Pages

Wednesday, October 27, 2010

fesyen baru



Walaupun Yana masih terkedek2 berjalan...
Tak nak pakai seluar semula bila tukar pampers dia..
Suka sepahkan baju yang mama dah lipat, pastu amik tudung mama sorok bawah kerusi..

Tapi dia dah pandai solat..hehehe..Jangan x caya..
Awahuabbat (Allahuakbar-dalam bahasa baby)...
Hahah..tapi tu ajela yang dia reti..berkat selalu letak dia di sejadah sebelah kami solat..banyak pergerakan solat yang dia boleh tiru..sujud, rukuk, duduk antara dua sujud..

Wednesday, October 20, 2010

kemamaian.

tajuk apakah itu?
jam dah 12.55 malam..baru setel reconcile result SOV 8 untuk dipersembahkan pada commitee meeting esok..apakah itu SOV? System Output Verification.
Dah masuk 8 kali SOV, still x pass 2 lagi...memang rezeki aku dapat client cerewet kali ini..
tapi apa2 pun kena bersyukur sebab ada gaji hujung bulan..
untuk bagi mak abah, untuk bayar ibu yang jaga yana, untuk belanja hari2, untuk tolong en suami yang tengah gigih nak habiskan master..semoga berjaya dan tabah selalu abang..
ada kawan2 yang tengah susah hati sebab maybe company akan lay-off kan mereka..
aku turut susah hati..
sebab kami bangkit jatuh sama2 sejak penubuhan company ini..
cuma rezeki aku di sini-zon "masih" selamat..
satu hari nanti mungkin aku juga harus susah hati tentang lay off..
ajal, maut, rezeki, jodoh..
semua di tangan Tuhan..
ok-mari menikmati nikmat tidur...

Monday, October 18, 2010

Monday blues.

Salam Isnin.
Terasa cepat sangat masa berjalan. Lagi 2 bulan menghampiri penghujung tahun. Lagi 2 bulan usia aku akan mencecah 28 tahun.
Sebelum mata terlelap sementara menanti Dayana terlelap (menyusu dengan aksi yang pelbagai sekarang), aku selalu terfikir adakah aku dah berpuas hati sepenuhnya dengan apa yang aku dapat sekarang?
Tentu sekali berkenaan kerjaya. Siapa sahaja akan inginkan yang lebih baik. Lebih RM. Lebih mencabar. Bidang kerja yang berlainan dari apa yang ada sekarang. Dan yang paling penting mendapat syarikat atau majikan yang menjaga kepentingan pekerja.

Semua orang inginkan itu, suasana kerja yang paling optimum diingini oleh semua orang. Tetapi jika mendapat syarikat yang teruk, boss yang fussy dan gaji yang tidak setimpal, perlukah kita bising dan meracuni fikiran semua orang di tempat kerja.

Kadang-kadang aku mual dengan sikap orang begini. Terlalu asyik mengomplen tetapi hujung bulan itulah gaji yang digunakan untuk membayar rumah, bagi makan anak bini dan belanja sehari-hari. Mengutuk bos dengan sehabis daya, hingga tiada bahasa yang lebih teruk boleh digunakan..itu budaya kitakah? Aku betul-betul tak paham.
Nasihat aku selagi kita makan gaji setiap hujung bulan, janganlah mempropagandakan kebencian kita hingga mencipta suasana yang busuk di tempat kerja. Tak puas hati, nah, pergi bukak jobstreet dan selagi tak dapat kerja lain…diam-diam saja.

Melihatkan ramai orang yang meminta temuduga di luar kaca bilikku pagi ini, aku teringatkan hari pertama aku memohon kerja. Graduate Chemistry dari UKM, seorang yang berlagak dan bercita-cita tinggi, syarikat ini pada aku adalah tempat persinggahan pada mulanya.

Siapa sangka tanggal 1 Ogos 2010, genap 5 tahun aku bekerja di sini, dari seorang penyelia Alhamdulliah hari ini aku ada bilik sendiri. Jujurnya, aku masih tak puas hati dan banyak lagi yang aku ingini dalam hidup juga career.
Dalam hidup, ringkasnya aku bahagia ada suami yang menyayangi aku dan anak yang comel. Tapi aku masih ingin meneroka kaedah terbaik menjadi isteri dan ibu yang sempurna.

Lihat ragam Dayana yang asyik menguji kesabaran aku, aku terfikir, sebenarnya adakah aku belum bersedia untuk menambah ahli keluarga kami.

