Pages

Wednesday, November 30, 2011

Raihlah Apa yang Bermanfaat Bagimu.

Sejam pertama masuk ofis hari ni diselang seli dengan ym bersama rakan lama, yang kini selesa bekerja di sebuah syarikat GLC, membuat hati aku sekejap2 diusik sayu..
Kenapa selama ini jejari ajaibku yang kerap mengklik “Apply “ di Jobstreet susah sekali untuk melekat setiap permohonan kerja yang aku pohon?
Kenapa hampir tujuh tahun aku di sini, susah benar aku untuk keluar dari syarikat yang menyimpan segala sedih dan sakit hati?
Adakah doaku tidak dimakbulkan Allah?
Perasaan cemburu datang ulang-alik dalam hati bila Ila bercerita pukul 10.30 pagi dia ada break untuk minum pagi?
Dan aku terkejar-kejar dlm rehat hanya sejam makan dan bercerita bersama kawan-kawan yang masih setia di sini?
Alhamdulillah..kebelakangan ini hatiku selalu mudah dipujuk dan disedarkan agar selalu bersyukur.
Rehat tadi bertemu suami yang bercuti sepruh hari, merancang untuk servis kereta kami. Bersama dia tiba2 hati aku terimbau akan kesusahan yang kami lalui tiga tahun dulu.
Syukur aku masih di company ini..walau selalu membuatkan aku menangis dalam hati tapi ia tidak zalim seperti syarikat lama suami aku.
Sepanjang tujuh tahun di sini, syarikat buruk inilah tempat aku mencari rezeki, membayar hutang piutang dan juga memperbaiki diri setiap hari.
Walau aku susah hendak lenyapkan bayangan yang membuatkan aku terluka di siang hari sebelum tidur..tiap-tiap bulan aku masih punya gaji.
Alhamdulillah juga Allah masih sentiasa ingatkan aku untuk melihat sekeliling apa yang bermanfaat bagi aku sebelum aku terus-terusan berprasangka mengapa dan mengapa?
“Raihlah apa yang bermanfaat bagimu..”
Teringat juga kakak yang rapat denganku..yang kala ini sedang bergelumang emosi melawan kanser. Mampukan aku untuk berhadapan saat-saat itu jika ujian itu datang pula pada aku.
Mampukah kata-kata positif yang aku ungkapkan selalu pada kawan-kawan yang menghadapi ujian aku serap pula dalam diri..
Sebab itu aku harus selalu bersyukur.
Dan setiap saat mentarbiahkan hati agar bersedia menghadapi ujian.
Apalah sangat harga break di waktu pagi dengan nilai kasih sayang yang Allah sentiasa hulurkan pada diri ini?
Wallahu’Alam.

Friday, November 25, 2011

In My Small Heart

Membuat keputusan untuk menghakimi orang lain adalah sesuatu perkara yang paling sukar.
Risau jika keputusan itu sebenarnya hanya betul pada kepala otak aku tapi sebenarnya banyak yang tersirat masih tidak dirungkai.
Menjadi seorang yang menggerakkan sangat rumit sebenarnya..
Tersepit di tengah-tengah perasaan.
Antara kasihan dan tanggungjawab.
Bila namanya bekerja satu demi satu protocol harus diikut..
Tidak bergerak jalan yang itu..harus bergerak ke kaedah B dan C dan seterusnya.
Lebih malang..subjek itu adalah manusia.
Maknanya aku mengeksperimenkan keputusan ke atas manusia lain.
Aku berdoa padamu Ya Allah..jika aku benar Kau berikan aku petunjuk selalu dan kekuatan.

Dan jika aku salah, Kau lah yang Maha berkuasa untuk menghalang sesuatu keadaan yang menyukarkan.
Janganlah Kau jadikan tindakanku, bibirku, suaraku, menyebabkan seseorang hilang punca untuk ke hadapan..
Tapi Kau lah yang Maha Bijaksana untuk mentransformasikan rasa amarah kepada rasa berfikir akan keadaan yang membantu…
Allah..Allah..Allah..
PadaMu satu-satunya tempat aku meluahkan rasa kesal dan ketidakselesaan

Wednesday, November 16, 2011

Sunday, November 13, 2011

5 months

Lamanya tak menulis..
Nak dikatakan sibuk, ye memang sibuk dengan kerja, kuliah hujung minggu, anak dara yang makin cheeky dan manja..menguruskan rumah agar still maintain status as a rumah not bersepah cam reban ayam..
Tapi ada masa terluang, ku pandang laptop, laptop pandangku..
Akhirnya malas juga nak membuka blog..
FB apatah lagi..hidup segan mati tak mau…
Menulis perlukan emosi dan kerajinan yang seiring..
Adakalanya daku emosi tapi hendak menulis banyak benda yang menghalang
Kadangkala daku rajin tapi tiada emosi yang hendak melontarkan ayat..waduh jiwang gitu..
Kandungan mencecah 5 bulan lebih.. Tapi ramai yang menegur perutku sihat..nampak besar..yela..anak ke dua kata..ada lemak2 terkumpul yang membantu saiz nya menonjol..ahaks..
Tak kisahlah..janji aku sihat..si kecil yang menghuni rahim ini sihat..ayah dan Dayana juga sihat..
Semalam aku ber3D 4D gitu..orang ber3D aku pun nak juga..
Tapi tak berapa jelas..maklumlah kecil lagi..Jantina pun dah nampak..macam ge-girl juga..
Tak apa ayah…insyaAllah..Allah lagi mengetahui yang terbaik untuk kita..
Si tukang scan semalam kata heart baby agak perlahan..Aku jadi cuak juga..tapi rasanya tak perlu dirisaukan sangat..Banyak bulan lagi untuk diperiksa..InsyaAllah..tawakaltu ‘Ala Allah…
Mama doakan kamu wahai buah hati, membesarlah dalam rahim mama dengan sihat hingga saat kamu sedia untuk keluar..Dengarlah apa yang indah dari percakapan mama..dan abaikanlah jika ada kata-kata mama yang emosi..Maklumlah tekanan kerja kadang2 menjadikan mama sedikit hilang kelembutan..Mama juga akan berusaha sedaya upaya untuk memperbaiki diri dari hari ke hari untuk kamu dan kakak..
Kakak?
Dia makin manja…Sangat manja..Mungkin dia tahu ada yang bakal muncul menghiasi hidup aku dan suami selain dia..Setiap saat ingin berlokong (dukung), nak blajar..dan berpeluk sama-sama..
Dia memang menjadikan hari aku sentiasa ceria & indah..