Pages

Tuesday, January 31, 2012

Melayan Emosi

Aku sekarang ni pantang ada yang menyentuh hati..
rasa sedihnya terbawak2 sampai 4-5 jam
air mata lak mcm air terjun
non stop...
dilayan sahaja rasa itu
......
asalkan tak membawa mudharat pada diri
yana leh pujuk aku td,terubat gak rasa sayu kat hati
"mama, kenapa ni?mama jgn sedih..mama dah besar."
thanks sayang.



sila tonton ariana mikhail ye kat tv9 isnin selasa 8.30 malam..sy sgt suka tgk nora danish skrg..hrp2 anak aku laki ke pompuan muka comel mcm dia..

Sunday, January 29, 2012

Preparation-Kehadiran Si Cilik Kedua

Hari ni genap 8 bulan aku pegnen...
Kalau ikut day calculator kat sidebar blog ni lagi 50 hari aku nak bersalin..
25th March katanya..
Aku harap2 13th March 2012-biar sama date birthday dengan cik abang aku..
tapi bile2 pun tak kisahle..asal sihat dan moga2 Allah kurniakan aku kekuatan untuk aku mudah melahirkan..

So cuti minggu ni tahniah pada diri aku yang akhirnya berjaya gak basuh baju2 baby (baju2 baru+ baju warisan Kakak Yana).

Pas makan tengahari tadi aku dah start packing barang2 nak dibawa ke hospital ya'ni:

1) baju baby 3 pasang (3 baju siang iaitu rompers 3 pasang)
2) kain batik
3)t-shirt
4)pampers new born 10 keping
5)maternity pad 1 pack (10 keping)
6)baju nak kuar spital (baju kurung biru-baju yg sama aku kuar dr PPUM masa bersalinkan Yana, rasa2 nak wat baju tu cam baju rasmi pas bersalin le..pemberian encik suami sebelum kawin..besar baju tu..dia ingat aku gemok benor agaknya.
7)tuala
8)tuala baby +kain napkin 5 helao
9)toiletries aku (syampu, sabun, ubat gigi, berus gigi)
10)toiletries baby (bedak ngan minyak hangat aje)
11)minyak hangat aku..
12)setokin

pending nak masuk beg:
1)air selusuh (abah aku dah buatkan semalam)
2)buku merah checkup bulan2
3)tafsir Quran
4)ape2 novel wat baca penghilang boring..

okla nanti aku sambung lagi

Thursday, January 26, 2012

Demam 2012

Mila demam
Imran & Irfan anak Zura demam..
hari ni giliran Yana lak demam...
39C...

aku still hantar gak gi Taska tadi..
tapi cam rasa bsalah lak..
aku rasa last dia demam Mei 2011..power tak power anak aku..
berkat susu ibu dia yang kuat makan ni kot...
so jap lagi aku balik..
slmt bos baik bagi aku half day...
nak bawak gi klinik rasanya..mungkin SMC terus kot...
dekat dan servis bagus..
harga?tak kisahle..
setahun berapa kali sgt anak aku demam..
jgnla sebab dia terlampau sedih masuk taska dia demam..
takpe cayang..mama cuti 2 hari..
sok tolong mama basuh baju baby ye..
muah22..........................

4 Buku

Alhamdulillah, kerajaan Malaysia murah hati bagi aku voucher buku sebanyak RM200…yelah..aku kan student..hehe..walaupun part time dapat jugak..
Oleh kerana kebiasaannya lecture yang akan suggest buku mana kitorang beli, kelas aku pulak hanya start 3 March nanti dan voucher ni tamat tempoh pun bulan March…jadi aku pun tanpa berlengah beli buku yang dah lama aku mengidam tapi terhalang sebab kedekut nak kuar duit sendiri..isyh-isyh…beli baju tak pulak kedekut ye….
So pada tanggal 19 Jan 2012 setelah tamat routine monthly chekup maternity kat klinik kerajaan seksyen 19, aku dan suami pun startle operasi kitorang mencari buku. Arakian, suamiku dipaksa untuk tak gi UKM aritu semata2 nak jalan2 ngan aku..LAgipun dia pun dapat voucher gak kan, apalah salahnya menemankan wifenya yang makin lama makin slow nak melangkah ni..
Jadi 4 buku yang aku beli kat MPH Subang Parade dan menggenapkan jumlah keseluruhannya RM200 ialah:
1) HypnoBirthing, author dia Marie Morgan..


