Pages

Sunday, November 28, 2010

Buku: Bila Allah menduga kita



buku ini aku beli masa jalan2 kat Warta Bangi (tempat merayau masa zaman belajar) minggu lepas sementara menunggu suamiku ada discussion dengan lecturenya.
Mula2 rasa menyesal sebab macam membazir aje beli buku tak pikir panjang..
tapi bile dah abis satu bab, aku rasa sangat seronok dan asyik terpikir2 mutiara kata yang ada di dalamnya..
antara ayat yang sangat menambat hati aku ialah:

1) dugaan adalah rakan karib insan sejak lahir hingga saat kematian menjemput.jadi, jangan berputus asa, doalah agar diberikan kekuatan dan kemampuan menilai apakah nikmat yg mampu diraih atas setiap dugaan yang menimpa
2) John F kennedy , "dont pray to live easier, but pray for getting more stronger"
3) manusia kadang2 suka menyalahkan takdir dan Pencipta apabila ditimpa masalah, tapi jarang bersyukur apabila mendapat sesuatu rezeki @ kebaikan.
Antara analogi yang sangat menarik adalah:
Ada seorang pekerja binaan yang sedang membuat kerja di tingkat paling atas, bunyi ketukan dan kerja2 pembinaan sangat bising. Dia ingin memanggil kawannya di bahagian bawah, tetapi suaranya tidak kedengaran.
Dia mempunyai idea, dia membaling syiling ke bawah di mana kawannya bekerja. Kawannya cuma mengutip syiling tersebut tanpa memandang atas. Dia baling lagi syiling dan kawannya sekali lagi mengutip tanpa memandang siapa yang membaling syiling tersebut. Akhirnya dia membaling batu dan hampir terkena kawan beliau, barulah kawannya memandang ke atas, hendak tahu & marahkan siapa yang empunya angkara membaling batu tersebut.
Begitulah manusia-jika mendapat rezeki jarang hendak mentarbiah diri untuk bersyukur kepada Illahi, jika mendapat bala barulah dia sedar dan ingatkan siapa Pencipta.

banyak lagi ilmu yang menarik, seboleh2 nya aku ingin kongsi untuk manfaat bersama dan juga sebagai latihan pada otak aku supaya tidak lupa..tapi lenguh pulak jari ni..
Ada masa nanti aku sambung..

oppss..penulis buku ini ialah :Syed Alwi Alatas.

Sunday, November 21, 2010

jalan2 kat taman kota kemuning

2-3 menjak ni teramatla malas mengupdate blog
padahal banyak benda yang spesel jadi minggu ni
hari raya korban-aku bawak dayana solat raya sekali....
seronok tidak terkata..sbb sejak tahun lepas aku tak solat raya..
yela..anak menyusu badan..asyik nak mendakap aje kejenye..
tapi sekarang yana dah jalan..aku redah aje bawak die pergi surau taman perumahan kami
alhamdulillah.dia pandai bawak diri..
masa tahiyat akhir aje dgr die bersuara AllahuAbbat...2-3 kali sekuat2 hati...
selebihnye die main beg telekung aku di belakang..
aku pun solat di saf yang belakang sekali..bersama anak2 jiran @ peminat2 setia Dayana...
petang tadi ku paksa jugak hasben bawak kami anak beranak brsiar2 ke taman permainan
dia bawa kami ke taman di kota kemuning..
seronok melihat orang main layang2..kami pun mencuba, beli layang2 dengan harga RM5..



si kecikku ini...dah mcm orang besar lagaknya, jalan tak nak dipegang...ke hulu ke hilir dengan gaya tersendiri..


alhamdulillah dia dah berjalan dengan lancar..
satu ketika dulu aku terlampau risau sampai bernazar sesuatu jika Dayana berjalan..
Alhamdulillah, nazar itu telah aku tunaikan...
...
banyak perkara yang merisaukan dan meresahkan aku 2-3 menjak ini..
tetapi masih banyak ruang dan masa untuk aku penuhkan bagi mengisi ruang2 pembesaran anak ku dan masa bersama kami suami isteri..
semoga aku terus diberikan kekuatan dan petunjuk agar selalu di jalan yang lurus.

Wednesday, November 17, 2010

ujian tandanya Allah sayang

setiap kali dugaan menimpa.
yakinlah bahawa Allah sedang menguji
sejauh mana keimanan dan ketabahan kita
ujian juga merupakan sessi taaruf dari Allah dengan hambaNya, sama ada benar-benar beriman atau hanya mengaku beriman...

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (Al-Ankabut: 2-3)

Dalam sessi hubungan rumah tangga..semua orang pasti akan diuji-ada yang ditimpa dugaan kemiskinan, ditimpa pula dugaan kecurangan pasangan, dugaan penyakit, dugaan hubungan tidak direstui..semuanya diduga, sama ada tahan atau tidak, sama ada teguh memegang ikrar sewaktu diakadkan sebelum sah menjadi suami isteri..

