Pages

Thursday, December 30, 2010

kegilaan apakah ini-demam bola?

ya aku kemaruk bola semula..
hampir sejam aku melayan blog awek khairul fahmi
mencari link-link yang berkaitan dengan safee sali dan kemenangan bola sepak semalam..
sewaktu meeting dgn client pagi tadi pun aku tak dapat mengelakkan diri dari baca kosmo online pasal bola sambil buat muka poyo bila client bercakap..
hahahah..jangan tiru cara aku..tak baik
tapi sungguh..aku kembali demam
teringat zaman belajar dulu di sek menengah-aku gilakan rusdi suparman sampai ada satu scatch book pasal dia
dan kawan aku yg sgt sweet Pini gilakan Azman Adnan..
huhuhu..
zaman univeristi aku gilakan Bambang Pamungkas (masa tu main untuk pasukan selangor) sampai penuh poster bambang dalam bilik..
dan aku frust bile dapat tahu Bambang rupa-rupanya dah kahwin..
Grrr..gila betul.
Terima kasih pasukan Harimau Malaya sebab mengembalikan semangat aku pada bola sepak tempatan.

walau aku selalu kena tegur dgn En Hasben pasal salah kata sepakan percuma, sudut or penalti..
hahahaha..janji aku suka gile-gile-gile..............
yang penting game lawan Indon semalam memang best....
Tahniah Sapee Sali..(saje je aku salah eja..sebab aku panggil dia Pi'ee di rumah..nama manja bagi en suami jeles..)

dan juga Khairul Fahmi...tanpa ketangkasan anda mengawal gawang tak mungkin Malaysia juara..

bezanya kali ini aku kemaruk bola takdelah sampai berangan Sapee Sali dan Khairul Fahmi jadi pakwe aku

sebabnya En Suami aku pun sorang player university dolu-dolu..(serius-salah satu criteria pakwe satu ketika dulu adalah mesti seorang player bola sepak..adakah???)

...xdola plak gambor en suami main bola

Ini gambar Yana dan En Suami meloncat (Hore--hore--hore--)waktu wisel penamat berbunyi..

Manakala maknya dok sebok cari mana Sapee Sali...hahahaha!!

Tuesday, December 28, 2010

cerita opah saya

semalam aku gi melawat opah kat PPUM...Dalam 6.25 aku tiba di ward nye.
keadaan nampak dah stabil
tapi still tak bukak mata
cuma mulut dia tak ditekupkan lagi dengan corong untuk oksigen tu....
aku sempat mengaji kan Yassin dan Surah Ar-Rahman untuk dia....


moga alunan ayat Quran itu membantu semangat nya untuk sedar
nurse kata dia sedar
sesekali air mata dia berlinang.......
aku juga turut mengalirkan air mata..
kali ini perasaan sayang aku pada dia hadir tanpa dipaksa
aku mengaku sebelum ini aku tak berapa rapat dengan opah
disebabkan dia lebih rapat dengan akak aku..Kak Su
mungkin disebabkan dia menjaga Kak Su sehingga usia 6 tahun
selain tak berapa rapat..ada beberapa perkara yang menyebabkan aku "kurang menyayangi" opah sebelum ini..
tapi itu cerita lama..
melihat dia terlantar.segala perasaan "kurang" itu lenyap perlahan-lahan
aku juga insaf
bagaimana agaknya aku menghabiskan hari-hari tua aku
takdir Allah tak dapat kita duga
segalanya ada di ketentuanNya, cuma kita yang tak mampu menganggarkan
paling pantang-bila ada yang bertanya
"Agaknya sampai bila dia boleh bertahan, Dr?"
Kenapa nak tahu sampai bila dia boleh bertahan? Soalan itu untuk apa sebenarnya..
Kita yang sihat waalfiat pun mungkin akan bertahan hanya sekejap lagi di bumi Tuhan ini. Mungkin ketika buang air di tandas, kita boleh dipanggil meninggalkan dunia ini.
Di hospital juga aku sempat muhasabah diri, mulianya kerja jururawat. Kita selalu mengaitkan hospital dan membantu pesakit-Dr. Tapi melihat nurse yang menukarkan pampers pesakit yang koma, membawa sebeban najis pesakit...aku jadi insaf.
Aku di pejabat yang masih sempat "menggoogle" website 2 lain, sedang mereka bergelumang dengan pesakit yang tiada daya.
Lebih indah jika bahasa dan adab mereka tidak tercelar dengan kata-kata yang kasar.
Aku tak nafikan ada mereka yang kasar. Menjadikan aku turut sakit hati.
Lepas maghrib di surau, aku bergerak untuk balik ke rumah. Hujan teramat lebat, singgah di kafe bersebelahan kawasan parking..
Kalau ke PPUM, jangan lupa jamu selera dengan laksa Enzo Cafe...


sedap...

