Pages

Sunday, July 29, 2012

Update di Ramadhan ke 10

Nur Nuha Qaisara

Dia dah pandai meniarap akhirnya Selasa lepas. Sedaya upaya mencuba akhirnya berjaya juga. Sekarang pantang diletakkan dia akan terus berpusing. Nampaknya tak boleh lagi diletakkan atas sofa dan katil..

Orangnya suka tersenyum dan mengangakan mulut luas-luas bila diagah..Comel sangat. Teringat Dayana di usia ini, aku akan make sure segala perkembangannya ku catit. Sekarang, segalanya x sempat. Mana nak update blog, nak kemas rumah, nak masak, nak layan Dayana Zulfah bercerita...nak urut Nuha Qaisara.x pela yang penting Nuha sihat dan ceria selalu.
Tersengih bila diagah

Bila ada masa akan ku update blog sekadar catitan memori sekali-sekala.

Waktu menyusu pantang nampak mama dah berulang. Aku bakal kesakitan belakang seperti zaman Dayana Zulfah  kerana  dia dah mula, pasti akan menangis bila nampak aku  dan minta disusukan. Tapi peliknya, itu yang membuat aku bahagia.

Seperti aku katakan pada kawan, breastfeeding is my passion, Melihat stok susu, pam susu, memerah susu, anak menyusu menjadikan aku sangat teruja.
Stok susu
Medela FS-gajet paling bernilai
Sama terujanya ketika aku melihat buku. Walau hasil perahan aku kata orang lain tak banyak, aku peduli apa, Susu aku untuk anak aku. Bukan aku nak menyusukan anak orang lain jadi susu aku perlu banyak berdozen-dozen..

Nur Dayana Zulfah

Si kakak yang bijak. Suka belajar. Suka mewarna. Fast learner. Suka menyanyi. Sensitif.

Apa lagi yang perlu diceritakan mengenai buah hati aku yang sulung ini..

Adakala dia membuatkan aku jadi singa atau kadangkala aku jadi ketulan ais yang mencair bila dia berkata-kata manja..

Membesarkan dia aku rasa satu anugerah dari Allah supaya aku memperbaiki diri.

Kerana dia seorang peniru gaya yang sangat hebat. Jika aku berkata kasar dia akan jadi lebih kasar. jika aku lembut, jadi lebih lembut. Jadi aku mesti jadi seorang yang sabar walau sebenarnya aku bukan begitu.

Anak adalah anugerah pada masa yang sama dia adalah ujian..

Dari Aisyah r.a katanya: "Seorang wanita datang kepadaku membawa dua orang anaknya, meminta makanan. Tetapi tiada apa yang boleh didapatinya daripadaku ketika itu selain daripada sebiji kurma, lalu kuberikan kepadanya. Kurma itu dibahagi dua dan diberikannya kepada kedua anaknya itu, dan ia sendiri tidak memakannya. Kemudian ia berdiri dan terus pergi. Setelah nabi s.a.w datang, aku ceritakan hal itu kepada baginda. Sabda beginda s.a.w, “Sesiapa mendapat cubaan kerana beberapa anak daripadanya, maka semuanya itu akan menjadi dinding baginya daripada api neraka.” (Bukhari)

sumber: i love islam

Thursday, July 19, 2012

Tuesday, July 10, 2012

Jalan2 Aquaria KLCC

Hari Ahad 08 July, kami anak beranak merayap gi KLCC..
teringat si Dayana start aku bsalin smpi si Nuha dah 4 bulan x bawak mana2 melainkan shopping complex aje..
Mcm biasa kitorang suka naik LRT gi KLCC..
pukul 6 pagi aku dh bangun masak mihun ngan wat sandwich..(leh lak bangun awal ye..time hari keje bercinta nak bangun..)
Nuha lak kitorang pakai carrier aje..Seksa nak angkut stroller naik lrt..

Sampai2 pekena mihun dulu..pastu Dayana gi berenndam kat kolam free tu..
Ayahnya la yang jadi peneman..mama ngan Nuha dok santai2 atas rumput sambil tengok langit pagi..Bestnya..rasa nak baring aje..



PAs mandi..Dayana gi main2 lak kat playground area situ pastu menepek kat aku mintak susu..


Pastu merayap la ke Aquaria..MAhal ke main..35 inggit sorang..slamat Nuha ngan Dayana free..Okla dalam tu..gambar pun gelap aje..almaklumla gambar handhone aje..
Selamat Nuha good girl. Paling excited Yana la...mcm nak berendam gak dalam akuarium tu aku tengok...
Sakit tangan aku mendukung die..Sbb dia nak menengok ikan2 kat atas kepala kitorang..




Mama..boleh tak Yana salam dgn angkasawan tu..??Salam la..

dalam 2 jam baru kitorang kuar,..Smayang zohor kat area situ jugak..Kuar2 surau tetiba adala maskot Upin Ipin tgh jalan..diorang ada private party kat area Kenny Rogers..Si Yana kejar dia, dia capai tangan si Ipin tu siap cium lagi..Pastu dia dok berebut2 nak pegang si maskot 2 org tu.

Pastu ada amoi sound kitorang kata ni private party..so tak leh masuk..

Sedih aku. Yana pun tak berenti2 tanya nak jumpe Upin Ipin..

Last2 si maskot berdua tu jalan nak balik bilik persalinan..aku kejar bawak Yana sekali..siap suruh si Ipin dukung Yana..
baru anak aku sengih..Hisy...budak2 sungguh..Aku pun budak2..Haha..tapi x sampai hati tgk anak aku dok kejar2 mcm tu..





Okla minggu ni nak gi mana lak..Rasanya nak bwk diorang berkelah kat stadium ukm aje kot..Aku lak nak bejoging..


