Pages

Sunday, January 30, 2011

301 smart answer for tough interview question

wah-wah
tajuk apakah ini..
hehehe..
dalam kesibukan aku mengejar dan menjawab semua soalan2 cepumas oleh client dan audit yang bijaksana
sempat pulak aku menelaah benda lain ye....

next time aku punye title Post ialah:"kenapa saya benci audit?""hahahhahaha
jangan marah ye kalau sesape yang title audit baca post aku ni...
normal la tu-nak jadi audit anda mesti rela dibenci

jadi apakah kena mengena buku itu dengan agenda hidup aku
ye..oleh sebab nak tunggu panggilan interview terlampau la lambat
jadi aku telah memberanikan diri untuk pergi walk-in interview pada sabtu lepas
untuk company worlwide transportation& logistic
bersungguh2 aku study pasal company tu
dan menghafal jawapan2 yang expected untuk ditanya
terima kasih en hasben dan dayana yang menunggu dengan penuh kesabaran
dan memujuk aku untuk memakai blazer walaupun pada aku cam over aje
ari sabtu pakai formal
tapi bila dah pakai -memang jadi konfiden tahap gaban...
dan interview aritu agak relax
tapi soalan2 nye memang tough..
oleh sebab aku relax jadi jawapan aku pun cool dan pada aku menepati tahap piawaian..
contoh soalan" facing difficult customer, how you handle it..?"
"why your study background totally different with your job scope today"
"what your major accomplishment"
"tell me more about your operations"
"why you choose for L&D position for interview today"
"what motivate you"

Alhamdulillah-rasanya aku ok..tapi biasala kan..mesti ada orang lagi ok
tapi aku dah pasang niat siap-siap..
gi interview ni sekadar nak freshkan otak aku yang selama ni tepu..dan nak dapat energy untuk move on aku career..
so kalu tak lepas pun-aku ok aje
kerja sekarang pun dah cukup untuk aku bernafas....

Monday, January 24, 2011

bile TV dah rosak..

besarnye pengaruh TV kat kami sekeluarga...

ini TV yang suami aku belikan sempena pernikahan kami 2 tahun yang lalu-12 Ogos 2008

jenama cap ayam ya'ni TungsTen..hargan RM800 sekali dgn set karoke/vcd/dvd/radio dll.


tetiba tengahari Ahad yang lalu, sewaktu aku tgh sonok tgk cite Kiah Pekasam 105 (ulangan), tiba2 dia menemui ajalnya
terpadam tiba2..
dengan itu kami menjadi kaku dan serba tak kena
tidak semena-mena kami menjadi rajin mengemaskan halaman rumah (baru pasan ada lumut kat dinding pagar tuh-sabar je la)

Dayana juga semakin kreatif untuk mencipta fesyen terbaru


dan ayah juga semakin kreatif mencipta dialog untuk patung2 beruang milik Dayana

manakala laptop pula telah didwifungsikan untuk penyiaran vcd-di mana selama ini tugasnya hanyalah untuk mengupdate blog dan FB bila di rumah.


sekian cerita saya hari ini...
tak sabar menanti ketibaan penyelamat bumi kami petang ini-LCD baru yang segera diorder dari kedai barang elektrik semalam...sehari selepas Tungsteen menemui ajalnya...
Wassalam.

Friday, January 21, 2011

cemburu

start bercouple sampai dah ada anak sorang ni aku tak pernah ada perasaan jealous kat laki aku pasal pompuan lain...
mungkin pasal dia tak berapa nak mesra sgt ngan pompuan..
sampai hari khamis lepas
aku bawak yana gi playgorund kat umah mak aku
main jongkang-jongket
kat sebelah tu ada awek 2-3 orang yang agak ruggged dan seksi
yang paling aku pantang, orang dah besar cam tu pun sibuk sekali main jongkang-jongket tu
aku bukannya apa...pada aku itu satu ciri vandalisme
tengok-2-3 bulan lagi habisla brg permainan rosak
yang sengsara budak2 kecik la nak main..
oo berbalik pada jealous tadi
tiba-tiba cik abang aku dtg kat kitorang
awek sorang tu pandang suami aku 2-3 kali
senyum-senyum lagi sambil mata terkedip2 ala Rozita Che Wan cite Kiah PEkasam..
pastu siap tanya "amik anak ke bang?
si suami aku dah malu-malu kucing
aku lak darah dah naik telinga..nak aje aku balas.."taklah, amik bini dia je"
tapi professionalisme mengatasi segalanya..
aku tarik tangan suami aku dengan manja2 ayamnye...
terus blah dari situ..
miang sungguh budak2 sekarang......
berani tegur orang laki mcm tu aje.

