Pages

Friday, April 29, 2011

kejadiadian histeria kedua..

di pagi yang hening
waktu aku tengah bz menyiapkan autobiography untuk master admission..
tiba2 dapat kol..
"kak..sori kaco..hari ni kena lagi 4 orang kena..sori kaco akak..saje je nak bagitahu.."
hmmmmmmmmm...
aku lak nak tak nak terus kol COO aku..cerita hal yang betul..
ko nak percaya ke tak ke..itu hang punya pasal..
tapi benda ni out of my control..kalu aircond rosak ke budak tak cukup ke dll bolehla aku adjust mana yang boleh
tapi gangguan sesuatu tu memang aku tak leh nak wat ape2..
atas dasar tanggungjawab dan amanah atas jawatan ketua yang aku pegang
aku pun pergi la jugak ofis..
kesian ada satu awek tu..menangis nak ikut..nampak aku pakai tudung..dia pun nak pakai tudung..tengok aku naik kete tinggalkan dia..terus melalak..
selamat ayah kesayangan dia ada...langsung tak jadi melalak..
sampai ofis..alhamdulillah dah cool..
action plan..
1)malam ni aku dah arahkan supervisor sorang tu bawak ustaz yang dia kenal untuk pulihkan pejabat ni.
2)selasa pagi depan kami akan baca yassin ramai2.
3)tadi aku dah berceramah ala2 ustazah masyitah kat staf2 pompuan ni supaya jaga kebersihan terutamanya pad dan lain2...rasa macam tengah brief freshie kat asrama pulak...

benda ni nak percaya tak boleh..tak percaya pun tak boleh..
sebab dah nampak depan mata..
dan aku tahu itu bukan lakonan semata-mata..

balik rumah awek tadi dah tertidur dengan pakai tudung...

PWTC,Was2 dan Histeria..

Ini cerita semalam...
Aku memang dah apply Annual leave lama dah...
Sengaja nak cari buku kat pesta buku PWTC..
So pagi2 lepas kitorang laki bini hantar Yana comeyy kat umah ibu...(memang tak nak bawak dia. jahat tak..hehhe)
Kitorang pun bertolak la..Mula2 ingat nak naik komuter dr Subang..minah yg jaga kaunter tu pulak kata komuter ada problem..kitorang pun gi la Amcorp Mall nak amik LRT Putra dari sana...
Naikla LRT PUtra sampai Masjid Jamek..dlm perjalanan hati aku rasa tak sedap sangat..aku rasa mcm iron tak tutup kat umah...Lama2 aku bagitau suami nak balik umah la rasanya..nak tengok iron..dia dlm muka yang mencuka tu izinkan aku balik sorang dulu untuk check...Dia nak balik sekali aku yang tak bagi..sebab dia yang beriya2 nak cari buku.
Aku pun dengan penuh debar dan takut umah meletup travella balik umah..RAsa macam orang bodoh pun ada..
Sampai rumah tengok iron ok aje...Siap dah cabut plug lagi..TEruk betulla aku ni..Buang masa,,
Tiba2 sms dari Mila (exec aku) kata ada orang histeria kat ofis.Sampai 5 orang sekali..
Lagi sekali was2..nak gi tengok ke tak nak..Terjerat betul. Rasa nak pergi tapi apa yang leh aku buat..Tapi itu anak buah aku. Dan ini kes pertama ofis aku kena smpi 5 orang.Dlm nak tak nak tu sedar2 aku dah parking dpan ofis..
Tengok kat surau dulu..sorang dah sembuh..
Naik tingkat 3 pulak..ada 2 orang tengah menjerit. Ya Allah.Ya Allah.itu aje aku gumam dalam hati..
ada dekat 7 orang pegang tiap sorang yang kena tu..
Ada sorang yg tukang kena tu siap kena cekik..Nyaris tak khatam.
Aku lak dok kol ustaz/ustazah yang aku kenal..sorang pun tak angkat. Sorang budak yang kena tu (tak tahula dia yang ckp ke atau "sesuatu" tu yang cakap "ko telepon la sape pun tak kan angkat"
MEmang real..Aku lak jadi seram sejuk.

