Pages

Friday, August 26, 2011

Raya dan Musim TErakhir Relax Sebelum Busy


Antara persediaan raya yang still x settle lagi.

1) NAk cat gril pintu depan.. Dan 2minggu tertunggak..Separuuh cat separuh tak cat lagi.
2) NAk beli kukus dan barang2 wat kuih untuk wat kek favourite versi kukus pagi raya. Ada gak berangan nak buat kuih raya..tapi mood cintakan katil dan bantal melebihi segala2 nya di awal2 pregnancy ni..
3) NAk beli baju raya yana tambahan sepasang 2 lagi..
4)Nak kemas-kemas-kemas umah sebersih2nya...Banyak habuk2 tersorok yang belum dibongkar..

Sedar tak sedar lepas raya ni aku akan start class 10/9..

so sabtu dan ahad dah tak relax lagi mcm biasa..Lupakan umah terbuka, kenduri kahwin dan lain2.....

Di kesempatan ini aku ingin ucapkan Selamat HAri Raya Aidil Fitri kepada semua yang mengenali aku sama ada di alam blog atau alam nyata..
Semoga syawal ini semakin menjadikan sillaturrahim kita erat...

Saturday, August 20, 2011

Gambar2 Yana 2 Tahun & New Hair Look


Thanks to Ibu yang potongkan rambut Yana
Mama & ayah memang takde bakat nak jadi barber..
Pernah sekali mama potong rambut dpan yana..sengot bengot..

So ini gambar2 yana masa bithday dia yang kami sambut secara bersederhana di Alam Sentral 12/8/2011..
InsyaAllah ada rezeki yang lebih murah di masa akan datang, mama & ayah akan celebrate bithday anak2 dengan ajak orang lain sambut sekali..





Monday, August 15, 2011

Nursing During Pregnancy

Seperti biasa..tajuk omputeh entry bahasa Melayu
Sebab aku orang Melayu dan aku dapat BM A1 masa SPM..haha..riak sungguh..

Cite hari ni pasal menyusukan anak ketika mengandung..
Aku Dalam Dilema ke? bila ramai sangat yang bagi nasihat agar men 'stop'kan Yana dari nenen ketika tengah mengandung ni.

Antara nasihat2 yang aku dpt..

1)Apa yang yana minum bukan susu..tapi darah.
2) Risau baby dlm perut tak cukup nutrien.
3)Risau contraction pada baby dlm perut

Tapi seperti biasa kita refer pada dr. Sbb dlm hati aku rasa tak nak lagi berpisah dengan anak dara aku tu..Biar smpi dia yg tak selera nak menyusu badan ngan aku.

Dr 1st- Ok.Takde pape yang perlu dirisaukan selagi tak bleeding, kurang berat badan dan lemah2 sendi otot.
Dr 2nd -Ok. Ikut scan perut aku masa minggu ke 7..nampak fetus (ke uterus??tak sure daaa) jauh lagi dengan pintu rahim. Asalkan takde apa2 bleeding dan perkara2 memudaratkan, terpulang pada aku punya decision. Dia ada bagi fakta yang aku rasa leh pakai jugak, tiap kali kita menyusu, akan berlaku contraction pada rahim (mengecut),sbb tu orang lepas bersalin digalakkan kerap menyusu anak supaya rahim cepat kembali ke saiz asal. Jadi terpulang kat aku lah kalau risau dengan fakta.

Banyak lagi fakta2 yang menyokong penyusuan ketika mengandung terutamanya dalam web Kelly Mum...

Aku ntahle..kadang2 angin gak bila Yana menyusu sambil tendang2 ak,u takpun dia main gigit2..Kdg2 terasa sangat perit bila dia menyedut dengan kuat..Mungkin dah tak berapa banyak input yang dia dapat jadi berusaha menghisap dengan kuat..
Tapi..InsyaAllah aku akan kekal dengan niat aku yang lama..Berhenti bila dia yang rasa nak berhenti..
Di pihak aku..sekarang prinsipnya..aku tak offer dan aku tak halang bila dia nak..
Lebih sakit rasanya bila melihat dia sedih..mungkin lebih sakit daripada rasa digigit..

Itu sahajalah entry aku yang boring hari ni...

Saksikan video anak mama yang makin hari makin bijak..Berkat air susu mama la tu kan-kan...

video

Friday, August 12, 2011

Saya Kebelakangan Ini


Entry title.."saya" tapi dalam entry aku nak bahasakan aku gak..
Hehehe...
Lamanya tak menaip. Busy mak ngah..
Busy ngan keje..Kat ofis 8.30-4.30 non stop buat keje melainkan gi solat...
Sebab nak kejar waktu balik on time..4.30 aje dah good bye everybody..
Yana muka bangga aje sebab dia paling awal balik dr umah ibu..

Kalau kat umah jangan harap le nak bukak laptop..Baik layan tv ngan anak.
Perkara yang pelik dan ajaib terjadi kebelakangan ini..
Aku haritu dapat offer tempat keje baru..
Gaji ok dan segala2nya memuaskan hati..
Tapi bile aku declare aku tgh pregnant diorang withdraw balik offer tu..
Takpela..bukan rezeki.
Aku memang faham. Ada setengah company yang risau amik orang pregnant..Kang mabuk pastu nak support maternity leave nye salary lagi padahal br masuk keje berapa bulan..
Sebab tu aku bagitau siap2..Drpada aku masuk keja orang kata aku tipu.
Sumpah..actually aku tak tahu aku pregnant masa gi interview.
Pastu diorang senyap aje. Aku ingat tak dapat. Last2 ada call.

Tapi alhamdulillah..syukur. Aku masih kerja dengan rajinnya kat syarikat yang sama aku kerja 5 tahun dulu. Semuanya ok. Mungkin belum rezeki aku berhijrah. Mungkin anak kedua tempoh pregnantnya masih mahu ditampung gaji di sini.

Semalam harijadi Yana..malangnye gambar dlm handset suami. Nantila aku wat entry special pasal sambutan birthday dia semalam..Kitorang bertiga aje..
Tapi paling best sebab kitorang melalak HAppy Birthday to Yana sekuat2 hati dalam food court Alam Sentral sebab dah tak ramai orang sangat yang makan> orang semua baru habis berbuka.

Okla..takde idea nak menulis lagi..
Bye..