Pages

Sunday, November 3, 2013

Nuha Demam

Lepas hantar ayahnya ke stesen bas semalam, badan nuha panas menjadi-jadi..
Nak dibagi makan ubat, mencicit dia lari..
Aku tangkap dia, letak atas riba,pegang ketat-ketat siap pakai kaki lagi..
pastu aku sumbatkan jugak paracetamol tengah-tengah dia menangis tu..
Apasal la pulak tak nak makan ubat sekarang..
Esok dah la tak boleh nak cuti..
Cepat sihat dik..mama love u so much.
Yang si dayana CBB lak dari pagi..(cirit birit berterusan).
Mungkin terlebih makan cheese tart yang aku beli dkat ofis kot.
Tapi masa nak tidur tadi dah ok sikit CBB nye..
Aku pantangkan dulu minum susu..

Petang semalam dok meroti..
Buat mini pizza dalam 32 ketul.
Saiz aku kecikkan jadi 40gram, nampak macam ok..
Bekalkan suami bawak ganu dalam 15 ketul.balance bawak ofis jap gi..
Next plan ialah nak mencari baking tray yang sesuai fit dengan base production forecast yang ada dalam kepala.
Allahumma yassir wala tuassir..ya karim.

1 comment: