mak & abah..Suami dan Dayana..pastu adik beradik.pastu kawan2 aku..(eh-eh lebih 3 lak)

4. Panggilan untuk si dia
abang, ayah..


5. Hadiah yang diimpikan oleh orang yang teristimewa
Emm..takde..Sebab aku tak pernah mimipi kalau aku nak ape2..Aku nak something, aku mintak je..Tak bagi, aku kuar duit sendiri.


6. Blog yang anda suka visit
Blog sarakids


7. Taggedkan kepada :
memandangkan ramai dah yg kena tag.. mungkin boleh bg kat :-
sape ek...Bagi kat ayu la...