Pages

Sunday, December 2, 2012

Tiada masa untuk berblog

Penangan hidup berubah
sesuatu yang aku nak sekian lama dulu
amik kau..
busy tak hingat...
blog bersawang
umah pun bersawang..x sempat nak kemas..
mcm biasa..kelas..keja..masak..anak2..dll..
tak tau nak kata seronok atau x..
aku cuma lalui aje dengan membestkan diri
kenal perangai orang
kat tempat keje lama aku kategori high level
masuk tempat baru kena la start dr bawah
x pe future investment.....
dalam sebulan banyak benda aku belajar...
dari segi kerja atau pun perangai manusia

ye,.aku memang suka memerhati..
biar orang kata aku bodoh..
aku suke..
sbb aku makin kenal perangai manusia..
dan macam mana memenangi mereka..
dan tak sampai sebulan aku rasa aku masih tidak kalah..
namun belum boleh dikata menang,,,

Tuesday, October 23, 2012

Nur Nuha Qaisara di Usia 7 bulan Setengah

Pejam celik pejam celik dah 7 bulan lebih ye Nuha..
Tak sangka betul.
Entry pasal dia pun jarang aku tulis kat blog ni.
kalau si kakaknye dulu tiap2 bulan aku update..
nasibla ko dik..
mama pun tgh kelam kabut nak mengadjust idup..
tapi mama sayang adik kan..
muah muah..wangi betul budak baya2 ni..
bangun pagi pun wangi..
susah nak digambarkan wangi mcm mana...
sekarang Nuha dah pandai merangkak..
dah pandai duduk sikit2..ala2 bersimpuh mcm org nak tunggu kena risik
pas 5 saat tergolek balik..
minggu depan insyaAllah dah stabil kot..
dah pandai merajuk kalau tak nampak mama atau ayah dia buat donno aje kat dia..
dah pandai rebut buku kakak..pastu kakak sound" Adik, kakak nak buat kerja sekolah ni.."Yela kak,tang mana kerja sekolah pun mama tak tahu.
Dah makan..tiap2 minggu mama bagi menu lain..minggu ni bubur nasik blender ngan ikan tenggiri, carrot ngan brokoli...
Masih susu badan..Mamanya masih tak resign selaku pengepam tegar..Walau sekarang output agak merudum disebabkan Nuha dah menggigit mama..jadi mama kelukaan dan harus berhati2 masa mengepam..risau jadi susu strawberry lak...
ooo..Nuha suka mengagah..tapi suara nye suka diteran2 ala Micheal Jackson..argkkkhh..arghhkk,,,
pagi tadi dah serak..tula kan mama dah cakap...
tiap2 malam dah start belajar A B C ngan Alif Ba Ta..Kalau tak ayah ajar..kakak yang ajar..
Nuha I love U....
Muah..Muah..Muah....

Sunday, October 21, 2012

Mari Mengupdate

October the Hectic
Sangatlah kesibukan October ni...
Macam-macam yang jadi.
Paling glamer si Dayana marathon demam..
Sampai sekarang dua beradik tu dalam langkah berjaga-jaga.Risau tetiba suhu badan naik.
Macam tahu-tahu aje bulan ni mama last keja kat XXXX..Saje nak bagi rekod tercalar sikit.
Dayana mula2 demam..Sampai waktu klimaks nye suhu dia mencecah 40.4...mencicit aku laki bini bawak dia gi SMC..
Demam nye 40.4 time ni..pastu bukak sweater bagai,,basahkan badan dia ngan air. tapi mulut potpetpotpet as usual.
as expected memang kena tahan wad..So dua kali la yana kena tahan wad sepanjang usia dia dah 3 tahun ni..
Biasala virus..
Drama Queen
Macam-macam sekarang ni ye..
Pastu minggu lepas kami anak beranak kena cirit birit+ muntah2..
Tak tahula apa yang tak kena...
Tapi merana jugakla.Aku sampai terbayang bukan-bukan le..
Tak pernah CB + muntah2 mcm gitu..

Apa Yang Kau Mahu
Hidup terkejar-kejar terutamanya sabtu dan ahad..
Dengan kelas nye..dengan nak prepare masak bagai untuk org yang kena tinggal kat umah..
Kalau ada orang tanya."Tak penat ke ada baby, pastu nak sambung belajar?"
Aku jawab dalam hati aje.."Mau tak penat..tapi nak wat camne aku yang nak.."
Kat luar senyum ajela..Kat dalam hati potpet menasihatkan diri sendiri..Kena Kuat...Kena Kuat...
Aku pun dah konfius apa tujuan aku sambung belajar ni..Apa yang aku nak buktikan??
Tapi bila fikir-fikir balik aku dapat keja tempat baru ni pun pasal ada subjek HR aku amik sem lepas.
So ada jugak hasilnya kan.
Jadi sabar ajela semangat. Lagi 2 sem..I can do it..I can do it,
Aku cuba untuk tak menjadikan alasan famili aku tak siap assignment..aku tak study..aku dapat result terok cam berok..
Jadi bile orang tanya bile masa aku wat assignment dan belajar..
As expected le..time nuha tido baru aku boleh belajar.
Tapi yela..bila timeframe nye sikit aje..masa fokus nye tinggi sikit..
cube kalau masa nak blajar nye banyak...maka fokus aku kat buku & assignment akan terbahagi kepada banyak benda iaitu facebook, blog, buku, beautifulnara dan youtube cerita korea..
jadi sama aje org kawin ngan org tak kawin.
jangan la kagum sangat ngan org dah kawin tapi belajar..
kagum ajela ngan diri sndiri.