Dah lama aku usha teknik bersalin yang dipanggil hypnobirthing ni..Harga buku ni 79.90. Tapi bila aku baca secara keseluruhannya takde la apa yang interesting sangat. Minah Salleh ni Cuma mengetengahkan teknik bersalin secara semulajadi tanpa paksaan. Pada dia kelahiran bayi ni patut dibiarkan secara semulajadi yang dikoordinasikan oleh tubuh manusia dan bayi dalam perut itu sendiri. Bantuan epidural, gas, pembedahan dan lain-lain tak perlu. Yang paling menarik ialah meneran ketika melahirkan juga perlu dielakkan. Kiranya mak-mak yang nak bersalin ni perlu enjoy saat melahirkan, kenali tubuh dan pergerakan bayi dalam perut, perubahan fisiologi uterus ketika terasa sakit nak melahirkan maka kelahiran itu akan lebih tenang dan bermakna pada bayi dan ibu.
Semuanya aku setuju. Aku harap aku dapat la bereleksasi waktu saat nak melahirkan nanti dan tak sengsara sangat mcm zaman aku nak bersalinkan Yana.
Yang paling utama dalam konsep hypnobirthing ni, mak yang nak bersalin ni perlu mengawal otak dan emosi agar tak takut untuk menghadapi detik kelahiran.

"When you change the way you view birth, the way you birth will change."
-Marie F. Mongan.
Kalau ada sesape berminat nak faham lagi pasal hypnobirthing ni leh la jenguk web hypnobirthing ni.. http://www.hypnobirthing.com.my. Diorang ni kira dah mcm pertubuhan yang provide kelas pada ibu2 yang bakal melahirkan dan ada cawangan di Malaysia juga. Ada beberapa teknik/ senaman yang disyorkan pada ibu-ibu yang tengah mengandung dari minggu ke 34 hingga terasa nak bersalin supaya melancarkan otot-otot badan dan yang terutamanya teknik pernafasan yang betul. Minggu ni rasanya aku kena start belajar teknik pernafasan yang dia ajar. Oh lupe nak bagitau, buku ni disediakan sekali CD..tapi aku tak sempat lagi nak nengok apa kandungan dia..NAnti kalu aku dah menelaah nanti akan ku cerita secara details.
Seelok2nya kalau anda berduit dan betul2 bersemangat nak apply teknik ni, gi la kelas dia. Ni aku dpt link dia.. http://hypnobirthing.com.my/node/423..tapi oleh kerana aku ni dah cam terlewat pastu fee dia RM780 per couple..jadi aku membatalkan ajela niat suci murni aku tu..Rasanya itu budget aku nak wat kenduri akikah nanti….

2) Travelog Cinta Abadi-Masa Yang Berlalu-Roza Roslan

Oleh kerana jiwa puitis yang memang dah semulajadi ada kat diri aku ni..hehe, jadi aku pun membeli la buku yang bergenrekan novel. Tapi oleh sebab usia yang dah makin meningkat, jadi bab cintan cintun, I lap u, u lap me, kahwin paksa dan lain-lain klise novel yang biasa, cubalah aku elakkan. Baik cari yang mendatangkan otak aku berjalan sikit.
So Roza Roslan ni wife kepada sorang blogger @ ex-pensyarah UITM yang aku admire gaya penulisannya..leh rujuk http://muhdkamil.org/blog. Sekarang diorang dah berhijrah ke Madinah..Banyak entry dia yang menyedarkan aku, biasanya pagi2 sebaik aje laptop aku yang berat gedabak ni terbukak, web first yang aku bukak adalah blog ni. Amik masa dlm 2 minit aje pastu br sambung wat keje rutin kat ofis ni.