(gambar ihsan pak google)
Dalam sejam lepas tu, dua2 dah tenang...Itu pun bila dibawa turun ke bawah...
Aku kena bincang dengan management ni..kena buat something untuk pulihkan tempat tu..Nak output tinggi aje..benda2 mcm ni dah jadi down production dekat 3 jam..
Hari ni memang pengalaman..
Dalam pukul 1.45 aku bertolak balik gi PWTC, kali ni aku direct aje bawak keta smpi Jalan Raja Laut, KL pastu naik LRT Star smpi PWTC.........
En Suami dah tunggu dengan perut yang lapar...
Hehehe........Kami shopping smpi pukul 4.30, aku beli 2 buah buku, satu CD sammy yusof..en suami tak beli ape?????Memang betulla..PAdahal dia dah shopping awal 3 jam dari aku...
Best kan cerita aku hari ni.KEnangan sungguh..

Friday, April 22, 2011

plan hari sabtu

pagi2 bangun...
susah betul nak bangun cpat skrg..sbb si yana comey dah pandai halang mama dr bangun..
nak mengempeng aje..
pastu ayah panggil "Dayana anak ayah..bangun..."
dia pun menyahut.."Ayah...!!!!"
bagus..mama pun bangun,solat subuh, masak mihun goreng untuk ayah & yana sepeninggalan mama hari ni ke tempat kerja...
sampai di ofis..
kecewanya hati tidak terkata..deployment sistem ada error..
kecewa sangat-sangat.....
ada aje benda yang masalah..tak pernah nye yang perfect..
nak ikutkan testing dkat stage testing-ok aje..
bila masuk production mesti sangkut...
dahla..malas nak fikir lagi..
sbb tu masuk gak kat dalam blog ni..
ingatkan azam sekarang malas nak berfoya2 kat blog & fb time keje...
tapi waktu2 sakit hati ni luahan amatlah diperlukan.....
Ok..pas ofis ni..plan nak gi umah mak..
pastu nak gi pasar malam..nak cr CD cite CUn..ngan Upin-Upin untuk si comey tuh...
Ok bye.

Thursday, April 21, 2011

dayana dah ada besykal....

terima kasih mama & ayah
sebab belikan yana besykal...
kaler pink gitu..
mama lagi baik hati..belikan yana helmet pink..
walaupun dapat tentangan dari ayah..
mama ada concrete reason:
"bahaya..tak pakai helmet..kepala anggota badan yang paling berat."
thanks mama..yana faham mama sebenarnya teringin kan nak ada helmet tu...
takpe.yana bergaya untuk mama....

yana sekarang dah pandai cakap..
biskukshh untuk biskut, apin untuk cite upin upin.aifive untuk highfive..bom untuk suruh mama baring bila yana nak nenen..aplen untuk aeroplane,papas untuk panas..
yana jugak dah pandai tunjuk anggota badan..mata, idung, ketiak,lutut,dagu,rambut,kepala,perut, pusat dan lain2 lagi...

Thursday, April 14, 2011

Monologue buat Suami.



Makin lama..aku makin jatuh cinta..
Hari ini sekali lagi kita diuji..
Jangan risau kekasih..aku masih di sini..
Sampai bila-bila..aku tetap penyokongmu yang paling setia..
Semakin lama..Allah menganugerahkan aku rasa kasih yang sangat sukar untuk aku ungkapkan..
Semakin rumit jalan yang kita lalui
Semakin kuat rasa cintaku
Semakin utuh genggaman tanganku padamu
Hanya kerana engkau bernama suami.

Tuesday, April 12, 2011

terlalu..

terlalu banyak kerisauan
terlalu banyak permasalahan
terlalu banyak tanggungjawab
terlalu banyak harapan
terasa ingin melarikan diri..

hanya mengadu di tikar sejadah
bersandarkan doa dan keyakinan
suatu masa sinar akan datang
dan Allah Maha Mengetahui hakikat sebuah kesukaran
di sebaliknya pasti ada mutiara yang terselindung...
hanya ku pohon agar kekalkanlah kesabaran ini...
kekalkanlah jiwa agar terus amanah...
antara keperluan dan keperitan..

Monday, April 11, 2011

Cerita Yang Saya Tgh Follow Skrg

Aku ni memangla teramat suka tgk citer tv..
satu ketika dulu ckp ajela cite ape..suma aku tau
tapi semenjak 2-menjak ni dah jadi mak orang ni..
terpaksa la pilih2 cite apa nak tgk..
1st sebab dok berebut dgn anak yang nak tengok cd Alif Ba Taa..24 jam..
karang aku diklasifikasikan sbgai mak yang tak menyokong pendidikan anak2 lak..
2nd sebab dok bergelumang dgn kerja kat umah
ada aje benda aku nak buat..
walaupun takdela mencecah tahap kerajinan melampau mcm mak @ mak mertua aku...
tapi barula aku faham kenapa isteri ni org kata surirumah..sebab keje nye dok nak membelek umah aje..ade aje benda tak kena..
well..ini adalah cite aku tgh follow skrg..
senang cite..aku dah bookle..tak kirala bola ke..badminton ke...tolak tepi...