Sayu Hati
Minggu ni minggu last aku kat sini.
Everything aku nak buat semua aku cakap dalam hati.."Oo this is maybe my last nasik lemak here.."
"Emm maybe this is my last time I lunch with Zura..so better get lunch together.."
"This is maybe last time my meeting with my ops team..so dont decline the meeting request.."
Time nak cari keje punyala rasa tak sabar nak keluar dari sini..
Bila dah makin dekat hati sangatlah sayu. As usual...bibir senyum ajela. Mcm org excited tak boleh blah nak blah kan...
Tapi ye..aku kat sini 7 tahun beb..Dari takde pape sampai dah 2 projek aku involved..Minggu depan dah tempat baru.
Agak2 orang2nya sama tak mcm kat sini.
Aku akan sayang kan kerja sama tak mcm aku sayangkan sini.
Insya Allah ok kan.
Mungkin ini adalah emosi. Jangan terkalah dengan perasaan.
Ini adalah doa aku 2-3 tahun kebelakangan ini, untuk kerja di tempat baru. Jadi janganlah jadi orang yang tak bersyukur.


Tuesday, September 25, 2012

Cinta Gila

Terdengar Hot Fm pagi semalam..ada orang yang mintak cerai sebab suami nye sangat serabai..
Masalah utama ialah ubat gigi. Si isteri suka picit dari bawah manakala si lelaki picit dari tengah...

Dalam pada takut atau ngeri aku dengar.tapi aku nak tergelak besar jugak.
Sebab nya..aku juga adalah masalah yang sama..

Tapi tak delah sampai mintak cerai..Mintak simpang. Nauzubillah..

Tapi yang serabainya ialah aku. Aku suka sangat picit dari tengah. Dan dia dari bawah. Last2 tak tahan dengar dia membebel aku beli ubat gigi asing2..Hamik,Huhu..

Ini namanya mcm lagu cinta gila kan..

Kau ke kiri ku ke kanan ku di belakang kau di hadapan..Bila kau marah aku ketawa..Huhuhu..

Bergaduh sepanjang 4 tahun kawin benda yang sama.

Aku tak tutup suiz lampu bilik air. Aku terlupa letak kasut kat rak kasut, Aku tak steering lock kereta. Aku tak tutup peti ais. Aku tak simpan susu perah (Wei.susu perah pun laki aku jugak kena kah..??). Aku terlupa kunci pagar..Dan lain-lain lagi

Semuanya aku...Agaknya sampai umur tua pun aku ni messy messy mcm ni..

Tapi aku tetap comel.(Buwekk)...Huhu. Laki aku pun sayang aku lagi..Kakakakaka..

Pagi tadi paling best. Dia terlupa tutup lampu bilik air. Tak kira. Aku sms dia dengan penuh bangga untuk bagi peringatan. Hakikatnya dia ada aje kat dapur dan aku kat atas..Yeay!!

Bingo..

Thursday, September 20, 2012

Waktu yang Berlalu

Ceh tajuk cam bagus2 aje kan..

Lamanye tak menghadpet blog..Malas tambahan buzy. Office dah berpindah ke tempat baru. Rabak kena bayar duit tol 3.60 sehari.

Tapi lagi sebulan aje kan. Lagi sebulan aku bersama kalian..Erggh...I dont know. Im afraid to see outside world. Tapi im also excited to start new career.

Cerita terkini aku asyik terbayang2kan Kang Tae Joon dalam cite To Beautiful You. Hangen laki aku kalu dia tahu kan. Sekang ni memang tengah mabuk ngan drama Korea. Selamat en suami okay asalkan aku setel kerja umah+anak anak ngan benda2 wajib as successful as usual..

Terasa cam muda belia aje bila layan movie2 yang sweet cam gini..Hakikatnya tahun ni aku dah menjejak 3 series..budak2 sekolah pun dah start panggil aku auntie walau kadang2 aku tersasul bahasakan diri akak..
Hmm..how fast time moving.

Okla..bye. Nanti update lagi..

Thursday, September 6, 2012

Ape ada dalam otak sekang?

Thank You
Thank you for asking.
But Im leaving not for money..
Not for position.
Not because the devils feeling-hate and annoying
But this is my dream. I waiting so long.
Now is the time.
I wont turn back.
Thank you for loving me.
As well I love this place and all of you.


