Pages

Thursday, March 31, 2011

tarian poco2 haram

kosmo Rabu baru-baru ini..


Mufti Perak Harussani Zakaria telah mengeluarkan fatwa bahawasanya tarian poco-poco adalah haram
kerana menyifatkan tarian tersebut berunsurkan spiritual Kristian yang berasal dari Jamaica...


aku selaku seorang yang mengamalkan poco-poco sejak 2 tahun kebelakangan ini..walaupun dah tak berapa aktif


agak terkedu dengan berita ini...
tapi oleh kerana yang mengeluarkan fatwa adalah bukan orang biasa
mufti ataupun ulama' besar..jadi pada aku tak wajar untuk aku membangkang terus..
mesti ada penjelasan di sebalik keputusan itu..
dgr berita di radio sinar tadi..mufti tersebut membuat penjelasan bahawasanya keputusan itu telahpun diambil kira dengan meneliti kajian dari kementerian penerangan dan seni kebudayaan...
aku sempat jugak terbaca di yahoo news..Dr Asri Zainal Abidin..bekas mufti perlis telah mengeluarkan pendapat bahawa fatwa itu tidak rasional...


dan mengatakan tarian poco-poco hanya untuk kesihatan
aku harap kerajaan dan jabatan agama kena segera bersepakat..
dan tidak membiarkan ramai lagi orang yang bersuara lagi berbalah
kerana ini hanya akan menyebabkan ISlam dipandang sebagai agama yang kelam-kabut...
lagi-lagi suara ulama boleh dipertikaikan...
Jika benar haram..promosi besar-besaran dan penjelasan yang tidak mengelirukan perlu diwar-warkan..seperti perayaan Hari VAlentine..
pada aku lagi...ramai orang sekarang hanya meneliti sesuatu perkara dari segi logik akal dan tidak mengikut dari segi tauhid dan akidah...
jika betul ada kesamaan dengan unsur kristian
tak salah orang Islam meninggalkan poco-poco dan bersenam dengan cara lain....
sekian..ini adalah pandangan peribadi aku sahaja...

Sunday, March 27, 2011

dup dap dup dap

tak tau pasal apa
dari pagi tadi jantung aku dok lari marathon aje..
berdebar2 teramat
apasal ye agaknya..
hrpnya suma yang baik-baik ajela....
ke aku dok risau bos aku nak last day dah sok...
riso -riso gak..tapi lantakle..aku buat keje aku je sudah
yang penting bos...(heheh..in future ex boss)..
janganlah lupekan daku kalau ada vacant di tempatmu
kau pun tahu aku seorang yang berwawasan lagi bermotivasi....
hahhaah..nescaya kau takkan menyesal sampai bile2 ..huhu.

fenomena penghutang buat tak faham

aku kadang2 tak faham betul dengan sesetengah orang ni
kalau dah pinjam duit orang tu boleh tak jangan buat muka tak reti aje
kalau dah janji nak pulangkan, pulangkan ajela..
masa nak pinjam aritu muka bukan main manis..
jangan risau..tiap2 bulan aku bayar sikit-sikit..
tiba waktu seperti yang dijanjikan...haram..
buat muke derk aje..
bukan aku sorang aje yang mengalami nasib mcm ni..ramai member aku yang mengadu..
ntahla..aku pulak yang jadi pening memikirkan mcm mana cara nak mintak balik duit aku
yela..nama pun hutang kan...
mestila nak mintak balik
kalau 10-20 inggit tak ape..
ni dah ratus-ratus boleh jugak buat beli baju baru yana ke, bayar utang kad kredit aku ke...
tapi dalam pada buat muka tak reti tu
baju dia bukan main lagi bertukar ganti..
baju anak dia pun bukan main berjenama
mainan anak boleh bukak taska terus...
hmmmmmmmmmmmm................................
kan dah tak pasal2 mengumpat dalam ni...
arap2 aku dapat menyelesaikan misteri ni seberapa segera yang mungkin
dan akhir kalam..next time kalau die nak mintak pinjam aku kena pikir panjang...

keputusan pembidaan

hasil nye semalam kami tewas jugak..
punyela aku berdebar2 smpi x boleh tidor malam..
masa auction tu ada 20 org yang berebutkan umah yang mak aku berkenaan..
dari harga 45k naik sampai 84 k....gile betul
aku rasa cam nak lawan tapi duit lak tak cukup..
tak per mak..next time kite bertarung lagi..
sekang kite kumpul duit dulu gile2...

