Pages

Sunday, May 29, 2011

Anak Aktif

Penatnye hujung minggu ni..
Entah apa mimpi en suami bersemangat lak nak cari brg2 hiasan untuk rumah sempena raya
biasanye dialah yang paling membantah bile aku berangan nak mencantikkan rumah ala2 dlm drama kat TV.
Sabtu habis kerja kami ke IKEA..
tengok karpet.tengok langsir..
tapi tak ada satu pun yang berkenan..
last2 capai cermin hiasan untuk isi sudut dinding yang kosong dekat dapur..
dan beli hadiah untuk member U kahwin hujung minggu ni
selebihnya melayan karenah Dayana yang sibuk nak cuba main di semua tempat..
kadang2 aku terfikir
memang anak orang lain bersopan santun ke duduk dlm stroller
atau kebetulan masa aku tengok tu diorang baru habis memenatkan mak ayah diorang
yang pastinya aku ngan en suami berpeluh2 dlm IKEA tu menurut karenah dia..padahal tempat beraircond...



tak diturutkan ..menjerit satu pelusuk Damansara kang dengar suara die..
kami follow aje..tengok mana yang boleh..
Habis IKEA..kami ke JAkel Shah Alam pula...

ada satu episod aku terjerit2 panggil nama YAna..
dia jalan tepi aku..aku terlepas pegang tangan dia..
selang berapa saat..aku pandang tepi dia dah tak ada...punyela aku menjerit sekuat hati...
round satu floor langsir tu..tiba kat tepi lif
aku dgr suara dia jerit.."Assalamualaikum....."
Ya Allah..aku ingat aku dah hilang anak aku...............
aku peluk dia kuat2..hilang rasa nak marah..yang tinggal rasa syukur yang teramat..
rupanya dia lalu kat belakang roll-roll langsir tu sampaila kat bahagian tepi lif tu..
memang tak boleh cuai langsung sekarang ni..
ada satu idea member aku cadangkan aku pakaikan dia abah2..yg mcm beg tu tapi ada tali..so aku pegang bile dia bergerak kat mana2...
husband aku tak berapa setuju lak..katanya cam mengongkong hak asasi manusia..
takpela bang..janji u sama2 berpeluh ngan I dok joging kejar anak 24 jam.
dalam pada serabut2 tu..aku dok setuju nak order langsir dari Jakel...
suami aku sampai rumah rupa2 nya tak setuju...
la..kenapa tak halang tadi bang..?
aku memang suka buat keputusan melulu...satu benda yang aku kena ubah lagi2 dlm keadaan serabut...
Aku ni orangnya straight forward..aku tanya kalau jawab ok..so aku faham sebagai ok..
maksud tersirat dari segi nada dan perubahan riak wajah aku tak sempat khatam lagi..
ntahle..harap2 matching la dengan sofa ngan dinding....
Itu sahajalah cerita aku hujung minggu ni....
kalau ada idea camne nak improve aku nye kawalan terhadap si dayana tu jgn segan2 share ok...

Friday, May 27, 2011

kala hati runsing

kala hati runsing..
backlog melambak2 di ofis
staf lak ramai resign
aku lak dapat surat warning dari LHDNM pasal tak bayar 2008 nye tax..
memang aku ni suka sambil lewa
tapi dah x leh nak buat main2 ni...
minggu depan kena setelkan jugak..
tak sanggup menjejaskan reputasi aku sebagai warga Malaysia yang bertauliah..
selamat suami aku sabar orangnye
kalu serabut memang terbawak2 ke rumah
nak masak pun malas...makan roti ngan biskut le kite ye bang..
takpe..kita layan Maharaja Lawak malam ni...tenang la sikit hati tu...
tak jugak tenang...
dahla kala bulan mengambang...tak leh mengadu kat tikar sejadah................
tenangla hati
tenangla perasaan
kerja hanyalah kerja
bak kata aku pada sorang member..aku buat mana yang terdaya aje..bukannya company bapak aku pun,,,
tapi cakap memang senang, hati tetap tak mau tenang
kdg2 bukan terasa mcm company bapak aku
tapi terasa mcm company aku sendiri
itulah hebatnya kuasa rasa tanggungjawab..Alhamdulillah Allah kurniakan aku rasa itu dengan sejitunya
supaya aku terasa lebih bernilai duit gaji tiap2 hujung bulan..........
oklah...u all faham ke apa i membebel ni..??
takpelah ye..layan ajela gambar anak dara i ni...

Saya suka sangat pakai kopiah

Dayana Warrior

Cuba teka saya tgh buat ape

Di Tampin

Bz dalam kete.