 Risau
Pekerjaan yang paling risau adalah menjadi ibu.
Melihat anak asyik tidur bila balik dari nuseri
buat aku menaruh syak wasangka..
dia bagi ubat tidor ke?
tangan kanan dia kena ikat ke bila di nurseri
mulutnye kena gam kah..
aduh setan..
suka benar aku jadi orang yang berprasangka ye..
aku berserah padamu ya Allah
peliharalah anak-anak aku.
Aku yakin pada pilihan hati
Kerana aku tiada pilihan lagi.
Jika ada pilihan, satu-satunya aku mahu jadi penyuri rumah
Hanya tanganku yang mendidik mereka aku rasa paling sempurna
Selain itu ada sahaja yang celanya.
Pekerjaan ibu adalah satu-satunya yang susah mempercayai orang lain..
kerana yang mengandungkan 9 bulan adalah aku
aku juga merelakan perut ditebuk...
asal kesayanganku dapat melihat dunia...
Ya Allah..
jadikan anak-anakku sempurna ilmu, iman dan akal.
Moga mereka sentiasa berpaksikan iman padamu.

Tuesday, September 4, 2012

Its official

Waiting for this moment almost 7 years.

Today is the day.

I wrote the dream letter.

I always thought I will yell like crazy for being happy.

In contrast I feel guilty.

Yeah..I should have that feeling.

This place somewhere like school of life to me.

I grew and become matured lady because of challenging environment here.

No mater what, this is what i need.

And  I will leave this place sooner.

I am sorry for that.

Sunday, September 2, 2012

Nuha Qaisara 3 September 2012

Nuha Qaisara masuk ke nurseri Tots hari ni..

Walaupun Nuha aku labelkan adalah sumber kekuatan ku..tapi aku berlinang air mata jugak bile tengok dia nangis pandang aku.
Budak bijak kan..dia tahu dia dah berpindah rumah.
Mama harap Nuha pandai2 bawak diri.
Mama doakan Nuha dilindungi Allah selalu
Jangan sedih.Jangan nangis.
Mama doakan sesiapa yang melihat Nuha akan dilimpahi kasih sayang yang menggunung pada Nuha..
Teruskan usaha untuk merangkak.
Nuha anak yang bijak..

Wednesday, August 29, 2012

Hari Raya 2012

Di Tampin
Terasa juga bila Along tiada..Kalau tak dia yang paling kecoh jadi ketua tukang masak.
Tapi masing2 cuba untuk buat biasa.
Tak baik ditangiskan orang yang telah tiada.
Mak nampak sedih kadang-kadang. Harap-harap dia semakin berjaya mengawal kesedihan di masa akan datang.
Tahun ni kami anak beranak merah menyala. Cili merah bak kata Yana.
Empat beranak.Red Hot Chili Pepper

Ayah N Nuha (Masing2 Ngantok-sorang dah terkulai sorang mcm mamai ajer..)



Nuha and Paksu-Rambut Kita Serupa
Malu-Malu Kambing



.
Raya ke tiga terus gerak ke Kampung Gajah, Perak. Kampung kelahiran mak ku.
Walau opah dan atuk dah takde..terasa seronok melepaskan rindu pada kg halaman.Satu ketika dulu tiap kali cuti sekolah aku akan menghabiskan cuti di kampung bersama Kak Su.
Mak buat kenduri pada raya ketiga tu. Baru dapat berjumpa dengan sedara mara yang berkurun tak pernah jumpe.
Diharap tradisi ini akan diteruskan di masa akan datang. Kalau tak jgn mimpilah kami semua nak berkumpul.
Siang kat sini panas kemain...dahla terlupe bawak kipas sendiri. Harapkan kipas syiling yang idup segan mati tak mau. Yela..umah tinggal.
Malam pulak sejuk mengalahkan ada aircond..Selimut yang dibawak tak cukup. Kami empat beranak tambah lagi selimut guna kain batik ngan kain pelekat.....
Nuha tido berbedungkan baju kelawar
Yana dengan Atif dan Aishah-another cousins
Abah dan Serulingnya
Ayah n Nuha berlatarbelakangkan umah pusaka..

Yana ngan Sepupunya Haikal yang muda 2 bulan dari dia..Nampak sgt Yana ni tinggi menggalah.





.

Monday, August 27, 2012

Jalan2 Cari Taska


Pesanan: Ini adalah pandangan peribadi saya sahaja. Mana-mana ibu bapa yang ingin mengambil panduan dari tulisan ini diharap sila skodeng sendiri dan tanya hati anda.

Saya yang baru 5 taska pusing pun dah poning kepala. Susah nye nak puaskan ati aku. :::Hantuk kepala jap.

Objektif:

-Cari taska yang lebih teratur (lebih dari current taska Dayana iaitu "Tots & Toddlers" dari segi modul pembelajarannya, santai dan pada masa yang sama memenuhi kehendak emosi Dayana.
-persekitaran yang lebih memuaskan hati *tak tahu level mana yang akan memuaskan hati aku*
-Anak-anak yang bakal menjadi teman sepermainan yana lebih menyenangkan hati. Yang InsyaAllah pengaruh negatif nya kurang..(siapa aku untuk menggagak macam mana kurang atau lebih nye pengaruh negatif itu.

Masa:
Pagi tadi (amik half day am lagi aku..)

Target:
Tadika Seri Madu Lebah
Tadika Qalam Kreatif
Tadika Little Chaliph
Tadika Genius Aulad
Tadika Assakeenah

 Result

Tadika Little Caliph (Pelangi Khalifah)


Aku selalu je nampak Tadika ni masa gi makan kat Seafood Megah time lunch.

So arini berpeluang gi menjenguk. Tadika 1st yang kitorang serbu hari ni.
Dia buat kat shop lot bahagian atas.
Dia amik licence untuk mengajar module Little Caliph yang boleh dikatakan famous jugak.
Tapi principal nya takde. yang ada teacher 3 orang. Sumanya macam tak sure apa yang nak dipresent kan dengan aku yang banyak songeh ni.
Pastu adoyai..lantai nye punyalah ber"kosek"..aku tengok ada kaki sorang budak tu punya la itam legam.
Aku bagi no tepon aku kat teacher yang ada suh principal kol aku.
Yuran-RM350 for 7 pagi hingga 7 petang termasuk kelas & day care.

Yana's reaction: Sampai-sampai terus masuk dalam group student tu nyanyi sama2 dengan diorang.
Bangga dengan keberanian dia. Siap buat gaya sama2 dengan budak2 tu..
 Walaupun dia suka, malangnya aku dah tawar hati disebabkan lantai punye angkara.

Tadika Seri Madu Lebah

Klik ini untuk ke laman webya

Alamat: Tadika Sri Madu Lebah ,
Taman Bunga Negara ,
Section 27/14D ,
Taman Bunga Negara,Shah Alam

CONTACT NUMBER :
Pritam Kaur :016-9747883
Tadika : 03 - 51920794
Email : bzbeekindergarten@gmail.com
Komen:
Konsepnya lebih kurang Tots to Toddlers. Ada kelas mcm bilik darjah untuk budak umur 4,5,6. Ada kelas mengaji dan praktikal solat walau pengetuanya berbangsa Punjabi. Ada 4 guru. 2 punjabi, 2 melayu. Tak amik baby mcm Tots.
Belajar dari 8.30 sampai 11.30. Tapi untuk daycare hanya ada 8 orang budak which I prefer a lot sebab tak ramai. Tots to Toddlers aku rasa kesemua yang belajar tadika pagi semuanya day care sampai
Yuran RM290-wau murah RM60 dari Tots.
Principalnye Puan Pritam sangat bagus bagi penerangan pada aku. Aku ceritakan apa kerisauan aku pada Dayana (behaviornye yang makin kasar sekarang ni. Dia melegakan aku dengan kata attitude budak 3-4 tahun memang mcm tu.tak boleh push sangat2 ..tapi dia banyak student yang nakal2 at last she manage to control).
Dia pun siap offer untuk suruh Yana test sehari -dua without any charge.
Yana's reaction: Dia macam tak suka. Cepat2 tarik tangan aku nak ajak main buaian kat luar. Mungkin dia tak biasa dlm kelas ada bangsa lain. Kelas ada India dan Melayu which also I prefer. Biar dia bercampur sikit so English nya akan improve.

Tadika Qalam Kreatif

Kitorang press loceng..Takde sapa keluar.

Dua kali tekan. Ada sorang budak. Jenguk. Pastu boleh selamba bukak pulak gril tu.

Ooh my..

Reject terus.
 
Pastu aku masuk jenguk kat pintu, dalam hall tu ada lebih kurang 20 orang budak tengah belajar. Ada yang duduk kat meja, ada yang baring. Teacher nya pun ada seorang. Tapi nak dekat 3 minit aku menjenguk baru dia perasan kehadiran aku.


Emm..terus reject lagi.

Tadika Assakeenah

Terletak di kediaman USJ 18 yang bersecurity, rumah teres berkembar yang besar..sangatlah buat aku rasa teruja.
Tapi sebab Dayana ni baru nak masuk 3 tahun, 3 tahun hanya ada playgroup pada hari rabu & jumaat dan selebihnya day care.
Yang diasuh oleh 2 bibik dan 1 orang teacher.
Yang usia 3 tahun ke bawah ni suma duduk dalam bilik yang x buat ape2..
Emm..aku tanye tak boleh ke walau x cukup 4 tahun masuk gak kelas 4 tahun..? Teacher kat sana tu kata tak boleh.
Frust la pulak.
Pada aku pembelajaran tak boleh ikut usia. Dah budak tu excited nak belajar, masukkan ajelah 4 tahun. Aku dah ajar Dayana A,B, C dan segala tok nenek yang basic sejak umur dia 6 bulan. So walau umur dia baru 3 tahun bulan ni dia dah kenal A, B, C dan lain-lain lagi.
Aku tengok kelas 4 tahun , tengah kelas multimedia,tengah pasang projektor siap tgh belajar animal sound..
Harga kalau usia 4 tahun-Rm400 (day care +tadika)

Yana's reaction: Dia dengan selamba dok sekali ngan student2 yang lain. Nyanyi dan buat gaya sama2. Nak dekat 10 minit aku pujuk baru dia nak balik.

