Pages

Friday, April 21, 2017

Pembancuh Kopi Mr Vampire - Review




Kalau tak tahu nak menghabiskan data internet korang atau ada masa terlampau-lampau free, bolehlah tengok cerita ni. Aku pun tak ada lah free sangat, tengok sambil menyusukan anak, sambil basuh pinggan, masak dan lain-lain..Kan wireless..

Tajuknya Pembancuh Kopi Mr Vampire- hanya ada kat HyppTv.

Tapi aku tengok dekat Youtube aje. Menarikla jugak jalan ceritanya. Tapi yang betulnya aku suka sangat apa-apa lakonan Ungku Ismail Heroinnya juga pandai berlakon dan manis orangnya. Nazeera Sardi.

Awal-awal tu macam romantika diamo..sampai geli la jugak tulang rusuk ni.Haha.Tapi masih terkawal la tak menyimpang dari jalan yang lurus.Hahaha.Apa aku merepek ni.

Sekarang ni tengah part sedih bila si Nuzul Filzah (Nazeera) tinggalkan si Irsyad (Ungku Ismail) sebab mak si Irsyad suruh. Mak si Irsyad ni typical Puan Seri, baik orangnya tapi terpengaruh dengan hasutan adik ipar (Serina Redzuwan) yang memprovok jika Irsyad kahwin dengan Nuzul, ada potensi besar keturunan mereka akan ada yang sakit autism macam adik si Nuzul.

Part ni aku memang tak puas hati, dah kenapa buat cerita macam tak study dulu. Autism ni penyakit keturunan ke? Bukan ke gaya hidup dan lain-lain.

Tapi fikir positif, mungkin penulis cuma nak menghiperbolakan kebebalan datinisasi kat Malaysia ni,,
Hahahhahahah

Ok, enjoy.


No comments:

Post a Comment