Pages

Wednesday, December 28, 2011

Apa Dalam Hati Saat Ini

Assignment, Assignment, Assignment

Waduh....kena penangan Dr Roshidi ni drp aku yg tak mabuk time pregnant jadi mabuk laut...Gile...Sebulan 2 assignment bersamaan 15 X 2 pages..mesti berformat journal..tak leh copy @ tiru ayat org.. tu x masuk group assignment & presentation-also 15 pages...warhg......

Tapi leh cope lagi..Aku tak nak pandang belakang..Must do and do...Cuma En Bos..minta maafle kalau sekali sekala saya buat kerja selain kerja ofis..Itu rasanya lagi bermanfaat dr bersembang, merokok, menggoogle perkara2 yang nggak berfaedah.. Saya janji kerja2 ofis adalah keutamaan saya..Cuma jika ada masa terluang izinkanlah saya menyiapkan kerja rumah. Sayang en bos.

Taska VS Ibu

Yana akan start masuk taska start next week bersamaan 3 January 2012..Alasan paling kuat untuk dia berpisah dari ibu:
1) Dia terlalu excited untuk belajar. bayangkan bangun2 pagi dia suruh aku@ ayahnya ajar apa2 benda yg ada dlm buku yang dia usung ke tempat tido..Taska yang aku pilih ni pun memang ada sistem belajar yang nampaknya teratur. Smlm En Suami gi ngendap sambil register, katanya ada ustazah yang ajar mengaji, ada yuran untuk buku-buku dan uniform dan yg paling penting menitikberatkan agar anak2 berdikari sendiri. Contohnya makan sendiri, diapersless. Aku harap semua itu memang betul2 realiti. Almaklumlah,kadang2 taska ni indah khabar dari rupa.
2) Ibu akan terima 1 baby lagi dlm bulan depan. Ditambah pula dengan next baby dari aku, menjadikan jumlah yang dia jaga 3 baby, 2 toddlers (termasuk yana) dan 2 yang dah sekolah.Aku dok kesian pun ada ngan dia.. Pada aku dia the best babysitter yang aku pernah tahu. Sejibik dia layan anak aku mcm anak sendiri.Tapi nak buat mcm mana, memandangkan fakta yang pertama tadi cukup kuat, apatah lagi taska tu leh reduce kos dari 700 (2 anak termasuk baby 2nd aku nanti) kepada 550. Jadi aku dan suami nekad untuk lepaskan ibu dan pilih nurseri. Hati mana yang tak sedih. Aku rasa mcm aku zalim lak tapi nak buat mcm mana..InsyaAllah aku akan selalu bawak yana ke rumah dia agar kasih sayang selama 2 tahun ni tak terputus mcm tu aje..

Preparation For My Second Sweet Baby

So sekarang dah 27 minggu, rasanya lagi 12 minggu kot br bersalin...Alhamdulillah, dlm busy2 assignment, kerja, rumah, aku dan suami dah start membeli brg2 keperluan baby dan aku masa pantang nanti. Kali ni kami lebih bertenang dan tak ghairah bershopping mcm menyambut ketibaan yana dulu. Segalanya bersederhana..

Aku lebihkan saving untuk beli breast pump baru. Yang ni tak bersederhana..hehe..Lama makcik ngidam. InsyaAllah lagi seminggu-2 nak due baru akan ku beli itu barang..

Itu sahajakah cerita dari hati..Jika mampu rasa nak translate semua perasaan ke dalam tulisan, apakan daya..masa mencemburui daku..