Pages

Sunday, June 26, 2011

pre-bithday wish Nur Dayana Zulfah 2 years

Assalamualaikum anak mama..
Nur Dayana Zulfah binti Abdul Rahim..
Lagi 1 bulan 18 hari agaknya kamu akan mencecah 2 tahun..
Mama risau detik kamu tepat 2 tahun mama dihimpit kesibukan maka tiada ucapan yang istimewa untuk kamu, satu-satunya puteri mama.
Tak sangka sudah 2 tahun kamu hadir dalam hidup mama..
Menyerikan ruang-ruang kosong mama yang selama ini keras tanpa rasa kasih sepenuhnya kepada kanak-kanak

Hadirnya kamu dalam hidup mama..menjadikan mama lebih menghargai detik yang dikurniakan Allah
Mama juga sering mengingatkan diri supaya harus menjadi manusia yang lebih baik dari hari semalam
supaya kamu berbangga memiliki ibu yang taat kepada Pencipta-Nya.
Kamu makin bijak dari hari ke hari..
Makin petah berkata-kata
Makin manja
Makin keletah

Setiap hari kamu hadiahkan mama ciuman empat penjuru..dahi, hidung, dagu dan kedua-dua belah pipi...
Mama juga makin tak sabar untuk pulang dari bekerja kerana setiap saat makin bermanfaat
Mama kerja bersungguh2 supaya detik 5.30 petang tak terasa terlalu lama
Hari ini kamu mencuba sesuatu yang baru
Apabila ayah marahkan kamu kerana menggunakan sudu yang jatuh ke lantai di KFC tadi
Kamu menangis dan berbaring di lantai
Mama sedih..Dalam hati ada juga geli hati
Kamu sedang membesar nak
Peringkat "tantrum" kamu sudah mula mengisi ruang
Mama mengandaikan kamu sedang mencuba meraih perhatian mama & ayah
Tak mengapa sayang...Terokalah alam mu sepuas hati
Mama dan ayah tetap menjalankan tugas sebaiknya

Dan kami sentiasa belajar untuk menjadi yang terbaik untuk kamu..
Hari-hari kita bersama masih panjang likunya
Jika diizinkan Tuhan, bersamalah kita mencukupkan satu sama lain
Kamu adalah anugerah terindah yang pernah mama terima
Dan mama mengharapkan kamu tetap menjadi yang terindah..
Jiwa, PEkerti dan Tatasusila yang paling utama
Kamu sedang tidur sekarang
Waktu-waktu peribadi antara kita berdua sebentar tadi
Mama tanyakan kamu "Sayang mama tak.."
Kamu menjawab "Syayang.."
"Bila nak berhenti nenen...?"
Kamu menjawab.."Nanakk..........."
Saat-saat itu adalah teristimewa dalam hidup mama sayang...
Semoga 2 tahun ini akan melanjutkan kemanisannya antara kita berdua..

Friday, June 24, 2011

Kitab Cinta

Cerita terkini yang menjadi kegilaan aku, suami & yana ialah Kitab Cinta
Rabu-Jumaat TV Al Hijrah 8.30 malam-9.30 malam...kalu korang ada astro channel 114..

Pertama-pertamanya sudah pastilah pasal Cik Fazura kita..
aku dr zaman dia kontroversy smpila sekarang aku ckup fanatik ngan dia..
orangnya cantik dan berlakon best..
Bila dah layan citer ni, kami suami isteri jatuh cinta pulak dgn hero dia dr Indon
Watak dalam ni nama dia Wali (nama sebenar HArdy ape ke ntah nama dia)
Ni aku letak gambar sikit..

