Pages

Sunday, July 31, 2011

ke cherating

setahun 2 kali at least mesti menghabiskan duit berjalan sakan
kali ni ke cherating
al-maklumlah nak menantikan kursus ke outstation ke saya bukan orang gomen,
keje private pikir output, problem to solve, margin dan lain2
kalu dilayan sangat leh jadi biul kepala otak

well, lupakan pasal keje
ini cerita pasal vacations, yippie..
sonok sangat
pantainya bersih
hotel well done (Legend Resort, Cherating)
cuma makanan kat restoran area situ x sedap & mahal..
sotong goreng tepung -Rm 17.50..hmm...sabar ajela..sbb dah masuk perut kan..bayar ajela.
so yana ini gambar2 terbaik awak masa kite ke cherating..doakan mama n ayah dikurniakan rezeki yang murah untuk kekalkan trip mcm ni selalu..
tiba di hotel...jakun lagi nak geledah apa yang ada dlm bilik




di pantai.
yana do ayik jerit "laut..lautnye..lautnyye.."
dia baru pandai menambahkan perkataan lah, kan, nya kat belakang words yang dia sebut
so kadang2 bunyi nye agak pelik mcm naiknye...makan kan..tidurnye..laparlah..





Mama yang malas..dok aje tepi ombak malas nak bergerak
Selamat ada ayah yang hyper active..leh la yana main 2 sikit









Saturday, July 23, 2011

My target for this second pregnancy

Entah kenapa..aku cam takut untuk terlalu excited kali ini
Walau menunggu agak lama (lama untuk orang yang tak sabar macam aku)..
Kandungan kali ini aku sambut dengan cara bersederhana dan harapnya aku lebih merapatkan diri dengan Allah
Sebenarnya terlalu gembira..
Dua tiga orang rakan aku ceritakan..kandungan dikesan dengan cara yang paling drama
aku nyaris 2 nak gi x-ray untuk tujuan master admission
tapi hati sangat tergerak untuk tanya berulang2 kali pada petugas
"akak lewat datang period sehari..confirm ke x de pape?"
hingga akhirnya diorang wat UPT..dan alhamdulillah memang aku pregnant..

Alhamdulillah..aku masih relax dan normal mcm biasa..
Tak mabuk..tak lemah..tak lemau..harap2 kekal hingga saat kelahiran..
Cuma aku risau emosi susah nak dikawal..
BAru pagi tadi terhangen dan menyound satu floor sebab memekak..
Harap2 tak berulang lagi...(x berulang lagi aku hilang sabar...kan ok kalau aku tegur elok2...takdela nampak mcm lady boss sangat)..

Ini adalah keinginan dan hajat aku untuk kandungan kali ini. Harap2 aku akan tekad dengan cita-cita yang aku reka sendiri...

1) Tak fail solat lima waktu.
2) Solat dhuha melainkan betul2 tak sempat.
3) Mengaji lepas isya' sekurang-kurangnya satu 'Ain.
4) Tak marah Yana walaupun dia semakin mengada2 dan nak dukung 24 jam..Betul kot orang kata budak kalau nak dapat adik memang makin manja..Aku nyer taktik sekarang kalau dia marah2 n pukul2 aku, aku peluk dia kuat2 cakap..mama sayang yana..mama sayang yana..nmpaknya berkesan.
5) Sedaya upaya kawal marah.
6) Masak untuk suami tiap2 hari walaupun masak air ngan telur goreng.
7) Makan asid folik tanpa fail untuk trimester yang pertama.
8) Minum susu tanpa fail pagi dan malam sampai kelahiran.
9) Makan sekurang2 nya 1 jenis buah2han @sayur2 ran dalam mana2 menu makan aku. (something that I really avoid if not pregnant..wekk)
10)Say bye2 to teh ais & nescafe.. (Ishy..ishy...i never forget you..we'll see another 10 month most probably..after pantang)

Oo dan yang paling penting..
Nak baiki hubungan aku dengan orang yang aku tgh perang dingin sekarang...Harap2 dipermudahkan..Mengalah tak bererti kalah...Tak bertegur sapa sesama muslim apatah lagi saudara sangatlah dibenci oleh Islam...

Jangan geli ye dengan azam2 aku ni..Sekali lagi ditegaskan aku memang suka pasang azam..Tak payah tunggu tahun baru..

OK..chow chin chow...

Friday, July 22, 2011

faham..bagus..cantik sangat

Mama : Yana, jangan suka panjat-panjat mama ye...Mama sakit.
Yana : Oo..ye ke..
Mama : Lagi lapan bulan yana nak dapat adik..
yana : Bagus

Mama ...(waa..bagus anak aku..dah leh sembang2)

Mama : Yana jadi good girl ye..
yana : Cantik sangat
Mama : Yana cantik ye..?
yana : faham
mama : Faham ape sayang?
yana : Oo ye ke?