Wednesday, January 19, 2011

hadiah terakhir

kalau ingin hadiahkan apa2
atau ucapkan kata-kata sayang pada seseorang
janganla bertanguh2
sebab bile dia dah pergi
hanya kesalan yang ada dlm dada
ini yang jadi pada aku

baju kedah yang aku belikan untuk opah
sejak dari raya lepas
aku asyik lupa nak bagi pada dia
hingga bila aku jumpa balik baju ni dalam almari
baru aku tersedar
opah dah tiada.......

Monday, January 17, 2011

bercanda di MPH summit

inilah anak dara ku yang makin lasak
kalau nampak deretan buku2.langsung hilang pertimbangan
last-last aku bawak kat bahagian buku kanak2
ambikkan satu buku yang menarik
nah..tengok
siap landing bawah meja..


ingat kat umah ke dik non
sabar ajelah....
rasa nak marah..tapi cam tak berbaloi aje
marah budak kecik yang tak tahu ape2..
selagi tak melampau aku biarkan dia explore apa yang dia nak...
tapi memang penat bawak dia berjalan sekarang
sbb dia dalam fasa nak independent
yang paling merisaukan-dia tak takut orang langsung
mat bangla tegur pun dia leh sengih2 nak follow....
risau mama dibuatnye..

ada beberapa petua yang aku sempat surf bagi elakkan anak terlampau aktif/lasak:

1)kurangkan makanan bergula @ garam. ada teori yang mengatakan anak aktif untuk memproses semula gula/garam di dlm badannya.
2)amalkan selawat dan alfatihah tiga kali sebelum tidur, tangan usap di ubun-ubunnya
3)amalkan membaca Ya Latif sewaktu penyediaan makanan untuknya.
4)kurangkan menonton tv-tapi biarkan dia leka dengan buku-buku.

aku amalkan juga petua2 di atas, tapi aku takdela terlampau kronik sgt untuk hadkan keaktifan anak aku..ye..mcm aku cakap kat atas tadi-selagi tak melampau dan berbahaya-biarkan sahaja dia teroka dunia dia...

Thursday, January 13, 2011

cerita opah saya part 2

Innalillahi WainnaIlaihi Rajiun...
Allahyarhamah Nafisah binti Hj Jaafar telah kembali ke pangkuan Illahi
13 Januari 2011-6.45 pagi
Pergi tak kembali
Moga ditempatkan di kalangan orang yang beriman..
kali terakhir kami kucup dahinya
seblum kain kafan diikat


sebelum dibawa ke tanah perkuburan
bibir opah seolah-olah tersenyum........
mungkin tamat sudah siksaan dunia..
pergilah dia ke alam abadi

meninggalkan orang yang disayangi dan menyayangi
dengan air mata
dan seribu kenangan
juga pengajaran


bahawa mati itu adalah benar........

Tuesday, January 11, 2011

kerajinan atau keperluan

semalam brekfest-muffin blueberry, hari ni bekfest roti gulung sosej..
sok nak masak ape ye? sambil2 ni jejari runcingku tengah intai-intai resipi kat blog2 chef2 tersohor..hihi...
sonok pulak 2-3 menjak ni sarapan dan dinner masak sendiri
sebenarnya tekak dah jelak makan luar
seronok pulak tengok Dayana dan en suami selera hasil air tangan aku...
lagi pun faham-faham ajela, budget makin ciput sekarang
semua benda dah naik harga
jadi tak reti-reti lagi nak berjimat....
so dari keperluan aku telah mentransformasikan diriku menjadi kerajinan...
bestnye bile jadi wife and mother ni otak dok berpikir aje mlm ni nak masak ape ek..
sok nak bekfest ape ek.....
mcm takde benda lain nak pikir selain makanan...

Monday, January 10, 2011

Yuna - Cinta Sempurna

kechiwa...
bila Yuna tak menang juara lagu..
aku takdela fanatik maut ngan Yuna tu
tapi aku sangat fanatik dgn lagu Cinta Sempurna tuh...
lirik dan melodi nye teramat indah-pada aku.
juga dibuai suara Yuna yang mmm..camne nak ckp ye..tapi suara dia sedapla pada aku.
memang aku suka sangat lagu tu.
persembahan dia pun ok-meremang bulu roma den
1st time aku syok dgn lagu ni bila ada drama kat Astro Oasis tajuk-Cinta Sempurna--lakonan Ashfraf Muslim ngan Qiara (ye ke nama heroin die)..
balik ke Juara lagu..
ramai yang mengharapkan Faizal Tahir menang
ataupun Adira
tapi aslih-alih Ana Raffali yang menang..
ok-aku tak nafikan lagu Ana memang sedap-lirik dia sangat mendalam
tapi melodi dia pada akula kan-takdela sesedap mana pun..
setakat merebeh dan takde klimaks
tu dia...dah mcm ahli musik lak aku ni...hahhaa..
tapi nak wat camne dah keputusan juri cam gitu.x yahlah kita kecoh2..kalau tak puas hati kita jadi juri sendiri...abis cite tak gitu!hahaha.....
so nikmati Cinta Sempurna dari Yuna--love you Yuna.