Friday, July 6, 2012

Keberkatan Dalam Mencari Rezeki

Aku pun tak pandai sangat nak bercerita tentang apa rahsia untuk mendapatkan rezeki yang berkat.

BErkat dalam bahasa Arab nya barakah..maksudnya..dirahmati. Ye. Dirahmati oleh Allah s.w.t.

Sepanjang bekerja ada 2 benda yang bile aku terkenang aku akan rasa ngilu ya amat..sedih tersangat2..

Pertama: MAsa Mega Project L**** ditamatkan..lebih 60 orang anak buah aku ditamatkan kontrak. Kenapa aku sedih? Ye..aku membayangkan mcm mana diorang selepas itu. Tapi rahsia Allah kan siapa yang tahu..mungkin ada antara mereka yang berlemon2 ganda gajinya dari aku.

Kedua : Bila aku dapat tahu orang yang aku percaya tipu aku, tipu duit syarikat, peras duit budak2 operator..Di sebalik wajah yang nampak educated.tak sangka ada seketul hati yang hitam. Aku sangat kecewa dengan diri AKU sendiri sebab terlampau percaya pada manusia. Aku sangat bendul. Tapi hikmah di sebalik kejadian itu, aku jadi lebih berhati-hati.

Benda yang kedua ni di mana2 sebenarnya berlaku. Cuma kita tak perasan. Kita sangka orang yang baik, lembut dan sembahyang tonggang tonggek 5 kali sehari faham bahawa duit yang didapati dari hasil menipu takkan ke mana. Begitu juga dengan rasuah. Kita kadang2 tak perasan ada sesetengah pujian dan belanja kadang2 mempengaruhi jiwa kita dalam membuat penilaian. Maka jadilah pekerjaan yang tidak ikhlas. Pekerjaan yang tidak menjurus kepada ibadah.

Selain itu, sikap yang sentiasa tidak berpuas hati. Memanjang bising tak dapat bonus..gaji tak naik dan lain-lain.
Aku sebenarnya panas dengan orang yang suka membebel tak dapat bonus. Aku pun tak dapat bonus..Ada sedikit frust dalam hati sebab tu aku asyik bukak Jobstreet aje. JAdi kesimpulannya kalau tak puas hati gi carik kerja lain tetapi TOLONG JANGAN MERUNGUT pada masa yang sama gaji ujung bulan ko hadap jugak. Muhasabahlah diri sendiri adakah gaji yang banyak tu berbaloi dengan kerja ko yang asyik MERUNGUT tapi satu hapah pun tak nampak hasil.

Antara faktor rezeki tidak berkat seperti mana yang aku baca dalam satu blog

1) sentiasa merungut dan tidak pasrah kepada ketentuan Allah.
2) mendekati rezeki yang tidak halal (riba, rasuah, TIPU adalah cabang2 tidak halal).
3) tidak menunaikan suruhan Allah.

Wahai anak Adam!

Lapangkanlah masa untuk beribadat kepadaKu, nanti Aku akan penuhkan dadamu kekayaan, dan aku akan menutup kemiskinanmu. Jika engkau tidak melakukan yang demikian, nanti Aku penuhkan tanganmu dengan urusan dan kerja, dan aku tidak menutup kemiskinanmu! (Hadis Qudsi, riwayat Ahmad).

Aduh...aku ingin tahajud, dhuha dan mengaji tiap2 hari tetapi kesibukan dengan anak2 dan kerja membuatkan aku lalai..Kena kuatkan azam lagi ni.

So..itu ajela membebel pagi ni.

Thursday, July 5, 2012

Susu Ibu Di Musim Yang Baru

Terasa kembang kuncup pula rasanya tgk template blog aku yang kurasakan sgt cun melecun..

Lawa sungguh mcm anak2 aku..Hehe.

So topik hari ini ialah menyusukan Nur Nuha Qaisara. Ianya sama seperti musim menyusukan Dayana Zulfah..Perasaannya sangat indah..

Menyusukan direct aku rasa sgt keibuan. Eye contact dengan anak yang baru beberapa bulan menjengah dunia aku rasa sangat bahagia.

Mengepam juga sangat mendamaikan..Apatah lagi dengan pam yang harganya ala2 Galaxy SII..lagila aku rasa kembang kuncup memandangkan barang peribadi aku yang paling mahal susah nak dikira dengan jari..

HAsil tuaian kali ini tidak semeriah di zaman Dayana. 12 oz dapat di ofis..12 oz hantar ke ibu untuk bekalan Nuha.

Tapi aku tetap okay. Pasrah dan redha..Tak pernah lagi aku skip mengepam. Cuma mengepam di waktu malam aku dah mula culasssss....Biasa dia ni..!! Rasanya harus ku mula semula.Maklumlah bile peti ais dah penuh muatan mula la rasa takbur..Padahal bila2 masa leh berlaku gangguan yang memudaratkan misi penyusuan aku ni...

Itu sahaja cerita hari ni.. sbb aku x sbr nak tgk entry ni kat muka blog yang baru..Chewah!!

Sunday, July 1, 2012

Thats ME!

kemaafan itu perkara terpuji..
sedaya upaya ku simpan azam untuk memaafkan..
dan akhirnya lama kelamaan perasaan marah itu hilang..
adakah itu tanda aku sudah memaafkan
tapi jangan paksa aku untuk kembali mesra seperti biasa
kerana itu sangat mustahil...
lebih baik aku hidup tidak menyimpan dendam
dari hipokrit berpura-pura suka..

kesimpulannya.
benci, dendam, marah sudah tiada
tapi nak kembali seperti dulu kala-mesra buat masa ini aku tak mampu
buat yang tukang menasihati
terima kasih daun keladi....
Gambar: