Pages

Friday, April 6, 2012

Things I did'nt realize before;

Masa pantang, baru aku sedar:

1) minum kopi o sangat sedap
2)biskut cream cracker yang rupa2 nya sangat sedap
3)tidur nyenyak adalah nikmat yang sangat berharga. bangun setiap 2 jam menyusukan anak mengajar aku setiap saat yang berpeluang tidur-tidurla puas2..
4)tak solat hingga hari ini-25 hari..sangat rindu pada telekung & mengadu pada Allah.
5)suamiku seorang yang sangat bertanggungjawab..Alhamdulillah. InsyaAllah akan aku balas jasanya yang tidak ternilai. Aku dilayan bagai puteri raja yang sangat pemalas.
6)makan nasi berlaukkan lada itam dan ikan bilis, sangat syukur dan sedap walau kadang2 tak ada selera.terpaksa ditelan demi pastikan susu sentiasa cukup untuk anak dara tercinta. Nak demand lauk lebih2 susah pulak, aku pantang sendiri. Depend pada lauk yang mak hantar petang2. kalau dia tak hantar, ikan bilis lada itam pun SODAP sekali..
7)cerita tv semuanya best. Cerita filipino, indon, korea, omputeh..suma aku layan sama rata..takde pilih kasih.
8)hari rasa cepat sangat berlalu..lg sebulan nak masuk kerja..tiba2 berharap aku keje GOMEN leh cuti bersalin 3 bulan..pastu kalau dan 3 bulan..berangan nak jadi businesswoman yang dok kat umah aje..passtu..passtu..tula manusia kan..tak reti bersyukur...

okle...'
nanti sambung lagi..

Tuesday, April 3, 2012

Things I learnt from Dayana's birth experience for Nuha's birth

Waa...tajuk speaking London mak ngah...

Start dr bersalin aku berangan nak wat entry ni..
Apa yang Yana ajar aku sewaktu aku melahirkan dia dan aku BERJAYA adaptasikan waktu Nuha lahir..
Dalam bahasa yang senang nye..masa Yana aritu aku FAILED..tapi berjaya tebus balik sewaktu kelahiran Nuha..

1) Paling PENTING- breastfeeding as soon after delivery..Saat paling aku RALAT waktu Yana lahir ialah aku sendiri yang menolak untuk menyusukan Yana beberapa saat dia dilahirkan..Sebab terlampau trauma meneran..Ayat aku ialah.:"Nurse,nanti dulu..saya tak ready lagi.."

Kali ini aku berlinang air mata keseronokan melihat Nuha dengan automatiknya pandai menyusu dari dada aku walaupun dia hanya kurang 5 minit keluar dari perut aku.

2)Kami suami isteri dah pandai pakai pampers untuk baby..Hahah..Teringat, aku dan suami sama2 menukarkan pampers Yana pertama kali waktu dia Yark..Nurse di PPUM tu sound kitorang dengan muka tak puas hati..
"Anak no berapa ni..?"
Kitorang jawab.."Anak first.."
"Patutla, pakai pampers pun terbalik..."

3)Aku dah pandai pegang baby..Masa Yana hari keempat baru aku tak kekok mendukung dia..Maklumlah..aku before kahwin manala suka sangat melayan budak2..KERAS..
Saat Nuha..walau sakit sgt sbb c-zer..aku menyusu, tukar pampers dan lain2 suma aku buat sendiri..Dan takde kekok langsung mendukung baby..

4)Aku tak menangis lagi masa anak menangis..Hihi..Anak first stress teramat bila susu tak keluar dan Yana menangis ala2 soprano sekuat hati sebab lapar..LAst2 aku yang menangis..dan akihirnya bermulala episod susu formula..walau takde la lama sgt..dlm seminggu aje yana minum susu tepung pas lahir tapi still aku RALAT gak le..
Kali ni aku dah faham walau takde susu aku kena suakan jugak B dekat baby. Kali ni sungguh tenang dan tak stress walau biasala mak-mak kita dok sibuk pressure.."susu tak de, lapar budak ni.."
Yess...hari ketiga baru nampak bayang2 kolostrum dan aku tetap rasa its Okay...Nuha still sihat...Senang aje sebenarnya..Nangis aje bagi B, nangis aje tengok pampers, kalau ada Yark or penuh, tukar then bagi B..
tak yah Stress...

itu ajela kot citernya..

Thanks to Yana yang bagi aku pengalaman berharga untuk Nuha..

Yana si buah hati Mama..si bijak walau makin GARANG sekarang..Ikut siapakah?


Pekerjaan nye skrg mengurut ayah yang kepenatan sbb kena jadi MIDWIVE jaga mama dlm pantang..


Nur Nuha Qaisara..muka berjerawat dek ruam susu..Bila nak ilang ni..?Hrp2 krim elemot yang br beli kat farmasi smlm lut la sikit..