"Cintaku buatmu bagaikan huruf-huruf dalam kitab.."
Alahai syahdunya muka dia.Pandai Erma Fatima pilih pelakon..
Ceritanya berdasarkan novel "Kitab Cinta Yusuf & Zulaikha" karangan Taufiqurrahman Al-Azizy..
Nanti aku cari novel ni.
KIsahnya bermula bila 4 pelajar dari Malaysia berkunjung ke tempat yang pernah dilanda Tsunami, Acheh.
Mustika, Lily, Andika & Dynas. Di sana mereka bertemu dengan Irfan, seorang pelajar sebuah universitas di Indonesia & bersahabat baik dengan Wali seorang yang sederhana, alim dan bekerja sebagai gembala kambing.
Berputik dari salah faham, akhirnya MUstika & Wali sama-sama jatuh cinta walau pada masa yang sama Andika & Irfan juga mengharapkan Mustika. Manakala Wali ditagih cintanya oleh Kartika, rakan sekampung.
Sebelum pulang ke Malaysia, Mustika sempat mengirimkan surat buat Wali. Di Malaysia, dia menanti balasan dari Wali dan akhirnya Wali mengirimkan sebuah puisi buat Mustika..
urat dari Wali buat Mustika:

Ini adalah senaskhah kesedihan yang aku kirimkan melalui jiwaku yang dipenuhi duka cita kepada sebuah jiwa yang lain. Sesungguhnya, kau telah berhasil menghancurkan belengguku dan meraih kemerdekaan.

Sudah bertahun aku mengikat tali cintaku tanpa makna. Sudah bertahun malamku berlalu dengan menungguMu, Maha pencipta di dalam persembunyianku yang ditemani oleh keangkuhan dunia. Kau juga adalah penyembuh bagi semua yang salah pada diriku. Namun saat ini, Kau juga adalah penyakitku. Kau seperti mahkota yang dibuat untukku tetapi menghiasi insan lain.

Kau adalah syurga, aku yakini itu namun aku tidak menemukan kunci untuk membuka gerbangnya. Kau ibarat seperti seorang pencuri yang sedang bergembira atas apa yang dicurinya. Kau mencuri segala jiwa dan cinta yang ada. Jalan cinta sejati hanya dapat ditempuhi oleh mereka yang siap untuk melupakan diri mereka. Demi cinta, kesetian harus dibayar dengan darah dari jantung kita, dari ketenangan jiwa kita. Jikalau tidak, cinta kita tidak bererti apa-apa maka biarkanlah cinta kita menjadi pelindung rahsia-rahsia kita. Biarkan kesengsaraan yang dibawa oleh cinta membelah jiwa.

Marilah kita berjalan menuju kepadaNya, mengadap, dan bersujud. Memalingkan wajah kepadaNya, memberikan segala jiwa kepadaNya dengan membawa cinta sejati yang tidak akan pernah mati kerana cinta buatNya akan kekal abadi..

Salam dari gembala rindu,
Wali

Mustika dalam gembira tetap tertanya-tanya adakah cintanya berbalas atau tidak..
Oklah ye..panjang lebar lak aku bercerita. Nanti aku sambung lagi..
Nak ajak husband cari novel dia lah petang ni..Over ke aku???Hehe

Sila layan gambar Wali & Mustika ye kat bawah ni.


Friday, June 17, 2011

Lelaki Dalam Hidup Saya

Bile hari bapa ye sebenarnye?
Tak sure la bile yang aku tau posa 1/8..ada kene mengena tak..haha...

Rasanya nak buat entry jugak mengenai lelaki2 yang bergelar bapa yang melekat dalam hati aku..

