Pages

Sunday, November 17, 2013

Our Big Day

Suami aku konvo 29 Oktober 2013.

Aku konvo 10 November 2013.

Allah itu bijak teramat. tak terjangkau dek kepala otak aku husband aku akan konvo 2 minggu sebelum aku.Cuba buatnya dia konvo cepat dan terpaksa gi terengganu di saat aku tak habis lagi Master.
Naya dibuatnya.
Dalam pada aku happy berkonvo ada pulak mulut2 busuk yang mengeluarkan komen menyakitkan hati..
"Akhirnya habis jugak suami ko mi buat master...lama betul.."
"Ala suami ko UKM aje..ko pulak ITM"
"Master UITM ada kualiti ke??"

Susah sangat ke nak senyap aje mulut tu kalau-kalau tak reti ucap tahniah. Memang jenis suka bagi orang down. Orang macam ni senang aje tempat dia dalam hati aku. Bye-bye la..Baik aku jauh dari lepas ni aku sakit hati.
Ingat senang ke? Lama-lama pun ko ada? Try dulu la baru tahu senang ke susah? Pastu ada aku mintak duit kau.
Hmm..sorry dahla tak lama buat entry tetiba jadi gangster lak di alam maya ni.
Ok ni gambar kitorang konvo. Alhamdulillah. Rasanya tak perlula aku tafsirkan apa yang ada di belakang tabir macam mana kitorang berdua dapat segulung ijazah masing2 ni..Sempat la aku beranak sorang dalam pada nak dapat benda alah ni.
Orang lain dok sibuk tak cukup tidur, tak cukup makan dan lain-lain.. aku rasa nak update..tiap kali aku buat assignment tiap kali itulah anak aku nak menyusu..sampai satu tahap laptop aku kat lutut semata-mata nak make sure dia menyusu dan aku siap assignment..Grr..gile kalau nak ingat.
Tapi inilah dia si Nuha Qaisara yang bijaksana ni..dah nak dekat 2 tahun.Si kakaknye pulak dah 4 tahun.





Sunday, November 3, 2013

Nuha Demam

Lepas hantar ayahnya ke stesen bas semalam, badan nuha panas menjadi-jadi..
Nak dibagi makan ubat, mencicit dia lari..
Aku tangkap dia, letak atas riba,pegang ketat-ketat siap pakai kaki lagi..
pastu aku sumbatkan jugak paracetamol tengah-tengah dia menangis tu..
Apasal la pulak tak nak makan ubat sekarang..
Esok dah la tak boleh nak cuti..
Cepat sihat dik..mama love u so much.
Yang si dayana CBB lak dari pagi..(cirit birit berterusan).
Mungkin terlebih makan cheese tart yang aku beli dkat ofis kot.
Tapi masa nak tidur tadi dah ok sikit CBB nye..
Aku pantangkan dulu minum susu..

Petang semalam dok meroti..
Buat mini pizza dalam 32 ketul.
Saiz aku kecikkan jadi 40gram, nampak macam ok..
Bekalkan suami bawak ganu dalam 15 ketul.balance bawak ofis jap gi..
Next plan ialah nak mencari baking tray yang sesuai fit dengan base production forecast yang ada dalam kepala.
Allahumma yassir wala tuassir..ya karim.

Saturday, November 2, 2013

Ini Adalah Benar

Aku dah resign.
Genap setahun aku kerja di syarikat tilam yang gilang gemilang tu.
"Bos, Im sorry..but I have to resign. Follow my husband to Terengganu. His posting require him to work there"
Berpinar mata orang tua tu. Banyak benda yang dalam kepala dia still x settle lagi.
Aku lak buat pasal.
Nak buat macam mana. Setiap orang ada priority dalam hidup and my priority is my family.
Keluar dari bilik dia..aku sengih lebar macam kerang busuk.
Lega selega-leganya.
Rasa tak pasti ye ke idak start dari suami mula posting aritu selesai akhirnya.
Ramai yang tak percaya aku sanggup tinggalkan gaji yang riban2 tu semata2 nak ikut dia.
Apa ada pada pangkat dan duit kalau otak serabut teringatkan partner dunia akhirat aku..insyaAllah.
Anak2 pun asyik dok nak merengek tunggu bapak diorang call tiap2 jam.
Serabut.
Tapi apa2 pun duit kena masuk jugak. Bukan aku namanya yang mintak duit pada suami. Dia bagi aku ngap..
So bermulanya kisah baru idup aku,.
Kerja baru ke..Tak kot buat masa ni. Tiada hati nak jadi kuli lagi buat masa ini. Mungkin masa akan datang aku tak pasti lagi.
Takpela..Nawaitu mesti betul.
Jangan risau pasal rezeki. Ulat dalam batu boleh hidup. Apatah lagi aku yang cun melecun, ada master lagi..haha. (riak sekali sekala).
Ada 3 bulan study dan buat market survey..Practice make perfect.
Pagi esok pukul 4 pagi kita test run tukar butter jadi margerine..
Saiz 60 gram kita kecikkan sikit. Kalau nak penetrate market..harga kena murah.
Jadi untuk make sure leh cover cost, kite reduce apa yang patut.

OO..cinta hati baru aku nama dia roti..