Pages

Wednesday, June 5, 2013

Sudah Jatuh Ditimpa Tangga

Lamanya tak menghapdet blog ye.
Dah bersawang-berlabah2, barakut2 blog aku ni.
Alasan mcm biasa la ..sibuk.
Blog ni pun dah mcm tak nak bagi aku masuk tadi..dok lupa password.

La ni aku tgh MC -3 minggu MC..
gile la..seumur idup aku ni tahun pertama aku banyak guna MC.
selalu aku ckp..kdg2 teringin nak guna MC sbb tak penah guna. Biasa cuti aku AL aje.
Kalau pregnant pun aku memang susah nak sakit.
Mungkin gen famili aku sihat waalfiat kot.

Tapi dan-dan nak habis EMBA ni..menjelang final ni la pulak aku leh injured.
Nak dijadikan citer..aku terlanggar kaki sofa kat rumah aku ni.
Oo..sebenarnya itu bukan benda yang pelik. Aku memang suka terlanggar-langgar benda. Zaman sek menengah dulu lagila..asyik jatuh aje. Selamat sekarang anak aku dah 2..dulu risau gak kot2 efek..
Tapi kali ni luar biasa sikit sakitnye.
Aku dok push punya push jalan mcm biasa. Last2 jadi terlampau sakit.
Ajak en suami gi KPJ selangor dlm kul 10 mlm-terus wat X ray..ooo jari kaki ku dah patah rupa2nya..
Terus dapat MC..

Tak taula sonok ke tidak..Allah tu kan maha perancang. Aku MC sampai 24/6..Aku VIVA 26/6..

Wau..too coincidence.

Dan kita ni kan suka sangat berprasangka. Sampai aku terpikir mesti orang pikir aku saja2 wat MC.
Tapi kan prof muhaya cakap..syaitan yang paling dasyat adalah minda kita yang suka berprasangka buruk pada orang.

Tapi sebenarnya aku lebih suka hidup yang sibuk.
Kerja sampai 5.30. Pas 5.30 pm lepak kat teh tarik place siapkan kerja sampai kul 8.15, magrib dan isya' terus. Balik dan main dgn anak2 sampai tido...

Yang ni..dok umah..Terbayang2 kat anak kat nurseri. Husband aku dah warning, jgn amik diorang. Biar dia yang amik. Betul jugak. Kalau ada anak2 lagi la aku mcm lipas kudung. Bila nak bersambung balik tulang temulang tu..huhu.

Itu sahajalah. Harap ini adalah permulaan yang baik utk aku bagi nyawa semula kat blog ni,