Pertamanya pasti ayahanda tercinta. Tuan Hj Mohamad Jamili.
Abah yang kuat membebel
Mempunyai hobi yang berkaitan dengan binatang..ayam, ikan, burung dan lain-lain lagi
Seorang yang sangat tenang
Tak mudah mengamuk
Tapi kalau dia naik angin..tak tahan telinga dengar dia membebel..
Yang pasti aku tau dia sangat sayangkan kami
Aku pernah merajuk dengan dia bila dia tak bagi aku kerja kat kilang kertas waktu lepas SPM
siap tanya detail kat HR tu satu persatu apa yang sepatutnya aku buat kat sana
MAlu gila seeh..
Terlalu protective dkat anak daranya ni...
BAnyak nasihatnya yang aku pegang..
Hingga saat ni.
Paling aku amalkan " Buat kerja dengan terbaik hingga semut pun tak boleh nak komplen kesalahan kita...."
Dan lagi satu.."Amalkan solat dhuha untuk dipermudahkan jalan hidup"
Apa sekalipun..dia lah abah aku..
Seorang yang berada di sisi aku sejak kecil samaada susah atau senang
Semoga dia tenang dan sihat selalu, semoga dipanjangkan usia oleh Allah s.w.t
semoga dipermudahkan rezeki.....

Keduanya
Ayah kepada Nur Dayana Zulfah
En Abdul Rahim bin BAhari
Dayana lagi rapat dengan ayahnya dari aku

Dialah orangnya yang bergaduh dengan Nurse di PPUM sebab nak bersama2 dengan aku sewaktu bersalin (PPUM tak bagi suami teman bersalin ye, harap maklum).
Dilah juga orangnya yang memotivasikan aku supaya bagi Dayana susu ibu walaupun mentaliti aku pada hari pertama selepas bersalin.."susu tak ada lagi.."

Perkataan "ayah" juga adalah satu-satunya nama yang yana masukkan dalam tangisannya bila dia menangis...


Ada masanya aku teramatlah jeles..sebab en suami sentiasa ada idea nak main dan ajar yana
Daripada No Plat KEreta, Bulan, Bintang
Sepanjang masa bersama Dayana dia sentiasa ada hiburan untuk anakku yang tersayang itu...
Dia boleh menadaptasikan segala unsur di sekeliling untuk dijadikan permainan dan pelajaran.
Benda lain dia agak berkira
Tapi demi anak semuanya yang terbaik..
Dia rapat dengan Yana tapi tegas
Aku suka cara dia mendisiplinkan YAna
Lembut tapi masuk di telinga si kecil itu..
Selamat Hari Bapa .."ayah"
Semoga murah rezeki, dipermurahkan rezeki dan jalan kehidupanmu
Semoga didikanmu mematangkan dan mendewasakan anak2 kita ke jalan yang diredhai Allah s.w.t.

Tuesday, June 14, 2011

I'm Alone- Im okay What?

Tak ada idea kan nak menulis sekarang ni?
Tapi kadang2 ada cita2 nak jadi penulis novel berjaya..
tak pun nak jadi penulis lirik ala2 nak sumbangkan lirik kat artis-artis AF..
ni nak berceloteh kat blog pun selalu kering kontang idea..
camne tuh....?

Bermakna kan falsafah kat atas..?
Aku jumpa kat mane pun aku tak ingat..nampak terus save image..
Benda yang pada kita sempoi tapi kalau selalu kita buat lama2 akan jadi tabiat..
tabiat tu pula akan mengubah jadi personaliti..
Personaliti pula lama2 akan menjurus ke arah destinasi @ arah tuju hidup..
Contohnya..bercakap buruk pasal orang lain..
Makin kerap kita bercerita buruk pasal orang lain..benda tu jadi kewajipan dalam hidup..
berkumpul untuk bergossip..
Bergossip untuk berkumpul dan berhuha-huha..
Lama2 itulah diri kiita..Tiap kali bercakap yang indah hanya diri sendiri dan yang busuk itu adalah orang...
Sedangkan tak ingat..satu jari kita menunding ke arah orang, 4 jari lagi menunding ke arah kita...
Teringat brother warung tempat selalu aku lunch..
"Sorang aje..Memang tak ada kawan ke.."
"Ada, kawan semua dah resign.."
Ada satu saat aku sakit hati nak menjawab soalan itu. Kenapa ye?
Tapi hari ni, otak ku tiba2 menukarkan channel rasa sakit itu kepada bersyukur..
"Alhamdulillah..aku seorang tapi aku kurang dosa mengumpat.."
Itulah realitinya...