Thursday, March 24, 2011

persediaan membeli rumah lelong

aku skrg ni tgh berdebar2...
mak aku yang tercinta dok sebok usha aku "boleh tak tolong mak belikan umah lelong kat tas umah kite ni?"
buat pengetahuan kawan2 kitorang satu family ada umah teres kat TDH..tapi mak aku lebih selesa menyewa kat flat area situ jugak dgn alasan kat TDH susah nak parking..
Itu memang realitinya..Aku masa mule2 bawak kete dulu pun memang ketar-ketar lutut nak parking risau berlanggar bontot kete orang...
pastu adala sejarah pahit kitorang kat sana yang menyebabkan mak aku tawar hati nak meneruskan kehidupan kat situ
pastu biasala adat menyewa..rasa x best dok umah orang..so mak aku dok membodek la aku suh belikan umah flat tu yang akan dilelong esok..
Pikir punya pikir..
Dalam hati berat gak nak tolong ..yela..sayang ma..and confirm aku kena turun naik bank nak uruskan hal pembelian ni kalau aku berjaya bidding sok..
Last2 aku turutkan jugak..Yela, apalah harga sebuah rumah jika nak dibandingkan kasih sayang mak pada aku..Lepas tu ingat aku nak bagi free aje ke...hahah? nanti aku tuntut balik mana yang patut...
kakakaka..memang aku ni buruk siku...
so harga rumah tu yang akan dilelong esok RM45k..so aku kena sediakan 10% deposit dalam bentuk draf..dan salinan IC..
insyaAllah kalau ada rezeki mak aku- menangla kitorang esok..
doakan jugak ye..
Amin Ya Rabbal Alamin....

Monday, March 21, 2011

bercuti ke bukit tinggi

pergi pagi sabtu..pukul 9 gerak dari shah alam..pukul 10.30 dah sampai da...dekat sungguh bercuti kali ni..
apa2 pun berbaloi untuk tempoh hujung minggu
sampai2 kami terus ke Berjaya Hill Resort
reviewnya..bangunan ala2 English style zaman dolu2 agak mengkagumkan
amik gambar sikit2..main kejar2 ngan anak dara aku..





pastu gi Japanese tea house..tinggi gila kat puncak bukit
nak pancit la jugak kaki..selamat yana dah pandai jalan..lepaskan dia jalan sendiri aje..
tapi memang agak berbaloi sebab pemandangan begitu cantik..cuma kami sedikit kepenatan..almaklumle anak dah lasak...
mak bapak nye pun kena exercise jugakle..






hujan plak renyai2..agak menganggu mood sikitle..
ptang dalam pukul 3 kami ke resort-di selesa hillhome resort...
10 minit perjalanan dari Berjaya Hill Resort..
sebab pilih selesa dan bukannya berjaya resort?
of course la pasal kosnya..BErjaya mencecah 300 semalam dan Selesa hanya 159 untuk hujung minggu...
Tapi biasala hotel murah..yang lain suma ok.bilik cantik,pemandangan cantik,ada pool cuma kena jalan kaki sikitle nak ke pool.cuma bekfest nye agak mengecewakan..tak sesuai untuk harga tu..maybe untuk bawah 100 okla kot...


bak kata suami aku..when food failed, hotel is failed..maybe betul jugak kot....
apa2 percutian kali ni best walaupun sekejap..
harap2 lepas ni adala rezeki aku nak berjalan lagi..

selamat hari jadi suami ku

Allah selamatkan kamu
Allah selamakan kamu
Allah selamatkan suami aku
Allah selamat kan kamu...

Selamat hari ulangtahun bang..
Moga murah rezeki..dikuatkan iman..ditambah kesabaran
Semoga yang terbaik hanya untukmu..
Semoga bersabar dengan mutu masakanku..InsyaAllah hari ke hari makin improve
moga sabar dengan karenah anak ..itu baru seorang..tapi dialah yang mengubat hari2 duka kita kan..


Semoga tabah menghadapi ujian,susah senang aku paling hampir di belakangmu...
Semoga English kita makin improve..
Semoga mutu-mutu drama Melayu semakin baik, jadi kepalamu tak pening mendengar aku jadi pengkritik
Semoga Safee Sali menggolkan banyak gol untuk Pelita Jaya...jadi kau tak perlu mendengar kerisauanku terhadap pemain bola itu...
Semoga musim depan, Raja Lawak tak menghasilkan peserta2 yang suka buat lawak lucah..jadi kau tak penat mendengar aku membebel mengenai hak asasi wanita dan betapa pentingnya adab malu dalam budaya Melayu..
dan semoga-semoga-semoga..kalau nak ku tulis, mungkin jenuh untuk kau baca entry ini

Ini mungkin ucapan hari jadi paling pelik pernah abang terima seumur hidup
tapi itulah aku kan..isterimu yang pelik..
dan hari2 yang pelik bersama diriku -moga kau bahagia selalu...