Semoga kita terus kuat..suamiku. Telah ku wakafkan jalan hidupku kerana Allah Taala..
janganlah kita berdukacita kerana Allah sedang menguji kita. Susah atau senang insyaAllah kita harungi bersama..

Sunday, November 14, 2010

Uncle Seekers Dedahkan Hubungan Cinta Rahsia Dengan Bekas Permaisuri Agong Siti Aishah

terkejut sakan aku bile baca entry dlm laman blog hiburan kegemaran aku..beautiful nara..

sama ada ini adalah kebenaran atau propaganda..ianya tetap mengaibkan



1) mengaibkan orang islam-berpelukan tanpa berkahwin
2) mengaibkan institusi istana-walaupun mantan..satu ketika dulu adalah wanita tertinggi bagi orang melayu.
3) menimbulkan syak adakah ini angkara sihir atau betul penangan cinta-kerana cinta tiada apa yang mustahil..

untuk maklumat lanjut sila ke blog beautiful nara atau berkunjunglah sendiri ke blog uncle seekers..tapi make sure anda ready dengan bekas sekiranya anda termuntah..sbb tulisan2 itu bagaikan dialah jejaka hangat di pasaran..

Wednesday, November 10, 2010

master or business?

semalam aku ala2 serius tahap gaban
surf kat online course2 di IPTA/IPTS yang ada di seluruh Malaysia
untuk aku amik part time MBA
mak ai harganya mahal sekali
selain itu dalam kepala ku berlegar2 satu business untuk aku buat
amik loan bukak franchise taska
kalau amik master aku nak apply jadi lecture
kenapa MBA?
sebab bidang kerja aku sekarang memang menjurus kepada business management
walaupun aku sebenarnya ada ijazah dalam bidang KIMIA
kenapa aku jadi macam ni?
punca utama sebab aku dah jelak kerja makan gaji
bosan betul dengan karenah dan permainan ofis..
tersekat atas nama hormat dan protokol yang ntah hapa2...
akuangkuangkuang
ganaz tul statement ni..



wa..................
stress tul 2-3 menjak ni..
kan best kalau duit turun dari langit
macam hujan yang mencurah2 di luar tingkap ini
tapi itu hanya imaginasi
hidup mesti diteruskan
persoalannya mampukah aku berjuang semula dan bertemankan buku-buku
ataupun menghadapi karenah dan asam garam perniagaan..
Assobru Minal Iman.......

Monday, November 8, 2010

kehadirannya membahagiakan saya

aku bersembang dengan seorang makcik hujung minggu lepas..
katanya dia penat menjaga anak orang..
3 orang semuanya..
semuanya sedang dalam fasa hendak berjalan..
macam Dayana lah agaknya..mesti tak menang tangan dia..
katanya Sabtu Ahad pun dihantar oleh ibu bapa mereka..
aku tanya kenapa terima?
Sabtu Ahad hari untuk pengasuh berehat..itu pendapat aku yang mutlak.
menjaga Dayana sehari suntuk yang sangat lincah dah cukup membuatkan aku tak menang tangan..
mengah menjelang malam..
ini pulak 3 orang serentak-7 hari seminggu-dan yang paling penting anak orang!
"Nak buat mcm mana-dah diorang bayar untuk sebulan.."jawab makcik itu..
Kerja apa sampai sabtu ahad tak nak jaga anak? Pening aku memikirkan.
Masyarakat Melayu kita sudah menjurus ke budaya yang tidak patut.
Seorang Manager berbangsa bukan Melayu di ofis aku, usia lingkungan 40-an-masih tidak kahwin..
katanya dia jelak melihat budak kecil. sebab dari kecik dia menjaga budak kecil yang dihantar oleh ibu bapa lain supaya dijaga oleh ibunya.
Jaga sepenuh masa, buat macam anak sendiri, usia 3 tahun baru ambil balik..
ada seorang hingga usia 18 tahun sekarang, maknya masih tak nak membela anak sendiri.
Geleng kepala aku mendengar.
Alasan-susah untuk bekerja apabila kena melayan karenah anak yang masih kecil.
Pada aku-anak adalah anugerah yang paling terindah.
Setiap saat yang membahagiakan dalam hidupku biarlah ada dia bersama.
Kalau boleh setiap saat aku mahu melihat dia membesar.
Cemburu melihat pengasuh yang tiap petang bercerita apa perkembangan terbaru.
Hari ini ibu bercerita Yana dah boleh menyambung zikir "Subhanallah"
Dia menyambung "Walamillah..(Walhamdulillah...")sambil menggoyang2kan badan..