So TCA-masa yang berlalu ni..mula2 aku agak skeptical bila tengok gaya bahasa dia yang simple dan mostly menceritakan pengalaman masa dia kecik-kecik.. Last-last aku jatuh hati bila setiap bab tu menimbulkan tanda tanya dan pada masa yang sama menyebabkan aku mengalirkan air mata. Cerita dia tentang kesusahan masa kecik, kegarangan abah nya, ketomboiyan nye, kesayangannye pada neneknya, keakrabannye dengan adik beradik yang lain dan paling penting sikap berdikari menguruskan rumah waktu ibu dan ayahnya sibuk mencari rezeki. Oh, harga buku ni murah aje..makan kat KFC kalu sekali 2 orang pun lagi mahal. RM 19.90.

Yet it is a simple novel but educational method to judging myself.

Sebab kalau nak dibandingkan dengan aku, terasalah jauh panggang dr api. Walau mak abah aku takdelah sesenang mana masa aku kecik, di celah2 lorong Taman Dato Harun tu aku still lagi tak yah susah payah nak masak, basuh baju dan buat satu hapah keje rumah. Zaman kecik2 aku memang zaman budak2 kecik. Takde apa yang menunjukkan aku ni berdikari. Aku rasa semua adik beradik aku dpt layanan sama rata dari mak aku. Walau pun dia ni keras sikit kadang2 aku rasa dia tak sayang kitorang pun, tapi tak pernah lagi dikerahnya kitorang wat keje umah. Malah akulah penyebok paling utama waktu diorang susah payah nak meniaga rojak, laksa dan mee kari masa aku kecik2 dulu.

Kenapa dulu2 aku malu nak mengaku mak aku meniaga rojak ye?

Tapi sekarang rasa cam bangga gitu sebab mak abah aku susah sgt masa aku kecik tp sekarang diorang dah tak payah nak mengharungi zaman2 cam dulu. Alhamdulillah, abah dah ada 2 kete dan mak yang dah nak masuk 60 tahun ni leh pecut ngan VIVA nye kat NPE. Walau dok umah buruk tapi takdelah diorang susah sgt.

Dulu masa sek menengah, aku segan banget bila abah dtg bawak VESPA hijau nye yang seksi tu..Yela member2 aku kaya2 belaka..

Tapi akal separa sedar aku tiba2 teringat masa aku dlm 5-6 tahun abah usung aku naik VESPA buruk tu gi tempat keje dia kat Masjid UM. Pelik ek apasal polis tak heran pun masa zaman tu walau aku dok kat depan (bhg yang leh berdiri tu)..

Aku memang penyebok di mana2 tapi tak pernah aku kena dera buat keje umah.

Sebab tulah dah kawin aku ni mcm learn from basic. Alhamdulillah, dpt suami yang memahami. Kesimpulannya, tak layak langsung aku ni nak buat tak tentu pasal ngan mak abah aku, berkira pasal duit atau nak berlaku kerek ngan diorang. Sebab aku dibesarkan dengan penuh sempurna smpila ada keje, rumahtangga, anak dah nak masuk 2 mcm sekarang..

Jadi nikmat Tuhan manakah yang kamu dustakan?


3) Doctor in the House-Dr Mahathir Mohamad

Buku yang paling mahal dalam episode aku menghabiskan voucher hari itu ialah buku Tun Mahathir. Doctor in the House..Gila hot buku ni..Cari punya cari kat MPH SACC tak ada, Popular Empire takde, sampaila kitorang ke MPH Subang Parade.tinggal 3 ketul aje..Memang rezeki MPH Subang Parade la haritu nak merasa voucher bernombor studentkan aku.

Aku memang peminat blog Tun. see http://www.chedet.cc/. Mungkin ada sesetengah orang menganggap dia autokratik, penindas, dan mcm2 lagi. Tapi bg aku dia pemikir yang hebat. Menyelusuri kisah hidup dia lebih membuatkan aku senyum dan bermotivasi sendiri.

