Pages

Tuesday, February 28, 2012

Janji Allah itu BEnar


sumber image
Jika itu yang terbaik ditakdirkan Allah untukmu,
aku redha engkau pergi dulu Along..
lebih sengsara melihat engkau tersiksa melawan kesakitan...
segala tutur kata, gurau, nasihat dan cerita
tetap menjadi ingatan dalam hati aku...
Semoga dirimu ditempatkan di kalangan orang beriman.

Suatu hari nanti aku juga akan pergi
Samaada diuji Allah kesakitan yang sama seperti dirimu atau tidak
biarlah Allah yang lebih pasti..
tapi aku berdoa
semoga aku pergi dengan meninggalkan peringatan yang sama seperti mana yang engkau lakukan,
lembut tutur kata dengan anak2..
sekurang2nya aku belajar sesuatu darimu..

Thursday, February 23, 2012

Alhamdulillah..Syukur Nikmat

Ni bukan niat nak berlagak ye..
Ni kira mcm reminder kat diri aku..
Sem ni dah ok...
Lagi 3 sem kena pulun bagi sama level or above dr sem ni...
Walau anak kecik datang menyusul..
Tahniah untuk diri aku..
Time degree aku tak leh kejar En Suami dpt dekan...
Time master kita pulun bagi peghabih..
Aku rasa kalau time degree dapat pointer cam gini punye gempakz(gempak bagi aku le..org lain x tau..)
Mau aku jerit kat foyer kolej kuat2 bagitau suma org..
study dah tue2 ni (tua ke?aku mude aje)..rasa sayu pun ada..
risau lagi ada camne nak maintain bagi dekan gak ni...smpi abis belajor..
chiayo!!
Minggu depan dah kelas..Ntah2 minggu dpan aku bsalin..Ahaks...
Hrp2 dipermudahkan..Langsung tak jumpe lecture baru..

Ni doa / wishlist aku sempena nak bersalin serentak dengan nak start sem baru..

1)Aku sangat harap baby akan betulkan kedudukan di tempat yang sepatutnya..(X songsang)..Kalu C-zer..rasanya susah sikit le aku nak gi kelas ujung minggu time pantang..Waa..aku tak nak extend..
2)Adek seorang yang tenang jiwanya..Tak mengharubirukan jiwa en suami yang bakal menjaganya 4 jam di sabtu dan ahad waktu aku gi keje..
3)Lecture leh consider kalu aku ponteng sehari dua time pantang..
4)Semangat aku makin padu dan jitu lagi kental..Tok mo nangish222..bak kata YAna..
5)Kakak Yana makin lembut jiwanya dan tolong mama ayah jaga adik..


So kembali pada result exam..
Terima kasih untuk en suami yang bagi sokongan padu..
Sanggup jaga anak time aku gi kelas
Temankan aku siapkan assignment mlm2 walau dia berdengkur tidur kat tepi..

Bercerai Susu

Allah sahaja yang tahu betapa perkara ini memberikan kesan yang sangat besar pada diri aku.

Dayana berusia 2 tahun 6 bulan sekarang dan aku sedang mengandung 35 minggu.

Kepenatan bekerja 8 jam duduk di kerusi pejabat dan balik ke rumah dia pula inginkan belaian dengan menyusu.

Susunya sudah kering..yang ada mungkin kolostrum2 awal menanti ketibaan adiknya.

Dia sekarang bukannya menyusu kerana dahaga ataupun lapar. tapi lebih untuk bermanja. For comfort.

Aku pula kesakitan di bahagian belakang. Serba salah jadinya. Tak sampai hati lihat dia menangis waktu malam bila aku paksa dia berhenti menyusu.

Air mataku berlinang-linang macam air terjun bila suami menyuruh aku letakkan sesuatu (jadam dll) agar dia tak selera untuk menyusu.

Bercerai susu bukan perkara mudah. Menyusukan anak perlukan azam. Untuk menghentikan penyusuan rupa-rupanya lebih menjentik emosi.

Mampukah aku menghadapi ujian ini atau sebenarnya aku sendiri yang bakal menggagalkan misi ini?

Thursday, February 16, 2012

dunia-dunia


jangan mudah sayang pada org
sbb tak semestinya dia sayang pada kita
rupa-rupanya ramai yang talam dua muka
dunia-dunia
dr kecik hingga besar, manusia ni sama saja rupanya...
takpela..
simpan sahajalah ketat-ketat dlm hati
asal aku dpt gaji tiap bulan buat makan hari2
cukup..alhamdulillah..
yang lain janganlah datang menyemakkan otak
kalau setakat ingatkan aku time susah..
salam satu Malaysia!