Aku manusia lemah
Selalu terjatuh
Berbeda aku darimu
Kau berdiri teguh
Aku serba tiada
Aku kekurangan
Dan bila kau tiba aku hilang dari kewujudan

Sempurnanya sifatmu
Telusnya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesbrnmu
Lepaskanlah diriku
Kerna aku
tak mampu tuk memnaggung sebuah cinta sempurna
Darimu
Darimu ohhh
Darimu ohhhh

Bukan aku tak pernah
Mengerti dirmu
ku sanjung setiap kata cinta kau berikan aku
Hilangkan rasa itu
Akhirkankan semua
Dan bila kau sedar
Aku hilang dari kewujudan
Ohhh

Sempurnanya sifatmu
Telusnya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesbrnmu
Lepaskanlah diriku
Kerna aku
Tak mampu tuk menanggung sebuah cinta sempurna darimu
Darimu ohhh
Darimu ohhhh

Saturday, January 8, 2011

sabtu yang full

hari Sabtu pertama 2011-aku keje..
terasa lain mcm bila sebulan dah tak masuk keje ari Sabtu,
bergerak ke ofis-melambai2kan tangan pada si kecik yang dah start merengek..
asalnya ok aje sambil main bola dengan ayah..
nampak aku dalam kereta..dia dah start tarik muka cembeng..
di ofis..siapkan saki baki kerja yang tertunggak
entah kenapa hari ni aku serabut sangat dengan staf yang pasang radio sekuat hati..
jadi seolah menjolok sarang tebuan, aku passkan teguran pada staf lain yang lalu di meja aku
sebolehnya aku tak nak lagi jadi mcm dulu-kepala angin dan menyebabkan org takut dgn aku..
tapi jangan sampai pijak kepala aku..pantang nenek moyang.haha
hari ni pulak ada deployment untuk version baru bagi sistem yang kami gunakan..
aku amanahkan 2 org supervisor lelaki untuk monitor proses deployment..
ikut rasa hati memang aku nak join sekali..
teringat zaman anak dara..smpi 3 pagi aku bertungkus lumus untuk memastikan semuanya lancar..
walau aku tak mahir sgt bidang IT, tapi semangat kerja berpasukan itu yang paling menyebabkan aku seronok..
tapi nak buat mcm mana..aku sekarang-a wife and mother..should be fair to my hubby and beautiful Dayana...
balik ke rumah..jamu perut dengan nasik lemak yang aku masak untuk sarapan pagi tadi..Alhamdulillah...
kemudian kami tiga beranak ke PPUM-melawat opah yang masih sama-tiada perkembangan.,,
doa yang terbaik sahaja untuk dirinya..
balik PPUM, shopping barang basah di Pasaraya Hero...senang..tak payah berebut2 tempat parking di mydin atau giant..barang juga segar dan harga murah..
balik shopping, hati kuat untuk menjenguk proses deployment di ofis yang masih berjalan..ada shj masalah...vendor pulak lepas tangan..
sabar ajela....
walau aku tak membantu langsung..tapi puas hati bila nampak dengan mata kepala sendiri..
terima kasih pada en suami yang sudi menemankan aku
Dayana yang good girl-tak meragam mcm selalu..
hadiahnya..balik rumah aku masak Cheese Macarony Baked...

resipi carilah sendiri-hahaha....malas nak menaip..
Sabtu yang penat tapi puas hati
selalu terpikir-kalau ada tambahan masa selain 24 jam ni...agak2 still x cukup ke rasanya mcm sekarang ni??