Sunday, December 26, 2010

entry basi

terasa lama sangat tak berblog
almaklumlah banyak sgt yang terjadi kebelakangan ini...
aku mulakan dengan yang bahagia dulu...
yes..happy birthday to me...
happy birthday to me..
happy birthday to me...
selamat ulang tahun ke -28 buat diriku..
tiada rahsia untuk umur..memang lagi 2 tahun aku nak menjejak 30 tahun..
aku memang jarang meraikan hari lahir..lagi2 keluarga aku memang susah betul nak celebrate birthday ahli keluarga yang lain..
tapi dah kahwin..ni aku dan suami berazam untuk meraikan setiap hari2 penting keluarga kami bersama2..
cite brithday celebration ni lagila geli hati...
teringin nak makan seafood..husband pun bawakla pegi restoran seafood di subang..
drive kete kancil aku yang hidup segan mati tak mau tu aje
almaklumlah kesian la pulak biawak idup tu..
tgh2 perjalanan, nampak kedai kek, husband nekad nak berenti kat kedai kek tuh..kami pun parking di tepi restoran mamak berhampiran kedai kek tu...
abis beli kek, nak start balik enjin kete..dushhhh..enjin tak mau start da....
dah nak dekat 5 minit kami cuba start enjin, orang keliling pun dah start angkat kening smbil gelak2...
aku ngan suami buat muka macho masuk kedai mamak tu order tose untuk aku dan mee goreng mamak untuk dia..
potong kek pun dlm kedai mamak tuh,,,,



sabar ajela.....kikiki...
tamat cite hari jadi..opps..
azam untuk umur 28 tahun ni...
1)nak make up sebelum kuar umah..(ganaz tak azam ni..almaklumla..dah kena tegur..serabai sgt tiap kali gi keje)
2)nak solat dhuha at least sekali seminggu
3)nak ngaji tiap2 ari....

itu aje..tak berani nak azam banyak2..risau tak terbuat..

kisah dayana..
dayana makin bijak..bagi salam "kum" dan jawab salam "lam" tiap kali nak masuk umah ataupun nak kacau aku masak kat dapur.
mcm2 peel la dia ni..tapi itulah yang membuatkan aku rindu tiap kali di pejabat.
rumah kalau tak bersepah namanya bukan rumah akula...
aku suruh dia kemas, dia folo aku cakap, selang 5 minit-habis semua mainan ditonggangnya mcm kapal pecah.




kisah sedikit sedih
opah aku (sebelah mak ) dimasukkan ke hospital selasa lepas...kerana kegagalan buah pinggang...
ICU 2 hari..hari khamis lepas ditukarkan ke wad
sedih sgt tengok keadaannya yang bernafas dengan bantuan oksigen
aku selang sehari selepas kerja akan melawat dia di ward..selamat suami memahami, dia menjaga Dayana di rumah sehingga aku pulang dlm pukul 9 malam...
hari sabtu dan Ahad sebelum Dayana bangun, aku dah keluar rumah..
dari pulul 8.30m pagi hingga 11 pagi aku melawat dan membacakan YAssin untuknya semoga dia dapat kekuatan...
selain itu untuk menemankan mak aku yang kelihatan begitu sugul sekarang....
doakan opah ye kawan2..

Sunday, December 19, 2010

bercerai

rupe2nya ramai kekawan aku yang dlm proses menuntut perceraian di mahkamah
almaklumlah aku dah jarang sekali berchatting a.k.a bergossip sini sana
disebabkan kerja yang menimbun
dan aktivity mencari kerja lain yang jugak menyebabkan masa aku dengan kawan2 terbatas
aku rasa sedih dan risau
sebab kebanyakannya aku adalah saksi zaman percintaan mereka
aku harapkan mereka kuat semangat
mampu berfikir dengan tenang dan waras, jangan ikutkan perasaan

