Pages

Tuesday, September 25, 2012

Cinta Gila

Terdengar Hot Fm pagi semalam..ada orang yang mintak cerai sebab suami nye sangat serabai..
Masalah utama ialah ubat gigi. Si isteri suka picit dari bawah manakala si lelaki picit dari tengah...

Dalam pada takut atau ngeri aku dengar.tapi aku nak tergelak besar jugak.
Sebab nya..aku juga adalah masalah yang sama..

Tapi tak delah sampai mintak cerai..Mintak simpang. Nauzubillah..

Tapi yang serabainya ialah aku. Aku suka sangat picit dari tengah. Dan dia dari bawah. Last2 tak tahan dengar dia membebel aku beli ubat gigi asing2..Hamik,Huhu..

Ini namanya mcm lagu cinta gila kan..

Kau ke kiri ku ke kanan ku di belakang kau di hadapan..Bila kau marah aku ketawa..Huhuhu..

Bergaduh sepanjang 4 tahun kawin benda yang sama.

Aku tak tutup suiz lampu bilik air. Aku terlupa letak kasut kat rak kasut, Aku tak steering lock kereta. Aku tak tutup peti ais. Aku tak simpan susu perah (Wei.susu perah pun laki aku jugak kena kah..??). Aku terlupa kunci pagar..Dan lain-lain lagi

Semuanya aku...Agaknya sampai umur tua pun aku ni messy messy mcm ni..

Tapi aku tetap comel.(Buwekk)...Huhu. Laki aku pun sayang aku lagi..Kakakakaka..

Pagi tadi paling best. Dia terlupa tutup lampu bilik air. Tak kira. Aku sms dia dengan penuh bangga untuk bagi peringatan. Hakikatnya dia ada aje kat dapur dan aku kat atas..Yeay!!

Bingo..

Thursday, September 20, 2012

Waktu yang Berlalu

Ceh tajuk cam bagus2 aje kan..

Lamanye tak menghadpet blog..Malas tambahan buzy. Office dah berpindah ke tempat baru. Rabak kena bayar duit tol 3.60 sehari.

Tapi lagi sebulan aje kan. Lagi sebulan aku bersama kalian..Erggh...I dont know. Im afraid to see outside world. Tapi im also excited to start new career.

Cerita terkini aku asyik terbayang2kan Kang Tae Joon dalam cite To Beautiful You. Hangen laki aku kalu dia tahu kan. Sekang ni memang tengah mabuk ngan drama Korea. Selamat en suami okay asalkan aku setel kerja umah+anak anak ngan benda2 wajib as successful as usual..

Terasa cam muda belia aje bila layan movie2 yang sweet cam gini..Hakikatnya tahun ni aku dah menjejak 3 series..budak2 sekolah pun dah start panggil aku auntie walau kadang2 aku tersasul bahasakan diri akak..
Hmm..how fast time moving.

Okla..bye. Nanti update lagi..

Thursday, September 6, 2012

Ape ada dalam otak sekang?

Thank You
Thank you for asking.
But Im leaving not for money..
Not for position.
Not because the devils feeling-hate and annoying
But this is my dream. I waiting so long.
Now is the time.
I wont turn back.
Thank you for loving me.
As well I love this place and all of you.


 Risau
Pekerjaan yang paling risau adalah menjadi ibu.
Melihat anak asyik tidur bila balik dari nuseri
buat aku menaruh syak wasangka..
dia bagi ubat tidor ke?
tangan kanan dia kena ikat ke bila di nurseri
mulutnye kena gam kah..
aduh setan..
suka benar aku jadi orang yang berprasangka ye..
aku berserah padamu ya Allah
peliharalah anak-anak aku.
Aku yakin pada pilihan hati
Kerana aku tiada pilihan lagi.
Jika ada pilihan, satu-satunya aku mahu jadi penyuri rumah
Hanya tanganku yang mendidik mereka aku rasa paling sempurna
Selain itu ada sahaja yang celanya.
Pekerjaan ibu adalah satu-satunya yang susah mempercayai orang lain..
kerana yang mengandungkan 9 bulan adalah aku
aku juga merelakan perut ditebuk...
asal kesayanganku dapat melihat dunia...
Ya Allah..
jadikan anak-anakku sempurna ilmu, iman dan akal.
Moga mereka sentiasa berpaksikan iman padamu.

Tuesday, September 4, 2012

Its official

Waiting for this moment almost 7 years.

Today is the day.

I wrote the dream letter.

I always thought I will yell like crazy for being happy.

In contrast I feel guilty.

Yeah..I should have that feeling.

This place somewhere like school of life to me.

I grew and become matured lady because of challenging environment here.

No mater what, this is what i need.

And  I will leave this place sooner.

I am sorry for that.

Sunday, September 2, 2012

Nuha Qaisara 3 September 2012

Nuha Qaisara masuk ke nurseri Tots hari ni..

Walaupun Nuha aku labelkan adalah sumber kekuatan ku..tapi aku berlinang air mata jugak bile tengok dia nangis pandang aku.
Budak bijak kan..dia tahu dia dah berpindah rumah.
Mama harap Nuha pandai2 bawak diri.
Mama doakan Nuha dilindungi Allah selalu
Jangan sedih.Jangan nangis.
Mama doakan sesiapa yang melihat Nuha akan dilimpahi kasih sayang yang menggunung pada Nuha..
Teruskan usaha untuk merangkak.
Nuha anak yang bijak..