Thursday, January 6, 2011

Dayana's Home Schooling-Part 2

First entry about Dayana's home schooling adalah waktu umur 10 bulan.
Sekarang dia dah 1 tahun 4 bulan..
ada bezanya..waktu tu dia excited nak makan dan koyakkan buku2 yang aku belikan
sekarang nampaknya die excited dah belajar.
semalam aku belikan CD kumpulan Alif-iaitu IQra'


sonok betul makcik tu..
siap berdiri tegak dpan dlm tv sampai bab yang ke-5, dia dah start boring-mula nak menyebok dgn apa yang aku buat kat dapur..



rasanya memang nature budak kecik cpat boring kot..
aku rasa nak buat rutin dia dgr IQra',
tiap2 hari pukul 8 malam sampai 8.30 malam..
insyaAllah boleh terer anak mama ni-sebabnya kat umah ibu(babysitter) dia dah jadi assistant ibu mengajar akak2 dan abang2 yang lain mengaji..
kalau dah consistent nanti aku nak cari CD 2 belajar Bahasa Inggeris dan nyanyi2 lak..
mungkin Dora atau High-5..
sebab aku suka Dora dan Dayana suka High 5...

High 5!!


sambil2 tu ada aje buku yang Dayana suka baca
contohnya mini book yang aku beli dari kedai Shanaz dulu..


bila aku baca untuk dia..dia akan ulang balik dengan versi dia sendiri..

Sunday, January 2, 2011

glamor tiba-tiba

adoi susah betul la nak start entry blog hari ini..
kejap2 delete..kejap2 tukar ayat..
takde mood hari ini..tgh posa ganti di mana secara rasminya otak aku akan aktif memikirkan menu nak masak arini...
tapi sejak semalam aku nak cite pasal orang yang dulunya biase2 tetiba jadi glamer
yang paling nampak naiknya ialah penjaga gol bola sepak Malaysia -Khairul Fahmi Che Mat"
mungkin kehebatannya masa membantu pasukan Malaysia haritu menyebabkan namanya melonjak naik..
mana2 ada cite pasal dia sampai aku yang aritu minat pasal dia dah start muak..
risau jugak aku sekiranya prestasinya merudum-orang akan mula mencaci dia..
maklumla orang cuma sanjung kita bila kita di atas..
selain dari dia..girlfriend dia pun turut dapat tempiasnya..
aku pun sempat melawat blog dia..
pada aku ayat dan cara dia menulisa sangat menarik...kira ada bakat jadi penulis la ni...
ni aku bagi link dia lagi

tapi kesian pulak dgn dia ni...ada pulak orang yang wujudkan fb "http://www.facebook.com/pages/Saya-meluat-dengan-Aimie-Harmeliagf-khairul-fahmi-che-mat-keeper-malaysia/178482492171886?v=wall"
busuk ati betul aku rasa orang mcm ni daa....apela yang sampai nak wujudkan fb ni...benci membenci ni hanya menyebabkan hati kita hitam aje dik non...
cuba bawak bertenang-kalau jeles sekali pun kat si Elia tu-takyahla smpi mcm tu sekali. Kalau nak pakwe hensem (hensem ke)mcm Fahmi tu pergila makeover diri dan sahsiah sendiri dulu..

Tapi bila aku baca blog Elia tu pun ada lah ciri-ciri cam excited gila citer pasal boyfriend die..Aku takdela heran sangat-maklumlah orangnya br 21 tahun. Aku memahami gelora jiwa orang di awal 20-tahun yang tengah hangat bercinta-chewah...
Cuma bila kita mencintai seseorang janganlah terlalu didedahkan sangat, sebab jodoh pertemuan ni Allah yang tentukan..(mcm la org lain tak tau kan..).Lagipun aura cinta ni lebih indah bila hanya diri kita dan pasangan sahaja yang rasa getarnya...

Risau juga bila kecewa..kita susah untuk bangkit semula...

Apa-apapun best of luck to Elia & Fahmi
Fahmi-semoga terus maintain jadi the best keeper
Elia-i love your writing skills-keep it up.

Aku pun kadang2 terasa nak tulis entry pasal mcm mana aku boleh jantuh cinta dgn En Rahim, kenapa aku suka dan syok dia sangat walaupun otak dia lebih bergeliga dari aku..dan aku ngan dia cam langit dan bumi..mcm lagu cinta gila tu "kau ke kiri..ku kanan..kau di hadapan ku di belakang..bila ku marah engkau ketawa...kita berdua jauh berbeza langit dan bumi tapi serasi"
tapi rasa cam sayang lak nak cite semua....

Hehehe...melalut lak. Nak gi solat zohor..

Saturday, January 1, 2011

senjata rahsia

yes
akhirnya dah tau si kecik ni takutkan ape...
ini adalah senjata rahsia mama dgn ayah
kalau dia wat peel...

mempersembahkan..


vakum..!!!


nampak aje mama angkut vakum, terus dia lari duduk jauh2 atas sofa
tu belum ada bunyi lagi...terus buat muke seposen nak nangis ke tak nak nangis...
hahhaha........very the good la..

selama ni tak makan saman kan cik dayana...yes..yes..