kajilah sebaik mungkin-apakah itu jalan yang paling tepat boleh dilakukan
perceraian adalah perkara halal yang paling dibenci oleh Allah s.w.t
antara sebab musabab paling glamer dewasa ini ialah:
1) duit
aku pernah dinasihati oleh seorang rakab @ abang di tempat kerja sebelum aku berkahwin dulu..jangan sekali2 gaduh sebab duit. kerana duit hilang semua perasaan sayang..
apakah hebatnya duit hingga mampu merungkaikan segala janji dan perasaan indah sebelum disatukan?bukankah duit itu datangnya dari Allah s.w.t. Kerana Dia duit kita menimbun dan kerana Dia juga duit itu akan susut. Jika salah seorang yang asyik sponsor dalam belanja keluarga, apakah pasangannya tiada sumbangan apa2? Kerana apa kita berkahwin? Adakah hanya untuk berkongsi harta..Bukankah berkongsi rasa, berkongsi zuriat, berkongsi ilmu dan sama2 membimbing hingga hari terakhir salah satunya dipanggil oleh Allah,atau jika kedua2nya dipanggil serentak oleh Allah. Janganlah hanya menjadi hamba duit, tuntutan pada Allah kita lupakan.
2) tiada persefahaman
memang tiada manusia yang pemahamannya 100% sama..sebab itulah manusia ini unik..oleh sebab itu perkahwinan diciptakan. untuk sama2 belajar memahami satu sama lain. adakah terlalu hebatnya persefahaman sebelum kahwin hingga akhirnya mewujudkan tiada seperfahaman selepas kahwin?
3)gangguan pihak ketiga
ini biasa aku dengar....gangguan pihak ketiga yang menggoda hingga pasangan tergoda..gangguan keluarga mertua yang masih terlupa bahawa anaknya sudah berpunya
dan lain2 lagi..teringat cerita "keabadian cinta" semalam di Astro Prima-seorang nenek menasihati Cheryl Samat-"Jika kita mencintai seseorang, tiada halangan untuk bersama"..Bila kita betul2 mencintai, pasti kita mencari cara terbaik untuk memastikan gangguan itu kita bileh atasi
banyak lagi...aku sekadar berceloteh..bukanlah pakar motivasi@pakar perkahwinan untuk menasihati org..aku juga tak sampai suku dekad tempoh berkahwin...
walaubagaimanpun ini adalah statistik dari Jakim berkenaan pasangan bercerai pada tahun 2010..renung2kan!
Statistik dari Bahagian Penyelidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melaporkan pada tahun lepas sahaja, daripada 135,136 pasangan atau perkahwinan yang didaftarkan, seramai 27, 166 pasangan muslim pula disahkan bercerai.
Antara lain, kedua-dua pihak menyatakan sebab utama mereka bercerai adalah disebabkan :
Di pihak suami :
Tiada persefahaman – 43.33 peratus
Tidak bertanggungjawab – 32.93 peratus
Masalah akhlak atau sosial – 12.03 peratus
Campurtangan pihak ketiga – 5.54 peratus
Masalah ekonomi – 2.62 peratus
Di pihak isteri :
Tiada Persefahaman – 69.44 peratus
Tidak bertanggungjawab / masalah akhlak / sosial – 5.84 peratus
Campurtangan pihak ketiga – 4.42 peratus
Masalah seksual – 1.38 peratus

Wednesday, December 15, 2010

tahniah en rahim

tahniah suamiku..
penantian 9 bulan akhirnya dibalas dengan hadiah yang sangat menggembirakan...
semoga biasiswa ini memberikan impak untuk abang menghabiskan master dengan lebih bersemangat
dan menjadi tenaga pengajar muda (muda ke?)yang berdedikasi satu hari nanti...

tapi selalulah ingat
janganlah terlalu gembira kerana setiap anugerah itu datangnya dari Allah
bila-bila boleh diambil semula kerana hanya Dia yang memiliki segala2nya
dan kita hanya penjaga amanah...

amende aku membebel ni..hahhahha...



sentimental pulak aku tengok gambar ni...en suami adalah seorang bapa yang penyayang..untung dayana ada ayah mcm ni..untung lagi aku sbb ada co-partner yang sangat bertimbangrasa terutamanya bila penat sangat balik keje kena masak dan biasanya dia yang melayan ragam si comey tuh.
smlm kami berbual..teringat zaman masa dayana baru keluar dari perut..terlalu banyak benda yang dirisaukan olehnya sampai aku jadi angin sekejap sebab aku pun jadi risau sekali..antaranya ialah:
1)kenapa yana ni asyik tidur aje..bangunlah anak ayah..(baby tu baru sehari keluar perut..dia tak biasa lagi environment luar planet perut)
2)kenapa yana ni tidur asyik pandang mama aje.tak sayang ayah ke..(yana smpai 6 bulan kepala dia syik senget ke kanan..aku lak tidur sebelah kanan yana..)
3)kenapa mata yana tak berkelip2 ni(masa tu yana baru seminggu..mak aku kata normalla..ada penjelasan saintifik pasal ni tapi aku tak ingat nape)

ok bang....good luck ok..


chiayo!chiayo!