Aku menunggu dan memujuk dia menyanyi untukku hampir 1 jam malam ini...baru aku percaya anakku itu benar2 seperti yang ibu ceritakan...
Tiap kali dia menyusu walau dalam aksi apa sekalipun-aku sangat rasa bertuah..kerana aku masih mampu bersama dia hari ini..
Tak faham..adakah mana2 ibu yang tak dianugerahkan perasaan seperti ini.
Sesibuk mana pun kita di tempat kerja-anak adalah tanggungjawab..
Mendidik dan membentuk, mencorakkan dia adalah tugas seorang ayah & ibu..
Bukannya pengasuh..

Sunday, November 7, 2010

bercuti di bukit merah laketown resort

mengambil cuti sehari sebelum Deepavali
dah plan lama diam2 dgn sang suami
kite bercuti jauh2 ye.ilangkan serabut..
ikut hati aku yang gilakan kerja..rasa melampau tindakan aku bercuti walaupun sehari
di saat semua orang tengah busy untuk run-up new project
tapi aku kena ingat selalu
lepas project handover sepenuhnya..lagila susah aku nak cuti
tak payah fikir pasal bos bagi @ tapi rasa sayang nak tengok setiap movement of operations tu lagi mendalam
cerita pasal bos..bile2 nanti aku akan cite...bos baru akan menjelma tak lama lagi..aku??hahaha...ada perasaan bercampur2

so tanpa melengahkan masa..dipersembahankan gambar2 fresh dari bukit merah laketown resort...

sementara menunggu ayah membeli tiket ke EcoPark





Menyaksikan animal show. yana & ayah bersungguh2 bersorak memberikan semangat kepada burung kakak tua..

cubaan untuk meloloskan diri dari pegangan mama untuk join show kakak tua


muka 3 beranak yang takut bile cik kakak tua bergayut kat bahu


semua binatang dipanggilnya "cat".takpela sayang slow2..nanti mama bawak gi zoo lak.


Nenen time...untung nya breastfeed ni...mana2 pun jalan hatta di sebelah kandang buaya pun takde masalah..
segan orang lalu lalang hasben tolong cover ngan payung..


dinner kat seafood di hadapan resort setentang dengan tol bukit merah..mengantuk anak mama..lupe nak tutup mulut tgh posing..


yana berposing dengan "Jibbon" orang utan betina yang sporting..Hari Kedua kami melawat Orang Utan Island..
Di sana terdapat sekeluarga orang utan yang ditempatkan. yalah, sebagai usaha untuk memastikan orang utan tidak pupus.




Yana tengah excited nak gi waterpark


sayang anak ayah..


gambar kenangan di bilik hotel..yang sangat berpatutan harganya..

syukur Ya Allah..berpeluang juga aku bercuti..

rita & aidil


Rita Rudaini nekad 'lawan' suami di mahkamah

KUALA LUMPUR 6 Nov. - Pergolakan rumah tangga Rita Rudaini Mokhtar, 34, yang sebelum ini menunjukkan tanda-tanda perdamaian, kembali 'panas'.

Ini berikutan pelakon itu akhirnya mengetahui secara sahih bahawa suaminya, Aidil Zafuan Abdul Razak, 23, ada membuat dua tuntutan mahkamah terhadapnya pada awal Oktober lalu.

Pelakon terkenal itu pergi sendiri ke Mahkamah Syariah Seremban dan Mahkamah Tinggi Seremban, Negeri Sembilan pada 2 November lalu, bagi mengambil notis berkenaan.

Menurut Rita, pemain bola sepak negara dan Negeri Sembilan itu telah membuat tuntutan hadanah iaitu hak penjagaan kekal terhadap anak sulung mereka, Airit Rayyan Rizqin, 15 bulan.

Satu lagi tuntutan yang dibuat oleh Aidil adalah perintah isteri kembali taat (nusyuz) yang turut difailkan di Mahkamah Tinggi Seremban.

Berita selanjutnya rujuk sini

Walau berita ni tak menjejaskan ekonomi negara, sedikit sebanyak menjejaskan ketenangan hati aku..sebabnya ialah.

aku minat kat Rita Rudaini..

pelik gak pasal apa aku suke kat die.tapi aku suke tgk die belakon..
ape2 pun aku harap dia kuat hadapi dugaan ini, dapat berfikir dengan tenang dan waras untuk kebaikan anak sulung dan juga bayi yang dikandungnya..

namun demikian,aku juga ingin bertegas apa-apa sekalipun perkahwinan adalah kontrak jangka masa panjang, perkongsian seboleh2 nya sampai mati
sebab itu setiap jalan yang diambil perlu mendapat restu terutamanya dari ibu bapa..

untuk ibu bapa pula..ambillah iktibar dari filem ibu mertuaku..
mustahil pokok bergoyang dengan sendiri juka angin tidak bertiup
mustahil tangan berbunyi jika bertepuk sebelah tangan...
seburuk manapun menantu..itulah yang dipersetujui nikah oleh anak tuan/puan...
renung2kan dan selamat beramal.