Friday, June 10, 2011

Rawatlah hati dengan Bersyukur

Bila hati luka, terasa ingin lari sejauhnya,
Hamparkan tubuh pada pepasir..Moga sembuh luka itu sendiri,
Namun rupanya akal yang masih belum separuh usia lupa betapa banyaknya penawar yang pernah Allah beri sebelum ini,
Bila tertekan dengan gesaan manusia,
Desakan kerja yang menggunung dan terasa seolah-olah tiada siapa peduli,
Hati terasa ingin meraung..
menjerit sekuat hati untuk melaungkan keperitan
tetapi rupanya kalbu selalu lupa.
betapa banyaknya sokongan, kasih sayang dan kegembiraan yang Allah berikan sebelum ini,
Aku sahaja yang selalu lupa bersyukur...

Bila mengkaji hadiah dan anugerah Allah satu persatu
rupa-rupanya aku tak layak untuk meraung dan menyalahkan sekeliling
Cukuplah dengan usaha untuk mendaki kesyukuran
Lama kelamaan luka itu sembuh tiba-tiba
Kerana cinta Allah makin banyak muncul tanpa aku duga.......

Empati Pada Makanan

Kalau aku buat survey, dalam seminggu korang makan, berapa kali tak habis makan?

Kalau tanya aku, jawapannya takde..

Tiap kali aku amik atau order makanan, sumanya habis masuk perut.

Ada sesetengah orang, jadi habit untuk tak habiskan makanan..

Agaknya rasa cam cool aje bile at least suku dari makanan tak habis.

Aku tak kisahla orang kata aku ni pelahap ke apa..tapi memang aku takleh tengok makanan tak habis. Rasa kesian kat makanan tu..

Mesti dia sedih aku tak habiskan dia..

Hari ni aku makan spaggeti sorang2 kat $& sementara nak tunggu bank Islam bukak balik 2.30..

Aci tak kalau aku cakap aku masak spaggeti kat yana lagi sedap dr ni..

Tapi atas perasaan belas kasihan pada makanan..aku terpaksa menelan gak sepenuh hati..

Itu sahajalah bebelan aku hari ni..Sekian..

Wednesday, June 8, 2011

Dayana Rajin Belajar

Tajuk di atas adalah doa aku untuk puteri tersayang..
Moga kecintaannya pada Al-Quran, Muqaddam dan sessi belajar bersama ayah dan mama akan kekal sehingga usia dewasa..








Tuesday, June 7, 2011

Rasa nak Lari Jauh-Jauh

Rasa nak lari
Lari..lari dan terus berlari........................
TInggalkan semua yang menyakitkan hati.

Friday, June 3, 2011

Notting Hill



RAsanya dah 5 kali aku layan cite ni..dan tiap kali aku tengok aku sengih smpi telinga...
Cinta tak mengira status dan stail..
Bila cinta mula menjengah..realiti mengenepikan mustahil...
Suke watak William Tacker (Hugh Grant) dlm cite ni.skema tapi mempesona..mcm seseorang yang aku kenal,,pftt .(dia tgh berdengkur skrg..).

Thursday, June 2, 2011

Ending Asmara 2 dan Trend Cite kat Malaysia Dewasa Ini..

Sape tngok ending Asmara 2 aritu..
sedih kan..
tapi ending die fair la..
asyik nak menangkan hero ngan heroin aje..kesian pulak kat bini baru Asmara..si Melati tu..
paling aku sedih..part dlm spital masa si Asmara menjenguk Melati,
Melati tanye kat Asmara betul ke Si Suhana tu sebenarnya Zalia..
Asmara menjawab tak dalam keadaan menangis beriya2..sbb sebenarnya dia kelentong n dia dah tau Suhana tu Zalia..
emosi betulla part tu..sbb terasa sngt si Asmara tu terlampau ralat sbb tak dapat bersama dengan Zalia..