First...Asmara 2

Kitorang laki bini memang follow cite Asmara ni dari yang musim 1st lagi...Suka jalan cerita dia yang tragis...
Suka dgn Faezah Elai.
Walaupun aku tak brapa suka dengan Shah JAzzle..tapi terpaksa akui dia memang best berlakon.

Second...Gemilang

Jalan cerita yang menarik jugak.. Jauh berbeza dari jalan2 citer drama melayu yang biasa. Agak patriotik dan yang penting lagu tema yang sangat sedap.
Suka dengan lakonan Tiz Zaqyah-awesome as usual, pelakon baru Tasha Shilla yang sgt menjadi watak menyakitkan hatinye..tak lupe hero2 Malaya yang hensem-Shah Jazzle & kamal Adli..(Umar & saif..).

Third...Cover Affairs
Cite CIA yang sgt best..sbb jalan cite die relex aje takdela serius sgt..pastu ada elemen2 romantika diamo...tapi kena cover2 sikit riso si kecik ni skodeng part2 yang x patut..
..

Friday, April 8, 2011

Dayana Si Anak Ayah

"Ayah.ayah...!!"jerit Dayana jika melihat kelibat ayahnya.
Itu perkataan pertama bangun tidur
Perkataan pertama juga jika nampak mama apabila mengambilnya dari rumah ibu.
Hati mama agak sedih dan tersentuh.
Mama yang menenenkan kamu sayang tiap waktu.
Mama juga yang memeluk kamu apabila kamu sedih apabila ketiadaan ayah....
Gelora anak perempuan mungkin.
Lagi bahagia bersama ayah.
Apa sekalipun mama bersyukur, kerana kita berdua memiliki lelaki yang penyayang seperi ayah kamu.
Jarang sekali dia memarahi kamu atau mama.
Jarang sekali juga dia menyakitkan hati kita berdua.
Ini tatapan gambar kamu bersama ayah.
Agar kamu tidak menyakiti hatinya sekali2 apabila dewasa nanti..






Wednesday, April 6, 2011

Langkah Agresif Memburu Kemanisan Iman.

Padat dan berilmu.
Walaupun harganya agak mahal-RM9..

Sedap pulak baca majalah solusi ni..
tapi macam membaca sebuah kitab agama yang tebal..
Setiap satu isu dikupas dengan mendalam, santai dan menusuk kalbu.

Antara yang menarik hati aku..

4 langkah agresif memburu kemanisan iman.

1) lupa kejahatan orang pada kita..
Setiap satu kejahatan yang dilakukan oleh orang lain pada kita, sentiasa sematkan dan redha di dalam hati untuk memaafkan. Anggaplah ianya adalah anugerah daripada Allah untuk menguji kesabaran kita. Bukankah Rasulullah,sebaik2 manusia pernah dilemparkan cacian, dihina dan diserang kaum kafir dan munafik..tapi tak pernah sekali dia mendedami mereka.

2) lupa kebaikan kita kepada orang

setiap satu kebaikan kita kepada orang lain, janganlah diungkit-ungkit..Janganlah pula bercerita kepada orang lain seolah-olah menjadi riak. janganlah pula mengharapkan balasan daripada orang lain atas kebaikan kita. Bukankah Allah ada untuk membalas segala amalan yang ihklas.

3) Ingat kebaikan orang kepada kita

Setiap budi baik orang pada kita hendaklah kita ingatkan selalu. Berjanjilah pada diri sendiri untuk membalas jasa mereka. Doakanlah mereka selalu agar Allah s.w.t membalas kebaikan mereka dengan sebaik2 balasan. Tetapkan azam dalam diri untuk mencontohi sikap mereka.

4) Ingat kejahatan kita kepada orang

Kaji setiap hari apakah dosa-dosa kita pada manusia. Dosa kepada Allah, pohon ampun dari Allah, dosa pada manusia, manusia tersebut perlu memaafkannya.

Wallahu'Alam.