Tadika Genius Aulad

Sape tak tau kan si Genius Aulad ni kan,..
Bayangkan Yana baru 3-4 bulan tiap kali nampak bunting dia masa aku nak gi ofis..terus berangan2 nak antar Yana kat sini la bila dah sampai waktunye.
Penerangan yang very professional.
Siap ada marketing kit. Kelas 8.30 pagi sampai 11.30 pagi, Pastu kena cari nursery yang ada daycare.
Ada 3 subject. Bahasa Melayu, Iqra' (tak tau ape nama dia tapi bukan totally Iqra' sangat le) ngan English. Matematik basic untuk 4 tahun kiraan 1-20.
Penekanan lebih kepada membaca.
Bila dia terangkan dengan lebih lanjut aku dapat rasa konsep dia ni lebih kepada budak2 mengenal perkataan bukan tangkap sukukata dan seterusnya mengeja sendiri.
Tapi katanya usia 4 tahun kalu guna kaedah ni biasanya dah boleh baca.
Fee RM260.

Yana's reaction: Aku sampai kelas dah habis. So dia dok main2 kat kelas yang kosong tu, amik buku-buku yang ada..Teacher Mumira yang layan kitorang tu folo ajela. Yelah targeted client kan...

Kesimpulan hari ini
1) paling aku rasa ok dan bersesuaian dengan keadaan aku ialah Tadika Seri Lebah Madu. Tapi Yana pulak macam tak nak. Aku pun risau kot-kot lebih kurang Tots aje sebenarnya memandangkan pengasas Tots dan Seri Lebah Madu adalah orang yang sama cuma masa tahun 2000 dia berpecah.
2)paling aku teringin ialah Genius Aulad tapi apakan daya sangat lah leceh nak lepaskan anak ke day care yang lain pulak sebelah petang. Pastu kalau pakai transporter pun mcm tak harap aje aku nak lepaskan Yana lagi.
3)paling yana nampak excited sangat ialah Assakeenah tapi umur 4 tahun pulak baru ada belajar hari-hari. Nak masukkan sekarang cam kesian pulak kena dok mcm baby tak buat ape2 sedangkan dia tgh craving for new learning everyday.
5)Jangan percaya pada brand sebaliknya memang kena survey sendiri. Bila aku tengok sendiri, baru aku tersedar dari mimpi brand yang glamer2 ni tak semestinya memuaskan hati aku sangat.
6)Taska-taska yang berteraskan Islamic concept sekarang ni nampak berteraskan keuntungan sedikit. Maaf aku cakap macam tu. Tapi mungkin sebab nak cover cost rental dan teacher serta utilities yang makin mahal sekarang. Tetapi kadang2 aku merasakan pengusaha2 taska seolah-olah mengambil kesempatan dengan mengenakan charge yang tinggi memandangkan ibu-bapa sekarang sangat menitikberatkan pendidikan awal kepada kanak2. Persoalannya teacher yang dihire, module pembelajaran, penekanan akhlak dan sahsiah adakah bersesuaian dengan nilai RM yang dikenakan.

Perkara tentang ilmu sangatlah penting bagi aku. Aku sanggup save duit makan semata-mata nak belikan buku dan cari taska yang berkualiti untuk anak aku. Tetapi bila tengok tempat yang menyedihkan, aku rasa kesian pada ibu bapa anak-anak yang duduk di taska sedemikian.

Aku rasa tertipu bagi pihak mereka.

Sekali lagi. Ini pendapat aku semata-mata. bukan nak menjatuhkan sesiapa. Kalau rasa bermanfaat terimalah seadanya. Kalau rasa tak sila lah say good bye pada blog aku yang terpencil ni.



 

Thursday, August 23, 2012

I am Job Seeker

Entry pasal raya nanti le ye..

Ni nak membebel jap..Luahan yang paling dalam.

Jenuh nak menjawab persoalan org.."Mengapa ko masih keje kat Dot Dot Dot walau ko tau environment ####..Management &&&& dan lain2 lagi . Its 7 years babe,,,"

"Somemore ko ada degree in Chemistry. "

Well..apa aku nak jawab ye. Biasanya aku jawab tak de rezeki lagi. Persoalan jodoh, rezeki, ajal, maut adalah kerja Allah S.W,T.

Untuk jawapan yang lebih saintifik ialah..sila refer di bawah. Pasni kalu ada org tanya aku akan suruh refer entry ni..

1) Mengapa aku takde dalam chemistry line..?Sebab pas graduate aku terus accept kerja kat ####. Rezeki aku murah kat sini..selang berapa bulan terus naik gaji, promotion dll.
2)Dalam pada tu aku still cari kerja lain jugak sehingga hari ni. Tak pernah dalam sebulan pun aku miss bukak jobstreet. Tetapi macam yang aku cakap tadi semua tu kerja Allah.Aku telah USAHA, USAHA dan seberUSAHAnya..tapi tak dapat. Nak suruh aku wat apa..Nak suruh aku resign kat sini semata 2 reason dot,,dot..dot di atas. Pastu nak makan apa..Makan pasir..Nak mengharap duit suami aje..??
3)Aku yakin Allah ada perancangan yang sentiasa lebih baik untuk aku. Dan kerja kat sini walau pun banyak propaganza negatif..tetapi tak pernah ada sekali pun aku tak merasa duit gaji. Korang pernah dengar orang tak dibayar gaji? Banyak sangat syarikat yang wat mcm tu sebab nak bankrap. Alhamdulillah aku tak tergolong pulak orang yang berpiket tepi jalan marahkan company x bayar gaji 3 bulan.
4)Jauh dalam hati aku memang aku nak sangat merasa kerja kat tempat lain..Tapi ..ye anda tau jawapannya..Sila refer jawapan kat atas.
5)Jadi kawan2 sekalian tolonglah jangan tanya aku lagi pasal ni.Sebab tak baek tau tanya banyak2 kali. Kalau korang tanya pastu leh tolong aku dapatkan kerja kat tempat lain ok gak.Kalu setakat wat aku sengih2 mcm kerang busuk pastu wat muke ala2 Ustazah Pilihan berceramah pasal rezeki Allah..tak yah lah ye.
Aku tau korang sayang aku. Kalu sayang meh belanja aku makan lagi banyak pekdah..