Politic is politic. Tak siapa boleh paksa jika ada yang benci pemerintah sekarang. Tak ada siapa juga yang boleh paksa jika ramai yang rasa selesa dengan pentadbiran yang ada sekarang sejak dr aku lahir iaitu zaman Tun mula mentadbir Negara. 1982. Selagi kita membenci, maka makin banyak fakta yang kita keluar untuk mendokong rasa benci itu. Tapi selagi kita menyokong, berapa banyak hujah pun tak mampu untuk menukarkan rasa percaya kita kepada rasa tak selamat atas pentadbiran yang ada.

Ramai reviewer dan pengkritik buku yang condemn seolah2 Tun menjadikan naskah ni sebagai medium untuk dia menegakkan setiap tindakan yang diambilnya adalah benar. Tapi pada aku itu adalah normal selaku penulis naskah sendiri yang menhasilkan autobiografi sendiri. Kalau kita sendiri menulis cerita autobiografi kita, pastilah kita akan menggunakannya sebaik mungkin untuk menunjukkan pada khalayak yang kita bersih.

Ada juga yang mengatakan Tun lebih kepada memfitnah. Anwar dalam komennya kepada media tentang buku ni mengatakan Tun menghidap part of amnesia. Manakala Tun Razaleigh pula mengatakan Tun masih tak berubah daripada Political Liars yang dilakukannya semenjak zaman pentadbirannya.

Itu hak mereka untuk bersuara selaku subjek yang diketengahkan dalam naskah Tun ini. Jika mereka rasa dianiaya, gunalah saluran yang betul untuk menyaman Tun. Tapi bak kata Tun, dia rela disaman sebab dia yakin apa yang ditulisnya adalah benar.

Apa yang penting, kita selaku pembaca ambil apa yang paling baik yang ditulisnya untuk kita adaptasikan dalam hidup kita. Jgn pula jadi terlalu bias…menghukum tanpa mengkaji. Dan jangan pula jadi terlampau fanatic, memuja tanpa mentafsir apa yang tak perlu disanjung.

Buku ni lebih kepada memoir Tun dari zaman dia kecik hinggalah ke zaman pentadbirannya sehingga dia resign. Gila tebal. Maka aku masih tak habis lagi baca. Rasanya 1/5 pun tak habis lagi.

Aku baru baca dari zaman kecik dia dan semalam bab yang aku habiskan ialah aktiviti masa Malayan Union. Rupa-rupanya waktu umur dia 19 tahun dia adalah penggerak underground kat Kedah untuk anti Malayan Union. Dia dan geng2 nya menampal poster yang dibuat banyak2 menggunakan cop daripada kentang dan ditampal menggunakan gam kanji pada waktu tengah malam di sekitar bandar Alor Setar.

Selain dari tu banyak zaman kecik yang menarik, contohnya ayahnya yang begitu serius pasal soal pendidikan, maknya yang tak banyak tanya, kisah dia meniaga kuih & pisang masa zaman jepun dan yang paling melekat di hati aku paradigm dia pasal kecintaan dia pada asal-usulnya selaku bangsa Melayu walaupun dia juga turut mengaku ada terselit darah mamak dalam keturunan ayahnya.

Dalam begitu memujanya dia pasal Melayu, terselit juga rasa sedihnya bila melihat Melayu mudah meyerah kalah terutamanya dalam situasi Malayan Union dan kesanggupan raja-raja Kedah bersetuju apabila pihak Jepun menghadiahkan Kedah kepada Siam. Seolah-olah tanah Melayu adalah sesuatu yang bukan milik bangsa Melayu itu sendiri.

Semalam aku skip hingga ke bab DSAI (Dato’ Seri Anwar Ibrahim) mula-mula join UMNO. Dr Mahathir sendiri mengaku DSAI mempunyai aura yang tersendiri sehingga dia merasakan Anwar adalah his true supporter. So hingga situ aje aku baca. Nanti dah habis aku ulas cantik-cantik smpi korang tak yah beli pun buku ni..HAhaha..yela sangat.