Lihat gambar di bawah, dia dah pandai bukak pampers sendiri….Geram betul. Tapi teringat nasihat seorang blogger-sarakids, kalau rasa marah sangat dengan anak, tarik nafas panjang-panjang dan ambil gambar buat kenangan.
Dahla nak pakaikan pampers nak dekat 10 minit berperang..dah pakai dia bukakkan pulak..Ni adalah keindahan masa kecil Yana yang boleh aku kongsikan bila dia dah besar nanti-lasaknya macam anak lelaki...


Dulu kalau aku marah aku sebut “biasa dia….”Dia akan pandang aku dan tak lama lepas itu dia akan nangis penuh menyesal (ye ke?)..semalam aku sebut “biasa dia”..tak lama lepas itu dia mengulang2 perkataan “acccer diiie..acceer diee…accerrr dia” dengan penuh bersungguh2 lepas tu tergelak-gelak. Dia ejek aku..Sabar betul. tapi comel sangat bila dia ajuk aku tu...Nampak sangat anak aku dah makin membesar.

Ni adalah gambar-gambar kami di Taman Tasik Shah Alam. Konon-konon nak gilap skill berjalan dia…tak pasal-pasal dia ada hati nak merangkak tengah-tengah rumput tu…

Ayah dengan sabarnye memimpin anak tersayang yang still x dapat lupakan keindahan merangkak dengan kelajuan maksimum.

Makan roti coklat.


Naik bot keliling tasik shah alam…RM 5 untuk dewasa. Dalam bot ni boleh dia meragam nak nenen..mcm mana mama nak bagi…tempat terlampau open..baju lak fit gile…karang terbalik bot tu ada orang sasau tengok aksi kite..



Sekian sahaja cerita aku di tengahari hari Isnin.Panjang pulak aku celoteh. Perut terasa lapar. Rehat lagi setengah jam. Harap2 ada lagila makanan kat luar sana…
Babai…sayonara.

50 cara didik anak bijak



Tengok si kecik ni..bukan main eksyen dia main buaian tak nak berpegang..
Biasanya kalau aku sampai rumah cepat aku akan bawa dia ke taman permainan.
Saja..sessi menghirup udara petang dan latihan melawan serangan nyamuk..hahah..
Sambil main buaian tu, biasanya aku akan bersembang dengan dia..apa yang dia belajar kat umah ibu hari ni..makan apa, ada perkara yang dia sedih@ happy tak?
bunyi cam kelakar tapi anak aku menyahut apa yang aku tanya dalam bahasa dia sendiri..
aku lak buat2 faham dan sambung perbualan kami..
Kebetulan ada seorang kawan bagi aku emel- 50 kaedah didik anak bijak..dan membiarkan baby bercakap dan explore suaranya sendiri salah satu kaedah yang berkesan..so enjoy the knowledge.
1-BERTENTANG MATA
Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah pada awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.

2-BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA
Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.

3-JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN
Lakukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi IQnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya..

4-JELIRKAN LIDAH
Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah - ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.

5-HASILKAN BUKU BINATANG

Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, 'bacalah' buku itu bersama-sama sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.

6-GELETEKLAH BAYI ANDA
Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humor bayi. Permainan seperti 'cak cekur' dan 'labah-labah panjat perigi' dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.


7-TUNJUKKAN PERBEZAAN
Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.


8-BERKONGSI PANDANGAN
Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. "Tengok anak kucing tu." atau "Besarkan pokok ni!" atau "Dengar tak bunyi bomba tu?" - untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.


9-NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA
Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri ("mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin...."). Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.


10-GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA
Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.


11-SENTUH DAN RASA
Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.


12-PERGI MEMBELI-BELAH
Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.


13-BERI KATA KUNCI
Jika anda berkata, "Mak nak buka lampu ni," sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.


14-BERI KEJUTAN
Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.


15-SEDIAKAN BANYAK TISU
Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.


16-BACA BUKU

Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan. Ia dipercayai membantunya belajar bahasa.


17-MAIN CAK-CAK
Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.


18-JANGAN LUPA REHAT
Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda - tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.


19-MAIN DENGAN WARNA Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya.


20-BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA
Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza - termasuklah kacang pis dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.


21-ANGKATKAN SAHAJA
Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.


22-BIAR DIA MEMBEBEL
Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.


23-LATIHAN MENEKA
Gunakan beberapa cawan plastik dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.


24-BINA LALUAN HALANGAN
Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atau permainan di atas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi bagaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.


25-IKUT RENTAKNYA
Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.



26-BUAT MUKA LAWAK
Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.


27-RASA SEKELILING ANDA
Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil melabel barangan tersebut.


28-CERITAKAN KISAH DONGENG
Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok.


29-BAYANGAN WAJAH
Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi "yang lagi satu" senyum dan melambai padanya.

30-(KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS
Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira - dan boleh berlatih menghafal nama warna.


31-GOYANGKAN BADAN
Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti seorang ballerina.