Ustazah lebai jawab call tgh tido

Friday, May 20, 2011

Pengaruh Maharaja LAwak

Tak dinafikan walaupun telah mengutuk berguni2 pda program Maharaja LAwak waktu awal kemunculannya..
akhirnya aku tewas juga bila aku dah jadi peminat kepada kumpulan Jambu..

lawak yang kreatif dan tak terjangka dek otak aku..
oleh sebab itu aku bersetuju gak nak masukkan channel Mustika dalam Astro aku..
untuk review Gelanggang Maharaja LAwak semalam..
takde satu pun yang best sangat
walaupun Jambu dapat pujian..tapi aku lagi suka kumpulan Sepah...
aku tetap tak suka BAlas..apa hal la lawak suka blue..
tak malu ke kalau tengok balik bila dah tua2...
Nabil pun aku sakit hati semalam..bila mengada2 tak kena tempat bila nama dia diumumkan dapat undian tercorot..

Professional la sikit... Tak respek juri langsung.
Tapi Maharaja LAwak ni banyak aksi kasar yang tak sesuai ditonton oleh budak2 yang suka meniru..
Contohnya aksi melempang muka oleh kumpulan Jambu
tak sampai 10 saat Yana dah tiru dengan melempang muka aku...
rasanya next show aku kena tidurkan dia dulu
ataupun aku tak boleh tengok langsung..
hmmm...
gambar terkini si jambu..Dayana..


Di kenduri kahwin Atty (member UKM)

Sunday, May 15, 2011

Leadership by Example

Ramai orang yang tak faham maksud leader..
Nak subordinate datang awal..tapi dia datang lagi sejam nak lunch..
Nak subordinate kerja bersungguh2..tapi dia dok layan blog & fb 24 jam..
Nak subordinate bagi support kat dia..tapi dia dok mengutuk anak buah kat top management...

Nak jadi leader kat orang kena jadi leader kat diri sendiri dulu..
ingat yang dipimpin kat bawah tu adalah yang akan memberikan sokongan waktu ko senang @ ko susah...
Dan bukannya hamba yang suka hati ko nak kerah mcm buruh paksa...

"in managing people it easier to loosen up than tighten up"

penat2 satu team yang hebat bertahun2 dibina..tapi atas kebodohan & keegoan seorang ketua yang tak tahu maksud leadership, kekuatan team itu musnah dalam sekelip mata, tak smpai sebulan bila semuanya lari meninggalkan ketua tersebut...

Dan kes di atas adalah benar dan bukan rekaan semata2..

Monday, May 9, 2011

langkah keselamatan ketika di dapur



Tak de idea nak mengomen..
Picture told the story...haha..

buntu untuk menulis

hari ni hari isnin
tapi hari ni aku tak kerja sebab si comeyku kedemaman la pulak...
jadi aku berkeputusan baiklah aku amik Emergency Leave duduk kat umah melayan dia
aku rasa suhu dia tinggi sebab termometer aku dah rosak
tapi aku dan suami dah tak gabra mcm dulu2
selang 4 jam aku bagi paracetamol,
selang 15 minit aku basah2 kan sikit badan dia
dan yang pasti sepanjang masa dia akan mengempeng
sampai aku nak gi toilet pun susah
alhamdulillah sekarang dia dah agak ok....
lama betul tak menjenguk blog ni...
busy di pejabat
busy dengan perancangan nak sambung master
tak tahulah sama ada itu keputusan yang tepat @ tak
yang pasti aku teringin nak ada sesuatu dari segi sijil yang mengiktiraf benda yang aku kerja selama 5 tahun,
ijazah dlm Kimia
tapi kerja dlm management...
yes..memang betul kata orang kalau ada rezeki tak perlu kelulusan
itu kata orang
tapi apa yang aku teringin aku saja yang tahu.....
harap2 permohonanku diluluskan dan aku mampu buat yang terbaik..
lagi satu yang berlegar dalam kepala aku
aku teringin nak tambah ahli keluarga
macam tamak kan....semua benda nak serentak...
hmmm....tak tahulah..akan ku pikirkan lagi panjang2 dengan en suami......

perangai dayana sekarang..
makin manja..makin nakal..makin bijak...
3 dalam satu...
paling aku tension bila dia buat perangai tiap kali nak pakaikan dia pampers...
siap menyorok celah langsir, balik tv, masuk bilik...
smpi kadang2 aku rasa give up sangat....
tapi aku rasa dia saja nak mengada2 dgn aku..
aku pun layankan saja
aku buat tak tahu dlm 10 minit..lama2 dia menyerah kalah..
siap serahkan pampers tu suruh aku pakai..
sama jugak dengan nak ikat rambut dia..susah sangat....kdg2 aku rasa nak botakkan kepala dia balik
biar kemas sikit....
okla itu sahaja cite hari ni..
tiada gambar..dan mungkin tajuk tak ada kaitan dengan entry ni...