"Ini cukup adil. Sebab saya tak nak awak dan Adam satu ketika dulu. Jadi, sekarang saya tak dapat awak dan Adam.."
"Maafkan saya, tapi saya tak boleh hidup tanpa awak"
aku hampir menangis..tapi paling best awek yang dok sebelah aku pun terkemit2 muka dia konon2 kontrol emosi..
pastu bile ayah dia tegur..die gelak..lo..tengah berlakon rupanya...
aku harap pas ni ada la drama2 yang best mcm ni..tak adela balik2 cite hantu,cita gaduh,cita lawak tak jadi..
tular tv balik2 cite hantu..smpi aku dah meluat tengok hantu tu..
takpun kat wayang sekang ni cite kongsi gelap la..ganster le..rempit le..

geli ketiak aku tangok aksi gangster tak berapa nak jadi tu...
tlgla ada identiti sendiri wahai pembikin filem/drama Malaysia...
jangala dok sibuk nak jadi mcm Hollywood..smpi cite sampah hang produce..
sorryle ye sape yang tak sokong komen aku ni..
pastu bile tanya pasal2 aksi yang tak bermoral dlm cite tu..ckp untuk pengajaran..
Hello..ko tayang aksi ganas untuk suruh budak muda kita amik pengajaran..?
Berapa percent la yang dapat tafsirkan itu sbg pengajaran..?
Sama macam ko bagi orang makan nasi lemak ko nak suruh org fikir berapa kalori dlm nasi lemak tu...?GItula analogi nye.....
Cukupla mengomen..kang ada orang offer aku jadi pengkritik filem lak..
keja kat ofis ni sape nak tengok..hahhaha...
Oo..smlm aku tngok cite Kitab Cinta di TV Al-Hijrah..Nampak best dan paling best sebab ada artis yang aku minat..Fazura...Nanti aku update ye kalu best....

Aku, Dayana dan Susu Ibu

Dah lama rasanya aku tak menulis pasal susu ibu.
Ya.yana masih penenen tegar walaupun aku dah bersara menjadi pengepam tegar..
Tapi semangat dan rasa bahagia bila tahu ramai orang di keliling aku dah mula nampak kepentingan dan kebagusan susu ibu..
Alhamdulillah..kat ofis aku dah ada member yang mengepam.
Tahniah Zura..(kalau ko baca blog aku..)
Walaupun aku tak berceramah secata beriya2 waktu zaman kegemilangan aku mengepam dulu..
aku yakin ko terpengaruh sedikit sebanyak dengan kepoyoan aku mengangkut beg spectra 3 kehulu hilir..
Dengan memberikan anak susu badan..
Aku rasa aku ibu yang menjejaki paras sempurna...menjejaki ye..jgn salah faham dan sensitif lak mana yang tak bagi susu badan tu..
Inilah naluri aku.
Tiap malam apabila yana tak henti2 mendakap, aku rasa sangat bahagia walaupun sebenarnya belakang aku agak perit apabila terlampau mengiring.
Aku rasa dia paling cute bile nak menyusu ..."Nyenyen...."
Aku rasa bau dia paling wangi bile dia tengah menyusu..
Segala stress dan perasaan negatif dalam hidup urai tiba2 saat dia rapatkan dirinya ke dadaku dan matanya merenung sayu untuk setiap degupan.

Segala episod waktu dia menyusu adalah paling indah untuk aku abadikan dalam hidup aku...
Aku pasti apabila satu saat dia tak nak lagi menyusu aku akan menitiskan air mata kesedihan..
Sebab waktu selang2 hampir 12 jam setiap hari dia menyusu akan hilang dari diari hidup aku...
Tulisan aku hari ni berbaur romantika sedikit..
Tapi ditujukan khas untuk anak..
Sebab pagi tadi air mata aku menitis..apabila mendapat tahu seorang ibu meninggalkan anaknya yang masih menyusu badan untuk menunaikan umrah.
macam mana agaknya malam anak tersebut..
tak siksakah dia mencari2.......