Rasa nak Post gambar aku kat Mudah.com mcm ni tau dak??
Sayang korang..Muahh..

Friday, August 17, 2012

Birthday Yana at Nursery

Over ye aku ni..



Beriya betul Yana celebrate birthday dia..kat school pun buat..Kat umah pun bakal buat..so ni gambar dia masa celebrate birthday dia kat school. Baik teacher dia siap snapkan gambar..

Meleleh tgk kek dia. Asal2 aku mintak gambar dora..Tapi si yanz kata dah abis edible dora kat kedai..Tak kisah le princess pun jadi. Bukakle blog yanz tu, mcm2 design yang cantik ada. Mana yang area shah alam le..Jauh2 camne plak dia nak antar ye idak..

Pas raya ni rasanya nak order lagi le bagi kat school dia..Kesian kat teacher tak merasa time posa gitu..

Monday, August 13, 2012

Gambar Kepam (start dr bawah)

Mama and Nuha..iftar di Hotel ITM
Gaya eksen pulak
Pekena pizza hut .apa kena la si yana suke sgt bergambar mcm ni skrg,,
Nuha Qaisara..fresh from womb.
Sebelum ke dewan bedah untuk melahirkan Nuha Qaisara.."Abang, doakan mie success"

Mama ngidam pizza hut..masa ni a week before deliver rasanya
Ngan mama yang domok..masa ni tgh pregnant 5-6 bulan kot
Dah anak dara die ni..
Jenjalan kat KLCC masa Raya Cina tahun ni..

Sunday, August 12, 2012

Happy Birthday Nur Dayana Zulfah

12/8-10.20 pagi dia dilahirkan di PPUM.
Sekarang usianya 3 tahun. Petah sangat bercakap sampai x larat nak layan..
Akan ku usahakan birthday partynya masa raya ni..
Love u so much my dear dayana..

Wednesday, August 8, 2012

Sudah 4 Tahun

Alhamdulillah..

Hari ini adalah tarikhnya aku dinikahkan dengan en rahim..4 tahun lalu.
Tak sangka..pejam celik pejam celik anak dah dua..
4 tahun anak 2..8 tahun anak 4 la kot..pastu dah-dah..stop..hukhuk..

Makin lama aku makin sayang dan cinta. Bercinta lepas kahwin ngan ada anak lebih adventure dan berkesan kot.
Sumber:Ummuayman
Sebab suma kena pandai cover. Nak merajuk over-over pun kena pikir panjang. Kang anak nampak sape yang malu aku jugak..
Nak gaduh beriye-iya pun pikir balik..Nak gaduh tu logik ke tak logik.Setakat celah gigi punye isu tak yahla peningkan kepala.
Rasanya dah 3 tahun kami tak bergadoh.
Pasal ape ye? Pasal aku dah x buat perangai. Haha..
Rahsia kami senang aje. X puas ati cakap depan-depan. Jangan pendam-pendam. Masam-masam muka. Dulu mula-mula kawin terbawak2 perangai bercinta. Marah, kecik hati, merajuk sumanye aku pendamkan.
Pastu lama kelamaan ego dalam diri aku pun dah berjaya aku buangkan. Dulu aku x boleh kena tegur. Sekarang aku bahagia jika suami menegur. Maknanya dia perasan segala segi diri aku.
Dan aku pada dia juga begitu. Komen aje selagi ada tak kena. Dan pihak yang ditegur perlu terbuka otak dan hati.
Selain itu give and take. Alhamdulillah segala keja share sama-sama. Takdela suma keja rumah aku kena handle. Dan anak2 pun jaga sama2. Sekarang boleh dikatakan taraf kerapatan anak2 dengan aku dan suami sama rata. Tak de sape yang exceed each other. Melainkan Nuha la.. Sebab en suami tak de dot..dot..dot.

Yang paling penting..ujian mematangkan kami. Mana2 sahabat yang rapat tahu apa yang aku maksudkan dengan ujian. Ujian kami tak sama dengan ujian orang lain. Setiap hari sebelum pergi kerja atau berpisah dengan dia walau 2-3 jam, aku berdoa aku akan jumpa suami aku semula. Kronik tak? Tapi itulah yang sebetulnya. Ajal bile2 boleh tiba. Sama ada aku pergi dulu atau dia.

Cerita pasal ajal. Penama KWSP tak buat lagi. Harus dibuat.