Sunday, April 3, 2011

ujian menguatkan diri

ingat lagi entry aku mengenai si pendendam
yang menghantarkan kata-kata nista pada aku
sekali lagi dia berjaya menjejaki aku
kali ini di FB
hantar ke private message..
adala 4-5 email...
mcm2 perkataan sumpah seranah...
entah kenapa kali ni aku baca tapi langsung tiada perasaan
tiada marah..tiada takut..tiada sakit hati........................
mungkin pengalaman mematangkan
mungkin ujian menjadi benteng kesabaran
alhamdulillah Allah meyakinkan aku selalu...
bahawa fitnah dan tohmah manusia tak mampu mengegarkan hati aku...
aku berlindung pada Mu Ya Allah...
dari kejahatan dan sikap keji syaitan dari jin dan manusia...
Kau lindungilah aku selalu
Kau Murahkanlah aku dgn sabar
Kau Tenangkanlah jiwaku dengan istiqamah selalu agar mengingatiMu setiap waktu
kau berikanlah aku petunjuk selalu supaya sentiasa di jalan yang lurus
Kau kurniakanlah juga kemaafan pada Junaidi agar tidak lagi memusuhi aku
Kau ampunkanlah dosaku dan juga dosanya...
Hanya Kau lah tempat kami meminta
dan Hanya Kaulah satu-satuNya kuasa yang mampu mencabut nyawa...
Amin ya Rabbal Alamin....

Friday, April 1, 2011

rindu waktu yang pergi

lagi 15 minit nak balik..
at least aku berjaya gak wat keje sikit2 di pagi sabtu yang semberono nni..
tetibe......tetibe...
ada cam terasa aku tengah joging kat ukm...(jgn pedulikan ayat ni..memang aku kuat berfantasi)
wah....halunisasi sungguh aku ni...
hampir 7 tahun berlalu
saat yang paling indah itu sudah lama pergi
I miss my study time...
aku rindu saat nak gi kuliah
rindu saat makan kat kedai mamak ngan kawan2
rindu saat skodeng mamat yang aku minat,....(kuing,,,kuing..kuing..)
rindu saat gi pasar malam
rindu saatjoging pagi2 sorang2 kat stadium ukm
sambil dgr walkmen
sambil berangan..
rindu kawan2
rindu bau dan angin universiti
rindu monyet2 kat buking belakang kolej aku yang suka seludup masuk bilik
hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm..
kenapa aku ni??
zaman tu dah pergi
lagi 17 tahun aku harap Yana berpeluang rasai zaman universiti mcm aku...
the best ever memories I ever had...!!

update terkini

hari sabtu di pejabat...
ayah dan yana di rumah
kerja bertimbun tapi otakku berjalan entah ke mana2
sesuatu harus diluahkan jika tidak berkarat menjadi barah mental yang bahaya
ngeri tak ayat kat atas..
baru menziarah blog ala2 sastera dunia sebelah zahrah,aku lak terjangkit berjiwAng2ngan dlm kepala otak aku ni..
hari2 di pejabat agak boring skrg
bos aku dah takde
bilik sebelah dak kosong...
aku la yang jadi leader utk projek ni skrg...
perasaan..ada org seronok bila di paling atas..
tapi serius aku tak suka..sebelum ni walau bos aku ada..aku memang dah aktif uruskan everything..tapi at least aku tak yah liaise dgn orang2 atas..suma dia handle..
skrg aku kena take over...welll..aku malas..
aku benci dunia protokol mcm tu...
nak mesra-mesraaan dgn org2 yang aku ikhlasnya tak boleh nak masuk....
aku ditakdirkan ada muka yang sgt jujur
bila aku berpura2 air muka aku nmpk keras...
jadi tak seronok...
Teringat kawan aku yang kena bambu minggu lepas dgn bos dia..
alkisahnya ada seorang ketua yang baru naik pangkat
nak tarbiah staf sendiri tapi tak reti
stafnya (kawan aku) cuti kecemasan, hantar sms untuk inform EL nye
datang si ketua yang bebal....email ke satu pelusuk dunia mengatakan staf ni absent sbb tak call dia hanya sms...
si staf apa lagi mengamuk satu badan..
wah-wah..aku cuti sehari bukan main ko propa satu company
tapi kes merokok, dtg lambat dll ko pejam sebelah mata..
well, si ketua menjawab ..."Itu susah sikit sebab our bos also dtg lambat, smoke...Dont change topic, you should be penalize for your absenteeism"

Hmmmm..
no such answer like that...
Leadership come from example...
Kalau tak reti nak manage, belajar...Jangan guna kuasa email dan hebahan sebagai cara tunjuk kuasa...
Kalau tak ada orang bawah, mustahil kau bergelar ketua..
Aku walaupun keras dan tak mesra orang sangat..
Tapi aku sgt sayangkan staf operation aku...Sbb diorang aku di sini....
Dan sebab diorang aku kena banyak belajar lagi menjadi ketua yang bagus.
Hrp2 diorang tak jumpe blog ni..pftt.