Sunday, December 12, 2010

anak mama dah pandai ngaji...

jangan tak percaya tajuk aku tu.. dayana dah pandai mengaji.. siap baca Majmu'Shariff sebelum tidur.. tapi minta maafla..bahasa nya cuma dia aje yang faham....lagi terror..dia boleh ajar ayah dia mengaji..
sayang anak mama seorang ni..harap2 berkekalan lah minatnya pada bahan-bahan ilmiah dan zikir-zikir berunsurkan Islam sehingga bila-bila..Amin..

Monday, December 6, 2010

emas diuji dengan api

hari ni betul2 kesabaran aku diuji...
tengah aku nak rest kan otak apabila penat buat report2 yang dikehendaki oleh bos,
saje je bukak email..
lebih kurang 2-3 email yang bunyinya lebih kurang begini...
nak main-sila email xxxx@yahoo.com...iaitu email aku..tak tahu la diorang dpt email aku dari mana?
tapi aku yakin itu adalah angkara orang yang sama...
mcm mana aku yakin sbb dari profile tempat asal penghantar2 email itu dari daerah dan negeri yang sama dengan petualang tu.....
perasaan aku adalah sangat marah.....
tapi pada masa yang sama aku kesian..mungkin dia masih tak dapat menilai khilaf di sebalik dirinya sendiri..sehingga dia melampiaskan marahnya pada aku..
dan taktik yang digunakan adalah sangat jijik.
kes yang jadi antara kami telah empat tahun berlalu..tapi mungkin baru sekarang dia dpt menjejaki alamat emel aku.
apa yang jadi biarlah antara aku, dia dan HR syarikat yang tahu.
Aku hanya menjalankan tugas..dan dia yang lari dari tempat kerja (abscond) sewaktu sepatutnya siasatan dalaman membabitkan kes dia perlu dilakukan.
Jika dia betul,mengapa tidak hadir menegakkan kebenaran? Jika dia yakin aku salah, mengapa marahkan aku melalui emel.
Berkali2 aku tekankan aku menjalankan tugas, jika orang lain boleh terima nasihat dan amaran bila melakukan kesalahn disiplin mengapa aku tak boleh ambil tindakan yang sama pada dia hanya kerana dia berusia?
Aku harap dia dapat menilai perkara ini semula, kaji kelemahan sendiri dan jangan hanya tahu menunding jari pada orang lain.
Akhirnya aku delete account emel itu untuk mengelakkan dia masih mempunyai ruang dan cara untuk merendahkan martabat aku. Harap dia diberi petunjuk agar mampu mengawal emosi dengan cara yang lebih berhemah.
Pada diriku pula-aku anggap ini adalah pelajaran yang sangat bermakna buat diriku. Aku yakin Allah sedang mentarbiah diriku agar jangan terlalu leka dibuai pangkat dan kuasa..
Ini adalah api yang sedang menguji emas atau kejayaan aku di masa hadapan-insya Allah. Amin.

Saturday, December 4, 2010

dayana zulfah beyond 1 year 4 month








2-3 menjak ni takde mood langsung nak menulis..alih-alih ni ajela modal aku.. anak dara aku yang makin bijak, cheeky dan semakin jelita..awww....

antara perkembangan terbaru die ialah:
1) dah berjalan dgn sgt laju sampai aku susah nak kejar..tapi malas nak komen..sbb aku dulu yg x sbr2 nak tgk die jalan.
2) dah lancar sebut "LaIlahaillallah..."skrg dlm proses nak ajar Muhammadurrasulullah..Dia cuma tersangkut dkat mmmmmuammmakur...
3)Dah pandai bergaya dengan jenama dan rekaan fesyen tersendiri..Bukti tengok gmbr2 di atas. Kasut pun dah pandai pilih sendiri.
4) Pandai merajuk.Buat2 nangis...tapi selalunya tak dilayan oleh pihak penaja.
5)sgt suka makan buah. boleh habiskan epal seketul..
6) suka menyanyi sekuat2 hati..ikut perangai sapala ni..huhuhu...