Adakah mengingati mati selalu maka aku mendekati mati. Atau aku out of date. Umur 30 tahun tapi otak asyik berfikir bila lagi aku akan menongkat bumi. Pada aku tak..Semakin banyak aku membaca terutamanya buku-buku agama membuatkan aku sentiasa risau bekalan menuju mati. Sebab bila-bila aku boleh pergi dulu. Mengingati mati juga membuatkan kita sedar bahawa setiap nyawa adalah pinjaman semata-mata.Kesayangan kita adalah lebih disayangi oleh Allah s.w.t.

Ape aku membebel ni..Jauh menyimpang pulak.

teringat Dayana yang semakin petah bercakap. Semalam dia sudah pun memasuki topik yang aku rasakan aku perlu study sebelum menjawab. Grr..dia ni advance sangat atau aku yang kurang ilmu untuk menjawab..
 Yana: Mama, kenapa dah malam?
Mama : Sebab matahari dah terbenam.
Yana: Siapa buat matahari terbenam?
Mama: Allah lah..Allah Tuhan kita.
Yana : Allah tu ada kat atas ke??
Mama: Allah ada dekat mana-mana. Allah yang jadikan mama, ayah, yana, adik, teacher, umar..
Yana: Allah jadikan tilam, botol susu, tv, astro, upin, ipin, ayam goreng..

Mama: (Fuhh..selamat..dia dah lari topik).

Budak bijak kesayangan saya. Moga dia terus bijak berfikir.


Sunday, August 5, 2012

Cite Banyak2

Travelog Kehidupan Abadi

Baru beli novel ni last week. Habis baca dalam tempoh 3 jam..Huh..handal. Dahla kat umah mak mertua..Selamat mak mertua baik, tak kisah agaknya menantu pemalas dia ni melepak aje kojo eh..

Cover TKA (RM 19.90 shj)
Penulis Raudzah Roslan. Sambungan dari Travelog Cinta Abadi dan Travelog Impian Abadi. TIA aku masih tak baca lagi..Terus jump ke TKA ni..Macam biasanya tulisannya segar dan rapat dengan aku. Maknanya aku suka gaya penulisannya. Kisah seorang isteri yang berjuang di sisi suami masa suami sibuk bertungkus lumus menyiapkan Master & PHD. Seorang perempuan yang banyak cita-cita namun pengorbanan sebagai isteri dan ibu yang lebih utama.(Emmm..mcm ada kena mengena dengan aku).
 Apa yang aku suka mengenai buku ini dan TCA adalah ceritanya simple-simple tetapi setiap satu jika difikirkan semula ada pengajaran yang sangat bermakna..Aku pula seorang yang benci mengenang kisah lampau. Tiada apa yang pahit..tapi aku suka terus ke depan. Dan aku juga sangat susah mengingat apa2 yang terjadi melainkan ianya adalah benar-benar signifikan dalam hidup aku. Maka nya, penulis Roza Roslan adalah seorang yang aku kagum sebab dia boleh ingat every single thing in her life and present it well in her novel.
Hakikat Duit
Aku pernah dengar dalam radio..harta atau wang yang betul2 dianugerahkan Allah pada kita adalah apa yang kita makan hingga habis, apa yang kita pakai hingga lusuh dan selebihnya bukan milik kita maka bersedekahlah...
Aku juga pernah mendengar bahawa duit itu adalah ujian buat kita.
Dan ujian yang paling sukar ialah mengikhlaskan hati apabila perkara berkaitan duit contohnya sedekah, zakat dan lain-lain lagi.
Itu memang benar.
Sebab hati aku akan bersungut bila orang hendak meminjam duit.
Dan lebih bersungut apabila orang yang mengadu kesempitan duit dan menggunakan bahasa yang menjadikan aku rasa bersalah jika tidak memberi, hidupnya lebih mewah dari aku..menggunakan galaxy note, baju dan beg tangan berjenama, makan di hotel sedang aku memakai baju sekadar cap dot..dot..dot, beg tangan tiruan dan makan seadanya.
Jadi jahatkah aku jika tidak ikhlas dan bersungut..
Mencari ikhlas umpama mencari jarum dalam tasik..Lagi dicari lagi banyak ujian pada hati


Friday, August 3, 2012

Ye ke Tidak..??

Saya baru-baru mula nak meniaga..Kalau rasa nak beli jubah, baju kurung dll lagi leh la jenguk

kedai blog online yang bau2 kedai lagi

kedai facebook online yang dok giat nak add 2 orang..sape yang x approve saya ngumpat dia banyak2..haha.. Tak pun korang search kat facebook tu nama dia Aimmie Heartlove


ok..sayang sape yang rajin baca blog ni walau korang malas komen..sape yang rajin komen lagi la saya sayang iaitu Kak Tini de bomm..

Doakan saya istiqamah kat benda ni pada masa yang sama x curik tulang kat ofis sebab berdosa kalau curik tulang..

Sunday, July 29, 2012

Update di Ramadhan ke 10

Nur Nuha Qaisara

Dia dah pandai meniarap akhirnya Selasa lepas. Sedaya upaya mencuba akhirnya berjaya juga. Sekarang pantang diletakkan dia akan terus berpusing. Nampaknya tak boleh lagi diletakkan atas sofa dan katil..