32-JADILAH TAMAN PERMAINAN
Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya.


33-KIRA SEMUANYA
Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.

34-GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA
Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak ("adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?") sehinggalah ke soalan konkrit ("Pernah tak adik nampak kucing putih?")


35-TUTUP TV
Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan dengan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya.


36-TUKAR PEMANDANGAN
Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.


37-MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA
Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dalam kehidupan bayi anda, buat dua salinan bagi setiap satu gambar - dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya).



38-RAKAM VIDEO UNTUKNYA
Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya.


39-MAIN HUJAN
Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering.


40-MENANGKAP SERANGGA
Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya.


41-BERGURAU-SENDA
Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakan "Ini Ibu." Kemudian akui kebodohan anda dan ketawakan 'gurauan' anda itu untuk membina naluri humor dalam dirinya.


42-MAIN DENGAN PAKAIAN
Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda.



43-AJAR TENTANG ISIPADU

Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebih kecil.


44-HASILKAN ALBUM KELUARGA
Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda.. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon.



45-SURUH ANAK MEMBUAT KERJA
Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna. Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.



46-PERGI KE PERPUSTAKAAN
Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.


47-CONTOHI CARA SESAME STREET
Khaskan satu minggu untuk satu abjad.. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar rumah dengan kapur.


48-MAIN BERULANG-ULANG
Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu.



49-MAIN "TIRU-MENIRU"

Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain.


50-BERCAKAP TENTANG PERASAAN
Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel emosi. Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk universiti nant

Friday, October 15, 2010

kuatkan semangat-Dayana Zulfah

Akhirnya masa yang ditunggu2 dah pun tiba
Cik Dayana Zulfah akhirnya berjaya melangkah sendiri
walaupun ala-ala askar baru nak belajar kawat
tapi tetap berjaya menyebabkan mama mengalirkan air mata
tak taula nape-aku terharu sangat-sangat
terlalu lama aku rasanya aku tunggu saat ini..
teruskan perjuangan anakku
esok mama bawak Yana main buaian ye......
lupakan pasal kerja-Yana lagi penting dari segala-galanya...
antara perkembangan Dayana yang menarik untuk dikongsi ialah..
1)vocab dah bertambah-mama,ayah,nana (nama manja dia kat umah babysitter), abu (sebenarnya ibu-untuk pengasuh dia),kokkok (pokok),tet (cat),bird..
2)suka tiru orang solat .."Awwaabbat..(Allahuakbar), sujud, rukuk, doa, amin....
3)memanjat tangga (salah satu exersice yang bermanfaat untuk mama mengejar dan menangkap nye-sehingga mengganggu konsentrasi kepada cerita tv)...


Tuesday, October 12, 2010

dont worry about me

sementara nak tunggu meeting start..leh tak aku membebel kat sini jap.
sekarang ni hari2 kat ofis rasanya kosong..
masuk kerja buat kerja masuk miting
gaduh ngan vendor
tunggu waktu rehat dan balik...
rasa makin renggang dengan seorang kawan yang sebelum ini baik dgn aku...
tapi seperti yang aku pernah bebelkan sebelum ini,
tak pernah senang untuk menjadi senang
untuk bersahabat dengan anak buah bukan benda yang senang
bagi pihak aku
susah untuk mengadilkan diri untuk tidak menjadi bias..
bagi pihak dia
susah untuk menebalkan perasaan apabila dituduh terlalu rapat dengan bos...
susah mengawal mulut orang
lagi susah jika kita perlu hidup berkelompok dengan orang
yang paling senang adalah berkecuali................
apa sekalipun aku sentiasa ada di sini buat semua sahabat yang inginkan aku untuk mendengar dan bercerita
aku tetap aku yang lama
cuma keadaan membuatkan kita terpaksa renggang
yang paling penting
dont worry about me
i know how to take care my self well..
This card dedicated well to my friend (hopefully she know and read this entry-tq)

Friday, October 8, 2010

sayang

takde mood rasanya nak menulis..
kepenatan..
penat melayan karenah manusia2 yang tak jelas apakah objektif yang harus dicapai..
yang tahu hanya mengarah dan mengarah...............
lupakan pasal mereka...hanya menambah hati yang luka.
yesterday i received another one more resignation letter
from my subordinates..orang kuat aku lah jugak...
i control my emotion and words as much as i can
the truth is im totally sad and feel lost
tapi takpela..setiap orang ada hala tuju..
kalau aku sendiri dah rasa tak semangat??
aku cuba meneutralkan perasaan sebaik mungkin untuk menjadi a good leader ever
tapi ada masanya aku harus bertindak selaku sahabat
jika ada peluang baik..pergilah...........
begitu juga aku..
semoga berjaya di masa hadapan..
yang baik jadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan...
percayalah di mana2 tempat kita bekerja takkan dapat memuaskan hati kita sepenuhnya
jika kita sendiri belum sedia untuk melapangkan dada untuk selesa dengan keadaan itu...
buat ja
semoga berjaya sepenuhnya...

