Pages

Tuesday, April 11, 2017

Setelah hampir empat tahun

Assalamualaikum.

Entah macam mana terjebak semula tengok-tengok blog lama ni.
Tergelak-gelak pun ada baca tulisan sendiri. Gengster kemain dek non. Perasan bagus pun ada.

2013 adalah tulisan terakhir aku di blog.
Sebelum fasa besar dalam hidup bermula. Berhenti kerja dan memulakan hidup baru di Terengganu. Anak pun dah masuk 3. Yana dah darjah 2, Nuha dah prasekolah 5 tahun. Dan permata baru Aida dah pun nak masuk 2 tahun. In shaa Allah, aku akan mula menulis balik kat blog ni untuk isi ruang kosong.


Demi suami, demi anak-anak aku korbankan kerja yang aku bangga-banggakan satu masa dulu.

Hidup sebagai suri rumah adalah satu fasa besar dalam hidup setelah kau pernah rasa pegang duit sendiri.

Its a big changes.

Perasaannya bercampur-campur. Bahagia sebab segalanya dalam aturan kau, tak ada lagi pening dengan urusan kerja tapi kau rasa kosong.

Kosong sebab kau tak ada kawan sangat yang nampak muka dia depan kau.
Dunia kau adalah anak-anak dan suami.

Aku cuba berniaga online, berniaga roti ke sekolah-sekolah masa mula berhenti kerja.
Tapi aku stop. Sebab rasa tak berbaloi.Masa, tenaga dan pulangan tak setimpal dengan hasil yang kau dapat

Mungkin jiwa aku tak cukup kental.

Akhirnya aku ambik exam untuk jadi agen takaful.

Alhamdulillah.  Nak masuk 2 tahun dah buat bisnes ni. Walaupun jauh dari team, aku sorang-sorang je kat ceruk dungun ni, tapi nampaknya adalah pulangan yang memberi semangat sedikit. Lagipun aku rasa seronok buat bisnes ni. Sebab ianya clear cut-tak dak pusing-pusing. Kau faham, kau explain elok-elok kat client ko, ko jaga polisi diorang elok-elok, sambil-sambil tu gerak selaju yang kau boleh cari client baru.

Cuma speed aku memang lembap la..Tak terkejar orang lain yang gigih buat direct approach dan lain-lain.

In shaa Allah, aku akan tetap berusaha apa yang aku mampu.Asalkan aku buat benda yang betul dan terbaik untuk client aku.

Ni blog aku spesel untuk takaful. Jemputla jenguk kalau free-free.

http://salmijamili.blogspot.my/


No comments:

Post a Comment