Pages

Friday, April 21, 2017

Lawatan ke Zoo Mini Bukit Besi

Bangga dengan Dayana hari ni.Dia berjaya lawan rasa takut untuk beri makan pada rusa di Zoo Mini.Kunjungan kami sebelum ini Yana tak berani langsung nak hulurkan makanan pada Awang Chik dan rakan-rakannya.
Dia yang paling excited bila sangkut paut dengan haiwan tapi secara praktisnya dia sangat gementar.
Secara tak langsung ini adalah cerminan pada diri mama sendiri.Kadang-kadang rasa sangat yakin untuk approach prospek di jalanan.Ada kalanya rasa gemuruh keterlaluan.Bagai ada dram dalam jantung yang menghalang.
Teringat kata-kata Minju dalam Second to Last Love (SBS, 393).."Who Cares?"- ulang frasa ini banyak-banyak kali dalam otak bila rasa tidak yakin dengan diri sendiri.

Buat rakan-rakan yang duduk di sekitar Dungun, bolehlah cuba bawak anak-anak ke Zoo Mini Bukit Besi.Biar anak-anak kita explore alam semulajadi dan bermesra dengan kancil, landak, rusa dan burung unta.Ownernya juga sangat peramah.Saya rasa terpinjam dengan semangatnya yang tidak putus asa untuk mencuba perniagaan yang unik dan dekat dengan alam semulajadi.

No comments:

Post a Comment