Wednesday, February 15, 2012

Tuesday, February 14, 2012

Dugaan Sebenarnya

Ramai orang mengandung loya, mual, muntah waktu pagi,
Mengidam itu ini..
Dugaan rumah tangga dll..
Rezeki aku Alhamdulillah 2 kali mengandung sihat waalfiat..
Kalau ada pun cramp (org kampung panggil Silang Mengkarung) waktu malam..
Mengidam pun takdelah yang ganaz2 sangat nak daging unta or daging rusa..(mengenangkan cik suami saya bukan pemburu)..
setakat KFC, sate, roti canai tu biasa aje..tak payah tunggu mengandung aku memang suka teringin nak makan mcm2..

Dugaan yang sebenarnya mengandung kali ni ialah nak berhadapan dengan karenah Dayana yang makin bijak, makin sensitif dan makin menguji kesabaran aku mcm mana nak jadi ibu yang progresif lagi efisien..
Macam mana nak control marah supaya jgn marah..
Macam mana nak isi waktu-waktu boring dia supaya dia tak meragam
Macam mana nak balance kan antara rasa nak supply semua benda yang dia request dengan perasaan inginkan dia menjadi anak yang tahu bersederhana...

Aku faham dia juga mungkin dilanda inferiority complex (rasa terancam) dengan bakal hadirnya adik baru dia yang makin lama membesar dalam perut..
Dia juga mungkin stress sebab aku tukarkan dia dr suasana boleh bermanja2 dan tengok tv non stop 8 jam di rumah ibu ke suasana sekolah yang menghalang dia bebas sesuka hati...
Sebab tu aku tak sampai hati nak tinggikan suara..
Tak sampai hati nak naik tangan...
Segalanya lemah lembut dan bertoleransi bila bercakap
ada give and take..
kdg2 rasa temperature satu badan bile dia melawan...membaling barang, memukul aku..
tapi kawal ajelah rasa marah..
sentiasa nasihat tanpa henti..
aku lebih risau jika kami mula memukul, dia menganggap memukul itu perkara yang dibolehkan..
aku yakin dia sebenarnya menerima...insyaAllah berkat kesabaran aku dan suami dia akan menjadi kakak yang baik dan anak yang solehah...Amin...

PlayGroup AlimKIds Bangi

Kami bawa Yana ke Alim KIds Bangi..sesaje nak tengok mcm mana sebenarnya play group ni..
free trial..lagila bersemangat nak gi..
Yang conduct tu nama dia Teacher Ayu..Pandai dia attract budak2 supaya enjoy kelas dia..
Yana mcm biasala malu-malu..
Sebelum session kitorang start, session sebelum tu ada birthday celebration..
Yana pun dpt goodies bag

Biasala budak2..kurang sikitla fokus dia pada kelas hari tu..dok menjeling goodies bag die aje..
Aktiviti hari tu ada menyanyi, menari, lukis,dll...
Bagus la sebenarnya tp aku susah sikit nak commit sbb tgh menghitung hari nak bersalin kan..kalu ada kat area shah alam ni boleh la jugak suruh en suami usung yana ke sana..
Saje aje..bg dia bercampur lg ramai org..Lagipun bukannya lama-setakat 2 jam..



Tuesday, February 7, 2012

Kandungan Songsang

Scan baby du klinik dr puteri hari ni masih mengesahkan adik dalam perut songsang iaitu frank breech,,punggungnya di bawah...

Sekarang minggu ke 33..aku sangat berharap dia akan memusingkan kedudukannya pada yang normal(kepala di bawah) pada minggu ke 36 dan ke atas...

kalau masih lagi songsang apakan daya, ikut sahajalah nasihat dr...c-zer..

walau rasanya kurang puas melahirkan bukan dr laluan biasa...yang paling penting zuriat kedua cinta hati aku dan suami selamat...


kelengkapan berpantang, menyusukan anak-insyaAllah 95% ready..


kak yana saja yang belum pasti akan tenang atau tidak menyambut orang baru..kdg2 ok (nanti yana jaga baby ye...) dan kdg2 tak ok..(dush...disikunye perut aku..)..

Wednesday, February 1, 2012

senam2 nak bagi senang dot..dot..dot..

sesape nak bersalin tak lama lagi..meh exersice secara berjemaah dengan daku ye..
iyah..iyah..iyah..
dulu anak 1st tak berani langsung nak study pasal bersalin
masuk ke2 ni suma aku nak try..yela dah ada experience kot..



misi minggu ni..cari exersice ball..