Sunday, March 20, 2011

busy ditambah pula dengan malas

kesian kat blog..dah berhari2 aku tak jenguk ko..
tiap kali ada benda yang best jadi kat aku..memang rasa nak cite kat blog
tapi masa tak ada..
kat offis bz wat keje..dan rasa x smpi ati nak buang masa kat sini...
kat umah penat..10.30 dah tertidur dalam usaha menidurkan si kecik tu...

antara benda2 yang still segar dlm otak aku nak cite
1)birthday suami tercinta
2)percutian ke bukit tinggi-smlm baru
3)review cite the fourth kind-seram..tapi bila aku fikir2 balik aku dah kena tipu daa....

ok..bile2 free nanti aku menaip kat sini...

ilang bosan..ni gmbr yana ngan ayah kat Japanese tea House-bukit tinggi




da....

Friday, March 11, 2011

bencana Tsunami di Jepun


AllahuAkbar-AllahuAkbar..
terkedu sekejap masa tengok tingginya ombak tsunami yang mengegarkan
negara paling berteknologi tinggi, Jepun.
gempa bumi berskala 8.6 richter menhasilkan ombak tsunami yang paling hebat sepanjang tempoh 140 tahun di Jepun,
ombak tsunami setinggi 10m itu menghanyutkan kapal bersama muatannya, kontena serta menghasilkan letupan di sebuah loji nuklear.
aku insaf seketika
dalam pada aku sangat mengkagumi Jepun atas dasar pengurusan, teknologi dan sistem dasar 5s & kaizennya,
ada benda yang masih tak mampu melawan kuasa Ya Rabbi Jalil..
dianggarkan sehingga pagi tadi seramai 300 orang mati ataupun tidak dapat dikesan..
sama2lah kita berdoa untuk kesejahteraan warga Jepun
dan semoga alam tidak menghukum perkara yang sama untuk kita di bumi Malaysia...
Baru hari Ahad lepas aku baca di Mingguan Malaysia tentang fenomena manga (komik) di Jepun yang dikatakan mengeksploitasi kanak-kanak sebagai unsur seksual..
tak sangka minggu ini Jepun dilanda bencana....

Thursday, March 10, 2011

Anak yang aku rindu selalu

Adakala dia memberikan ciuman manja
Adakala dia memberontak, mengamuk dan ingin dipujuk


Adakala dia pamerkan aksi2 comel yang membuatkan aku gila bayang seharian


Adakala dia menyakitkan hati
Tapi aku tetap mampu menahan rasa amarah
Jiwa yang keras jadi cair serta merta
Kerana dia anak
Amanah untuk dididik agar lembaran kehidupannya mampu putih sampai bila-bila
Moga jiwanya menjadi seperti Rabiatul Adawiyah
Sentiasa rindukan Allah dan Rasul-Nya
Semoga semngat juangnya seperti Sumayyah
Berani berpaksikan jalan kebenaran
Semoga akalnya tajam seperti Saidatina Aishah
Ke hadapan sellau mendahului zamannya
Moga manja dan aibnya dijaga selalu seperti Fatimah binti Rasulullah


Meletakkan malu dan aurat pada tempat yang teristimewa
Itulah doaku selalu
Buat anakanda yang aku rindukan selalu.

Friday, March 4, 2011

be a leader to your best friend

the truth is: i hate to be a leader to my good friend..
reason is: its hard for me to separate the joyfulness of being a leader and a same time to manage a feeling of my friends.
i am a good friend..i try to take care all my friends feeling
and sometimes I worry when they work under me..the priority of "friendliness" jeopardize my commitment or my focus to work..

i wish they understand..

Tuesday, March 1, 2011

Dayana Seorang Gadis Yang Bercita-cita Tinggi

Dayana telah dibelikan basikal oleh ayahnya..

tapi dia tidak menyayangi basikal itu..

basikal itu terdampar ditepi almari tanpa dipedulikan oleh Dayana


tetapi apabila dia ke rumah ibu

dan melihat basikal abang Haziq yang berusia 7 tahun=dia hilang kawalan

dia mahu naik dan memiliki basikal itu

walau ayah melajukan frequensi roda basikal itu, dia tetap senyum manja



dan bila ayah menstopkan operasi basikal sebab mama dah lambat nak pegi keja

yana mula menjerit dan meraung

tapi mama tak kesian langsung pun..

hahaha..so mama bercadang untuk menukarkan basikal yang dibeli khas untu Dayana dengan basikal yang lebih besar seprti milik abang Haziq...

nantikan saatnya..harap2 berjayalah mama membodek Apek Kedai Basikal di Tampin nanti.