4) Kisah Kanak-kanak Dongeng Binatang

Dalam sibuk untuk mak, untuk anak pun aku tak lupe. Walaupun Yana tak pandai lagi baca tapi 2-3 menjak ni sejak aku memulakan aktiviti bercerita sebelum tido, dia dah pandai request nak cerita-cerita dongeng.

“Mama, nak cerita tiger..”
“Mama, nak cerita singa ngan tikus..”
“Mama, nak cerita sang kancil..”

Apatah lagi husband aku rajin lak mendownload kat You tube cerita2 kanak2 contohnya sang Kancil dengan Buaya, Sang Kancil dengan Monyet, Sang Kancil dengan Kerbau dan Buaya, Sang Gagak…lagila dia suka bercerita.

Kelakar bila dengar dia cerita balik pasal Sang kancil dengan Buaya.

“Buaya-buaya sekalian, beratur..!!”

Pastu “Awas Sang Monyet..Pedas cili tu..”

Dengan gaya yang begitu poyo sekali..Tapi cerita2 kat You Tube tu ada gak terselit perkataan B*D*H. So aku ngan ayahnya la yang memainkan peranan bila perkatan tu keluar, kitorang gelak kuat2 mcm nak rak bagi dia x dengar.

Teacher Yana kat Taska kata dia ni mcm budak 5 tahun. Selain petah bercakap gaya dia matang dr orang yang usia 2 tahun setengah..
Tak kisahla apa2 pun. Aku nak anak aku membesar normal, sihat.

Berbalik pada buku ni, ada lebih kurang 20 cerita binatang dlm ni. Harga sangat la murah-RM6.90 aje. Baik beli buku ni dr korang beli mainan pistol atau anak patung Barbie yang leh buat makan lunch kat food court seminggu tu..

Tapi malang nasib buku ni. Dah mcm belacan kena conteng….Gambar tak sempat lak aku snap…Nanti kalu teringat aku tepekkan.

Tak kisah le…Jgn koyak sudah.. Koyak memang kepantangan aku sejak azali..

Pas ni aku nak ajar dia cerita-cerita dari Al-Quran pulak…Kat MPH banyak gak buku2 mcm tu dijual. Tapi mungkin kena cari yang santai2 sikit sesuai dengan usia dia.

Pasal cerita2 Snow White, Cinderella, Pinochio dan lain2 lagi. Sorila…saya tak berminat nak mewesternkan anak saya…Biar dia kampong mcm saya walau kitorang dok kat Bandar..

Monday, January 23, 2012

tak penat ke?

"mama..tengok ni..cantik tak dayanazulfah?"
"mama...jom kite belajar.."
"kenapa ni mama..jangan sedih.."
"mama macam mana bunyi kilat...?"
mama, macam mana bunyi cicak..?"'
"haa..pandai ayah buat bunyi cicak..mama tak pandai."
"mama, mcm mana bunyi siang...."
Bunyi siang????

adoiyai..24-7 non stop talking....penat jugak melayan si kecik 2 tahun 5bulan yang semakin petah bercakap ni..
dia senyap masa tidur aje..
kadang2 rasa nak marah aje
tapi aku selalu istighfar...inilah suara yang buat aku terkejar-kejar nak balik tiap hari dari ofis..
kalau dia tak bercakap..sunyi jangan cakaplah..

Naik Camel


Di KLCC..hadiah sebab good girl di taska


Peace!!


sekarang bahasakan dirinya dayanazulfah..mungkin kat taska teacher2 dia panggil nama penuh dia kot..
geli hati pun ada kadang2...
mcm2 benda yang tak terfikir keluar dari mulut dia..
tentang taska..alhamdulillah dia makin pandai sesuaikan diri..
cuma nak pergi aje muka mencebik sikit..tapi bila aku nak ambik balik petang ..mak ai siksanya..tak nak balik..
mungkin member2 dia tak balik lagi....

paling geli hati kejap tadi masa dia nak tido..
ayah dia ajak tido sekali..
dia boleh ckp..
"ayah jgn sedih..yana tido dgn mama..mama ada nenen.."
hahahha...
geli betul hati..
sebenarnya aku tengah berbelah bahagi nak weaning off atau tidak..
ikutkan hati memang tak sanggup
biarlah 2-2 anak aku menyusu sampai waktu diorang sendiri rasa nak berhenti
tapi dengan perut aku yang makin sarat ni..kadang2 rasa perit sangat belakang bila mengiring terlampau lama waktu malam...
tengoklah dulu mcm mana....
hmmm...