Orangnya suka tersenyum dan mengangakan mulut luas-luas bila diagah..Comel sangat. Teringat Dayana di usia ini, aku akan make sure segala perkembangannya ku catit. Sekarang, segalanya x sempat. Mana nak update blog, nak kemas rumah, nak masak, nak layan Dayana Zulfah bercerita...nak urut Nuha Qaisara.x pela yang penting Nuha sihat dan ceria selalu.
Tersengih bila diagah

Bila ada masa akan ku update blog sekadar catitan memori sekali-sekala.

Waktu menyusu pantang nampak mama dah berulang. Aku bakal kesakitan belakang seperti zaman Dayana Zulfah  kerana  dia dah mula, pasti akan menangis bila nampak aku  dan minta disusukan. Tapi peliknya, itu yang membuat aku bahagia.

Seperti aku katakan pada kawan, breastfeeding is my passion, Melihat stok susu, pam susu, memerah susu, anak menyusu menjadikan aku sangat teruja.
Stok susu
Medela FS-gajet paling bernilai
Sama terujanya ketika aku melihat buku. Walau hasil perahan aku kata orang lain tak banyak, aku peduli apa, Susu aku untuk anak aku. Bukan aku nak menyusukan anak orang lain jadi susu aku perlu banyak berdozen-dozen..

Nur Dayana Zulfah

Si kakak yang bijak. Suka belajar. Suka mewarna. Fast learner. Suka menyanyi. Sensitif.

Apa lagi yang perlu diceritakan mengenai buah hati aku yang sulung ini..

Adakala dia membuatkan aku jadi singa atau kadangkala aku jadi ketulan ais yang mencair bila dia berkata-kata manja..

Membesarkan dia aku rasa satu anugerah dari Allah supaya aku memperbaiki diri.

Kerana dia seorang peniru gaya yang sangat hebat. Jika aku berkata kasar dia akan jadi lebih kasar. jika aku lembut, jadi lebih lembut. Jadi aku mesti jadi seorang yang sabar walau sebenarnya aku bukan begitu.

Anak adalah anugerah pada masa yang sama dia adalah ujian..

video
Dari Aisyah r.a katanya: "Seorang wanita datang kepadaku membawa dua orang anaknya, meminta makanan. Tetapi tiada apa yang boleh didapatinya daripadaku ketika itu selain daripada sebiji kurma, lalu kuberikan kepadanya. Kurma itu dibahagi dua dan diberikannya kepada kedua anaknya itu, dan ia sendiri tidak memakannya. Kemudian ia berdiri dan terus pergi. Setelah nabi s.a.w datang, aku ceritakan hal itu kepada baginda. Sabda beginda s.a.w, “Sesiapa mendapat cubaan kerana beberapa anak daripadanya, maka semuanya itu akan menjadi dinding baginya daripada api neraka.” (Bukhari)

sumber: i love islam

Thursday, July 19, 2012

Tuesday, July 10, 2012

Jalan2 Aquaria KLCC

Hari Ahad 08 July, kami anak beranak merayap gi KLCC..
teringat si Dayana start aku bsalin smpi si Nuha dah 4 bulan x bawak mana2 melainkan shopping complex aje..
Mcm biasa kitorang suka naik LRT gi KLCC..
pukul 6 pagi aku dh bangun masak mihun ngan wat sandwich..(leh lak bangun awal ye..time hari keje bercinta nak bangun..)
Nuha lak kitorang pakai carrier aje..Seksa nak angkut stroller naik lrt..

Sampai2 pekena mihun dulu..pastu Dayana gi berenndam kat kolam free tu..
Ayahnya la yang jadi peneman..mama ngan Nuha dok santai2 atas rumput sambil tengok langit pagi..Bestnya..rasa nak baring aje..



PAs mandi..Dayana gi main2 lak kat playground area situ pastu menepek kat aku mintak susu..


Pastu merayap la ke Aquaria..MAhal ke main..35 inggit sorang..slamat Nuha ngan Dayana free..Okla dalam tu..gambar pun gelap aje..almaklumla gambar handhone aje..
Selamat Nuha good girl. Paling excited Yana la...mcm nak berendam gak dalam akuarium tu aku tengok...
Sakit tangan aku mendukung die..Sbb dia nak menengok ikan2 kat atas kepala kitorang..




Mama..boleh tak Yana salam dgn angkasawan tu..??Salam la..

dalam 2 jam baru kitorang kuar,..Smayang zohor kat area situ jugak..Kuar2 surau tetiba adala maskot Upin Ipin tgh jalan..diorang ada private party kat area Kenny Rogers..Si Yana kejar dia, dia capai tangan si Ipin tu siap cium lagi..Pastu dia dok berebut2 nak pegang si maskot 2 org tu.

Pastu ada amoi sound kitorang kata ni private party..so tak leh masuk..

Sedih aku. Yana pun tak berenti2 tanya nak jumpe Upin Ipin..

Last2 si maskot berdua tu jalan nak balik bilik persalinan..aku kejar bawak Yana sekali..siap suruh si Ipin dukung Yana..
baru anak aku sengih..Hisy...budak2 sungguh..Aku pun budak2..Haha..tapi x sampai hati tgk anak aku dok kejar2 mcm tu..





Okla minggu ni nak gi mana lak..Rasanya nak bwk diorang berkelah kat stadium ukm aje kot..Aku lak nak bejoging..