(kesimpulannya..dia main belasah aje apa yang terlintas words2 dlm kepala dia untuk balas soalan aku..comel betul anak mama ni..Tapi rasanya dia faham ape aku cakap..cuma vocab dia tak banyak sangat lagi untuk dia respond)

Tuesday, July 19, 2011

Arrora Salwa - Ahmad (Official MP3)



Cube try dgr lagu ni..
Dua tiga hari ni asyik dgr lagu ni pergi balik keje..
Sampai dah hafal..Dialah Idola..Dialah Superstar..
Ah.Ah..Ahmad..

Kelakar pun ada
Tapi lama2 dgr jadi sedap lak..

Wednesday, July 13, 2011

Update

Master

Alhamdulillah, keputusannya aku layak sambung master EMBA kat UITM start September ni.
Yang jadi sedikit tak best bile tengok yurannya..alahai..mahal nye..
Takpela..memang MBA mahal.
Duit boleh cari, peluang mungkin boleh datang berkali-kali..
Tapi kesempatan dan semangat sukar nak dicari dengan apa yang ada pada aku sekarang.
Mungkin masa depan, peluang kedua akan muncul.
Tapi semangat tak sama dengan apa yang ada sekarang

Briefing to Client
PAgi tadi aku kena bagi talk dekat ketua-ketua Jabatan XXXX (client projek yang aku tengah handle sekarang)
ada 40 orang kesemuanya
usia lebih kurang 30-50 an..
Semua garang-garang mukanya..Almaklumlah bile namanya vendor, ada aje benda nak dihentam..
Tapi alhamdulillah, sebelum aku mula bercakap tadi,aku selawat banyak-banyak..
Niat dalam hati "Ya Allah, semoga Engkau permudahkan urusan aku kali ini, semoga mereka mendapat manfaat dari lisanku hari ini"
Suara yang pada awalnya bergetar mampu aku kawal..
Alhamdulillah, hentaman demi hentaman yang aku jangka sejak awal berjaya dikurangkan malah hampir tiada..

Yang Dinanti

Aku yakin Allah mempunyai ketetapan dan sebab yang hanya Dia yang ketahui bila apa yang kita rancangkan tidak menjadi.
Aku akan terus berusaha dan berserah.
Mungkin di sebalik sesuatu yang tidak berhasil ada nikmat lain yang masih belum aku nampak.

Banyak lagi benda nak diupdate..Tapi sebab mata dah layu. Aku ni degil, bila amik nescafe memang susah nak lelap...Sok dahlah ada meeting penting kat KL..jangan aku lelap time meeting sudah.

Friday, July 8, 2011

Cemburu ku

Tahu tak apa perkara yang buatkan aku sedih dan susah hati sekarang
Yana memanggil aku dengan panggilan "ibu"..iaitu panggilan untuk babysitter nya..
ibu..yana nak mamam..
ibu..nak cucu
ibu...nak nenen.
ibu..nak bishkut
ibu..nak air masak
ibu...nak nacik
ibu..nak blajar..
ibu...yana yak (berak)
ibu..yana "ghentut' (kentut)

dan lain2 lagi
hati teramatlah sedih
penAt aku membetulkan

yana say like this please..'
"mama...yana nak mamam
mama..yana nak air masak
mama...yana nak blajar..

tapi die wat derk aje...................

sepatutnya aku cool ajela kan..sebabnya die kecik lagi
lama2 nanti dia insaf lah tu

ikutkan hati yang jeles terlampau ni
nak aje aku tukarkan ke nurseri terus..
tapi cam zalim aje kan...

Sekian..

Wednesday, July 6, 2011

A Reminder For Mie

10 minute update sebelum solat zohor..
Lunch sorang2 menyebabkan aku banyak menggunakan otak untuk berfikir.

So aku akan combinekan dalam satu entry supaya apa yang aku fikir hari ni bermanfaat.