Tuesday, October 5, 2010

aktiviti "release" serabut

sy dah tengok magika.

jgn tanya bila sy tengok..tapi sy gi tengok sorang diri.
peduli apa org gelakkan sbb gi tgk sorang2 ..janji puas hati
nak bwk husband dan dayana..si kecik tu tgh musim suka menjerit
kang tak pasal2 kena halau panggung
aku memang suka tgk cite melayu dan yang tak berat
genre filem yang aku suka adalah selain hantu, cite merempit dan gejala sosial yang sewaktu dengannya
aku suka cite ala2 katun, berangan dan jiwang2...

magika pada aku sesuai untuk semua peringkat umur
nice dan tak boring..pelakon2 utama adalah mawi dan diana danielle, ziana zain, m.nasir, ning baizura dan ramai lagi
watak2 utama diambil dari watak2 cite dongeng orang melayu mcm naga tasik chini, badang, puteri gunung ledang, pak pandir, nenek kebayan, awang kenit dan lain2 lagi...
cite ni ala2 muzikal (lagila sesuai dengan jiwa aku yang suka melalak ni)
sukela senang cite..aku bagi 5 per 6 bintang..
ilang sikit serabai kepala memikirkan masalah kerja dan lain2 masalah peribadi.
keluar panggung terserempak lak kedai buku
melayang duit aku 40 inggit
terjumpa buku ni

nampak menarik tapi aku tak baca summary betul2
ingatkan buku permasalahan dan kaedah terbaik mendidik anak sepanjang pembesaran
rupa2nya mengenai parenting tips dari baby baru lahir hingga umur setahun
takpela...tambah ilmu lagi..
walau dayana dah setahun leh jugak diaplikasikan untuk adik2nya nanti...(hmm..hmm)

tapi sekarang ni susah tul nak abiskan buku sebuah dalam tempoh semalam mcm zaman dulu-dulu
sebab dah ada cik pustakawan ni ha.........memang feveret die...menggodi buku aku.

Sunday, October 3, 2010

membesarlah dengan tenang sayang.

aku selalu dapat apa yang aku nak..
apa sahaja yang aku inginkan aku jarang kalah
aku juga seorang yang yakin dengan apa saja keputusan yang aku buat...
tapi menjadi ibu membuatkan aku sedar
tak semua yang aku rancangkan sempurna seperti mana yang aku hajatkan
membawa dayana beraya ke rumah kawan2 yang mempunyai anak sebaya dengannya membuatkan aku sedikit gusar
yang lain semua sudah berjalan
dan anakku masih tidak yakin untuk bergerak sendiri
perlukan sesuatu untuk berpegang membolehkan dia meniti
aku harus selalu menyokong dan memberikan dia kekuatan
kerana mendidik dan membesarkan anak bukan seperti membuat production planning..
must achieve target within the time consent
anak adalah anugerah yang unik
kita merancang namun yang memberikan segala-galanya adalah Allah s.w.t
kadang2 aku merasakan semua komen2 orang mengenai yana lambat berjalan suatu yang menyakitkan
tapi aku muhasabah diri sekali lagi
membesarkan anak bukanlah suatu pertandingan
ianya adalah proses yang panjang dan konsisten
semoga dia dirahmati Allah selalu....dan aku yakin puteriku akan melangkah sendiri tak lama lagi
kata dr..jangan risau..anak berjalan sehingga usianya 20 bulan..sehingga tempoh itu..jangan terlalu mendesak.
ini ada artikel mengenai baby berjalan..
sila klik sini.

Friday, October 1, 2010

resipi seminggu untuk dayana..

cabaran bulan ini ialah untuk menyediakan makanan berkhasiat untuk dayana setiap hari..
semoga berjaya buat diriku..
resipi ini mungkin akan ditukar serba sedikit setiap minggu bagi memastikan si dara jelitaku itu tidak boring..

kalau berjaya seminggu projek ini aku nak buat jadual untuk pemakanan berkhasiat mama & ayah pula...
semoga kami sihat dan tidak boroi...

pertama kali menang give away

terima kasih pada kak tini kerana telah menjadikan aku bertuah dengan mencabut namaku....
tak pernah aku menang cabutan bertuah dengan mudahnya sebelum ini..(kalau menang tu biasa aku paksa org tarik gak no aku...wakakaka..zalim gile..)
dan-dan dekat online boleh menang...
tahniah buat diriku..
trimas pada kak tini@umialya...