Monday, January 16, 2012

emosi mencabar personaliti

wah tajuk apakah ini...
heheh..
aku dah takde mood nak buat keje ni..
sakit hati tul..
teacher yana call tadi..
sound aku supaya tak payah risau sangat pasal yana kat taska
puncanya tadi aku hantar yana smpi dlm taska..
pastu aku ngendap nak tgk diorang belajar ape..
hehhehe..malu lak rasanya
fanatik sgt nak tau perkembangan anak
tapi aku rasa tak salah aku amik tau sikit sebanyak
bukannya aku dok tepi tu sampai sejam pun
tak sampai seminit pun
pastu aku hantar dlm memang aku nak tgk mcm mana keadaan dlm tu..
sorryle..aku ni memang cerewet sikit..
teacher dia ckp kena percayakan cikgu2 yang jaga dia
aku ckp.."memangla saya percaya..tak percaya saya tak hantar.."
aduh mcm manalah leh terganaz...
hehehhe

Tuesday, January 10, 2012

sisi poyo mama kamu

hari ni aku tak hantar yana ke taska
ayahnya menghantar si kecik tu jalan terkedek2 memegang payung dan aku memandang dr jauh...
serius.tak sampai hati tgk dia nangis
dah dua hari aku menangis curik2 kat ofis..isyhh..isyhh..isy..malu sungguh rasanya..
ibu pulak telefon smlm..ckp teacher yana kat taska rupanya member dia
bocor rahsia kata yana kejap2 nangis kalau teringat kan aku...
ibu dok bodek aku mintak jaga yana balik...
ye kak...
hati keibuan saya kuat nak suruh akak jaga
akak pun dah mcm saudara saya
tapi banyak benda yang saya kena fikirkan
memang Dayana saya sangat manja
ruam akibat pampers pun buat saya tak tentu arah
inikan pulak dia meronta-ronta tak nak ke taska
lagi2 sepanjang 2 tahun dijaga akak dia sentiasa jadi perhatian kerana kepetahannya bercakap dan dia tiada membawa sebarang masalah pada akak..
tapi saya juga mahukan dia bercampur dengan ramai orang
tahu makan sendiri, bawa diri sendiri,
lagi2 hari sabtu kdg2 kami perlu kerja dan taska tots mampu jaga hari sabtu..
itulah cabarannya saya kerja di syarikat swasta kak..
tak sama dengan Kak Nora, Zafirah yang bekerja Proton...
saya kena kuatkan hati kak...
kita doakan sama-sama minggu depan dia akan ok...
insyaAllah sebab saya tahu anak saya bijak dan kuat semangat...
terima kasih juga kak sebab ambil berat...
saya sayang akak.

Sunday, January 8, 2012

survive yana..survive

today is the sixth day yana at taska...
she start crying today when I sent her..
start asking "nak gi rumah ibu..nak jumpa umar.."...


ooooh....sedihnya hati aku
tapi aku tahan jugak...
sabarlahh..sabarlah..
hrp2 yana cpat bawak diri ye sayang...
ini utk masa dpan..kalau dah ada adik nanti mcm mana
takkan nak hantar ibu jugak..mau tak cukup tangan org tua tu ramai sgt..
masuk dgn adik umar lagi..haziq lagi...abg maman, abg haris, najla..

lagipun kat sekolah yana boleh belajar..1-2-3, A-B-C, Alif Ba Taa...

.....
i dont know this is pregnancy symptom or I am totally sensitive people or its mother's nature..
mata aku basah since pagi tadi...and I cant focus to work so much....

...
...okla..no more word to type.