Pertama
Keluar kete kancil yang banyak berjasa selepas parking ala kuak lentang kat parking aku tadi..sorang staff lalu...
"Selamat pagi Puan.."
Entah kenapa aku sebenarnya memang tak suka gelaran Puan.. Satu memang menyebabkan aku terasa tua..HAha..Walaupun lagi Setahun 5 bulan aku nak cecah 30..Tapi aku masih 20-an..
Haha..
Kedua..aku lagi selesa dengan panggilan Salmi, Mie atau Akak atau Kak Mie..
Lagi menyebabkan aku rasa rapat dengan pemanggil.
Ketidakselesaan akibat jurang pangkat yang hakikatnya normal dalam kehidupan bekerjaya menyebabkan aku berfikir adakah bekerja dalam Management sesuatu yang bukan sesuai untuk aku..
Lantas..keputusan dari UITM sama ada terima aku atau tak untuk sambung master yang akan dikeluarkan hari Ahad ini mungkin satu kebetulan..
Kalau aku berjaya sambung master..maknanya ada satu target lagi dalam hidup yang perlu aku kejar..
Kalau aku ada MAster, aku nak jadi lecture..
Masalahnya ramai yang bertanya, mampukah aku dalam kesibukan tugasan kerja, isteri, anak dan ibu untuk aku menggondol lagi satu gelaran..Pelajar??
Aku simpan niat dalam hati..
Kalau nak seribu daya..kalau tak nak seribu dalih.
Sedangkan rasulullah seorang pemimpin negara, imam, pemimpin agama, utusan Allah, suami, datuk, penyampai ajaran mampu memikul semuanya serentak..
jangan biarkan suara-suara yang bukan datang dari diri menyebabkan aku hanyut apa yang aku mampu dan tidak mampu....

Kedua..
Update dari surat khabar tentang saksi kematian dan pembunuhan Dato'Sosilawati
menyatakan dia bertemu arwah suaminya (pegawai bank) kali terakhir dalam keadaan marah.
Panggilan terakhir dari suaminya juga tidak berjawab.
Pasti dia tidak menyangka itu adalah yang terakhir pertemuan suaminya di dunia.
Aku juga selalu terbawa emosi..
Aku risau suatu saat akibat emosi aku rupanya bakal tidak berjumpa orang-orang yang aku kasihi dalam keadaan yang penuh kasih sayang....
Ya Allah..lindungilah aku dari perasaan mudah marah dan berprasangka buruk...

Ok..no picture just words..
Sebab nak solat..
Hari2 rasa makin seronok bila solat di awal waktu..
Indahnya Allah menganugerahkan rasa berpuas hati dengan menunaikan apa yang disuruh..

Monday, July 4, 2011

Dayana Beberapa Hari Yang Lalu


Khamis Malam Jumaat- Blajar A, B, C

Dah siap..terer tak saya mama???

Pagi Jumaat 1/7/11-On the way gi umah ibu..Ada tokoh ustazah muda tak saya ni??Ada kan-kan-kan??

Petang Jumaat- Di Pesta Buku SACC Mall...Geramnya saya tengok buku-buku ni..Nak beli boleh tak??

Gaya terbaru merajuk...Sedihnya mama tak nak belikan buku..Biar saya baring kat lantai ni..agak2 mama marah tak?
Mama tak marah..dia senyum lagi..

Sabtu 2/7/11, di Tampin umah attook...BEstnya ramai sepupu yang manjakan saya maklumlah sy paling junior..Ala2 princess gitu..Eh, prince ke princess ek bila dah pakai songkok mcm ni..

Ahad 3/7/11,On the way balik umah, study la dulu..Jgn buang masa. Saya sekarang suka dok sorang2 mcm bos kat seat belakang. tak mainla duduk ngan mama lagi..

Tido lagi best..


Isnin Malam 4/7/11-Gaya model tangga..

Friday, July 1, 2011

pftt

entry2 2-3 menjak ini mungkin berbau jiwang karat..
tak taula apa pasal..aku dok banyak memikir 2-3 menjak ni..
dan semakin berjinak2 dgn karya2 sastera yang sebenarnya darah daging aku jd kecik..
cuma bile dah kerja ni..lama ditinggalkan dalam otak yang semakin siksa nak mereka ayat yang bermakna..
jadi konon2 nak membaik pulih sikit la apa yang sepatutnya dikekalkan smpi tua nanti..

carta pie

Dalam hidup..
Tak semua kita dapat apa yang kita kehendaki
Ada masanya kita merasakan kita layak mendapat apa yang kita idam-idamkan
Tapi bahawasanya Allah lebih mengetahui
Kecil atau besar, segalanya dari dia..
Ada masanya...segala2nya kita lebih dari orang
Tapi ada saatnya kita berduka bila tiada teman meluah susah dan senang
Terasa sangat sunyi

Tapi itulah harga yang perlu dibayar atas nama sebuah pengorbanan..
Ada masanya juga
Kita melihat keringat orang bersusah payah mencari sesuap nasi
Tapi hasil yang didapat tak berbaloi dengan nilai keringat yang mengalir
Namun dia masih tersenyum
Bergelak asalkan ada yang disekeliling sudi menemani

Hidup bagaikan carta pie
Ada yang besar dan ada yang kecil bahagiannya
HAsilnya tetap sama di antara satu carta dan carta yang lain..tetap complete 100%..
Yang membezakan sesuatu perkara setiap bahagian yang berbeza saiz...
Belajarlah menerima kekurangan dan hargailah setiap kelebihan
Hargailah setiap detik yang masih ada..Kerana detik itu tidak akan sama nilainya di masa yang akan tiba...